Kami tuliskan satu lagi maklumat terbaru,walaupun sudah 2 bulan kami membekukan maklumat kami daripada didedahkan secara terbuka kepada semua manusia( mengelakkan maklumat kami dibaca oleh golongan munafik dan kafir).Untuk pengetahuan umum,sememangnya maklumat kami hanya khas di baca oleh umat Islam sahaja dan hanya kepada insan yang serius untuk mengikuti perkembangan maklumat terkini dari kami. Mengapa kami perlu mendedahkan maklumat secara rahsia di akaun rahsia?Jawapannya telah tersedia ada pada nota kami sejak 2 bulan lalu, Anda bacalah sendiri dan anda pasti menemui jawapannya.
Untuk makluman semua,maklumat ini telah kami bincang dan memperdebatkan sesama ahli Brigade Zameer Fisabilillah semenjak awal tahun 2011. Kami sering tertanya-tanya di kalangan ahli, mengapa industri prepaid setiap tahun semakin berkurang diskaun??? Jawapannya sudah tentu kerana inflasi. Tetapi kami memilih jawapan yang paling UTAMA ialah kerana golongan kaya kini semakin berebut ingin menjadi kaya sebelum menjelangnya tahun 2012, kononnya mereka ingin lari dari bencana alam.Masih ingat perkataan ini? Golongan kaya semakin kaya,yang miskin terus miskin....Itulah yang sedang berlaku sekarang walaupun kita sedia maklum bahawa pelbagai usaha yang dilakukan segelintir pihak ingin mengekang inflasi dari terus naik. Adakah anda merasakan usaha mereka berjaya? Pendapat kami,usaha mereka tidak 100% berjaya memandangkan mereka masih mengharapkan kepada teknologi dajjal serta terlalu bergantung kepada ekonomi dunia yang ditadbir oleh agen dajjal laknatullah.
Maklumat yang telah kami jangkakan sejak awal tahun ini iaitu Syarikat Telekomunikasi akan terus mencuba mengambil wang manusia terutama umat Islam melalui telefon bimbit akhirnya menjadi kenyataan pada bulan September 2011. Ya memang benar,kenyataan yang anda harus terima walaupun pahit,mulai 15.9.2011 seluruh syarikat telekomunikasi akan mula mengenakan caj 6%, ini bermakna kepada semua pelanggan telefon bimbit prepaid perlu membayar RM10.60 untuk mendapatkan topup bernilai RM10.00. Sila sediakan syiling 60 sen anda untuk topup di seluruh kedai topup.
Terdapat hampir 30 juta pengguna prepaid seluruh Malaysia,jika seminggu topup RM10.00 bayar RM10.60,kerugian 60 sen x 30 juta pengguna=RM18 juta kerugian direkodkan. Seorang individu pada akhir zaman ini sudah tentu seorang bukannya menggunakan satu nombor telefon bimbit tetapi kebanyakkannya mempunyai 2 dan 3 nombor telefon bimbit setiap orang. MasyaAllah,nilai RM18 juta yang boleh diperolehi seminggu sudah cukup untuk membantu keperluan harian pejuang fisabilillah Palestin.
Itu baru dikirakan caj 60 sen, bagaimana pula jika kami kirakan jumlah kerugian anda topup. Katakan seminggu anda topup RM10,RM10.60 anda perlu bayar. Bayangkan jika 30 juta pengguna prepaid berbuat demikian setiap minggu,30 juta x RM10.60=RM318 juta seminggu?ya, RM318,000,000.00 yang dibelanjakan seminggu oleh pengguna prepaid. Nilai ini sudah cukup untuk keperluan harian pejuang fisabilillah Palestin menentang zionis laknatullah.Malangnya,kebanyakan di kalangan golongan pemimpin pada hari ini lebih mementingkan pembinaan bangunan sedangkan mereka tahu bangunan itu bakal runtuh tidak lama lagi. Atau mungkin mereka langsung tidak tahu memandangkan mereka malas membaca segala tulisan Brigade Zameer Fisabilillah.
Kepada ahli Brigade Zameer Fisabilillah, kami ada satu cara untuk MENGHALANG anda dari menjadi mangsa keadaan ini,insyaAllah kami bakal mendedahkan secara rahsia menerusi akaun rahsia apabila sudah tiba masanya. Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti perkembangan terkini kami sama ada melalui akaun rahsia atau melalui page ini setiap hari,minggu atau bulan.
Ramai jiwa yang baru hadir membaca nota kami tahun ini,terkejut dengan pelbagai maklumat yang kami dedahkan.Kepada jiwa baru,anda disarankan membaca semua nota kami agar anda lebih mudah memahami. Ramai yang tertanya-tanya, benarkah kenyataan kami mengenai ayat ini, “Sekiranya anda menganggap kami cuba menipu anda,teruskanlah menanti disini dan biarkanlah masa berlalu pergi.Anda akan merasai kelainannya dan anggapan anda itu 100% meleset sama sekali kerana apa yang kami katakan kini bukannya satu penipuan dan omong kosong.Anda juga akan rasa terkejut apabila mendapat tahu bahawa ilmu yang kami sebarkan jauh lebih berharga dari rokok@peralatan mekap anda yang bernilai puluhan ringgit,jauh lebih bernilai dari telefon bimbit milik anda yang bernilai ratusan ringgit,jauh lebih berbeza dari televisyen plasma anda yang bernilai ribuan ringgit,jauh lebih bermanfaat berbanding harga kenderaan anda yang bernilai puluhan ribu ringgit,jauh lebih penting berbanding harga rumah anda yang bernilai ratusan ribu ringgit….Renung-renungkanlah”.
Apa yang ingin kami fokuskan di sini ialah mengenai ungkapan telefon bimbit yang telah kami selitkan pada setiap nota kami sejak 2 bulan lepas. Ya memang benar, segala maklumat yang kami dedahkan semenjak tahun lalu sememangnya lebih bernilai dari telefon bimbit anda. Mengapa? Kerana telefon bimbit anda bakal tidak dapat digunakan lagi,mungkin setahun akan datang,dua tahun akan datang.
Hakikat ini memang anda perlu telan dengan sabar kerana telefon bimbit anda bakal lenyap bersama bencana alam yang bakal berlaku nanti,dan mungkin anda sekali lenyap bersama telefon bimbit anda.
Kenyataan kami ini, anda perlu menerimanya dengan tenang,bukannya tahu membantah sahaja dan malas membaca maklumat-maklumat kami sebelum ini. Sebelum turunnya Nabi Isa a.s. atau sebelum kemunculan Imam Mahadi,semua telefon bimbit di dunia ini akan musnah.Mengapa? Kerana kegemilangan Islam dan kemenangan Islam yang sebenar ialah tiada lagi pergantungan hidup terhadap teknologi dajjal.Kemenangan Islam yang sebenar ketika perang akhir zaman yang bakal berlaku dengan hebatnya nanti bukannya berpaksikan mengharapkan teknologi agen dajjal TETAPI kemenangan Islam yang sebenar ialah tatkala umat Islam itu mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Sudahkah anda dapat menerima kenyataan ini? Mengapa begitu keras kepala sangat? Lihatlah tsunami di Jepun, banyak telefon bimbit di telan bumi kan?Lihatlah taufan yang berlaku hampir setiap minggu di Amerika Syarikat,banyak telefon bimbit rosak kan? Lihatlah banjir yang berlaku hampir setiap hari di seluruh pelusuk dunia telah mengakibatkan kerosakan teruk dan kehilangan teknologi ciptaan agen dajjal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan