Ahad, 31 Julai 2016

Kata² baik

ROTI HANGIT

Seorang anak menceritakan;

Setelah sepanjang hari ibu ku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya.
Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku.

Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.
Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.

Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya.

Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohon maaf ibuku: "Sayang, jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit.
Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam.

Aku bertanya:-
"betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit."

Ayahku merangkul aku & menjawab:-

"Anak ku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.
Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa hatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati.
Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib."

*Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain.*

*Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh.*

*Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik.*

*Berilah keuzuran kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh.*

*Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara.*

Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya

Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia negatif.

Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka.

Percakapan yang CANTIK & BAIK umpama anak kunci,
ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati.

Rabu, 27 Julai 2016

Iman

Peringatan yang amat bagus buat kita sekalian

*SOALAN MAUT*

Zaman dulu ada seorang sultan yang telah mengambil seorang ilmuan agama menjadi menterinya. maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan.

Satu hari sultan memanggil Menteri Agamanya dan bertanya 3 soalan;
1. Apa itu Dunia
2. Apa itu Akhirat
3. Apa itu Iman.

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu, tak mahu syarahan yang panjang2. Menteri Agama (MA) terpinga2 untuk mencari jawapan yang memuaskan hati sultannya. Sultan telah murka memberi tempoh seminggu supaya boleh mencari jawapan.

Kemudian sultan hantar wakilnya kpd MA dan bagi titah bahawa sultan akan merampas segala kemewahan MA jika gagal memberi jawapan yang di kehendaki seperti banglo, harta, kenderaan, gelaran, isteri dan anak2 . MA mengalami kerungsian yang amat sangat memikirkan dia akan kehilangan segala2nya. Tak dapat tidur, makan tak lagi berselera.

MA telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan. tetapi gagal. Akhirnya MA keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang di milikinya.

Saat apabila hampir tiba deadline, keserabutan MA makin bertambah memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum deadline MA termenung di bawah sebuah pohon besar mengenangkan nasibnya.

Di tepi MA termenung ada seorang tua sedang berkebun. Bila matahari terik dikepala, orang tua berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor. Maka diajak MA makan bersama. MA yang kerungsingan memikirkan jawatan istana dan lain2 yang dimiliki hingga tak berselera nak makan.

Orang tua bertanya: Tuan, nampaknya ada masalah? Boleh hamba menolong tuan?
MA memberitahu kisahnya dan soalan2 sultan beserta syarat2 kepada orang tua tersebut.

Soalan 1. Apakah Dunia? maka jawab orang tua , *Dunia ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di tinggalkan (hal ini diketahui oleh hati masing2)*

2. Soalan 2, Apa itu akhirat? jawab orang tua tersebut, *Akhirat ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di bawa ke alam akhirat tanpa ada apa2 maksud dunia di dalamnya (ini pun dkenali oleh hati masing2)*

Soalan 3, Apa itu iman? Maka orang tua bagi tahu: Akan aku bagi tahu petang nanti selepas solat Asar.

Bila waktu Asar mereka solat Asar dan selepas solat MA terus bertanya Apa itu iman?

Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa2 makanan tengahari. Orang tua memberi syarat utk memberi jawapan yang ketiga, MA mesti makan bersama anjing2 tersebut. MA berfikir berkali2, makan dengan anjing najis berat, tak makan jawatan & harta habis, hidup susah dan melarat. fikir2... fikir2.

Akhirnya MA buat keputusan untuk makan bersama anjing2 itu. Apabila MA duduk untuk makan bersama anjing2 itu, orang tua pegang kolar bajunya dan berkata:
*"Tuan, inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan langgar perintah Allah. Tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup langgar perintah Allah untuk selamatkan dunianya.*"

Selasa, 26 Julai 2016

Ajar

Apa Kata Za'ba tentang ibu bapa dan guru.... renung2kanlah...

Masyarakat kita adalah masyarakat yang paling pantas sekali respon jika terdapat kesalahan guru terhadap anak muridnya. Tetapi bagaimanakah dengan kesalahan ibu bapa, terhadap anaknya sendiri?

Za’ba, dalam Mencapai Keluhuran Budi Bab 5, Ibu Bapa – Guru Yang Pertama menulis tentang ‘kurang ajar’:

“Kita sangat marah jika dikata orang diri kita atau anak kita ‘kurang ajar’ kerana ‘kurang ajar’ itu bermakna bahawa emak bapa kita di rumah tidak cukup atau tidak tahu mengajar kita aturan adab yang halus-halus…”

“Padahal yang sebenarnya semua sifat-sifat perangai yang kekurangan dan rendah dan hina pada diri kita dan anak-anak kita itu ialah boleh disusun asalnya tersebab daripada ‘kurang ajar’ belaka. Sama ada kurang ajar oleh diri kita sendiri atau kurang ajar oleh emak bapa di rumah masa kita kecil-kecil.”

Kemudian Za’ba menyambung:

“Rumah itulah sekolah yang pertama kepada anak-anak itu bagi pelajaran bagaimana melakukan dirinya dalam kehidupan dunia ini; dan ibu bapa itulah guru sekolahnya yang awal pertama sekali.”

“Jikalau sekiranya asuhan dan didikan perangai yang didapatinya di rumah itu tiada senonoh atau tiada baik, maka itulah yang akan menjadikan dia ‘kurang ajar’, kurang amanah, makan suap dan sebagainya apabila ia telah besar kelak.”

Za’ba memberi contoh:

“Misalnya jika di sekolah guru-gurunya mengajar suruh bersih tetapi di rumahnya sentiasa kotor, ibu bapanya sendiri tiada bersih, suka buang air besar di parit atau di longkang-longkang sahaja umpamanya, barang di rumah bersepah-sepah tiada aturan, kain-kain tersepah di sana tersangkut di sini, kencing budak kecil berlelehan di lantai – maka betapakah dapat dipersetujukan di antara dua macam sekolah itu?”

Mudahnya, 3 perkara penting Za’ba dalam bab ini ialah:

1. Kalau anak kurang ajar, maknanya ibu bapa yang tak tahu mengajar anak (dalam bahasa mudah, ibu bapalah yang kurang ajar dulu).

2. Rumah ialah sekolah pertama anak, ibu bapa ialah guru sekolah anak yang terawal sekali.

3. Kalau rumah kau pun kain bersepah, janganlah gedik bila anak kena tampar, nak saman cikgu. Lipat baju tu semua dulu kay?

Jarang sekali kita, sebagai ibu bapa sedar bahawa salah satu kesalahan kita terhadap anak-anak ialah – _melepaskan tanggungjawab mengajar anak kepada guru di sekolah formal._

Kerana kita terlalu fokus kepada tanggungjawab guru – yang kononnya ditugaskan untuk mendidik anak kita. Padahal dalam masa yang sama, tak sedar kita juga sebagai ibu dan bapa – _punya tanggungjawab yang lebih besar kerana, anak itu ialah anak yang kita sama-sama lahir dan besarkan._

Begitulah Za’ba mengingatkan kita entah berapa puluh tahun yang lalu dalam karangannya. Terpulanglah kepada kita untuk mengambil manfaat dan mula lipat baju sekarang, atau buat selamba badak dan terus bash cikgu di Fesbuk.

ZF Zamir
Gerakan Hormati Guru di Fesbuk & Gerakan Anti-Rumah Bersepah

Kafarah badan

Dari FB *Haji Mohd Tariq MKamal*
6 Mac 2015

_Kifarah badan_

Ada sorang bapa, blk dr hosp tuanku jaafar mengeluh mengenangkan anaknya yg koma lps jatuh merempit 2 thn lps. Pcik ni brth kat ayah sy, dia dah minta surau kat kg dia bc yaasin dan solat hajat tp Allah blm memakbulkan hasratnya.
Ayah sy ajar dia amalan KIFARAH BADAN dr almarhum syeikh hj ahmad b syeikh hj mohd said. Alhamdulillah berkat amalan ini dan pcik tu yakin, lps diamalkan, anak dia sedar dr koma dan discharge dr hosp 3 hr slps itu.

Cara2nya ialah.
1. Kira umurnya. Jika umurnya 38thn, umurnya ditambah 1 dan diganda 2. Jd umurny. Jd jumlahnya 38+1x2:78.
2. Ambil duit sbyk itu dan dimskkan dlm baju, kain, seluar sblm tido dan diniatkan apa shj. Minta penyembuhan penyakit, lapang dr mslh dll. Tp duit tu mesti kena kulit bdn, jgn diltk dlm poket.
3. Bgn pg, ambil duit tu, simpan. Jgn bercampur dgn duit yg lain.
4. Ulang duit yg sama utk hr ke2&3.
5. Pg hr ke4, beli mknn spt nasi atau buah durian, delima, pisang, hadiahkan kpd jemaah masjid atau surau. Tp pesan kpd ahli keluarga, jgn dimkn mknn tersebut.
Jika xmmp, rm10 pun bole digunakan. Yalah, msg2 punya tahap kewangan.

Ada kemusykilan bole hubungi sy. Sy xnak apa2 blsn, hanya harap tuan puan hadiahkan alfatihah kpd almarhum Syeikh hj ahmad b syeikh hj mohd said krn ilmunya.
Alfatihah

Kenapa

3 SOALAN PENYESALAN

1. Kenapa Tidak Lebih Jauh?
2. Kenapa Tidak Yg Baru?
3. Kenapa Tidak Semua?

Alkisah seorang sahabat Nabi SAW bernama Sya’ban RA. Ia adalah seorang sahabat yang tidak menonjol dibandingkan sahabat2 yg lain.

Ada suatu kebiasaan unik dari beliau yaitu setiap masuk masjid sebelum sholat berjamaah dimulai, dia selalu beritikaf di pojok depan masjid.
Dia mengambil posisi di pojok bukan karena supaya mudah senderan atau tidur, namun karena tidak mau mengganggu orang lain dan tak mau terganggu oleh orang lain dalam beribadah.

Kebiasaan ini sudah dipahami oleh sahabat bahkan oleh Rasulullah SAW, bahwa Sya’ban RA selalu berada di posisi tsbut termasuk saat sholat berjamaah.

Suatu pagi saat sholat Subuh berjamaah akan dimulai, RasululLah SAW mendapati bahwa Sya’ban RA tidak berada di posisinya seperti biasa. Nabi pun bertanya kepada jemaah yg hadir apakah ada yg melihat Sya’ban RA.

Namun tak seorangpun jamaah yg melihat Sya’ban RA. Sholat subuhpun ditunda sejenak untuk menunggu kehadiran Sya’ban RA. Namun yg ditunggu belum juga datang. Khawatir sholat subuh kesiangan, Nabi memutuskan untuk segera melaksanakan sholat subuh berjamaah.

Selesai sholat subuh, Nabi bertanya apa ada yg mengetahui kabar dari Sya’ban RA.
Namun tak ada seorangpun yang menjawab.
Nabi bertanya lagi apa ada yg mengetahui di mana rumah Sya’ban RA.

Kali ini seorang sahabat mengangkat tangan dan mengatakan bahwa dia mengetahui di mana rumah Sya’ban RA.
Nabi yang khawatir terjadi sesuatu dg Sya’ban RA meminta dihantarkan ke rumahnya.
Perjalanan dengan jalan kaki cukup lama ditempuh oleh Nabi dan rombongan sebelum sampai ke rumah yg dimaksud.
Rombongan Nabi sampai ke sana saat waktu afdol untuk sholat dhuha (kira2 3 jam perjalanan).

Sampai di depan rumah tersebut Nabi mengucapkan salam.
Dan keluarlah seorang wanita sambil membalas salam tsbut.

“Benarkah ini rumah Sya’ban?” Nabi bertanya.

“Ya benar, saya istrinya” jawab wanita tsbut.

“Bolehkah kami menemui Sya’ban, yg tadi tidak hadir saat sholat subuh di masjid?”

Dengan berlinangan air mata istri Sya’ban RA menjawab:
“Beliau telah meninggal dunia tadi pagi."

InnaliLahi wainna ilaihirojiun… Maa sya Allah, satu2nya penyebab dia tidak sholat Subuh berjamaah adalah karena ajal sudah menjemputnya.

Beberapa saat kemudian istri Sya’ban bertanya kepada Rasul ;
“ Ya Rasul ada sesuatu yg jadi tanda tanya bagi kami semua, yaitu menjelang kematiannya dia berteriak tiga kali dg masing2 teriakan disertai satu kalimat. Kami semua tidak paham apa maksudnya."

“Apa saja kalimat yg diucapkannya?” tanya Rasul.

Di masing2 teriakannya dia berucap kalimat:

“ Aduuuh kenapa tidak lebih jauh…”

“ Aduuuh kenapa tidak yg baru... “

“ Aduuuh kenapa tidak semua…”

Nabi SAW pun melantukan ayat yg terdapat dalam surat Qaaf (50) ayat 22 :
“Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan dari padamu hijab (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.“

Saat Sya’ban RA dlm keadaan sakratul maut, perjalanan hidupnya ditayangkan ulang oleh Allah.
Bukan cuma itu, semua ganjaran dari perbuatannya diperlihatkan oleh Allah.
Apa yang dilihat oleh Sya’ban (dan orang yg sakratul maut) tidak bisa disaksikan oleh yg lain.
Dalam pandangannya yang tajam itu Sya’ban melihat suatu adegan di mana kesehariannya dia pergi pulang ke masjid untuk sholat
berjamaah lima waktu.
Perjalanan sekitar 3 jam jalan kaki sudah tentu bukanlah jarak yg dekat.
Dalam tayangan itu pula Sya’ban RA diperlihatkan pahala yg diperolehnya dari langkah2 nya ke Masjid.
Dia melihat seperti apa bentuk Syurga ganjarannya.

Saat melihat itu dia berucap:
“ Aduuuh kenapa tidak lebih jauh…”
Timbul penyesalan dalam diri Sya’ban , mengapa rumahnya tidak lebih jauh lagi supaya pahala yg didapatkan lebih banyak dan Syurga yg didapatkan lebih indah.

Dalam penggalan berikutnya Sya’ban melihat saat ia akan berangkat sholat berjamaah di musim dingin. Ketika ia membuka pintu berhembuslah angin dingin yang menusuk tulang.
Dia masuk kembali ke rumahnya dan mengambil satu baju lagi untuk dipakainya.
Jadi dia memakai dua helai baju.
Sya’ban sengaja memakai pakaian yg baru di dalam dan yg buruk di luar.
Jika kena debu, sudah tentu yg kena hanyalah baju yg luar. Sampai di masjid dia bisa membuka baju luar dan solat dgn baju yg lebih bagus. Fikirnya.

Dalam perjalanan ke masjid dia menemukan seseorang yg terbaring kedinginan dalam keadaan terketar-ketar sejuk.
Sya’ban pun hiba, lalu segera membuka baju yg paling luar dan dipakaikan kepada orang tsbut dan memapahnya utk bersama2 ke masjid melakukan sholat berjamaah.
Orang itupun terselamatlah dari mati kedinginan dan bahkan sempat melakukan sholat berjamaah.
Sya’ban pun kemudian melihat indahnya Syurga yg sebagai balasan memakaikan baju buruknya kepada orang tsbt.
Kemudian dia berteriak lagi:
“ Aduuuh kenapa tidak yang baru...“
Timbul lagi penyesalan di benak Sya’ban.
Jika dgn baju buruk saja bisa mengantarkannya mendapat pahala yg begitu besar, sudah tentu ia akan mendapat yg lebih besar lagi seandainya ia memakaikan baju yg baru.

Berikutnya Sya’ban melihat lagi suatu adegan saat dia hendak sarapan dg roti yg dimakan dg cara mncelupkan dulu ke segelas susu.

Ketika baru saja hendak memulai sarapan, muncullah pengemis di depan pintu yg meminta diberi sedikit roti karena sudah lebih 3 hari perutnya tidak diisi makanan.
Melihat hal tsbut Sya’ban merasa hiba. Ia kemudian membagi dua roti itu sama besar, demikian pula segelas susu itu pun dibagi dua.
Kemudian mereka makan bersama2 roti itu yg sebelumnya dicelupkan susu.

Allah kemudian meperlihatkan ganjaran dari perbuatan Sya’ban RA dgn Syurga yg indah.
Demi melihat itu diapun berteriak lagi:
“ Aduuuh kenapa tidak semua…”

Sya’ban kembali menyesal .
Seandainya dia memberikan semua roti itu kepada pengemis tersebut tentulah dia akan mendapat Syurga yg lebih indah.

MasyaAllah, Sya’ban bukan menyesali perbuatannya, tapi menyesali mengapa tidak maksima semasa hidupnya.

Sesungguhnya semua kita nanti pada saat sakratul maut akan menyesal tentu dengan kadar yang berbeda, bahkan ada yg meminta untuk ditunda matinya karena pada saat itu barulah terlihat dengan jelas keadaan dari semua perbuatannya di dunia.
Mereka meminta untuk ditunda sesaat karena ingin berSEDEQAH.
Namun kematian akan datang pada waktunya, tidak dapat dimajukan dan tidak dapat dimundurkan.

Sering sekali kita mendengar ungkapan hadits berikut:

“Sholat Isya berjamaah pahalanya sama dengan sholat separuh malam.”

“Sholat Subuh berjamaah pahalanya sama dengan sholat sepanjang malam.”

“Dua rakaat sebelum Shubuh lebih baik dari pada dunia dan isinya.”

Begitu juga dgn sedeqah iaitu harta kekal dinegeri Akhirat.

Seolah kita tidak percaya kepada janji Allah.

Mengapa demikian?
Karena apa yg dijanjikan Allah itu tidak terlihat oleh mata kita pada situasi normal.

Mata kita tertutupi oleh suatu hijab.
Karena tidak terlihat, maka yang berperanan adalah iman dan keyakinan bahwa janji Allah tidak pernah meleset.
Allah akan membuka hijab itu pada saatnya.
Saat ketika nafas sudah sampai di tenggorokan.

Sya’ban RA telah menginspirasi kita bagaimana seharusnya menyikapi janji Allah tsbut.

Dia ternyata tetap menyesal sebagaimana halnya kitapun juga akan menyesal.

Namun penyesalannya bukanlah karena tdk menjalankan perintah Allah swt.
Penyesalannya karena tidak melakukan kebaikan dgn semaksima.

Selamat berlomba dlm solat Subuh berjemaah dan JANGAN KEDEKUT melakukan sedeqah.
Harta kekal dinegeri Akhirat.

Wallahua'alam.