Sabtu, 1 Jun 2024

Spm

 Cnp

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TIDAK ADA KAITAN DENGAN KEJAYAAN HIDUP?


1. Keputusan dalam peperiksaan memberi direction kepada seseorang untuk fokus kepada sesuatu bidang.


Keputusan yang baik itu bukan maksudnya semua A. Tapi keputusan yang sesuai untuk membolehkan seseorang itu pursue dalam bidang yang bersesuaian dengan minat dan keupayaan pelajar.


Kadang-kadang tak score A langsung pun, kalau pandai menghalakan diri dengan jelas ke arah bidang yang sesuai dengan keupayaan diri dan minat, insyaallah kejayaan dalam bidang tersebut akan hadir.


Berbanding yang score A semua subjek, tapi tak tahu mana halatuju. Akhirnya tersilap membuat keputusan dalam hidup, dan tidak berjaya excel dalam apa jua bidang pun.


Jadi betul ke keputusan peperiksaan tidak ada kaitan dengan kejayaan hidup?


2. Peperiksaan ini sebenarnya medan menguji kompetensi seseorang dalam sesuatu subjek. Jadi untuk score dalam sesuatu subjek, perlulah ada proses memahami, mengingat dan mengaplikasi. Seseorang yang melalui proses dengan baik, insyaallah akan excel dalam subjek tersebut.


Jadi, proses penguasaan sesuatu subjek itu sangat penting sebenarnya untuk membentuk "future self" seseorang.


Contohnya seseorang yang melalui proses pembelajaran Matematik yang baik akan mampu menjadi seorang engineer, actuary dan lain-lain dengan baik. Kerana matematik adalah requirement penting untuk bidang-bidang tersebut.


3. Jika mahu menjadi pekerja professional dalam sesuatu bidang pun perlu melalui peperiksaan khas juga nanti. Contohnya nak jadi Akauntan, Arkitek, Engineer, Doktor, semuanya perlu melalui professional exam yang khusus di bawah Professional Board masing-masing, baru boleh diiktiraf sebagai professional expert dalam bidang tersebut.


4. Keputusan yang kurang baik dalam subjek-subjek akademik pula akan memberi ruang dimensi baru dalam menghalakan direction pelajar. Ok subjek akademik kurang baik, kita pergi ke arah kemahiran. Tapi proses sepanjang belajar itu tetap berguna sewaktu mereka belajar dalam bidang kemahiran. Bukan langsung dibakulsampahkan.


5. Kalau statement ini nak highlight tentang pentingnya belajar kerana bukan semata-mata nak ambil exam, saya nak nyatakan ambil exam tidak menjadi penghalang untuk kita explore aplikasi pembelajaran dalam kehidupan. Mengiktiraf kepentingan peperiksaan tidak sesekali bermaksud menafikan penghayatan kepada content pembelajaran.


6. Maka seharusnya debate mengenai keputusan peperiksaan dan kejayaan hidup ini sepatutnya dihentikan, kerana ia bagi saya membawa kekeliruan lebih besar pada anak muda. Bagi saya, biar anak-anak kita menikmati proses pembelajaran yang mempunyai sistem peperiksaan ini dengan penuh semangat dan excitement. Saya faham ada kepincangan, tapi jangan kita mula berfikir untuk keluar dari sistem semata-mata kerana stigma "score SPM pun belum tentu berjaya".


7. Ingatlah bahawa kejayaan hidup yang sebenar bukannya mempunyai pendapatan besar, tapi berjaya memberi manfaat besar dan kebaikan buat orang lain yang mempunyai nilai sodaqah, yang insyaallah akan menjadi bekal pahala walaupun kita sudah tiada di dunia.


Kerana insyaallah dengan pahala itulah yang akan memberatkan timbangan mizan kebaikan kita di akhirat, dan insyaallah akan membebaskan kita dari api neraka.


فمن زحزح عن النار وأدخل الجنة فقد فاز

Tiada ulasan:

Catat Ulasan