POPULIS
Populisme adalah gejala ahli politik yang menyamar sebagai wakil kepada derita rakyat bawahan. Sedangkan mereka terdiri dari golongan elit, atau dinaungi oleh pelobi-pelobi yang berkepentingan terhadap kerjaya politik mereka. Politikus yang populis akan bermain dengan isu-isu yang dekat dengan sentimen keperluan rakyat. Dari lakonan empati tersebut, mereke berupaya memperdaya rakyat dengan janji-janji utopia mereka.
Lazimnya topeng lakonan mereka akan tersingkap selepas mereka naik ke tampuk kekuasaan. Bermaksud, hakikat tipu daya mereka selalunya lewat disedari oleh orang kebanyakan. Akhirnya yang terzahir, bukan sekadar cakap tidak serupa bikin. Bahkan mereka bikin segala apa yang mereka lawan-lawan dahulu.
Abdul Mu'izz Muhammad
9 Jun 2024
Tiada ulasan:
Catat Ulasan