Ahad, 13 Julai 2014

protes

Gambar-gambar Protes anti-Israel seluruh dunia
Sheikh Sunni membawa replika roket semasa demonstrasi di selatan pelabuhan-bandar Lubnan, Sidon pada 11 Julai 2014, dianjurkan oleh Lebanese Sunni Islamists and Palestinians untuk mengutuk serangan udara Israel di jalur Gaza - Reuters

Di pelbagai tempat beberapa penunjuk perasaan bertempur dengan tentera kerajaan. 

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata pada hari Jumaat, Israel telah diserang lebih daripada 1,000 sasaran semasa serangan empat-hari terhadap militan Gaza dan bahawa "ada banyak lagi bakal menyusul".

Di bawah ini adalah pilihan gambar-gambar protes di seluruh dunia yang telah diterbitkan.

Gambar-gambar Protes anti-Israel seluruh dunia
 Protes di Habib Bourguiba Avenue di Tunis, Tunisia, 11 Julai 2014 - EPA

Gambar-gambar Protes anti-Israel seluruh dunia
 Protes di Habib Bourguiba Avenue di Tunis, Tunisia, 11 Julai 2014 - EPA

Gambar-gambar Protes anti-Israel seluruh dunia
 Penunjuk perasaan Yaman melindungi diri mereka dengan payung terhadap matahari membakar kerana mereka berkumpul untuk perhimpunan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, di Sana'a, Yaman, Julai 11, 2014 - EPA

Gambar-gambar Protes anti-Israel seluruh dunia
 Protes di Sana'a, Yaman, Julai 11, 2014 - EPA

Gambar-gambar Protes anti-Israel seluruh dunia
 Protes berhampiran kedutaan Israel di Brussels, Belgium, Julai 11, 2014 - EPA

Gambar-gambar Protes anti-Israel seluruh dunia
 Protes di Karachi, Pakistan, 11 Julai 2014 - EPA

 Protes di Jakarta, Indonesia, 11 Julai, 2014 - EPA

Gambar-gambar Protes anti-Israel seluruh dunia
 Seorang budak lelaki Islam Indonesia memegang senapang mainan semasa perhimpunan terhadap serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Jakarta, Indonesia, 11 Julai, 2014 - EPA

Gambar-gambar Protes anti-Israel seluruh dunia
 Protes di Jakarta, Indonesia, 11 Julai, 2014 - EPA

Gambar-gambar Protes anti-Israel seluruh dunia
 Protes di Istanbul, Turki, 11 Julai 2014 - EPA

Gambar-gambar Protes anti-Israel seluruh dunia
 Protes di Istanbul, Turki, 11 Julai 2014 - EPA

Gambar-gambar Protes anti-Israel seluruh dunia
 Ulama Sunni berdoa semasa perhimpunan yang dianjurkan oleh penyokong gerakan Islam Hamas dan Al-Jamaa Islamiya dalam perpaduan dengan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, di Sidon, Lubnan, 11 Julai 2014 - EPA

Gambar-gambar Protes anti-Israel seluruh dunia
 Kanak-kanak Lubnan membawa sepanduk semasa perhimpunan yang dianjurkan oleh penyokong gerakan Islam Hamas dan Al-Jamaa Islamiya bersolidariti dengan rakyat Palestine di Semenanjung Gaza, di Sidon, Lubnan, 11 Julai, 2014 - EPA

Protes di Sidon, Lubnan, 11 Julai, 2014 - EPA

pencerahan

RIDHUAN TEE ABDULLAH - Sinar Harian 6 Jul. - SEBAGAI umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus Melayu, lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!

Pertama, bidang pekerjaan. Melayu tidak mahu lagi menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar dan tukang cuci. Tak glamor. Lebih 3 juta buruh asing mengambil alih tugas Melayu.

Kedua, bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur daripada program realiti bintang kecil sehinggalah bintang tua.

Semua program realiti akan berakhir Ramadan ini kerana pada kefahaman kita, ia bulan ibadat. Bagaimana pula bulan lain, dan kefahaman Islam jenis apakah ini?

Ketiga, bidang politik. Kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Sedar atau tidak, kita hanya ada 50 peratus. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah.

Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.

Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas dan sumbang mahram. Bukan bermakna bukan Islam tidak melakukannya.

Mereka pun banyak terlibat, mereka pandai makan, pandai simpan. Namun, mereka tidak sampai dirogol berkali-kali oleh 21 lelaki sehingga menjadi rekod dunia.

Kelima, bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70 peratus dikuasai bukan Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari. Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di laman sosial, cap Masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Ini baru bihun, belum yang lain.

Keenam, kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak? Begitu juga pendedahan aurat sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta.

Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang, jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan? Orang yang duduk di atas itu, adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?

Ketujuh, kebanyakan stesen TV tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya?

Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Karpet merah dibuat pada waktu maghrib, solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis ini bersolat Zohor, Asar dan Maghrib?

Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam? Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini?

Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini. Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.

Bak kata Dr Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert.

Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?

Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi untuk berjemaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?

Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu.

Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. Ayuh! Bersatulah! sama-sama fikir dan renung, sebelum terlambat.
Minta kita sebar kan seluas2 nya.

Jumaat, 11 Julai 2014

airport


Lapangan Terbang Yang Paling Bahaya Di Dunia | Gibraltar Airport adalah sebuah lapangan terbang yang beroperasi di wilayah British, Gibraltar.

Ia adalah satu-satunya lapangan terbang di mana landasan sebenarnya bersilang dengan lebuh raya utama.

Apabila kapal terbang berlepas berlepas atau turun, aliran trafik lebuhraya akan ditutup. Program History Channel meletakkan kedudukan sebagai lapangan terbang ini kelima Lapangan Terbang Paling Extreme paling berbahaya di dunia, bersama-sama dengan yang paling berbahaya di Eropah.




gua terdalam


Jom Teroka Gua Paling Dalam Di Dunia Di Sempadan Georgia | Gua Krubera, yang terletak di wilayah yang menjadi pertikaian di sempadan Georgia di timur Eropah adalah gua paling dalam di dunia.

Kedalaman rasmi direkodkan bahagian paling dalam Gua Krubera adalah 2,197 meter atau 7,208 kaki. Untuk perspektif kira-kira enam setengah Menara Eiffel yang disusun di atas satu sama lain. 




Gambar-gambar yang menakjubkan untuk merasai skala sebenar dan kemegahan. Sejak penemuan awal Gua Krubera pada tahun 1960 ahli-ahli sains telah cuba untuk meneroka dan rahsia-rahsianya.

Pada tahun 2001 Gua Krubera rasmi menjadi gua terdalam di dunia dengan kedalaman diterokai pada masa itu 1,710 meter. Gua ini kini direkodkan lebih daripada 2,000 meter.

Kedalaman rasmi Gua Krubera dicatatkan oleh penyelam Ukraine Gennadiy Samokhin pada tahun 2012. 





Langkabong


Kisah Benar Seluruh Kampung Dimurtadkan Di Sandakan Sabah | Menangis mendengar laporan sebuah kampung yang murtad dan sebuah masjid yang mati dari Dr Rosmadi Nawi dan jemaah yang kini sedang berdakwah di Sabah. Sayunya ya Allah. Salah saya ni.. Ampun Ya Allah.

Menjejaki masjid yang sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan.


Terpaksa meredah serpihan bumbung yang runtuh dan kotoran yang bertimbun di dalam masjid.

Setelah mendapat laporan dari Imam Daerah Tongod, Imam Daim yang kami temui minggu lepas selepas solah jumaat di Masjid Kg Entilibon tentang keadaan satu kampung yang 100% penduduknya telah dimurtadkan, kelmarin(6hb Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dengan menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad untuk menziarahi Kg Langkabong. 

Kampung tersebut terletak kira2 setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dengan dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dlm hutan tersebut ada tinggalan masjid. Setelah meredah semak sejauh kira2 70m dari jalan ternampak samar2 bangunan usang di sebalik semak samun.



Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dlm dengan terpaksa meredah serpihan bumbung yang runtuh dan kotoran yang bertimbun di dalam masjid tersebut. Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dlm masjid itu. Jemaah kami, Badrul munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solah sunnat 2 rakaat di rumah Allah yang telah hampir 20 tahun kesepian.

Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yang termampu, kami beredar dengan perasaan sedih.

Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yang ada 2 keluarga yang masih beragama Islam. Kami buat keputusan untuk menziarahi mereka.

Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan mmg asal dilahirkan Muslim. Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yang memeluk agama islam. Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad. Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai-ramai di Kg Langkabong ini.

Di sekitar tahun 1979-82 berlaku pengislaman beramai-ramai (lebih kurang 370 orang) di Kg Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 Tahun. Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama Abdul.

Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong. Selepas pada itu berlaku usaha gigih missionary Kristian yang bertubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yang sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul.

Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang.

Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yang kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini adalah sasaran yang terkuat missionary Kristian di seluruh Sabah.

Ianya berlaku apabila umat Islam sbg pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae'i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak.

Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, "Gejala kemurtadan tidak akan berlaku jika setiap orang Islam menjadikan diri mereka daei Allah.



Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Abdullah B. Khuzafah ra yang mempertahankan imannya dari murtad walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh. Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa. Katanya 'Kalaulah nyawaku sebanyak bulu roma di badanku, nescaya akan ku korbankan satu persatu untuk agama Allah'.

Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae'i...... InsyaAllah. 

Laporan Dr Rosmadi dan Jemaah.

Ya Allah bantulah mereka yang sedang berdakwah di seluruh Sabah dan seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Ya Allah kembalikanlah seluruh kampung ini kepada Islam. Ya Allah bukakanlah malam ini semua penduduk kampung ini kembali pada Islam. Kasihanilah kami semua. Maafkanlah kerana kecuaian diriku dalam dakwah, korban, menangis untuk agama ini.