Jumaat, 25 Mei 2018

Skandal 1MDB

BAGAIMANA 1MDB KANTOI -  SKANDAL KEWANGAN TERBESAR DI DUNIA

Pada 22 Jun 2015, Xavier Justo, bekas pegawai bank Swiss berjalan menuju ke pintu hadapan hotel butik baru miliknya di Koh Samui, sebuah pulau tropika Thailand. Dia telah menghabiskan masanya sejak tiga tahun lalu untuk mendirikan kompleks chalet dan apartmen mewah yang dibina menghadap laut. Justo mahu memulakan operasi hotelnya namun dia masih belum memiliki lesen.

Lelaki itu telah berada di Thailand sejak 4 tahun yang lalu, selepas dia meninggalkan dunia perbankan di London. Pada tahun 2011, dia bersama teman wanitanya, Lauren bermotosikal mengelilingi negara itu. Dua tahun selepas itu, mereka berdua berkahwin di sebuah pantai terpencil yang indah. Pasangan itu kemudiannya memilih untuk tinggal di Koh Samui, lokasi tumpuan pelancong yang terletak tidak jauh dari bandar Bangkok. Justo cuba menjalankan pelbagai perniagaan dan dia akhirnya memutuskan untuk memulakan perniagaan perhotelan. Dia membeli sebidang tanah serta sebuah rumah agam dan kemudian mula membina sebuah gym, beberapa villa dan sebuah padang tenis di rumah itu.

Pada satu petang di bulan Jun, Justo sedang menanti kedatangan pihak berkuasa pelancongan untuk menandatangani kertas kerja berkenaan hotelnya. Sebaliknya, dia dikejutkan dengan kehadiran pasukan polis Thai yang lengkap bersenjata dan merempuh masuk pintu rumahnya yang tidak berkunci lalu memberkas Justo dengan serta merta. Pihak polis menggari Justo dengan menggunakan gari plastik dengan begitu ketat sehingga pergelangan tangannya berdarah. Anggota polis itu turut masuk ke pejabat Justo, mencabut komputer dan mengosongkan kabinet-kabinet miliknya.

Setelah Justo meringkuk di dalam lokap selama dua hari, dia diterbangkan ke Bangkok dan diperlihatkan kepada pihak media seolah-olah dia adalah seorang ketua mafia. Tampil bersahaja, Justo masih berseluar pendek dan mengenakan selipar sambil diiringi oleh empat orang komando yang membawa mesingan. Sementara itu, empat orang pegawai senior polis Royal Thai menerangkan kepada para wartawan tentang pertuduhan yang dikenakan terhadap Justo.

Justo didakwa atas cubaan memeras ugut bekas majikannya, sebuah syarikat minyak di London, PetroSaudi. Bagaimanapun, di sebalik dakwaan ini, terdapat sebuah kisah yang lebih menggemparkan.

Enam bulan sebelum tangkapan dibuat, Justo telah menyerahkan beribu-ribu dokumen serta 227,000 emel daripada sistem pelayan komputer bekas majikannya, Petrosaudi, kepada seorang jurnalis bernama Clare Rewcastle Brown. Maklumat tersebut kemudiannya membongkarkan kes pecah amanah bernilai ratusan juta dollar oleh syarikat pelaburan strategik milik penuh kerajaan Malaysia yang turut dikenali sebagai 1MDB.

Dokumen-dokumen yang dibocorkan oleh Justo itu seterusnya telah mencetuskan rangkaian tindak balas yang membuka kepada siasatan oleh sekurang-kurangnya enam buah negara. Hal ini dilihat sebagai “kes penyelewengan terbesar” dalam sejarah AS, menurut pandangan Loretta Lynch, Peguam Negara Amerika Syarikat.

Menurut tindakan undang-undang yang difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ), sekurang-kurangnya USD3.5 billion telah dicuri dari tabung 1MDB. 1MDB ialah sebuah badan pelaburan strategik yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pada 2009. Badan itu ditubuhkan sebagai inisiatif untuk menggalakkan pembangunan ekonomi negara itu di mana kadar pendapatan mediannya adalah kira-kira RM1500 sebulan. Sebaliknya, DOJ mendakwa dana yang hilang itu terkait dengan mereka yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Malaysia. Mereka itu juga dilihat telah berbelanja secara mewah di serata dunia. Jabatan Keadilan AS turut mendakwa Najib ada menerima wang tunai sebanyak USD681 juta dari 1MDB – bagaimanapun, beliau menafikan tuduhan itu. Pihak AS juga mendakwa dana berkenaan turut digunakan untuk membeli sebuah apartmen mewah di Manhattan, sebuah rumah agam di Los Angeles, lukisan-lukisan Monet, sebuah jet korporat dan pembiayaan sebuah filem Hollywood.

Jabatan Keadilan AS mengkelaskan dakwaan penyelewengan itu kepada tiga fasa: Pertama, wang penipuan USD1 billion di bawah “pelaburan palsu dalam usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi”; kedua, sejumlah USD1.4 billion yang dijana oleh Goldman Sachs dalam penerbitan bon, disalahguna dan wang itu disalurkan secara tidak sah kepada syarikat pesisir Swiss; fasa ketiga pula menjelaskan USD1.3 billion merupakan dana dari Goldman Sachs dan disalurkan ke sebuah akaun di Singapura.

“Beberapa orang pegawai 1MDB menggunakan dana awam seolah-olah seperti akaun bank peribadi mereka,” kata Lynch di dalam satu sidang akhbar. “Para konspirator itu menggubah wang yang dicuri mereka melalui rantaian transaksi yang kompleks dan beberapa syarikat cengkerang, yang mempunyai akaun bank di seluruh dunia termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.” PetroSaudi, yang tidak terlibat dalam tindakan undang-undang As itu, menolak dakwaan oleh AS. Menurut PetroSaudi, dakwaan DOJ mengenai perampasan aset itu adalah tidak lebih dari “tuduhan tanpa asas”

Najib, yang telah menggunakan segala kuasanya untuk menepis siasatan yang dilakukan terhadap skandal ini–beliau menafikan tuduhan itu–namanya tidak disebut dalam dakwaan AS itu, di mana beliau hanya dirujuk sebagai “Malaysian Official 1”. Namun lelaki yang memainkan peranan utama dalam skandal ini adalah Jho Low, 29 tahun, merupakan kenalan kepada anak tiri Najib dan pemuda ini menjadi penasihat kepada Najib. Beliau dilihat sering berparti bersama Lindsay Lohan dan Paris Hilton–memanggil pegawai Goldman Sachs dengan panggilan “bro”, menurut DOJ–didakwa oleh Amerika Syarikat sebagai dalang yang mengepalai pencurian dana USD2 bilion dari 1MDB yang disalurkan ke akaun-akaun bank di Switzerland, Singapura dan Virgins Islands. Low menjelaskan bahawa beliau tidak melanggar sebarang undang-undang dan tidak pernah disiasat.

Teman rapat Low ialah Riza Aziz, anak tiri Najib. Riza menerbitkan filem The Wolf of Wall Street–filem Martin Scorsese mengenai korupsi, kemerosotan moral dan ketamakan–nama Riza dan Low disebut dalam ucapan penghargaan oleh Leonardo DiCaprio semasa pelakon itu memenangi anugerah Pelakon Terbaik dalam Anugerah Golden Globes. Pada tahun 2011, Low membeli 20% pegangan saham dengan nilai sebanyak USD102 juta di dalam EMI, sebuah syarikat penerbitan muzik terbesar di dunia–pada tahun sama, beliau membeli sebuah penthouse mewah bernilai USD30 juta untuk bapanya di Time Warner Center di Manhattan yang menghadap Central Park. Syarikat penerbitan filem Riza mengatakan: “Tiada sebarang perkara yang tidak wajar tentang Red Granite Pictures atau sebarang aktiviti perniagaan Riza.”

Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai dakwaan lain turut disebut di dalam tindakan undang-undang AS itu yang telah memperincikan sebuah rompakan yang sungguh hebat, yang dilakukan oleh para konspirator yang menggubah berbilion wang rakyat Malaysia melalui akaun-akaun luar pesisir dan syarikat cengkerang di kawasan perlindungan cukai seperti Seychelles dan British Virgin Island. Skala perniagaan itu mengingatkan kepada kata-kata Balzac, di sebalik kehebatan harta kekayaan pasti ada jenayah yang hebat juga.

Usaha di peringkat antarabangsa untuk mendedahkan kehilangan dana berbilion dolar bermula dengan Xavier Justo. Justo telah membocorkan 90GB data, termasuk 227,000 emel daripada bekas majikannya iaitu PetroSaudi, sebuah syarikat minyak yang menandatangani perjanjian pertama bersama 1MDB. (PetroSaudi telah menafikan mereka melakukan sebarang salah laku) Tanpa dokumen-dokumen tersebut, tiada siapa yang boleh mengambil tindakan.

Hubungan Justo dengan PetroSaudi bermula dari hubungan baik Justo dengan salah seorang pemilik syarikat itu, seorang warga Saudi bernama Tarek Obaid. Dua lelaki ini bertemu pada akhir 90-an, apabila mereka berdua berparti di sebuah kelab malam di Geneva. Pada tahun 2006, mereka rapat bagai isi dan kuku: Justo berjaya sebagai seorang ahli perniagaan yang menguruskan firma khidmat kewangan, Fininfor dan merupakan pemilik kelab malam yang bernama Platinum Club di Geneva. Justo menganggap Obaid seperti “adiknya” dan pada tahun 2008, Justo memberi pinjaman wang sebanyak US$30,000 kepada temannya itu serta menawarkan pekerjaan kepadanya di pejabat Fininfor untuk memulakan operasi PetroSaudi.

Obaid dan Justo merupakan pasangan yang aneh, mereka menjadi baik kerana berkongsi cita-cita menjadi kaya. Justo yang merupakan anak lelaki kepada imigran Sepanyol ke Switzerland, tidak pernah menuntut di universiti. Obaid pula merupakan graduan dari School of Foreign Service, sebuah sekolah berprestij di Georgetown University. Abangnya, Nawaf, berkhidmat sebagai penasihat khas kepada duta Saudi ke UK. Pemilik bersekutu PetroSaudi, Prince Turki bin Abdullah, ialah anak ketujuh kepada King Abdullah bin Abdulaziz, pemerintah Arab Saudi sejak 2005 hingga tahun kematiannya pada 2015.

Apabila Justo meninggalkan Geneva pada tahun 2009, PetroSaudi menjadi sebuah entiti yang beroperasi di London pada satu alamat dan menjalankan sebuah perniagaan rahsia yang tidak diketahui berhampiran Victoria. Dua tahun selepas itu, syarikat itu memiliki aset bernilai USD1.83 bilion.

Urusan perniagaan PetroSaudi adalah sejenis kapitalisme capaian: mengambil peluang dengan bantuan rakan-rakan yang berpengaruh. Idea asalnya adalah untuk mendapatkan keuntungan minyak yang dijana oleh firma-firma milik-negara di negara-negara membangun–khazanah kekayaan yang akan didapatkan oleh sebuah firma yang menjadi “sarana keluarga diraja Saudi”, serta mengharapkan “sokongan padu daripada kor diplomatik kerajaan”. PetroSaudi memberitahu bakal rakan kongsinya bahawa mereka menguasai telaga minyak di tengah Asia, yang akan digunakan sebagai cagaran untuk meminjam wang daripada negara-negara pelabur.

Cadangan sebegitu membolehkan pemilik PetroSaudi dapat mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Malaysia pada Ogos 2009. Mereka menaiki kapal layar mewah berukuran 92m di pinggir pantai Monaco. Obaid dan Prince Turki menghabiskan masa seharian bersama Najib, penasihatnya Jho Low dan turut disertai oleh ahli keluarga Perdana Menteri. Beberapa keping gambar diambil semasa pertemuan itu berlangsung memperlihatkan suasana santai–bertopi besbol dan berseluar pendek–namun perbincangan mereka kelihatan serius. Hasil pertemuan itu, Low dan Obaid mula bekerjasama dalam satu perjanjian yang membolehkan mereka mengawal sejumlah wang yang sangat besar.

Meskipun Low tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan Malaysia, beliau dilihat menjadi orang yang dipercayai oleh Perdana Menteri. Dalam usianya yang masih muda, Low telah menjadi pemain utama dengan kerjasama Goldman Sachs dalam usahanya untuk mewujudkan satu dana berdaulat bagi tujuan pelaburan menggunakan hasil keuntungan minyak Malaysia.

Semasa Najib dan Low menaiki kapal layar bersama pemilik PetroSaudi, kerajaan Malaysia mengambi alih dana itu– dan ditukar namanya kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan diberikan mandat untuk mempromosi pembangunan ekonomi di Malaysia. Badan itu memiliki dana lebih daripada USD1 billion untuk dibelanjakan. Perdana Menteri Malaysia, Najib, mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mempersetujui sebarang operasi pelaburan serta kuasa melantik dan memecat ahli lembaga dan pihak pengurusan. Low berperanan untuk memperlicinkan transaksi–menurut DOJ, dia malahan turut menghadiri mesyuarat-mesyuarat 1MDB dan menjadi perantara bagi Najib.

Perjanjian pertama dana itu dibuat beberapa minggu selepas pertemuan bersama PetroSaudi berlangsung–sebuah usaha sama melibatkan USD2.5 billion antara PetroSaudi dan 1MDB ditandatangani Najib semasa beliau melawat Arab Saudi pada September 2009. Laporan media melaporkan usaha sama itu akan “melakukan pelaburan strategik dalam projek berimpak besar” dan “membuktikan keyakinan Arab Saudi terhadap Malaysia”.

Tetapi menurut Jabatan Keadilan AS, perjanjian itu adalah sekadar “lakonan” untuk “muslihat pemindahan wang bernilai lebih dari USD1 billion dari akaun 1MDB ke akaun bank di Swiss” yang berada di bawah kawalan Jho Low–“pemuda berusia 29 tahun yang tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi bersama 1MDB atau PetroSaudi”. PetroSaudi sentiasa menegaskan bahawa semua dana 1MDB telah dibayar kepada entiti-entiti pemegang saham syarikat itu.

Urusan perjanjian usaha sama bernilai berbillion dollar itu berlaku dengan sangat pantas–tidak sampai sebulan. Tidak lama selepas pertemuan di atas kapal layar itu, pada 28 Ogos 2009, Obaid memperkenalkan Low kepada Patrick Mahony – seorang pengarah syarikat yang mengendalikan urusan perniagaan PetroSaudi. Berdasarkan dokumen yang dilihat oleh The Guardian, Low dan Mahony bertemu pada satu sesi makan tengah hari di New York pada 9 September untuk berbincang mengenai usaha sama terbabit.

Selepas makan malam di Masa – sebuah restoran sushi di mana satu menu set berharga USD540 seorang–Mahony menghantar emel kepada Low sehari selepas pertemuan mereka dengan tawaran: “Kami tahu terdapat perjanjian yang sedang kamu perhatikan dan kamu mungkin mahu menggunakan PSI (PetroSaudi)… kami merasa senang hati untuk melakukannya. Cuma kamu perlu beritahu kami di mana.” PetroSaudi berkata dokumen yang dilihat oleh The Guardian itu tidak boleh dipakai, dicuri, palsu dan beberapa petikan dilakukan secara terpilih.

Kurang tiga minggu selepas itu, perjanjian itu dimeterai. PetroSaudi akan menyumbangkan sebanyak USD1.5 billion dalam bentuk aset minyak dan gas ke atas usaha sama berkaitan, manakala 1MDB akan menyuntik wang sebanyak USD1 billion dalam bentuk tunai.

Berdasarkan pemfailan oleh mahkamah AS, 1MDB memindahkan wang sebanyak USD300 juta ke dalam sebuah akaun usaha sama milik PetroSaudi. Tetapi, baki sebanyak USD700 juta telah dipindahkan ke akaun Swiss di RBS Coutts, yang dikendalikan oleh sebuah syarikat cengkerang di bawah pendaftaran Seychelles bernama Good Star. Jabatan Keadilan AS mengemukakan tuduhan bahawa Jho Low, bukan PetroSaudi, ialah pemilik benefisial dan juga merupakan satu-satunya penandatangan yang berkuasa bagi Good Star. Pihak AS turut mendakwa pegawai-pegawai 1MDB memberi maklumat palsu kepada bank-bank terlibat tentang isu pemilikan akaun Good Star bertujuan untuk melencongkan dana USD700 juta itu.

Menerusi dokumen-dokumen yang diteliti oleh The Guardian, pada 30 September 2009 PetroSaudi telah mengalihkan wang USD700 juta untuk dimasukkan ke dalam akaun syarikat itu–tetapi tiga hari kemudian, apabila jabatan pematuhan di RBS Coutss meminta butiran lengkap mengenai nama akaun benefisial itu, alamat yang diberikan oleh 1MDB adalah akaun Good Star. Pada hari yang sama, 2 Oktober, Low menghantar emel kepada Mahony mengatakan “Akan “clear” tidak lama lagi”. PetroSaudi memberitahu The Guardian: “Tidak ada wang yang dimasukkan di dalam usaha sama dengan 1MDB itu disalahgunakan atau hilang. Pelaburan ini telah dibayar balik dengan keuntungan… Kesemua pemindahan wang dari 1MDB telah dibayar dan diluluskan sepenuhya oleh lembaga pengarah 1MDB.”

Berdasarkan dokumen-dokumen yang diteliti oleh The Guardian, transaksi Good Star itu telah menjadikan Obaid yang ketika itu berusia 32 tahun, dan Mahony, pada usia 33, sangat kaya raya. Rekod menunjukkan pada 30 September 2009, Good Star telah bersetuju membayar USD85 juta kepada Obaid, yang dinyatakan oleh syarikat Seychelles sebagai bayaran bagi “khidmat broker”. Wang itu dimasukkan kepada Obaid di akaun Swiss JP Morgan. Pada masa yang sama, emel-emel dan dokumen guaman menunjukkan bahawa Mahony telah diberi kontrak sebagai “pengurus pelaburan” bagi syarikat Good Star. Pada 20 Oktober, Obaid menghantar emel kepada penghubungnya di JP Morgan untuk meminta wang sebanyak USD33 juta dipindahkan ke akaun milik Mahony.

Empat hari selepas itu, Mahony memulakan perbincangan untuk menubuhkan sebuah syarikat luar pesisir untuk membeli sebuah rumah bernilai USD6.7 juta di Notting Hills–pada tarikh 12 November, kontrak rumah tersebut telah pun ditukar. Bekas pengurus bank itu membuat sebuah akaun bank bernombor di Switzerland, dan kesemua pembayaran bagi pembelian aset hartanah itu dibuat dari akaun ini, menerusi syarikat British Virgin Islands yang ditubuhkan oleh Mahony.

Bagi menjawab persoalan The Guardian, PetroSaudi memberitahu pembayaran yang dibuat kepada Obaid bukanlah upah sebagai broker dan pemindahan wang USD33 juta kepada Mahony tidak ada kaitan dengan usaha sama PetroSaudi – 1MDB.

Laura dan Xavier Justo langsung tidak menyedari perubahan kekayaan yang berlaku terhadap rakan mereka, Obaid. Pasangan terbabit sedang berjemur di laut Andaman di Thailand pada Disember 2009 apabila Obaid menghubungi Justo dan menawarkan jawatan sebagai pengarah di London bersama Petro Saudi. Dia memberitahu Justo bahawa syarikat itu telah mencatat kejayaan sekelip mata, bagaimanapun syarikat itu memerlukan bantuannya untuk lebih maju.

Pada mulanya, Justo menolak tawaran Obaid namun akhirnya berjaya dipujuk dengan janji-janji yang mewah. Menurut Justo, Obaid berjanji untuk memberinya gaji berjumlah £400,000, “jutaan bonus” dan manfaat seperti kondo di Mayfair, Central London yang nilai sewanya £10,000 seminggu. Justo pergi ke London pada musim bunga 2010 dan menjadi pengarah PetroSaudi pada bulan Jun. Walaupun demikian, Justo tidak mencampuri urusan perniagaan di Asia. Sebaliknya, pengarah baru itu diberi tugasan melancarkan satu operasi baru di Venezuela. Pada tahun 2011, dia banyak menghabiskan banyak masanya berulang-alik di antara London dan Caracas.

Di antara September 2010 dan Mei 2011, 1MDB bersetuju meminjamkan tambahan dana USD830 juta sebagai usaha sama dengan PetroSaudi–menjadikan jumlah pelaburan 1MDB meningkat kepada USD1.83 billion. Berkenaan pembayaran itu, pihak AS mendakwa pembayaran sebanyak USD330 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Swiss yang menurut mereka oleh Jho Low berdasarkan permintaan Obaid–di dalam aduan undang-undang AS itu, disebut sebagai “CEO PetroSaudi”.

Salinan emel dan rekod-rekod bank yang diteliti oleh The Guardian mendapati dalam tempoh sembilan bulan bermula September 2010, Obaid telah memindahkan $77 juta dari akaun Swiss JP Morgan miliknya ke akaun rakan pemilik PetroSaudi, Prince Turki Abdullah. Menurut pihak berkuasa AS, rekod bank menunjukkan, pada musim bunga 2011, Prince Turki juga ada menerima wang sebanyak USD24 juta dari akaun bank Good Star yang dikawal oleh Jho Low–dan beberapa hari seterusnya, USD20 juta dari dana itu dipindahkan ke dalam akaun yang dimiliki oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib.

Sementara itu, Jho Low semakin dikenali dalam dunia kelab-kelab malam di New York sebagai perunding untuk jutawan global–jurugambar merakam gambar Low meneguk Champagne bersama penyanyi R&B dan bintang popular Hollywood. Menurut pihak AS, Low membelanjakan USD100 juta dari transaksi usaha sama itu untuk membeli hartanah di Hollywood dan USD40 juta untuk membeli beberapa apartmen di New York. Pihak AS juga mendakwa dana yang digunakan untuk membiayai filem The Wolf of Wall Streets dapat dikesan secara langsung adalah wang berbillion dollar yang datang daripada akaun PetroSaudi.

Pada masa yang sama, Justo semakin tidak selesa bekerja dengan PetroSaudi. Menurut isterinya Laura, suaminya tidak gembira setelah mendapati dia cuma menerima separuh daripada jumlah gaji yang dijanjikan Obaid–keadaan semakin buruk apabila Justo mengetahui bonus bernilai jutaan pound yang dijanjikan buatnya itu tidak ditunaikan–sekadar enam angka dan bukan tujuh.

Selain itu, beberapa hal lain turut merunsingkan Justo. Dia mengadu kepada isterinya bahawa gajinya sering dibayar lewat, kadang kala dia tidak dibayar langsung. Tambahan pula, Justo perlu membayar sendiri sewa kondo yang sepatutnya ditanggung oleh majikannya.

Pada mulanya, Justo menganggap masalah ini sebagai kesilapan kecil– tiada sebarang unsur khianat dan cuma berlaku akibat kelemahan sistem kira-kira. Namun, Justo semakin berang dengan sikap Obaid. Justo memberitahu kepada rakan-rakannya bahawa Obaid semakin bongkak selepas dia menjadi kaya raya. Justo turut terganggu seperti mana yang digambarkannya tentang perubahan drastik rakan lamanya itu–dia memberitahu orang lain tentang perubahan sifat Obaid yang semakin tidak rasional dan sering naik angin.

Hubungan persahabatan antara Justo dan Obaid semakin tegang dan akhirnya terputus selepas 12 bulan mereka bekerjasama dalam dunia korporat. Pada hujung tahun 2010, Justo tidak hadir dalam satu mesyuarat penting kerana dia terlepas penerbangan. Justo meminta maaf kepada Obaid namun rakannya itu ‘mengamuk” dan mula menghantar emel dan mesej ugutan.

Risau keadaan bertambah buruk, Justo mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada Mac 2011. Obaid yang berang seterusnya menghantar emel dan menggelar Justo sebagai “sombong” dan “menunjuk pandai”. Pada bulan April, satu kata putus dibuat di Mayfair. Mahony dan Justo bertemu di bar Hotel Connaught dan mereka mencari penyelesaian untuk pemberhentiannya. Menurut Justo, Mahony bersetuju untuk membayar 6.5 juta Swiss franc sebagai pampasan peletakan jawatannya. Bagaimanapun, perbincangan panas mereka itu diganggu dengan panggilan telefon dari Obaid. Obaid memberitahu Mahony agar memberi 5 juta Swiss franc sahaja kepada Justo, setelah Justo bersungguh-sungguh merayu kepada Mahony sehingga dia mengalirkan air mata. Sehari selepas itu, Justo mendakwa dia diberitahu bahawa dia hanya akan menerima sebanyak 4 juta Swiss franc sahaja.

Justo menyimpan dendamnya, dan dia mengambil salinan data dari rangkaian pelayan komputer PetroSaudi. Pada September 2013, dua tahun selepas dia meninggalkan PetroSaudi, Justo menghantar sebuah emel kepada Mahony. Justo meminta bayaran seperti yang telah dijanjikan terdahulu, dengan amaran bahawa dia memiliki fail berisi pelbagai maklumat tentang PetroSaudi. “Secara rasminya kelihatan yang indah-indah tetapi realitinya penuh dengan komisen, komisen dan komisen,” tulis Justo.

Di dalam beberapa balasan emel seterusnya, Mahony mendakwa Justo memeras ugutnya. Mahony memberi amaran kepada bekas rakan sekerjanya itu: “Apa yang merunsingkan aku ialah bagaimana aku melihat semua ini akan berakhir–iaitu kau akan musnah.”

Beberapa bulan selepas itu, semasa menikmati makanan Cina di London, seorang jurnalis yang pertama mendedahkan tentang skandal 1MDB mendengar khabar angin tentang pencurian yang dahsyat di Malaysia. Clare Rewcastle Brown menemui seorang individu di sebuah restoran di Bayswater. Individu itu menunjukkan tangkapan skrin dokumen dalaman daripada PetroSaudi: pada satu halaman bercetak, terdapat beberapa sorotan tentang urusan PetroSaudi dan 1MDB, di bawah tajuk “Beribu-ribu dokumen berkaitan dengan urusan itu (emel, faks dan transkrip)”. Brown mengenali nama-nama pihak terlibat dan urus janji terbabit. Wanita itu amat terkejut. “Seperti ada bom meletus dalam kepada saya,” ujar Brown semasa mengimbas peristiwa itu. Serta-merta dia tahu bahawa ini adalah kisah yang menggemparkan.

Rewcastle Brown ialah pemberontak Inggeris yang klasik di tengah-tengah pusat kekuasaan. Beliau dilahirkan di kepulauan Borneo–yang merupakan sebahagian daripada Malaysia–ketika negara itu masih di bawah empayar British, di mana bapanya ialah seorang polis kolonial dan juga menjadi ketua perkhidmatan risikan tempatan. Abang iparnya, Gordon Brown ialah bekas perdana menteri British. Selepas bekerja bersama BBC, pada 2010, wanita itu menubuhkan Sarawak Report, sebuah laman web yang didedikasikan untuk mendedahkan aktiviti korupsi yang berlaku di tanah kelahirannya.

Bekerja dari dapur kecil di rumahnya yang terletak di tengah kota London, Brown menerbitkan satu demi satu laporan yang mendedahkan korupsi yang berlaku dalam industri pembalakan dan minyak di Malaysia yang merosakkan tanah dan hutan negara demi mengaut keuntungan. Emel jurnalis itu diceroboh dan dia menerima ugutan bunuh. Bagaimanapun, wanita itu tetap bertahan dan meneruskan usahanya. Pada awal 2013, ahli politik Malaysia melabel beliau sebagai “musuh negara”. Tidak gentar, Brown menganggap jolokan itu sebagai pujian buatnya. Dari dekat wanita ini menunjukkan campuran sifat melulu dan juga berani, atau hampir-hampir sembrono. Motonya adalah: “Saya hanya mahu mendapatkan berita.”

Sejurus perjumpaan di Bayswater, Rewcastle Brown nekad mahu mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan 1MDB. Halangan pertamanya ialah wang kerana sumber pemberi maklumat dari PetroSaudi meminta wang berjuta sebagai bayaran untuk maklumat terbabit.

Cabaran lain dihadapinya ialah tiada jurnalis lain dari Malaysia yang mahu menyentuh isu itu. Di Malaysia, Perdana Menteri, Najib Razak baru memenangi pilihanraya yang sengit dan beliau mempunyai kuasa dan pengaruh hebat. Khabar angin mula tersebar mengenai kewujudan dokumen-dokumen disembunyikan oleh PetroSaudi – ada yang mendakwa mafia Russia menjadi dalang di sebalik pemindahan data itu. Selain itu, ada yang membuat spekulasi bahawa semua ini adalah perangkap semata-mata dan dirancang oleh perdana menteri untuk menjerat para pengkritiknya.

Tidak berputus asa, Rewcastle Brown mengatur pertemuan dengan perantaranya untuk berjumpa dengan sumber maklumatnya di Thailand. Pada Oktober 2014, Brown menuju ke lobi Hotel Plaza Athénée di Bangkok. Dia memberitahu suaminya dia bakal bertemu dengan “lelaki Swiss yang botak dan memakai cermin mata”. Sebaliknya, Xavier Justo yang muncul di foyer hotel – bertubuh sasa dengan ketinggian 6 kaki 6 inci. Rewcastle Brown akhirnya bertemu dengan “lelaki yang berfizikal tegap dan elegan”. “Oh Tuhan,” katanya. “Lelaki ini boleh membelasah aku”

Justo mengakui dirinya turut risau seperti Brown. Menurut Rewcastle Brown, Justo kelihatan “sangat gugup” dan berulang kali mengingatkannya “kita berhadapan dengan orang-orang yang tiada berhati perut, mempunyai wang yang banyak dan sangat-sangat berkuasa – mereka boleh mengapa-apakan kita sesuka hati”.

Justo memberitahu Brown dia mahukan USD2 juta bagi pertukaran maklumat dokumen PetroSaudi-1MDB. Tambahnya lagi, jumlah itu adalah wang yang sepatutnya dia perolehi apabila dia meninggalkan PetroSaudi.

Walaupun Justo berkongsi beberapa maklumat semasa pertemuan itu, dia nekad: jika tiada wang tunai, maka tiada data untuk dikongsikan. Rewcastle Brown perlu mencari individu berharta yang mampu membayar sejumlah wang agar dia mendapat dokumen-dokumen itu.

Pada masa itu, konflik tentang 1MDB telah mula mendapat perhatian dan tersebar luas di Malaysia. Analisis kewangan menunjukkan bahawa dana tersebut gagal menjana wang yang cukup untuk membayar faedah bagi hutang bernilai berbillion dollar yang ditanggung badan itu. Ratusan juta yang telah dibelanjakan pada karya seni, barang kemas, hartanah, perjudian dan parti tidak memulangkan semula wang “pelaburan”. Pada 2014, pihak pembangkang mencemuh Najib dengan tuduhan dana kekayaan itu sepatutnya diberi nama baharu “1Malaysia Debts of Billions”.

Pada Ogos 2014, Najib menerima satu lagi tamparan. Mahathir Mohamad, tokoh politik dan bapa kemodenan Malaysia yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 1981 sehingga 2003 mengumumkan bahawa beliau tidak lagi memberi sokongan kepada Najib, bekas anak didiknya itu. Selang beberapa minggu kemudian, Mahathir semakin lantang dalam mengkritik Najib. Beliau juga memberi amaran bahawa 1MDB akan mengakibatkan pertambahan kadar hutang Malaysia yang amat tinggi dan membahayakan.

Amaran bekas perdana menteri itu tidak diendahkan. Hutang dana itu semakin meningkat. Pada November 2014, 1MDB berhutang sebanyak USD11 billion. Najib yang mempengerusikan badan pelaburan itu, tampil bersahaja, dan memaklumkan kepada agensi berita negara bahawa pihak kerajaan tidak bertanggungjawab sekiranya 1MDB bankrup.

Krisis menjadi bertambah rumit namun Rewcastle Brown tetap meneruskan pencariannya bagi mendapatkan individu yang sanggup membayar Justo untuk mendapatkan dokumen-dokumen PetroSaudi-1MDB. Jurnalis itu mengenalpasti penerbitan The Edge, kumpulan media yang kerap melaporkan berita tentang skandal yang sedang berlaku di Malaysia itu. Brown merasakan bahawa dia telah menjumpai rakan sekutu yang berkemampuan lalu menghubungi pemilik the Edge, Tong Kooi Ong, seorang bekas ahli perbankan yang kini menjadi seorang hartawan dan memiliki syarikat dan kumpulan media.

Pada Januari 2015, Tong, Brown dan Justo menghadiri satu perjumpaan di sebuah hotel lima bintang, the Fullerton, Singapura. Tong menyewa sebuah bilik persidangan dan beberapa pakar IT turut menyertai mereka serta tidak ketinggalan, ketua editor the Edge, Kay At. Mesyuarat menyaksikan Justo menerangkan usaha sama yang dijalankan oleh 1MDB serta membuat kenyataan sama seperti yang dibuat oleh Jabatan Keadilan AS selepas 18 bulan pertemuan itu berlangsung: Wang pelaburan bernilai ratusan juta dollar yang sepatutnya diguna bagi tujuan pembangunan ekonomi di Malaysia telah disalurkan ke sebuah syarikat yang diasaskan di Seychelles. Dalang yang didakwa melakukan transaksi itu adalah Jho Low, yang juga merupakan penasihat dan kenalan kepada Najib.

Pendedahan besar ini sungguh bernilai. Oleh itu, Tong bersetuju untuk membayar USD2 juta kepada Justo. Justo akhirnya menyerahkan pemacu cakera berisi data itu kepada Tong dan Brown dengan serta merta. Namun, pembayaran wang dengan jumlah sebesar itu belum dibuat. Justo tidak mahu menerima wang tunai dan dia risau sekiranya pemindahan wang besar ke dalam akaunnya akan mendatangkan curiga. Tong menawarkan salah satu lukisan Monet miliknya sebagai cagaran – Justo tidak bersetuju dan berkata “tidak mengapa, saya percaya kepada kamu”. Rewcastle akhirnya berjaya mendapatkan segala dokumen yang diidam-idamkan sejak enam bulan lalu.

Pada 28 Februari 2015, Brown menerbitkan kisah gempar itu di laman webnya dengan tajuk yang menarik perhatian: “Rompakan Terbesar Abad Ini!” Artikel itu melaporkan susunan peristiwa bagaimana wang USD700 juta boleh lesap dari tabung 1MDB dan bagaimana wang itu dipindahkan ke pelbagai akaun syarikat asing dan bank Swiss.

Artikel Brown itu memberi impak ke seluruh dunia. Persoalan sumber kekayaan dan perbelanjaan mewah Low bagi apartmen-apartmen di New York kini hampir terjawab apabila pihak penguasa undang-undang di US mendapat pendedahan daripada artikel ditulis Brown.

Ketika membuat kajian tentang cerita itu, Rewcastle Brown berkerjasama dengan Sunday Times yang membantu untuk merungkai maklumat yang diberi oleh Justo. Akhbar itu seterusnya mengadakan sesi temu bual bersama bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir. Mantan perdana menteri itu mengarahkan penyiasatan dan audit sepenuhnya dilakukan secara serta merta. “Seseorang pasti melakukan tindakan bodoh sehingga USD700 juta dilepaskan tanpa sebarang sebab yang kukuh,” ujar Mahathir.

Respons pantas diterima dari Malaysia. Pada 1 Mac 2015, pihak pengurusan 1MDB mendakwa mereka telah menarik diri dari usaha sama itu pada tahun 2012. 1MDB juga telah menerima balik semua dana pelaburan dan tambahan keuntungan sebanyak USD488 juta. PetroSaudi mendakwa USD700 juta telah dipindahkan ke “entiti dimiliki PetroSaudi” – dalam kata lain, membidas bahawa syarikat yang dikawal oleh Jho Low pernah menerima bayaran dalam perjanjian tersebut.

Tidak lama sebelum Rewcastle membocorkan maklumat diperolehinya, bon 1MDB telah mula merosot dengan teruk. Selepas dana £200 juta digunakan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan masalah kewangan 1MDB, Najib akhirnya akur dengan arahan penyiasatan dilakukan oleh ketua audit negara dan jawatankuasa kira-kira wang negara. Tidak lama selepas penyiasatan bermula, bank negara dan suruhanjaya pencegahan rasuah turut melakukan siasatan. Selain itu, ketua polis negara dilaporkan membuat kenyataan bahawa perdana menteri mungkin bakal disoal siasat.

Najib seterusnya memperkukuh kedudukannya. Beliau memiliki kuasa besar sebagai seorang perdana menteri merangkap menteri kewangan: pada bulan April, pihak kerajaan mula mengharamkan dan mengenakan penalti dan menafikan hak kebebasan bersuara, terutamanya melalui media sosial. Lima eksekutif dari Kumpulan Media The Edge milik Tong – yang menerbitkan laporan terperinci mengenai perjanjian bersama PetroSaudi – ditahan di bawah akta hasutan. Kerajaan turut memperkenal undang-undang baru, yang hanya kononnya akan mensasarkan kepada pengganas, seterusnya membenarkan suspek ditahan serta merta. Pada Julai 2015, portal berita the Edge pula diharamkan.

Skandal yang semakin mendapat liputan meluas tidak menggoyahkan Perdana Menteri, Najib. Pada 2 Julai, Rewcastle Brown dan Wall Street Journal melaporkan penyiasatan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia menemukan USD681 juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013 melalui bank-bank, agensi dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1MDB. Selang beberapa hari, pejabat 1MDB diserbu oleh penyiasat berkaitan.

Najib kini menjadi sasaran korupsi berkaitan tuduhan kehilangan berbillion wang dari dana badan pelaburan yang dipegangnya. Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang dahulunya menyokong kepimpinan Najib, telah menyoal Najib secara terbuka tentang isu dana yang hilang. Najib kian tersepit.

Pada pagi Isnin, 28 Julai, peguam negara, Abdul Gani Patail–seorang loyalis parti yang dahulunya beliau sering menentang pihak pembangkang perdana menteri itu–tiba di pejabatnya untuk menyiapkan pendakwaan mahkamah tentang tuduhan korupsi yang dikenakan ke atas Najib. Kertas pendakwaan itu kemudiannya diperoleh dan diterbitkan oleh Rewcastle Brown, sepatutnya akan digunakan untuk mendakwa perdana menteri atas korupsi hasil daripada siasatan yang dijalankan ke atas 1MDB.

Peguam negara tidak sempat membuat pertuduhan itu. Setiba di pejabatnya, Abdul Gani dilucutkan dari jawatannya. Dalam satu kenyataan, Najib menjelaskan peguam negara itu ditamatkan perkhidmatannya atas sebab kesihatan. Selain itu, beberapa individu turut digugurkan jawatannya, iaitu ketua bahagian cawangan khas dan timbalan perdana menteri. Sementara itu, empat ahli jawatankuasa kira-kira negara pula dinaikkan pangkat ke jawatan di kabinet. Mereka tiada pilihan serta tidak boleh meneruskan siasatan yang telah mereka jalankan. Lebih buruk, segala siasatan jawatankuasa itu diisytiharkan digantung. Keesokan harinya, satu kebakaran misteri berlaku di ibu pejabat polis, di mana rekod-rekod jenayah kolar putih itu disimpan.

Sekali lagi Najib berjaya mengawal keadaan.

Tindakan tegas yang dibuat Najib menyerlahkan sifat Najib yang tiada belas kasihan. Bagaimanapun, skandal ini masih boleh dirungkai oleh Xavier Justo. Justo bukan sahaja membocorkan maklumat tentang perjanjian IMDB dengan PetroSaudi. Malahan, lelaki itu berpotensi menjadi saksi utama dalam pembicaraan mahkamah melibatkan skandal kewangan itu di masa depan.

Sejurus Justo ditahan atas dakwaan peras ugut, dia diterbangkan ke Bangkok pada Jun 2015 dan diletakkan bersama 70 banduan lain. Lantai penjara itu berbau hancing dan ruangan sempit menyebabkan para banduan tidak dapat tidur dengan selesa. Menurut Laura, isteri kepada Justo, pelawat pertama yang mengunjungi suaminya ialah bekas rakan sekerjanya dan pengarah PetroSaudi, Patrick Mahony. Mahony kelihatan tenang dan bersahaja dan dengan tersenyum memberitahu Justo dia datang untuk membantu.

Laura berkata Mahony menawarkan perjanjian dengan Justo: “mengaku salah dan PetroSaudi akan membawa kau keluar dari sini pada hujung tahun nanti”. Justo menerima tawaran itu dengan berat hati. Dia menandatangani surat pengakuan – tanpa kehadiran peguam – menyatakan bahawa dia telah membuat cubaan memeras ugut bekas majikannya dan meminta maaf kepada Mahony dan Obaid “atas tekanan dan kegelisahan mereka yang berpunca daripada saya”. Laura menambah, seorang individu yang mengaku sebagai detektif Scotland Yard, memberitahu kepada Laura bahawa dia diupah oleh PetroSaudi, telah mengambil pengakuan Justo. (PetroSaudi memberitahu the Guardian, Justo telah “memperoleh dokumen sulit secara haram” dan berada di dalam penjara kerana “memeras ugut”.)

Justo dibicarakan pada 17 Ogos 2015 di Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok. Semasa pembicaraan berlangsung, Justo dibantu oleh penterjemah namun peguamnya tidak hadir dan diganti oleh pembantunya. Sesi pembicaraan berlangsung selama 15 minit. Justo menerima hukuman penjara 3 tahun kerana cubaan memeras ugut sebuah syarikat US dan meminta USD2 juta sebagai pampasan.

Kehidupan Justo di balik tirai besi di penjara Klong Prem Central bukanlah mudah. Terletak di bandar yang bersuhu tidak pernah rendah dari 26 darjah, Justo berkongsi sel “VIP”-nya bersama 25 banduan lain. Sarapan pada 7 pagi. Air dicatu. Para banduan tidak mendapat makanan selepas jam melewati angka 3 petang, Terdapat sebuah bilik air di belakang sel, cuma ada satu paip dan sebuah lubang di lantai sebagai tandas.

Tahun 2015 berlalu dan tiada tanda-tanda suaminya akan bebas dari tahanan pada akhir tahun. Laura semakin curiga dengan pengantaranya di PetroSaudi. Laporan berita di dada akhbar Swiss dan Malaysia yang melaporkan kisah Justo menggambarkan suaminya itu sebagai boneka dalam plot politik menentang perdana menteri Malaysia. Nasib tidak berpihak kepada Justo dan kehidupannya semakin terseksa. Justo tidur beralaskan selimut nipis di selnya – tilamnya telah dirampas beberapa bulan selepas dia menghuni penjara itu, waktu senamannya juga tiada.

Laura yakin suaminya menjadi mangsa penipuan bekas rakannya yang memperdaya Justo sehingga dia mengaku salah dan menyerahkan salinan menghubungkan PetroSaudi dalam cubaan untuk melindungi diri mereka dan rakan sekutu dari Malaysia untuk menutup kes ini. Pada Mei 2016, dalam usaha terakhirnya untuk menyelamatkan suami tercinta, Laura mendapatkan seseorang yang dipercayai Justo: Rewcastle Brown, seterusnya membawa Laura kepada the Guardian.

Semasa saya bertemu Laura pada Jun 2016, dia kelihatan tenang dan tidak banyak cakap. Namun suaranya berubah dan beremosi apabila dia mula bercerita mengenai suaminya sehingga dia mengalirkan air mata. Justo tidak berjumpa anak lelakinya sejak dia berusia 8 bulan. “Saya cuma mahu keadilan ditegakkan,” ujar Laura menerusi emel. “Xavier bukan seorang pencuri. Dia cuma menuntut haknya seperti yang telah dijanjikan. Mungkin ini adalah masa terburuk dalam hidupnya namun dia akan terus kuat dan tabah demi saya dan anak kami – Justo akan terus berjuang untuk kami walau apa pun yang berlaku.”

Sejak perkenalannya dengan Rewcastle Brown dan the Guardian, Laura sering menyerahkan nota-nota yang dia seludup keluar dari penjara. Justo mengakui bahawa dia telah ditipu. Laura percaya Patrick Mahony dari PetroSaudi telah mengawal kehidupan Justo di sebalik tirai besi, memikirkan betapa selesanya ruang yang didiami suaminya, serta siapakah yang akan datang melawatnya. (Terdapat senarai nama yang diberi kebenaran melawat ditampal di dinding penjara itu. Mahony tersenarai di senarai yang kedua manakala Laura di senarai kelima.)

Laura memberitahu dia memiliki emel-emel dan mesej dari Whatsapp serta rakaman panggilan telefon dari tahun lepas yang menunjukkan Mahony menerima tekanan dari Najib. Selain itu, Mahony juga ditekan oleh para penyiasat dari AS dan Swiss yang cuba merungkai perjanjian 1MDB. Menerusi pita perbualan telefon bersama Laura, Mahony kedengaran obses dengan Rewcastle Brown, dan dia menggelar wanita itu sebagai “betina tidak berguna”. Dalam satu rakaman perbualan antara Laura dan Mahony dari November 2015, Mahony secara tidak langsung merujuk kepada seorang individu yang menurutnya mampu meringankan hukuman Justo; “Saya telah beritahu kamu, siapa yang sebenarnya mengatur semua ini. Tidak lama lagi saya akan bertemunya dalam satu mesyuarat…Lelaki ini masih tertekan kerana kerjaya politiknya sedang dipertaruhkan. Dia sedang menghadapi masalah besar dan itu yang paling utama.”

Apabila Laura bertanya apakah yang patut dia sampaikan kepada Justo, Mahony berkata: “Satu-satunya cara untuk membantu suami kamu–sertai permainan ini–dedahkan diri kamu kepada media apabila sudah bersedia. Kamu sudah siap untuk mengecam semua individu yang berkonspirasi ke atas Justo… Aku tidak tipu… Sama ada kamu memperbaiki situasi atau tidak membantu langsung.”

Apabila Laura menuntut pembebasan Justo, Mahony meradang. “Aku masih berhadapan dengan kesukaran ini setiap hari. Harus diingat bahawa kita semua terbabit dalam masalah ini. Ya Justo sedang meringkuk di dalam penjara dan kamu keseorangan bersama bayimu. Aku memahami situasi kamu tetapi aku juga terpalit dalam kancah ini dan ramai lagi orang yang sama-sama terlibat. Seorang perdana menteri sedang berhadapan masalah besar kerana dia turut terlibat dalam masalah ini.”

Menjelang Disember, melalui satu panggilan telefon lain, Mahony mengaku dia telah pergi ke US dan “pihak FBI sedang meneliti skandal ini”. Mahony turut dipanggil ke pejabat peguam negara Swiss. “Pihak Swiss terus membawa masalah kepada kita… Mereka tidak memiliki sebarang maklumat… Mereka tidak mahu berdiam diri dan dituduh tidak melakukan apa-apa tindakan.” PetroSaudi berkata mereka akan bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa rasmi dalam sebarang bidang kuasa dan buat masa ini ia tidak disiasat oleh mana-mana bidang kuasa. Mahony juga tidak pernah disoal siasat oleh pihak pegawai US mahupun Swiss.

Pendedahan maklumat oleh Justo masih menjadi bualan hangat seantero dunia. Apabila Jabatan Keadilan AS membentangkan kes menentang 1MDB tempoh hari, mereka langsung tidak teragak-agak. “Rakyat Malaysia ditipu dalam skala yang amat besar,” kata Andrew McCabe, timbalan pengarah FBI. Pegawai-pagawai US memberitahu the Guardian mana-mana pihak yang ingin mempersoal dakwaan peguam negara mestilah memfailkan maklum balas kepada mahkamah persekutuan dalam tempoh 60 hari bagi menjawab tuduhan fakta yang telah diusulkan.

Dalam kes berasingan, DOJ turut menyiasat sama ada Goldman Sachs melanggar undang-undang perbankan AS dalam menangani tawaran bon bernilai USD6.5 billion yang dijalankan bersama 1MDB. Organisasi gergasi The Wall Street itu memperoleh USD593 juta kerana isu ini yang berlarutan. Goldman Sachs menafikan penglibatan mereka dalam perbuatan yang melanggar undang-undang itu. Bank itu memberitahu kepada the Guardian “Kami cuba menjana wang bagi dana kekayaan negara yang sepatutnya diguna untuk tujuan pelaburan di Malaysia. Kami tidak mampu mengesan jika sebahagian dana itu telah dipindahkan atau diguna bagi tujuan lain.”

Apa yang lebih penting, dakwaan yang dibuat DOJ amat bercanggah dengan kenyataan yang diberikan Perdana Menteri Najib tentang asal usul dan mengapa wang ratusan juta itu berada dalam akaun peribadi miliknya – Najib mendakwa wang itu adalah derma yang diberi oleh penderma dari Arab Saudi.

Pemfailan DOJ dibuat semasa demokrasi di Malaysia berada dalam situasi genting. Pada 1 Ogos, undang-undang keras diperkenalkan Najib mulai berkuatkuasa–membenarkan kerajaan Malaysia untuk mewujudkan undang-undang anti keganasan. Undang-undang yang diwujudkan itu secara tidak langsung memperkukuh kuasa badan pertahanan Malaysia–membenarkan penahanan, penggeledahan dan serbuan dibuat tanpa waran serta meroboh bangunan.

Sementara itu di bahagian lain, penyiasatan tentang skandal korupsi semakin giat dijalankan. Di Switzerland, Jabatan Keadilan AS mengenal pasti RBS Coutts dan Rothschild Bank sebagai saluran bagi transaksi wang seperti mana yang didakwa. Peguam Negara Swiss menyiasat pencurian yang melibatkan berbillion dollar itu. The Guardian bagaimanapun gagal mendapatkan penjelasan dari bank-bank tersebut selepas mereka dihubungi.

Singapura menemui “lompong dan beberapa kelemahan” dalam kawalan penggubahan wang haram di kebanyakan bank. Buat pertama kali dalam sejarah negara itu, pihak berkuasa telah menghentikan operasi sebuah bank perdagangan. Pada bulan April, Emeriah Arab Bersatu membekukan ratusan juta dollar dalam akaun yang dimiliki oleh mereka yang terbabit dalam skandal 1MDB dan melarang pemegang akaun itu dari meninggalkan negara.

Pihak lembaga 1MDB berkata “kami yakin tiada salah laku atau jenayah yang berlaku” namun sebagai “langkah berjaga-jaga”, akaun badan pelaburan itu pada 2013 dan 2014 tidak lagi boleh “bergantung dengan mana-mana pihak”. Najib menjelaskan beliau tidak melakukan “sebarang kesalahan atau menyeleweng”. Peguam Negara Malaysia seterusnya membebaskan Najib dari tuduhan melibatkan skandal korupsi itu pada awal tahun lalu.

Buat masa sekarang, individu yang boleh mendedahkan perkara sebenar dalam skandal rompakan ini sedang meringkuk di dalam penjara di Bangkok. Xavier Justo didesak oleh moraliti dan juga pembalasan dendam – dia ingin menuntut keadilan dari rakan yang mengkhianatinya. Untuk mendapatkan hal itu, dia memilih untuk mendedahkan hal sebenar. Nama Justo mungkin tidak akan dicatat dalam sejarah sebagai wira, yang tidak mementingkan diri lalu mendedahkan kebenaran. Tetapi apa yang telah dilakukannya itu, secara tidak sengaja adalah satu pengorbanan.

Laporan ini telah terbit di akhbar The Guardian dan diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Maisarah Akbal.

#1MDB
#SkandalKewanganTerbesarDunia
#TheGuardian
#RakyatMalaysiaDitipuSkalaBesar

Rabu, 23 Mei 2018

Solat jamaah

Tolong share kepada para suami, saudara laki2, anak laki2, sepupu laki2 & yg merasa laki2 sbg bentuk cinta & sayang kita...😊😊📚

TAHUKAH KAUM LELAKI?
___________________
🐪 Sudah tahukah  KAUM LELAKI bahwa Rasulullah tdk pernah meninggalkan solat berjamaah, sejak solat diwajibkan malam isra mi'raj hingga solat terakhir dalam hidup beliau?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa banyak di antara para ulama yg seumur hidupnya tidak pernah solat fardhu sendirian dan selalu berjamaah sampai akhir hayat mereka?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa diantara mereka ada yg rela walaupun harus membayar orang demi menemani solat berjamaah?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI  bahwa ada sebagian ulama yg pernah menangis selama 40 hari krn merasa rugi yg amat mendalam sebab tertinggal satu solat fardhu berjamaah saja?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa bila anda solat berjamaah maka solat anda dapat dipastikan diterima oleh ​اَللّهُ ?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa khusus utk solat isya dan subuh berjamaah berpahala seperti solat setengah malam dan semalam suntuk?

🐪 Tahukah    KAUM LELAKI bahwa orang yg solat subuh berjamaah,  maka dihari itu kehidupannya dibawah perlindungan ​اَللّهُ ? Artinya, bila ada orang yg mengusiknya maka dia berurusan langsung dgn ​اَللّهُ ?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa karena begitu beratnya hukum solat berjamaah sehingga dalam madzhab hanafi difatwakan bahwa hukum solat berjamaah adalah wajib?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa dalam madzhab kita asysyafi'i solat berjamaah hukumnya fardhu kifayah sehingga bila dalam sebuah perkampungan penduduknya, tdk ada yg solat berjamaah, maka sekampung itu, berdosa semua karena meninggalkan berjamaah dan bukan karena meninggalkan solat?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa syaitan akan berleluasa berkuasa di sebuah perkampungan, bila penghuninya tdk ada yg solat berjamaah?

🐫Tahukah   KAUM LELAKI bahwa dalam suatu hadith, Rasulullah SAW sempat mengancam bahkan Rasulullah SAW mengancam kepada orang yg meninggalkan solat berjamaah hingga berkeinginan membakar rumah mereka?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa sahabat Ibnu Mas'ud RA, pernah mengatakan "kami saksikan saat Nabi Muhammad SAW masih hidup tidak seorangpun, ada yg  meninggalkan solat berjamaah kecuali hanya orang2 munafik tulen"?

🐪 Tahukah  anda bahwa bila anda menyebar info ini maka anda tdk akan rugi atau menjadi hina, malahan, insya ​اَللّهُ  akan berpotensi mendapat kebaikan yg tak terhingga? Semoga mendapat hidayah bersama.

آمين يا رب العالمين. ...

Semoga Bermanfaat..
BARAKALLAHU Fiikum..🕌🌹

Abam mat

Hidupnya susah sejak di zaman kanak-kanak... Dia dari keluarga miskin... Bapanya mewarisi kemiskinan datuknya... Lalu dia terpaksa mengharungi kefakiran itu dengan tabah.... Dia tidak tahu apa erti kemewahan dalam hidup.... Dia makan hanya sekadar untuk menyambung nyawa meneruskan hidup... Dia pakai baju dan seluar sekadar untuk menutup tubuh sahaja.

Pernah satu ketika, hari raya aidil fitri jatuh pada akhir bulan dua belas, sedangkan awal bulan satu tahun berikutnya penggal baru persekolahan akan dibuka.... Dia tidak lupa bagaimana ayahnya berkira-kira samada nak beli untuk dia baju raya atau baju sekolah.

Baju raya, baju sekolah... baju raya, baju sekolah... Akhirnya ayahnya belikan untuk dia sepasang baju sekolah yang boleh dibuat raya.... Suka benar dia dapat pakai baju dan seluar baru di hari raya, dan itu lah juga pakaian sekolahnya.

Waktu rehat di sekolah, dia selalu memencilkan diri dari kawan-kawan lain... Dia pergi makan nasi bekalnya di bawah pokok di penjuru pagar sekolah, lantaran malu kerana bekalannya hanya nasi beras usang berlaukkan ikan sepat atau ikan puyu atau ikan haruan.

Seorang murid perempuan yang juga rakan sekelasnya kerap juga datang menemaninya makan... Budak perempuan itu anak askar... Hidupnya agak senang sebab bapanya bergaji tetap... Tidak diketahui kenapa budak perempuan itu selalu datang makan bersama dia... Mungkin atas dasar simpati, atau mungkin budak perempuan anak askar itu memang suka berkawan dengan dia.... Kadang-kadang anak askar itu memberikan makanan yang dibawanya, tetapi.... roti disapu majerin, dia hampir termuntah kerana itu lah pertama kali dalam hidupnya dia merasa makan majerin.

Hari berlalu musim berganti... Dia dan budak perempuan anak askar itu terus berkawan sampai naik sekolah menengah bahkan sampai ke tingkatan lima.

Selepas tamat MCE, dia dapat masuk ITM melanjutkan pelajaran, sedangkan budak perempuan anak askar itu masuk kursus jururawat.

Tahun 1974, ketika masih bergelar mahasiswa, berlaku tunjuk perasaan di Baling, Kedah akibat ada penduduk yang mati kebuluran akibat terlalu miskin.... Dia ikut serta dalam demonstrasi itu... Ramai pemimpin mahasiswa yang ditahan dan ada yang melarikan diri ke luar negeri.

Dia...? Ya, dia juga dikenakan tindakan... Dia digantung pengajiannya oleh pihak ITM.

Dalam keadaan yang gawat tidak tentu hala tujuan masa depan itu lah, kawannya yang jadi misi hospital itu datang berjumpa dengannya, bertanyakan tentang kesediannya untuk mengikat hubungan itu dengan perkahwinan, kerana menurut perempuan itu, ada orang datang melamarnya, tetapi ditangguhkan jawapan samada menerima atau menolak, kerana mahu bertanya pendapat dia terlebih dulu.

Dengan perasaan yang amat berat dia menasihatkan jururawat itu supaya terimalah lamaran itu, kerana dia sendiri tidak menentu masa depannya selepas digantung pengajian di ITM.

Akhirnya dia dapat berita perkahwinan jururawat itu akan dilangsungkan pada sekian-sekian haribulan... Dia tenang saja, tabah mengharungi gelombang hidup yang serba kekurangan.

Setenang-tenang dia, walau bagaimana tabah hatinya menghadapi dugaan, tetapi pada hari perkahwinan jururawat kawan baiknya sejak di sekolah itu, dia menjadi tidak keruan.... Di ambil basikal ayahnya, dan dia kayuh basikal keliling kampung, hingga sampai di tempat yang tak ada orang, akhirnya dia menangis huhuhuhuuu sambil mengayuh basikal tua ayahnya... Dia membiarkan air mata jatuh ke pipi lalu mengalir hingga membasahi dagunya.

Ya, dia menangis sungguh-sungguh... Dia pun tidak tahu kenapa dia harus menangis. 

Itu peristiwa yang berlaku lebih 40 tahun yang lalu.... Sekarang dia hidup bahagia bersama isteri dan anak-anaknya yang telah besar-besar belaka.

Dia ialah Abang Mat, Menteri Pertahanan Malaysia.

Selasa, 22 Mei 2018

Rahmat

✍Sayangnya Allah pada Tun Mahathir, Allah izinkan Tun Mahathir hidup 93 tahun untuk lihat segala kesilapan dia dan perbaiki balik segala kesalahannya....

  Sayangnya Allah pada Najib, Allah benarkan rakyat bersuara untuk jatuhkan Najib agar tidak terus berbuat kezaliman....

  Sayangnya Allah pada pimpinan Ulamak, Allah berikan kemenangan pada beberapa buah tempat sebagai ruang rujukan dan teguran buat pimpinan yang diangkat...

Sayang Allah pada Anwar,terpelihara dari derita sakitnya dalam tempoh terkurung di tembok batu...

  Sayangnya Allah pada Malaysia, Allah angkat pimpinan2 yg disayangiNya untuk mentadbir dan memperbaiki negara...

   Sayangnya Allah pada kita, Allah tutup segala aib, dosa dan kejahatan yg kita lakukan, Allah makbulkan doa2 kita....

  Kita memandang Tun Mahathir sebagai seorang tua yg tidak cukup waktunya....
 Namun kita lupa, Allah beri kita masa utk perbaiki segalanya bersama..

  Rahmat Allah terlalu luas, keampunanNya tidak mengira siapa.. mengapa kita masih bersengketa? Maksumkah kita?

Copypaste

Doa dizalimi

sebagian manusia begitu mudah merasa dizalimi, tapi tak sadar kalau sering menzalimi. Begitu mudah berteriak ketika haknya tidak ditunaikan, tapi "ndablek" ketika melanggar hak Allah dan hak orang lain.
Itu sebabnya ketika kita "merasa" dizalimi maka berdo'alah sepenuh hati kepada Allah :
"Ya Allah, Engkau Maha Adil Bijaksana, Maha Pengasih lagi Penyayang, saya terima ketetapan-Mu ini, saya terima diri saya apa adanya, saya ridho dengan keadaan saya yang telah Engkau gariskan. Ya Allah, walau ini tak mudah, walau saya sangat kecewa dengan kelakuan orang itu, saya kini sadar bahwa ada kehendak-Mu yang Agung dibalik kejadian ini, saya yakin maksud baik-Mu atas peristiwa ini, karena saya memang banyak salah dan dosa, semoga kejadian ini menggugurkan banyak dosa-dosa saya,  maka ampunilah saya, sayangilah saya, peluklah saya dalam rahmat-Mu. Ya Allah, dengan rahmat-Mu, maka saya maafkan orang itu, maafkanlah dia, ampunilah dia, sayangilah dia, berilah kami ampunan dan kasih sayang-Mu, kepada-Mu lah kami kembali, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat. Aamiin"