Isnin, 17 Jun 2024

Autisme

 Kes adik Zayn ini, kembali gempar. Kali ini, tiadalah dapat saya lupakan akan satu kisah lain, YANG SANGAT-SANGAT MIRIP, namun berlaku di Singapura, 2 tahun lalu. Tak lama pun kan.


Sepasang kembar, diulang, dua orang, Ethan, dan Aston, yang kedua-duanya AUTISM, mati dibunuh oleh ayahnya sendiri, bernama Yap.


Yang samanya dengan kes adik Zayn, inilah ia, AUTISM. (Bab mak ayah dia terlibat tu, saya serahkan pada mahkamah).


Macam mana emosi saya tak tertanggu bila membaca kes kembar Autism ini. Sudahlah berlaku di sebuah terusan/saliran. Saliran tu pulak tak jauh dari taman permainan. Taman permainan pulak di kawasan rumah apartmen.


Senjata pulak, yang diguna oleh pemangsa, adalah sebatang kayu/ranting keras.


Apa lagi yang tak MIRIP?? Semua dah nak dekat sama.


Saya baca kronologi kes juga, sangat menyayat hati dan sebak sekali.


*****


Pada hari kejadian, 21 Jan 2022, Yap memandu anak-anak syurga ini, berusia 7 tahun, ke taman permainan di Greenridge Crescent, yang terletak berhampiran kondominium keluarga di Toh Tuck Road.


->>> 21 Januari beb. Awal tahun, anak-anak tengah nak masuk sekolah, ayah mana lah yang tak kusut kan. (Masa tu Malaysia masih belum mula kalendar persekolahan). Ditambah, si ibu pulak tak dapat terima hakikat anak kembarnya ini Autism, lalu dihantarkan mereka ke sekolah biasa. 


Tambahkan stres Yap, isterinya macam dah burn out, sampai tak hirau dah anak kembar ni dah makan ke, dah mandi ke. Yap sampai overthinking yang Ethan dan Aston ini akan susah hidupnya di kemudian hari.


Kembali ke hari kejadian. Sesampainya mereka di taman permainan, Yap biarkan Ethan dan Aston bermain puas-puas. Kerana itulah permainan 10 minit yang terakhir oleh si kembar ini.


Yap bawa Ethan dulu ke saliran terdekat.

Dia ambil sebatang kayu dan menekan kuat pada leher Ethan. Apabila kayu itu patah, dia tukar cekik pakai tangan pula.


Ethan mulanya melawan, namun akhirnya dia berhenti bergerak. Yap kemudian telangkupkan tubuh Ethan ke tanah, di mana kepalanya tenggelam dalam air terusan.


Aston buat apa masa tu?

(Part ni saya sebak sekali, tak boleh bayang apa perasaan Aston masa tu, "Lepas ni giliran aku pulak," agaknya itulah yang terdetik di hatinya. Sedih sangat-sangat saya taipkan kata-kata ini.)


Mana tak sedih, lembu yang nak dikorbankan pun kita tak asah pisau depan dia, atas dasar empati, kita halang pandangan lembu dari melihat rakannya diQurbankan. Inikan lembu punyai perasaan dan emosi. Saya tak dapat bayangkan, how on earth Aston dapat berdiri, perhati secara diam-diam beberapa meter di belakang masa abangnya dicekik.😢


Giliran Aston pun tiba.


Yap cuba mencekik Aston dengan mengunci/mencekik lengannya di leher, tapi tak cukup kuat. Kedua-duanya jatuh ke tanah. Masa Aston terbaring di atas tanah, Yap sambung mencekiknya sehingga dia tidak lagi bergerak.


Sama macam Ethan, Yap juga telah tenggelamkan muka Aston di dalam air terusan. Ini dilakukan sebagai 'double confirm', jika tidak kerana cekik, mungkin lemas air akan cepatkan proses.


Kemudian, Yap cuba untuk tamatkan riwayat dirinya sendiri namun gagal. Lalu Yap hubungi isterinya, tapi tiada jawapan.


Yap pun call polis, dakwa bahawa dia telah diserang dan perlukan bantuan untuk cari anak lelakinya. Sementara polis dalam perjalanan, dia duduk atas tanah dan letakkan kepala kedua anaknya di atas ribanya.


Namun, pihak polis berjaya menjawab teka-teki ini. Tak lama, sehari selepas insiden, Yap sendiri mengaku bahawa dialah yang melakukannya.


****


Dari sinilah, saya pelajari, walau saya punyai seorang anak autism, rupanya bukanlah perkara mudah.


Apatah lagi buat mereka yang punyai DUA ORANG. Saya pula baru diberitahu yang Zayn juga punyai adik yang hampir serupa kondisi, ada speech delay. Saya terkesima. Ada lagi, saya follow seorang di FB tu, sampai LIMA ANAK AUTISM. MasyaAllah, siapa yang mampu menceritakan cabaran mereka, pasti tiada kata-kata lagi.


Saya juga belajar.


Rupa-rupanya, punyai satu watak ayah yang kuat mental dan spiritual juga, sangat penting dalam sebuah keluarga, apatah di ZAMAN KECURIAN PERHATIAN ini!


Saya sebutkan Zaman Kecurian Perhatian, kerana perhatian manusia di zaman ini, telah dicuri dan dialih ke dunia maya. Di medan inilah keimanan sang ibu dan ayah diuji.


Di mana hati yang sudah tidak berpijak pada realiti, mata yang terhidang akan kebahagiaan orang yang tidak dia kenalinya, telinga yang mendengar akan pesanan orang yang sok-jagoan.


Ternyata, mencabar sekali.


Wahai lelaki, yang dikurnia Allah akan kekuatan segalanya dua kali ganda dari wanita, ada sebabnya kita diberi 'keajaiban' ini.


Ketahuilah, "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Al-Mukminun ayat 115)


Ingatlah, semua air mata, keringat, cemas-waspada dari setiap usaha yang dipikul oleh kalian para ibu dan bapa, akan dicatat sebagai amal baik, dan kesemua ini akan dikembalikan kepada Allah.


"Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"


Ini semua menjadi saksi kelak di hadapan Allah!


InsyaAllah, we can do it!!


Orang sekeliling ya mungkin tidak memahami. Namun Allah sentiasa bersamamu.


Al Irfan Jani

Sabtu, 15 Jun 2024

Spm

 "Dr, tengoklah keputusan SPM, sekolah siapa yang hebat? - tulis seseorang pada saya petang tadi. Spontan, saya tiba -tiba tersenyum. 


Tuan-tuan, 'permainan' persepsi ini memang dah lama ada. Dah lama dah. 


Dikumpulkan murid-murid cemerlang dari sekolah rendah di satu sekolah menengah. Kemudian ditempatkan pengetua cemerlang, guru cemerlang, kemudahan pembelajaran terbaik, kelas tak sesak, ada bilik yang berhawa dingin, makmal sains lengkap, makan minum disediakan mengikuti masa, disiplin murid dipantau rapi, masa belajar, masa main, masa solat dan masa tidur ditetapkan seketatnya. 


Disediakan pasukan warden berelaun bulanan untuk menjaga kebajikan murid. Murid disediakan serba serbi. 


Dipasakkan setiap masa dalam minda murid 'kamu adalah murid cemerlang', 'kamu murid hebat', 'kamu murid harapan bangsa'. "Kamu bertuah ditempatkan di sekolah hebat ini". 


Prestasi akademik murid -murid ini dijaga rapi. Merosot sedikit terus di kaunseling, terus ibu bapa dipanggil untuk berbincang. Tugas murid-murid hanya belajar, belajar, belajar. Program latih tubi, kelas tambahan, kem kecemerlangan berterusan sepanjang tahun. 


Bila keluar sahaja keputusan peperiksaan SPM, diwar-warkan inilah senarai sekolah terbaik. Inilah sekolah contoh. Ini sekolah harapan negara. Semua sekolah lain kena contohilah sekolah ini. Kalau sekolah ini boleh cemerlang SPM, mengapa pula sekolah lain tak boleh? 


Kamu lupa agaknya?


Ada lebih 10,000 sekolah lain di seluruh negara? Lebih 2,000 daripadanya adalah sekolah menengah. Ada sekolah yang masih kurang kemudahan. Ada sekolah yang masih daif di pedalaman. Ada sekolah yang masih tak cukup guru. Ada sekolah yang bumbung bangunannya dah lama bocor, tingkap pecah, kipas angin rosak belum tahu bila akan berganti.


Ada murid sambil belajar kena uruskan adik yang masih kecil di rumah. Ada murid yang lebih banyak bantu ibu bapa cari rezeki dari peluang untuk belajar. Ada murid yang ibu bapa sendiri pun tak kisah prestasi pendidikan mereka. Ada murid, jangankan nak belajar, nak makan atau tidur pun masih tidak menentu. 


Kamu lupa rasanya. 


Kamu ingat hanya ada 20 buah sekolah cemerlang SPM sahaja di negara ini. 


Kamu nak berbangga kononnya ada 20 sekolah yang terhebat tapi kamu tutup mata dengan masalah dan kekurangan di ribuan sekolah yang lain? 


Mudahnya kamu 'dipermainkan' dengan persepsi. 


Cubalah buka mata. Tengok dengan hati terbuka keadaan di 10,000 buah sekolah lain, bukan sekadar mendabik dada dengan pencapaian di 10-20 buah sekolah sahaja. 


Mendapat pendidikan berkualiti adalah HAK untuk semua murid, bukan untuk segelintir sahaja. 

Ingat tu. 


Salam Aidil Adha...

Anuar Ahmad

Burung

 Kisah burung pipit yang bertasbih namun kecewa, terdiam & mengadu kepada Allah SWT.


Dikisahkan bahawa ada seekor burung pipit yang bertasbih mensucikan Allah setiap hari namun beberapa hari yang berlalu suara tasbihnya tidak lagi kedengaran.


Maka para Malaikat pun bertanya “Ya Rabb, kenapa suara tasbih burung itu tidak kedengaran lagi?”


Allah SWT segera menjawab, “Kalian akan segera tahu jawapannya, sebentar lagi ia akan datang mengadu kepada-Ku kerana ia tiada tempat untuk mengadu selain kepada-Ku.”


Selang beberapa lama kelihatan burung pipit itu bertenggek di ranting pokok, diam.... kemudian Allah berkata kepadanya “Sampaikanlah apa hal gerangan yang menyesakkan dadamu?”


“Ya Rabb, aku mempunyai sarang kecil untuk ku beristirehat, Engkau kirimkan angin kencang yang menghancurkan sarangku.” Ucap burung pipit itu sambil menahan rasa sedih yang sangat dalam yang membuat penduduk langit terdiam & terharu.. 


Allah SWT kemudian berkata “Sebetulnya semasa kamu terlelap, ada seekor ular yang mendekati sarangmu & ingin menjadikanmu mangsanya. Maka Aku sengaja kirimkan angin agar kamu terbangun, terbang & selamat.. betapa besarnya ancaman yang telah Aku jauhkan darimu”


Air mata burung pipit semakin bergenang, bukan kerana kecewa & sedih. Namun sangat terharu, suara tangisnya membelah keheningan langit. “Alangkah lembutnya Engkau Ya Rabb.” 🥺


Kesimpulan ceritanya, janganlah bersedih ketika Allah menghalang kita dari sesuatu yg kita cintai. Redha dengan ujian yang diberi. Seandainya kita tahu bagaimana Allah mengatur urusan kita, nescaya hati kita akan sentiasa larut dengan cintaNya. Cinta kepada Allah SWT, cinta kepada agama Allah.


Betapa agungnya Engkau ya Rabb, Allahu Akbar 🤍.

Rabu, 12 Jun 2024

Masak nasi sedap

 "Cara-caranya adalah seperti berikut:


1. Cuci bersih tiga cawan beras dan masukkan tiga cawan air. Pastikan anda menggunakan sukatan cawan yang sama.


2. Kemudian tambahkan satu sudu besar minyak masak dan satu sudu besar cuka bersama sedikit garam.


3. Tambahkan sehelai daun pandan ke dalam periuk.


4. Kacau kesemua bahan supaya sekata dan minyak tidak bertompok.


5. Selepas itu, anda boleh terus memasaknya."

Selasa, 11 Jun 2024

Tok guru

 CERITA TOK GURU PONDOK DULU-DULU


Masa Mengaji


Susah dah jadi sebati dalam hidup, Makan yang mana ada. Takda makanan, puasa. Mengaji berpuluh-puluh tahun, Takdak duduk minta sedekah dengan orang. Nak gi mengaji ke Mekah, sampai orang tuanya jual tanah pun ada. 


Sampai ke Mekah nak gi Masjidil Haram kata seorang tokguru, berjalan kaki 6 hari. Allah! Susahnya. Hidup kat negeri orang menumpang teduh sekadar nak tidur saja. "Susah, tapi suka" kata guru.


Masa Tamat Pengajian


Balik lah ke Tanah Jawi. Sampai di rumah belum pijak tangga, orang kampung dah penuh duduk tunggu atas rumah nak dengar "Anak Haji" baca kitab. 


Tiba hari jumaat tok imam tua umum,"Anak haji kita balik dah, sapa yang ada nak wakaf tanah bulehlah, nak buat tempat mengaji. Ada lah orang baik budi wakaf tanah. Orang kampung pakat gi kerumun buat pondok kecil-kecil. 


Waktu Mengajar


Mengajarlah tok guru tanpa gaji, Tanpa keistimewaan, Tanpa elaun lebih masa, cukup ala kadar. Lepas mengajar, ada masa pegi buat padi, atau sebelum ngajar ada hak gi menoreh. Orang kampung perhati. "Takpalah anak haji mengajar, tak payah buat kerja lain. 


Hamba boleh bantu sikit-sikit, orang kampung pun buleh tolong. Ada hak bagi beras, ada hak bagi ikan letak depan tangga tiap-tiap hari, ada juga yang mari minta tok guru muda jadi menantu (selalunya orang kaya ada harta, tapi jenis tidak mengaji agama dia nak tumpang ilmu si tok guru), Alhamdulillah.. 


Semua ni tok-tok guru dapat tanpa permintaan. Begitulah kehidupan, pondok makin besar, Murid makin bertambah ramai, Orang kampung boleh tumpang mengaji, orang bagi rumah, kereta orang bagi lagi untuk kemudahan tok guru khidmat kepada agama.


Akhir Kehidupan 


Tok guru masa sakit, sikit pun tidak terabai buat ibadat. Kalu ada yang diuji sakit berat, ada yang koma hampir 6 tahun keadaan macam orang tidur saja, tubuh tak terusik, Nak kata Allah jaga jasadnya. 


Ada juga tok guru bangun sembahyang malam pada masa uzur, uzur pun masih tak tinggal, ibadat tok2 guru ni Allah jaga sampai akhir hayat. Kalau pada hari meninggal tok guru, Lautan manusia akan datang bersolat, smpai 4, 5 kali solat jenazah. Allahu.. 


Ini aturan Allah pada tuan-tuan guru pondok yang terdahulu. Hidup hanya berkhidmat pada ugama, Semoga Allah merahmati semua tuan guru pondok sekeliannya.


Kredit : Tengku Yusuff