Selasa, 11 Jun 2024

Tok guru

 CERITA TOK GURU PONDOK DULU-DULU


Masa Mengaji


Susah dah jadi sebati dalam hidup, Makan yang mana ada. Takda makanan, puasa. Mengaji berpuluh-puluh tahun, Takdak duduk minta sedekah dengan orang. Nak gi mengaji ke Mekah, sampai orang tuanya jual tanah pun ada. 


Sampai ke Mekah nak gi Masjidil Haram kata seorang tokguru, berjalan kaki 6 hari. Allah! Susahnya. Hidup kat negeri orang menumpang teduh sekadar nak tidur saja. "Susah, tapi suka" kata guru.


Masa Tamat Pengajian


Balik lah ke Tanah Jawi. Sampai di rumah belum pijak tangga, orang kampung dah penuh duduk tunggu atas rumah nak dengar "Anak Haji" baca kitab. 


Tiba hari jumaat tok imam tua umum,"Anak haji kita balik dah, sapa yang ada nak wakaf tanah bulehlah, nak buat tempat mengaji. Ada lah orang baik budi wakaf tanah. Orang kampung pakat gi kerumun buat pondok kecil-kecil. 


Waktu Mengajar


Mengajarlah tok guru tanpa gaji, Tanpa keistimewaan, Tanpa elaun lebih masa, cukup ala kadar. Lepas mengajar, ada masa pegi buat padi, atau sebelum ngajar ada hak gi menoreh. Orang kampung perhati. "Takpalah anak haji mengajar, tak payah buat kerja lain. 


Hamba boleh bantu sikit-sikit, orang kampung pun buleh tolong. Ada hak bagi beras, ada hak bagi ikan letak depan tangga tiap-tiap hari, ada juga yang mari minta tok guru muda jadi menantu (selalunya orang kaya ada harta, tapi jenis tidak mengaji agama dia nak tumpang ilmu si tok guru), Alhamdulillah.. 


Semua ni tok-tok guru dapat tanpa permintaan. Begitulah kehidupan, pondok makin besar, Murid makin bertambah ramai, Orang kampung boleh tumpang mengaji, orang bagi rumah, kereta orang bagi lagi untuk kemudahan tok guru khidmat kepada agama.


Akhir Kehidupan 


Tok guru masa sakit, sikit pun tidak terabai buat ibadat. Kalu ada yang diuji sakit berat, ada yang koma hampir 6 tahun keadaan macam orang tidur saja, tubuh tak terusik, Nak kata Allah jaga jasadnya. 


Ada juga tok guru bangun sembahyang malam pada masa uzur, uzur pun masih tak tinggal, ibadat tok2 guru ni Allah jaga sampai akhir hayat. Kalau pada hari meninggal tok guru, Lautan manusia akan datang bersolat, smpai 4, 5 kali solat jenazah. Allahu.. 


Ini aturan Allah pada tuan-tuan guru pondok yang terdahulu. Hidup hanya berkhidmat pada ugama, Semoga Allah merahmati semua tuan guru pondok sekeliannya.


Kredit : Tengku Yusuff

Tiada ulasan:

Catat Ulasan