Sabtu, 10 September 2011

Al Malhamah Al Kubro



Albert Einstein: "I know not with what weapons World War III will be fought, but World War IV will be fought with sticks and stones."  {1} 

Bibel Yehezkiel (7:15) berjudul Kesudahan Yerusalem menyebut, “Pedang ada di luar kota, wabak dan kelaparan ada di dalam. Barang siapa (Yahudi) yang di luar kota akan mati kerana pedang, dan barang siapa (Yahudi) yang ada di dalam kota akan binasa oleh kelaparan dan wabak.”

Bibel Yehezkiel fasal 6 ayat 11-14: “Beginilah firman Tuhan, ‘Bertepuklah dan entakkanlah kakimu ke tanah dan serukanlah, ‘Awas!’ Oleh sebab segala perbuatan kaum Israel yang keji dan jahat, mereka akan rebah mati kerana pedang, kelaparan, dan wabak penyakit. Yang jauh akan mati kerana wabak, yang dekat akan mati kerana kelaparan. Demikianlah Aku akan melampiaskan amarah-Ku kepada mereka. Aku akan mengngkat tangan-Ku melawan mereka dan tanahnya, dimana saja mereka diam akan Ku buat menjadi musnah dan sunyi sepi mulai dari pedang gurun sampai Ribla’.”

Nabi Muhammad SAW menyebut Peperangan Akhir Zaman ini sebagai Al Malhamah Al Kubro, suatu huru-hara besar yang belum pernah ada tandingannya. Berkenaan TERHAPUSNYA SENJATA-SENJATA MODEN yang seterusnya menyebabkan ia tidak lagi digunapakai dalam Perang Akhir Zaman, dan beralih kepada penggunaan senjata tradisional seperti pedang, panah, lembing, batu dan sebagainya - buku "Armageddon Peperangan Akhir Zaman: Menurut al-Quran, Hadith, Taurat dan Injil" ada hujahnya.

Bintang berekor atau komet terhasil dari bahan luar angkasa dengan mempunyai medan magnet yang besar. Ketika medan magnet ini sampai ke bumi, maka seluruh benda-benda logam akan dipengaruhi oleh medan magnet tersebut, sehingga semua logam akan berfungsi seperti magnet. Akibat drpd itu, elektrik akan terpadam. Hal ini akan terkesan pada peralatan teknologi yang diperbuat daripada logam. Semua teknologi yang diperbuat drpd bahan baku logam akan mati, tidak berfungsi. Semua komputer tidak akan mampu utk digunakan, satelit mati, senjata-senjata tidak berfungsi, radar nuklear tidak boleh digunakan kerana semua logamnya dipengaruhi oleh magnet sehingga saling bercantum erat satu sama lain,ia sekaligus akan menyulitkan operasi manualnya. Pesawat terbang F-16, Mirage, dll tidak mampu diaktifkan, begitu juga kenderaan lain. Sehingga hanya senjata konvensional saja yang boleh digunakan, kembali ke PEDANG DAN KUDA.

Sebuah kajian di British yang dilakukan oleh seorang pakar matematik dan fizik memberitahu bahawa, setiap logam mempunyai atom-atom yang bergerak dengan arah tertentu. Bila waktunya tiba, berdasarkan teori matematik dan gerakan atom tersebut akan berbalik arah ke arah sebelumnya. Sejak itulah seluruh benda yang diperbuat daripada logam tidak dapat berfungsi. Komputer, senjata dan mesin-mesin juga tidak berfungsi.

Pembalikan arah putaran atom juga boleh disebabkan dorongan (pengaruh) magnetik. Magnet mampu mengubah gerakan atom, suatu objek logam dari tidak searah menjadi searah. Sebagai bukti dorongan (pengaruh) magnetik mampu memporakberandakan mesin, komputer, persenjataan dapat dilihat menerusi beberapa peristiwa (tragedi) terutama Fenomena Segitiga Bermuda. {2}

Hujahan penulis buku tersebut mengenai hentaman bintang berekor ke atas bumi sangatlah panjang hingga penulis melanjutkan hujahnya pada buku ke-2 dengan tajuk Armageddon 2 : Antara Petaka dan Rahmat.

Diberitakan juga bahawa di akhir zaman (perang), Nabi Isa as akan membunuh Dajjal dengan lembing.  Kitab Tuhfah AI-A’laie Fi UImu Tauhid.

“Dan bahawasanya turun Nabi Isa ketika Dajal mengepung Mahdi serta pengikut-pengikutnya dalam kota Baitul Maqdis. Maka turun Nabi Isa AS daripada langit atas menara sebelah timur masjid Syam dan pergi ke Baitul Maqdis maka ia membunuh Dajal dengan lembing dan Dajal hancur dengan semata-mata melihat Nabi Isa seperti hancur garam di dalarn air"{3}

Menurut atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas dan Sayydina Ali bin Abi Thalib disebutkan bahawa Allah SWT akan melempari mereka (Yahudi-Kafir) dengan anak panah yang paling dasyat.

"....maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran." {4}


Hujahan diatas dipetik daripada pelbagai sumber termasuk pendapat-pendapat cendiakawan Islam dan bukan Islam. Ia juga memetik sumber-sumber daripada pelbagai kitab termasuklah al-Quran dan Injil (hujahan mengikut Taurat ada dalam buku yang dinyatakan di atas). Pembaca boleh menggunakan budi bicara masing-masing kerana Hakikat Akhir Zaman yang pastinya HANYA ALLAH SWT yang tahu.



__________________________________
1. http://rescomp.stanford.edu/~cheshire/EinsteinQuotes.html
2. Armageddon peperangan akhir zaman: menurut Al-Qur'an, Hadits, Taurat, dan Injil, hlm 140
3. Kitab Tuhfah AI-A’laie Fi UImu Tauhid, hlm 42
4. Al-Fitan, hlm 216. Lihat buku Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 47-50

Tiada ulasan:

Catat Ulasan