Khamis, 30 Mei 2024

Jerman

 Sistem pendidikan Jerman (Berbeza dengan sistem pendidikan British)


Sistem pendidikan di Jerman bermula di peringkat kanak-kanak. Anak-anak kecil berusia sekitar 6 tahun akan memasuki ‘Kindergar(t)en’ (huruf ‘t’) bukan (huruf ‘d’) seperti Kindergar(d)en di Malaysia. 


‘Kindergarten’ adalah istilah bahasa Jerman yang mempunyai makna literal iaitu taman permainan kanak-kanak.


Sesudah mencapai usia sekitar 7 tahun kanak-kanak di Jerman memasuki alam persekolahan iaitu dikenali sebagai ‘Grundschule’. 


Di Jerman, sistem pendidikan berada di bawah bidang kuasa negeri persekutuan yang terdiri daripada 16 ‘Bundesländer’. (16 negeri-negeri di bawah Jerman)


Ertinya terdapat 16 kurikulum persekolahan yang menjadi garis panduan bagi sistem persekolahan di Jerman. 


Sebagai contoh kurikulum persekolahan di negeri Bayern, Bavaria, Berlin, Hesse, Hamburg dan lain-lain.


Subjek atau ‘Fach’ yang diajarkan di ‘Grundschule’ adalah subjek asas seperti bahasa Jerman, Matematik, Seni, Sukan dan Jasmani, Muzik, Agama dan Moral. 


Anak-anak kecil ini didedahkan dengan pengetahuan asas serta mereka dibawa melawat ke tempat-tempat awam seperti pasar, zoo, muzium, galeri dan sebagainya sebagai lawatan sekolah dikenali sebagai ‘Ausflug’.


Di bawah sistem pendidikan Jerman, kanak-kanak tidak dibebankan dengan bebanan kerja rumah yang bertimbun-timbun serta peperiksaan yang sentiasa mewujudkan kasta di sekolah akan siapa yang pandai dan siapa yang kurang pandai. 


Percaya atau tidak di Jerman tidak ada peperiksaan seperti UPSR sewaktu sekolah rendah. 


Yang ada cuma ‘Abschlussprüfung’ iaitu satu pengesahan peperiksaan bagi menentukan halatuju di peringkat sekolah menengah. 


‘Grundschule’ berlangsung selama kira-kira 5-6 tahun bergantung pada negeri.


Sesudah itu kanak-kanak akan memasuki peringkat sekolah menengah yang mempunyai 4 jenis sistem berbeza iaitu ‘Gymnasium’, ‘Gesamtschule’, ‘Realschule’ dan ‘Hauptschule’. 


Keempat-empat sistem persekolahan menengah ini berbeza mengikut kecenderungan pelajar.


‘Gymnasium’ bagi anak-anak yang mempunyai kecenderungan sains dan mereka yang bercita-cita untuk menyambung pengajian di Universität dengan mengambil peperiksaan akhir dikenali sebagai ‘Abitur’ yang dianggap hampir setara dengan STPM atau A-Level di Malaysia. 


Seperti anak bongsu aku Marea bakal bersiap-sedia membuat persiapan mengambil peperiksaaan akhir ‘Abitur’ pada tahun 2025. 


‘Gymnasium’ ini bukan tempat bersenam tu. Ianya adalah nama sekolah bertahap tinggi di Jerman seakan-akan sekolah berasrama penuh (SBP) di tempat kita.


Pelajar akan belajar subjek seperti bahasa Jerman, bahasa Inggeris, bahasa Latin, bahasa Perancis, Sains, Matematik, Geografi, Asas Agama, Moral, Sejarah dan Muzik.


Bagi mereka yang kurang cemerlang, mereka boleh menyambung pengajian di sekolah ‘Realschule’ atau ‘Hauptschule’. 


Di ‘Realschule’ dan ‘Hauptschule’ mereka akan diajar asas kemahiran sewaktu di usia muda lagi. Uniknya mereka belajar di sekolah akan subjek atau ‘Fach’ yang bersesuaian dengan minat mereka. 


Katakan Niklas kurang cemerlang dalam akademik dan berminat dengan baik-pulih kenderaan maka Niklas akan diajar akan asas baik pulih kenderaan iaitu ‘Fahrzeugreparatur’ dengan kerjasama di antara pihak sekolah dengan bengkel atau ‘Werkstatt’. 


Begitu juga bagi Ramona yang meminati bidang pembuatan roti maka dia akan belajar sejak usia belasan tahun kaedah penghasilan roti yang diasuh oleh ‘Bäckermeister’ iaitu ‘master’ atau guru di dalam bidang bakeri dan pastri.


Sistem pendidikan Jerman menekankan kepada keseimbangan teori dan praktikal selain fokus kepada sesuatu bidang secara terperinci iaitu bermula daripada A sampai Z. 


Jika belajar tentang buat roti maka Ramona akan belajar tentang bahan membuat roti. Apa itu jenis tepung? Apa kandungan zatnya? Bagaimana kaedah menguli dengan betul? Bagaimana cara membakar roti dengan betul?


Mengapa Jerman tekankan begini rupa? Kerana Jerman mahu memastikan setiap rakyatnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara berasaskan potensi dan keupayaan seseorang. 


Ertinya potensi dan keupayaan individu diasuh sejak daripada muda agar dapat menjana keperluan negara dalam memenuhi sektor industri Jerman.


Oleh itu bagi mereka yang kurang kecenderungan akademik mereka tidak akan dipaksa belajar Matematik Tambahan seperti di Malaysia. 


Bila pelajar tidak berminat maka mereka akan memberontak dan akibatnya dihukum sebagai malas dan dirotan di khalayak ramai oleh guru disiplin mereka.


Bagi pelajar lulusan ‘Realschule’ dan ‘Hauptschule’ mereka akan keluar menjadi tenaga kerja mahir yang terlatih dan mendapat sijil persekolahan ‘Mittlere Reife’ yang setaraf dengan SPM jika di Malaysia. 


Mereka ini sudah punya asas pemahaman bidang masing-masing sejak di sekolah menengah sebelum mengikuti program apprentice iaitu ‘Ausbildung’ selama 3 tahun atau mana-mana ‘Fortbildung’ dengan kerjasama industri seperti Mercedes-Benz, BMW, Siemens, Bosch dan lain lain.


Ertinya tiada pembaziran tenaga manusia. Yang cerdik pandai masuk ‘Gymnasium’ kemudian bila keluar boleh masuk ‘Universität’ atau Universiti jadi ahli akademik dan pakar dalam pelbagai bidang. 


Yang kurang cemerlang boleh jadi tenaga pekerja mahir hasil didikan ‘Realschule’ dan ‘Hauptschule’. 


Bagi yang mahukan kombinasi boleh masuk ‘Gesamtschule’ dan seterusnya belajar di ‘Fachhochschule’ untuk jadi jurutera dalam pelbagai bidang.


Beza di Malaysia remaja ini akan ketinggalan dan tidak tahu hala tuju. Masuk universiti pun ikut-ikut kawan.


Kawan ambil IT, dia pun ambil IT. Sudahnya dapat kursus pengurusan hutan. Sudah lah tak minat tapi terpaksa ambil sebab malu bila jiran sebelah rumah asyik bertanya, kamu tak belajar ke? 


Apa benda pun tak tahu. Niat nak masuk universiti tapi takut silap hari bulan termasuk pusat serenti. 


Yang lagi parah dah berusia baru nak masuk kursus teknikal. Nak guna kikir dan spanar pun tak tahu. 


Buat pula pinjaman PTPTN. Berhutang lagi. Di Jerman sistem pendidikan percuma. 


Kerajaan Jerman menekankan kepentingan pendidikan sebagai asas keperluan manusia. 


Ingat ya, pendidikan sekolah di Jerman wajib seimbang. Pengalaman sahaja tak memadai jika tidak bersijil atau sijil latihan harus seiring bersama dengan pengalaman kerja. Baru seimbang bagi memenuhi kehendak industri. 


Sebab itu di Jerman sangat sukar ditemukan universiti swasta sebab Jerman menganggap pendidikan ialah tanggungjawab kerajaan.


#MelayuJerman #BudayaJerman

Guru penyayang

 BETAPA MANJANYA ANAK-ANAK ZAMAN SEKARANG.


Zaman sekarang, cikgu-cikgu wajib tunggu murid datang kat pagar sekolah. Sapa dengan senyuman dan ucap tahniah kepada yang hadir.

Kadang murid masih badmood kena kejut bangun pagi, muka masam, tak pandang pun guru. Guru ucap Selamat Pagi pun tak balas.

Setiap bulan, sekolah akan sambut hari lahir semua murid dalam bulan tu. Beli kek, jemput ke pentas dan suap kek lagi. Kena bagi penghargaan pada murid juga.

Selain itu, kena buat perjumpaan Mentor Mentee sekurangnya 2 kali sebulan. Kena makan bersama murid-murid, kena ziarah dan wujudkan suasana kekeluargaan.

Inilah dia salah satu pembaharuan KPM perkenalkan lebih kurang 12 tahun yang lepas. Program Guru Penyayang.

Bila murid tak hadir ke sekolah agak lama, guru-guru kena ziarah ke rumah murid bertanya khabar dan pujuk datang ke sekolah. Biasanya Pengetua, PK Hem, guru kelas dan kaunselor yang akan pergi.

Musim exam pun sama. Jika pelajar tak hadir ke sekolah untuk ambil exam, SU Peperiksaan dan guru kelas akan pergi ke rumah pelajar.

Kadangkala guru mohon bantuan polis angkat ikut serta. Bahkan pegawai PPD pun pernah terlibat sama.

Sampai rumah pelajar, kejut pelajar tidur. Suruh bersiap dan bawa ke sekolah untuk dia jawab exam.

Fuh, macam raja. Dilayan, ditatang penuh kasih sayang.

Bagus sungguh program ni kan? Ya, banyak kebaikan sebenarnya. Namun tak kurang ada keburukan juga.

Ia memanjakan pelajar. Menjadikan mereka tuan, rasa sombong dan tidak hargai pengorbanan guru.

Part mentor mentee, sambutan hari lahir, bagi penghargaan pada murid tu aku setuju 100%.

Tapi part guru kena berdiri depan pagar seawal pagi untuk sapaan mesra, ucap tahniah datang ke sekolah, senyum lebar meraikan itu aku kurang setuju.

Dalam Islam, murid yang perlu menghormati guru. Kat sini macam terbalik. Guru kena hormati murid.

Murid macam big boss buat muka ketat langsung tak pandang muka guru yang sehabis manis cuba tersenyum itu.

Berbeza sungguh dengan zaman 80an yang mana murid-murid menunggu guru sampai ke sekolah dan berkejar ke kereta guru untuk tolong bawakan beg, buku dan sebagainya.

Dah la malas, suka ponteng, kena jemput kat rumah untuk jawab exam, masuk dewan sambung tidur tak jawab apa.

Bila mereka gagal, tak boleh cakap 'Padan muka'. Nanti kena viral dan kena kecam, macam cikgu pencen tu kena kecam. 😝

Tak sensitif katanya. Nanti terasa hati mereka ni. Manjaaaahhhh.

Padan muka tu khusus untuk geng pemalas, manja, suka ponteng, masuk dewan exam tapi tidur. Bukan terpakai untuk yang lemah tapi usaha, namun tetap berjaya. Takkan benda gini nak kena aku detailkan juga. Fikir la sendiri.

Dan demi nak jaga hati pelajar gagal yang malas, suka ponteng, tidur dalam kelas, ganggu pembelajaran yang sedang berlangsung, pelajar yang cemerlang tak boleh diraikan.

Nanti pelajar gagal yang pemalas tu terasa hati.

Terbalik sungguh dah sistem pendidikan kita sekarang. Entah siapa la yang mulakan budaya manjakan pelajar ni.

Keberkatan ilmu perlahan-lahan hilang. Adab menuntut ilmu dalam Islam pun perlahan-lahan ditinggalkan. Betulkan cara kita sekarang?

Renung dan fikirlah dalam-dalam.

#MFS

Rabu, 22 Mei 2024

Kenduri

 Semoga bermanfaat,tips anggaran untuk buat kenduri,


1. Beras biasa- 1 kg 10 orang

2. Beras basmathi- 1 kg 12 orang

3. Daging lembu/kerbau/kambing- 1kg 10 orang

4. Ayam- ikut potong berapa. Contoh- seekor potong 16. Kalau 100 org mkn, 7 ekor cukup

5. Mee 1 peket-6 orang

6. Mihun 1 peket 350gm- 8 orang

7. Kuah- 1 liter 4 orang

8. Spagetti 1 peket 8 orang

9. Pulut 1kg 12 orang


Ini cuma anggaran sahaja. Terpulang kalau nk buat lebih. Yang penting jangan membazir😅

Abundance mind set

Eh, aku penat-penat usaha, mana boleh nak senang-senang kongsi dengan orang lain

Pernah tak kita jumpa orang macam ni? Minta dijauhkan lah sebab kalau ada mindset macam ni, susah nak berjaya.


Ini yang dipanggil sebagai Scarcity Mindset. Orang yang berjaya tak mindset ni, orang berjaya mempunyai Abundance Mindset. Apa beza antara dua mindset ni?


Abundance Mindset adalah orang berkolabrasi untuk berjaya, sentiasa bersikap baik dengan orang lain, berkongsi ilmu kepada orang lain, menerima perubahan, bukan sahaja pada bines tapi perubahan pada diri juga. Sentiasa optimis, berfikiran luas dan bersedia menerima risiko. 


Sebab tu kalau kita tengok orang yang betul-betul berjaya, mereka tak berjaya seorang diri. Mesti ada kolaborasi dengan orang lain. Pernah dengar "No man is an island"? Manusia secara lumrahnya memerlukan komuniti untuk berjaya.


Mereka percaya bahawa untuk berjaya dalam bisnes, mereka perlu bantu bisnes lain, bukan menjatuhkan mereka. Kalau kita nak menang, tak semestinya kalah. Mereka tahu bahawa win-win situation adalah jalan terbaik bukan sahaja untuk mereka, tapi untuk orang sekeliling mereka juga.


Scarcity Mindest adalah perkara yang disebaliknya. Orang yang mempunyai pemikiran ini menganggapkan semuanya ada limit. Sebab tu mereka menyimpan semua kelebihan atau ilmu hanya untuk diri mereka sendiri saja.


"Kalau aku kongsi strategi ni dengan orang lain, macam mana aku nak cari makan?"


Ciri-ciri scarcity mindset adalah bersaing untuk menang, pentingkan diri mereka sahaja, tidak mahu berkongsi ilmu dan selalu rasa curiga kepada orang lain. Mereka juga percaya keadaan akan selalu sulit, takut dengan perubahan, berpikiran sempit dan mengelak dari apa-apa jenis risiko.


Antara dua mindset ni, yang mana kita nak ada dalam syarikat kita?

.

#ibuhanim

#annemsleadership

Kerepek gurih. Rahsia

 tadi sembang dengan isteri sepupu

nak bagi kerepek pisang sedap


guna pisang yang x guna baja...

maksudnya pisang kampung...


masa goreng dah nak kering...


masukkan bancuhan air garam + bawang putih ditumbuk + gula ... ada yg guna pak aji.


pastu.... angkat...


kenapa tak letak sekali masa mula2 masuk pisang dalam kuali?

lambat kering....


pisang yang dibaja kimi-A! jadi macam span bila digoreng,... banyak air... lambat garing


selamat mencuba...

ان شآءالله... gurih


mohon share kepada semua usahawan kerepek pisang seantero malaya... amal jariah


#Abundancemindset