Isnin, 12 September 2011

Blackout


Maklumat ini telah kami khabarkan kepada semua ahli serius Brigade Zameer Fisabilillah menerusi perkhidmatan sms kami kelmarin.Apa yang telah dikatakan Brigade Zameer Fisabilillah pada tahun lalu,sekali lagi masyarakat dunia dikejutkan dengan berita ‘5 juta penduduk California terputus bekalan ELEKTRIK’ di dada akhbar.

Kepada semua ahli serius Brigade Zameer Fisabilillah yang telah membaca buku kami dan memasuki akaun rahsia,anda disarankan membaca sekali lagi buku kami yang mengandungi tajuk kecil ‘Menjelangnya Detik Bermulanya Bekalan Elektrik Terbukti Perlahan-Lahan Tiada Nanti’ pada muka surat 81-88. Buku yang kami hujahkan secara terperinci dan rahsia pada tahun lalu, kini semakin terbukti benar tanpa anda sedari.

Tahukah anda apa yang berlaku di Bandar raya San Diego di Amerika Syarikat pada 9.9.2011? 5 juta penduduk California terputus bekalan elektrik. Gangguan tenaga elektrik utama telah menyebabkan lebih lima juta penduduk di California Selatan dan sebahagian Arizona serta Mexico semalam berada dalam kegelapan. Tenaga elektrik yang terputus itu juga menyebabkan dua reaktor nuklear tergendala selain menjejaskan penerbangan, kesesakan lalu lintas dan ramai yang terperangkap di dalam lif. Operator grid kuasa California berkata, keadaan itu berlaku selepas kabel kuasa tinggi yang membekalkan elektrik dari Arizona ke California Selatan terputus.Lapangan Terbang Antarabangsa San Diego membatalkan semua penerbangan, manakala lalu lintas menjadi sesak selepas lampu isyarat tidak berfungsi.Penduduk juga melahirkan rasa marah dan berlaku kekeliruan di laman web Twitter, terperangkap dalam lif selain alat penghawa dingin tidak berfungsi.Syarikat San Diego Gas dan Electric dalam Twitter berkata, 1.4 juta pelanggan syarikat itu mengalami bekalan elektrik terputus, manakala syarikat Southern California Edison menyatakan keadaan itu memaksa pihaknya menutup dua unit loji tenaga nuklear.Syarikat kemudahan awam Arizona melaporkan kira-kira 56,000 penduduk kawasan itu terputus bekalan elektrik sejak pukul 3.40 petang waktu tempatan.Seorang Profesor Universiti San Diego, Alan Gin berkata, lampu isyarat dan stesen minyak di San Diego tidak beroperasi manakala liputan telefon bimbit terjejas teruk.Syarikat-syarikat kemudahan awam San Diego memberi amaran bekalan elektrik tidak dapat dipulihkan dalam tempoh yang singkat.‘‘Bersedia untuk tinggal di rumah tanpa bekalan elektrik,’’ ujar syarikat Sempra kepada pelanggannya yang tidak sedar diri teknologi agen dajjal semakin tiba ke penghujungnya.

Jika diperhatikan sepintas lalu, sudah tentu para pembaca yang sentiasa tidak ketinggalan mengikuti maklumat kami semenjak tahun lalu hingga kini dapat mengetahui apa yang ingin kami ‘highlight’ di dalam nota ini. Perhatikan perkataan ELETRIK TERPUTUS? kabel kuasa tinggi yang membekalkan elektrik dari Arizona ke California Selatan terputus? dua reaktor nuklear tergendala? menjejaskan penerbangan, kesesakan lalu lintas selepas lampu isyarat tidak berfungsi dan ramai yang terperangkap di dalam lif? Lapangan Terbang Antarabangsa San Diego membatalkan semua penerbangan? liputan telefon bimbit terjejas teruk? bekalan elektrik tidak dapat dipulihkan dalam tempoh yang singkat?

Ya,inilah perkara yang ingin kami ‘highlight’ kepada anda semua dan tiada satu pun kajian kami tidak tepat. Segala kemudahan teknologi yang disediakan oleh agen dajjal bakal musnah tidak lama lagi.Apa yang kami fikirkan, fenomena ini akan berterusan dan berlaku di seluruh dunia pada masa akan datang.
Memang benar kata-kata kami baru-baru ini pada salah satu nota bertajuk ‘Akhir Zaman? Petanda Kehancuran Telefon Bimbit 2011, 2012 dan 2013’. Kami ulang sekali lagi ayat tersebut, “Sebelum turunnya Nabi Isa a.s. atau sebelum kemunculan Imam Mahadi,semua telefon bimbit di dunia ini akan musnah.Mengapa? Kerana kegemilangan Islam dan kemenangan Islam yang sebenar ialah tiada lagi pergantungan hidup terhadap teknologi dajjal.Kemenangan Islam yang sebenar ketika perang akhir zaman yang bakal berlaku dengan hebatnya nanti bukannya berpaksikan mengharapkan teknologi agen dajjal TETAPI kemenangan Islam yang sebenar ialah tatkala umat Islam itu mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Sudahkah anda dapat menerima kenyataan ini? Mengapa begitu keras kepala sangat? Lihatlah tsunami di Jepun, banyak telefon bimbit di telan bumi kan?Lihatlah taufan yang berlaku hampir setiap minggu di Amerika Syarikat,banyak telefon bimbit rosak kan? Lihatlah banjir yang berlaku hampir setiap hari di seluruh pelusuk dunia telah mengakibatkan kerosakan teruk dan kehilangan teknologi ciptaan agen dajjal.”Ketiadaan elektrik ini juga ada kaitan dengan nota yang telah kami dedahkan pada Julai 2011 yang bertajuk ‘Menjelangnya KEHANCURAN Teknologi Agen Dajjal Pada 2011,2012 dan 2013

Kami menerima banyak emel memohon maaf kerana mengutuk kami pada tahun lalu dan mereka ingin segera menjadi ahli Brigade Zameer Fisabilillah serta membeli buku kami,tahniah kami ucapkan kepada mereka,kepada insan yang baru hadir sila ambil pengajaran dan tiada gunanya anda ingin berdebat dengan kami sedangkan anda tahu bahawa anda bakal kalah dalam keadaan menjijikkan. Ada juga insan yang dulunya dengki dengan pemikiran Brigade Zameer Fisabilillah, akhirnya kini tertunduk layu menginsafi perbuatan buruk mereka itu.Segala maklumat kami sejak tahun lalu yang kini dihujahkan dengan hebatnya telah diabadikan di dalam buku dan hanya layak di baca oleh ahli serius Brigade Zameer Fisabilillah.Kini anda dapat melihat,satu lagi maklumat terbaru kami berjaya menyakinkan anda yang sentiasa dahaga menanti pendedahan maklumat terkini dari kami.Di bawah ini merupakan keratan akhbar Utusan dan Kosmo pada 10.9.2011. Sekiranya anda masih ragu-ragu,sila bawa gambar dibawah kepada syarikat akhbar anda untuk bertanya adakah benar berita tersebut,KAMI CABAR ANDA!!!KAMI CABAR ANDA!!!KAMI CABAR ANDA!!!

sumber: http://brigadezameerfisabilillah.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan