Khamis, 30 Mei 2024

Guru penyayang

 BETAPA MANJANYA ANAK-ANAK ZAMAN SEKARANG.


Zaman sekarang, cikgu-cikgu wajib tunggu murid datang kat pagar sekolah. Sapa dengan senyuman dan ucap tahniah kepada yang hadir.

Kadang murid masih badmood kena kejut bangun pagi, muka masam, tak pandang pun guru. Guru ucap Selamat Pagi pun tak balas.

Setiap bulan, sekolah akan sambut hari lahir semua murid dalam bulan tu. Beli kek, jemput ke pentas dan suap kek lagi. Kena bagi penghargaan pada murid juga.

Selain itu, kena buat perjumpaan Mentor Mentee sekurangnya 2 kali sebulan. Kena makan bersama murid-murid, kena ziarah dan wujudkan suasana kekeluargaan.

Inilah dia salah satu pembaharuan KPM perkenalkan lebih kurang 12 tahun yang lepas. Program Guru Penyayang.

Bila murid tak hadir ke sekolah agak lama, guru-guru kena ziarah ke rumah murid bertanya khabar dan pujuk datang ke sekolah. Biasanya Pengetua, PK Hem, guru kelas dan kaunselor yang akan pergi.

Musim exam pun sama. Jika pelajar tak hadir ke sekolah untuk ambil exam, SU Peperiksaan dan guru kelas akan pergi ke rumah pelajar.

Kadangkala guru mohon bantuan polis angkat ikut serta. Bahkan pegawai PPD pun pernah terlibat sama.

Sampai rumah pelajar, kejut pelajar tidur. Suruh bersiap dan bawa ke sekolah untuk dia jawab exam.

Fuh, macam raja. Dilayan, ditatang penuh kasih sayang.

Bagus sungguh program ni kan? Ya, banyak kebaikan sebenarnya. Namun tak kurang ada keburukan juga.

Ia memanjakan pelajar. Menjadikan mereka tuan, rasa sombong dan tidak hargai pengorbanan guru.

Part mentor mentee, sambutan hari lahir, bagi penghargaan pada murid tu aku setuju 100%.

Tapi part guru kena berdiri depan pagar seawal pagi untuk sapaan mesra, ucap tahniah datang ke sekolah, senyum lebar meraikan itu aku kurang setuju.

Dalam Islam, murid yang perlu menghormati guru. Kat sini macam terbalik. Guru kena hormati murid.

Murid macam big boss buat muka ketat langsung tak pandang muka guru yang sehabis manis cuba tersenyum itu.

Berbeza sungguh dengan zaman 80an yang mana murid-murid menunggu guru sampai ke sekolah dan berkejar ke kereta guru untuk tolong bawakan beg, buku dan sebagainya.

Dah la malas, suka ponteng, kena jemput kat rumah untuk jawab exam, masuk dewan sambung tidur tak jawab apa.

Bila mereka gagal, tak boleh cakap 'Padan muka'. Nanti kena viral dan kena kecam, macam cikgu pencen tu kena kecam. 😝

Tak sensitif katanya. Nanti terasa hati mereka ni. Manjaaaahhhh.

Padan muka tu khusus untuk geng pemalas, manja, suka ponteng, masuk dewan exam tapi tidur. Bukan terpakai untuk yang lemah tapi usaha, namun tetap berjaya. Takkan benda gini nak kena aku detailkan juga. Fikir la sendiri.

Dan demi nak jaga hati pelajar gagal yang malas, suka ponteng, tidur dalam kelas, ganggu pembelajaran yang sedang berlangsung, pelajar yang cemerlang tak boleh diraikan.

Nanti pelajar gagal yang pemalas tu terasa hati.

Terbalik sungguh dah sistem pendidikan kita sekarang. Entah siapa la yang mulakan budaya manjakan pelajar ni.

Keberkatan ilmu perlahan-lahan hilang. Adab menuntut ilmu dalam Islam pun perlahan-lahan ditinggalkan. Betulkan cara kita sekarang?

Renung dan fikirlah dalam-dalam.

#MFS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan