Khamis, 29 September 2011

Uitm RM100?

"September 29, 2011 SHAH ALAM -  Universiti Teknologi Mara (UiTM) meminta pelajarnya terutama mereka yang bakal melangsungkan konvokesyen bulan depan agar bertemu dengan pengurusan pusat pengajian tinggi itu bagi menyelesaikan isu saman, yang sesetengah mendakwa mencecah RM5,000.

Beliau berkata demikian ketika ditanya rungutan pelajarnya, yang disebarkan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter sejak minggu lalu, mendakwa kemungkinan tidak dapat menyertai konvokesyen jika gagal melunaskan saman yang jumlahnya dikatakan tidak munasabah.

  

Ada di antara pelajar terbabit mendakwa mempunyai saman sehingga RM5,000, yang terkumpul sepanjang tempoh pengajian mereka di universiti itu.
 
Misalnya, seorang pelajar Roha Abdul Halim, 23, menganggap saman diterimanya seakan tidak relevan kerana jumlahnya terlalu tinggi.
 
“Saya ni belum lagi bekerja dan disaman sebanyak ini, mustahil saya mampu untuk membayarnya,” katanya.
 
Dia yang mempunyai saman RM3,000 hanya mengetahuinya setelah dia menyemak portal universiti itu yang dibuka 19 September lalu.
 
“Kami hanya diberi tempoh sehingga 30 September untuk menjelaskan saman, mustahil saya dapat membayarnya dalam tempoh tersebut... mungkin saya tidak hadir konvokesyen saya yang dijadualkan pada Oktober nanti,” ujarnya lagi.
 
“Ada rakan-rakan saya yang cuba bayar sebelum 19 September, tapi pihak keselamatan menyuruh mereka menyemak saman mereka dahulu, kemudian baru membuat pembayaran. Keadaan ini menyukarkan kami... bila semakan dibuat, jumlah yang tertera amat mengejutkan,” katanya lagi.
 
Sependapat dengan Roha, seorang lagi pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Farid Zainuddin, 23, juga menganggap saman seolah-olah satu tekanan dan bebanan ke atas pelajar.
 
“Saya sendiri disaman RM1,800. Jumlah ini, pada saya amat besar kerana belum ada pendapatan tetap.” katanya.
 
“Selain itu, saya juga pelik kenapa baru sekarang peraturan mandatori satu jenis saman dikenakan RM100. Sedangkan sebelum ini tidak ada pun undang-undang seperti ini,” tambah Farid.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan