"Najib sudah menyediakan gula gula pilihanraya yang bakal mengejutkan semua pihak iaitu kenaikan gaji sebanyak 70%. Ianya nanti akan menjadi satu kegembiraan sementara kepada semua kakitangan yang bergaji tetapi malapetaka yang berpanjangan kepada ekonomi negara dan semua rakyat. Ianya nanti bakal menjadi satu langkah kewangan kosmetik yang terang terang menipu rakyat. Pelan kenaikan gaji, tetapi pada masa yang sama menghapuskan elaun, bakal menjadi satu peluang untuk pihak kerajaan mengutip cukai pendapatan yang lebih tinggi.
Perlu dinyatakan di sini, kenaikan gaji bukanlah sesuatu yang penulis tentang secara membuta tuli atau semuanya membawa keburukan, tetapi jika ianya dilakukan dengan tidak dirancang rapi dan bersifat popularsemata mata maka ianya bakal menjadikan negara berada dilembah jurang ekonomi yang semakin dalam.
Kesan kenaikan gaji yang besar tentu sahaja akan melonjak kehidupan para golongan pertengahan dan atasan tetapi pada masa yang sama akan membenam golongan bawahan dan golongan bukan kakitangan kerajaan ke jurang hidup yang menghimpit dan semakin melarat. Jurang perbezaan antara golongan miskin dan kaya akan semakin jauh. Contohnya orang yang gajinya sepuluh ribu akan menjadi tujuh belas ribu,tetapi orang yang gaji seribu hanya akan menjadi satu ribu tujuh ratus.
Rekod kelemahan kerajaan yang korup dalam mengawal kenaikan harga barang akan menambahparahkan lagi kesusahan rakyat miskin dan kurang pendapatan.
Pihak kakitangan swasta atau persendirian tentu sahaja juga akan memohon kenaikan gaji ,selaras dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan. Jika pihak swasta tidak menaikkan gaji, ini tentu sahaja menyebabkan kekurangan buruh dalam bidang swasta dan perniagaan swasta. Mahu tidak mahu pihak swasta juga akan menaikkan gaji kakitangannya untuk mengekalkan persaingan buruh seiring dengan kakitangan kerajaan.
Ini pula akan meningkatkan kos modal sesuatu barang. Jadi untuk mengekalkan margin keuntungan pihak swasta kesan kenaikan gaji ini, maka mahu tidak mahu harga barang bakal dinaikkan.
Atau mungkin, untuk mengekalkan gaji yang murah, syarikat swasta akan mengimport lebih ramai tenaga buruh asing. Ini memberi kesan yang lebih besar kepada peluang pekerjaan rakyat tempatan pada masa yang sama meningkatkan kadar jenayah tenaga asing ini.
Semuanya ini bakal menekan rakyat miskin menjadi lebih miskin dan melarat serta penggangguran yang semakin tinggi.
Inilah yang selalu berlaku kepada negara negara kapitalis. Kurangnya perhatian terhadap jurang antara golongan pertengahan dan bawahan, maka akan memberi kesan yang lebih besar lagi kepada ekonomi negara dalam jangkamasa panjang. Sejarah juga membuktikan kesan ekonomi ini juga akan membawa kepada kesan sosial yang bertambah buruk dengan bertambahnya kadar jenayah lantaran keadaan hidup yang menekan rakyat.
Akhirnya apa yang dilakukan oleh sistem ekonomi kapitalis ini hanya meningkat kuantiti matawang tetapi pada masa yang sama akan menurunkan kualiti matawang. Untuk difahami secara ringkas kita boleh bandingkan dengan zaman datuk nenek kita. Mereka hanya bergaji lima puluh ringgit sebulan tetapi masa itu harga beras hanya dalam puluh sen sahaja. Walaupun kuantiti mata wang pada masa itu hanya lima puluh ringgit tetapi kualitinya boleh membeli bermacam macam barang yang boleh digunakan selama sebulan. Malah ada juga pada masa itu sebidang tanah berharga lima puluh ringgit. Bandingkan pula nilai limapuluh ringgit sekarang hanya mampu untuk membeli setin susu anak dan lampin pakai buang.
Ekonomi islam lebih menekankan pusingan kewangan yang samarata dan pembelaan yang perlu ditekankan kepada golongan bawahan. Kerana itulah dalam islam dipentingkan zakat fitrah, zakat harta dan sedekah. Bukan mengangkat orang yang kaya supaya menjadi lebih kaya.
Secara ringkasnya, kalau gaji dinaikkan sebanyak seribu peratus sekali pun tetapi pada masa yang sama kenaikan harga barang naik seiring dengan kenaikan gaji tersebut, maka sebenarnya kerajaan hanyalah merendahkan nilai matawang itu sendiri. Contoh secara mudah, dalam hal pembinaan rumah, harga simen dinaikkan,harga besi dinaikkan, harga kayu dinaikkan dan kos harga rumah tentu sahaja akan naik. Maka jadilah rumah berharga dua ratus ribu pada masa sekarang akan menjadi harga lima ratus ribu pada selepas kenaikan gaji. Orang miskin pula akan lebih melarat dan tidak mampu membina rumah.
Secara jelas sebenarnya kerajaan melakukan langkah kenaikan gaji ini hanya semata mata untuk keuntungan politik. Ianya adalah untuk menarik sokongan golongan intelektual yang sekarang ini secara terang dan meluas mula menolak kerajaan BN. Jadi ini adalah langkah terakhir dan terdesak kerajaan untuk mengekalkan kuasa.
Perbelanjaan negara pula akan bertambah tetapi pada masa yang sama gagal menambah pendapatan negara. Kegagalan menambah pendapatan negara ini kerana pelabur tidak percaya dengan kerajaan yang korup dan mempunyai rekod yang buruk. Mereka beralih kepada negara negara seperti vietnam dan cina, yang sumber tenaga buruhnya lebih murah.
Malah kenaikan gaji itu nanti juga akan menyebabkan lebih banyak pelabur akan lari kerana peningkatan perbelanjaan terhadap gaji buruh di malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan