Khamis, 29 September 2011

INSEP

"DI MANA PERUNTUKAN KAMI? 28 Sep 2011 – Assalamualaikum, Saya merupakan graduan yang mengikuti Skim Latihan Graduan Menganggur (INSEP - Industrial Skills Enhancement Program Scheme) di sebuah IPTA di Johor.


 
Semasa sesi taklimat saya difahamkan KERAJAAN TELAH MEMPERUNTUKAN SEJUMLAH WANG UNTUK SEGALA PROGRAM KAMI SEPANJANG 7 BULAN.
 
Ini termasuk elaun dan aktiviti2 yang berkaitan dengan kursus. Kami digalakan menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan kursus seperti lawatan industri dan sebagainya.
 
Namun setelah kami menjalankan kursus, sebaliknya yang berlaku di mana aktiviti yang kami jalankan terutamanya lawatan industri tidak mendapat kelulusan dan peruntukan secara tunai untuk kegunaan kami seperti hotel dan peruntukan makan kami.
 
Apa yang lebih tidak kami jangkakan sebilangan besar tenaga pengajar tidak diberikan seperti yang dijanjikan. Malah aktiviti yang dijalankan oleh pihak ITPA berkenaan untuk kami tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan dan menganggu perjalanan pembelajaran dan jadual latihan industri kami.
 
Kad Hijau yang pada mulanya dijanjikan kepada semua graduan pada asalnya tidak diberikan sebaliknya hanya beberapa kursus sahaja namun setelah beberapa bulan difahamkan masih tidak diperolehi.
 
Terlalu banyak birokrasi untuk kami perolehi peruntukan yang sememangnya kerajaan berikan kepada kami.
 
Terus terang saya katakan, saya sememangnya kecewa dengan apa yang berlaku ke atas kami dan tenaga pengajar.
 
DIHARAP PIHAK BERKUASA DAPAT MENJALANKAN SIASATAN SUPAYA PERKARA INI TIDAK BERULANG PADA MASA AKAN DATANG.
  
27 Sep 2011 - ADUAN TENTANG SKIM LATIHAN GRADUAN MENGANGUR YANG DIANJURKAN OLEH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PSMB) DENGAN KERJASAMA KNOWLEDGECOM CORPORATION SDN BHD.
 
Program yang saya jalani iaitu ” Cisco Specialized Traning and Advancement Recruitment (STAR) ” dimana terdapat 20 orang peserta diwajibkan menjalani kelas teori 3 bulan di Knowledgecom dan diserapkan ke syarikat-syarikat dalam bidang ” Information Technology (IT) ” untuk tujuan latihan selama 2 bulan. Program bermula pada  Mac 2011 – July 2011.
  
Walau bagaimana pun, setelah selesai menjalani latihan selama 3 bulan di knowledgecom hanya sebahagian dari kami sahaja dihantar/diserapkan ke syarikat IT bagi menjalani latihan praktical.
 
Bagi mereka yang tidak diserap seperti diabaikan. Untuk makluman, pihak PSMB dan Knowledgecom yang menentukan tempat untuk kami praktikal sebagaimana yang disyaratkan ketika kami di terima masuk ke program ini.
 
Lebih malang lagi, elaun hanya dibayar bagi 3 bulan pertama sahaja (RM500/bln). Pihak PSMB dan Knowledgecom seolah-olah “lepas tangan”.
 
PADA PENDAPAT SAYA SKIM LATIHAN INI TIDAK MEMBANTU DALAM MENGURANGKAN MASALAH PENGANGURAN DI NEGARA KITA.
 
IA SEAKAN-AKAN HANYA MEMBERI PELUANG KEPADA PUSAT LATIHAN (KNOWLEDGECOM) DALAM MENGAUT KEUNTUNGAN. AKHIRNYA YANG MENJADI MANGSA PARA GRADUAN DAN JIKA PERKARA INI TIDAK DI PANTAU DENGAN SERIUS ISU PENGANGURAN TERUS BERLAKU.
 
Saya berharap pihak aduan rakyat meneliti masalah ini dan membantu kami supaya tidak ada lagi pusat latihan yang hanya pandai membuat keuntungan tanpa memikirkan nasib orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan