Arahan untuk sumer calon:
Jawab dengan akal... berpandukan fakta yang sahih! Jika anda emosional... baek anda jawab teka kacang dalam botol...
1) Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957?
Sultan Melayu atau Penaung British? Huraikan jawapan anda (19 1/2 M)
2) Apakah rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka wajib patuh kepada pemerintah
pada masa tersebut?
(1 1/2 M)
3) Apakah status penderhaka atau pengkhianat yang kita boleh berikan kepada Tok Janggut yang telah membunuh mata-mata terdiri daripada orang Melayu beragama Islam semasa kumpulan tersebut menyerang kepentingan pemerintah di Kota Baharu pada tahun 1915?
(11.9 1/3 M)
4) Apakah status yang boleh kita berikan kepada pegawai-pegawai Melayu beragama Islam yang bermati-matian mempertahankan pemerintah pada masa tersebut?
(9.9 1/6 M)
5) Apakah ada propaganda pemerintah pada sebelum 31 Ogos 1957 yang menyatakan bahawa sesiapa yang berlawan dengan pemerintah bererti menderhaka kepada baginda sultan? Jika ada bukti ... nyatakan
(11 1/4 M)
6) Apakah salah kita menganggap Umno sebagai anak emas pemerintah setelah tidak diharamkan oleh pemerintah pada masa darurat 1948 sedangkan semua pertubuhan lain diharamkan? Huraikan
(infiniti M)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan