Ahad, 2 Jun 2024

Spm cemerlang

 Saya dapat keputusan straight As dalam SPM, dengan izin Allah. Alhamdulillah. Aliran sains tulen, bak kata orang. Subjek-subjek Matematik Tambahan, Kimia, Biologi tu, keputusan cemerlang kalau dulu A1, sekarang A+. Tetapi dalam kegembiraan semua A tu, saya rasa sayalah antara manusia 'gagal memilih' dulu, atau lembut lidah sikit kita sebut 'terpaksa pilih' atau paksa rela kot.


Dapat banyak A tetapi dalam kepala ni tak ada perancangan masa depan. Minat nak jadi Cikgu Bahasa Inggeris tetapi mohon IPG ke, TESL ke, semua tak dapat, walaupun ada sijil pertandingan public speaking, debate, bla bla bla. 


Saya pernah call sebuah maktab perguruan, bertanyakan cara nak buat permohonan. Staf yang jawab panggilan saya bertanyakan keputusan percubaan SPM saya, dan terus dia jawab, "Result bagus tu overqualified. Tak payahlah jadi cikgu, dik. Mintalah kursus lain. Medic ke, Engineering ke..." Terkejut saya. Tetapi saya hantar permohonan juga tetapi tak dapat tawaran pun. 


Terfikir minat nak kerja bidang Accounting jadi saya buat permohonan, dipanggil temuduga biasiswa bidang ini tetapi dalam sesi temuduga itu jugalah panel penemuduga tegaskan, "Kalau minat nak sambung belajar dalam bidang Perakaunan, kenapa tak ambil subjek Ekonomi atau Perakaunan semasa SPM?"


Saya beri jawapan, "Di sekolah menengah (SBP) saya, tak ada subjek tu. Ada Sains Tulen (Biologi) dan Kejuruteraan (subjek Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan) saja."


Penemuduga kata, rugi nanti saya kena belajar dari kosong semula jika betul pihak pemberi biasiswa menaja, ada kemungkinan penaja akan rugi sebab belum terbukti saya boleh berjaya dalam subjek Perakaunan walaupun cemerlang Add Math, Bio, Physics dan lain-lain tu. 


Penemuduga lain siap cakap lagi, "Lain kali kalau minat Accounting dan sekolah tu tak ajar Accounting, awak pergilah belajar di sekolah lain..." Dia suruh kita tukar sekolah, awak tauuuuu.


Silap saya jugalah. Dah tak belajar Akaun di sekolah, kenapa pulak nak belajar Perakaunan di universiti. Tapi kan, minat tu ada situ....


Nasib baiklah semua permohonan itu guna keputusan percubaan, yang juga semua A. 


Disebabkan daripada pengalaman-pengalaman itu selepas terima keputusan SPM sebenar, saya mohon kursus-kursus yang berkaitan saja. Perubatan, Bioperubatan, bioteknologi, farmasi dan kejuruteraan alam sekitar. Mujurlah straight As, semua 5 tu ada tawaran masing-masing. Saya pilih 1 dalam keterpaksaan sebab bukan minat pun. Tak minat walaupun salah satu daripada 5 tu. 


"Budak pandai kena ambil medic.." pernah dengar ayat ni?


"Kau pandai dapat semua A, belajar Engineering la.." ni pun ayat yang selalu diperdengarkan. 


Semasa peringkat universiti, saya berkawan dengan pelbagai kenalan pelbagai bidang dan mereka dulu belajar menengah di sekolah swasta dan sekolah awam. 


Ada seorang kenalan tu bukan pelajar straight A, di sekolah dulu dia ambil 2 subjek utama yang melayakkan dia ambil diploma bidang Perakaunan di universiti kemudian sambung bachelor degree bidang sama. SPM dapat 3A iaitu Prinsip Akaun, Ekonomi Asas dan Matematik (Matematik Moden). Dia kata ayah dia tak kisah pun dia dapat B dan C bagi subjek-subjek lain tu sebab tak perlu untuk minat dan kerjaya dia. Yang penting lulus. Bagus ayah dia tahu kecenderungan anaknya, dan support.


Ada seorang kenalan di Canberra, dulu belajar di SBP yang tiada subjek Akaun seperti saya tetapi dia ambil kertas Prinsip Akaun secara persendirian. Hasilnya dia dapat A bagi semua subjek SBP dan juga persendirian. Dapat biasiswa sambung pengajian dalam bidang Perakaunan di Australia. Untung dia tahu strategi tu selari dengan minat dalam dirinya. Saya tak tahu jadi saya rugi.


Ramai kenalan saya yang belajar bidang Engineering di universiti bukan disebabkan minat, tetapi disebabkan bidang tu yang disyorkan, atau ditawarkan, atau disuruh/dipaksakan. Walaupun SPM straight As, tetapi tak tahu dari awal, keputusan straight As jadi kenangan saja....


Tak mahu cerita pasal kawan-kawan yang merupakan pelajar cemerlang di sekolah dapat A tetapi tak tahu sebab apa sambung belajar dalam bidang tertentu yang dipilih disebabkan result straight A masa SPM akhirnya gagal atau tukar bidang - kisah-kisah macam ni pun banyak. 


Jadi setelah dewasa ini, saya tak kisah anak saya kena dapat keputusan semua A atau straight As. I am so done with the saying that excellent students must score A in all subjects, no more no more. 


Yang saya tekankan adalah:


1) Carigali minat dan kemampuan anak/pelajar.


2) Usahakan supaya anak/pelajar dapat belajar dan berjaya capai A bagi subjek-subjek yang diperlukan berdasarkan minat/kemampuannya atau masa depannya.


Disebabkan inilah saya tak pernah kisah pasal ranking sekolah, saya OK saja jika anak saya nak bersekolah di sekolah harian atau sekolah berasrama tanpa tengok sekolah tu berada pada nombor berapa dalam ranking, tetapi saya pergi tanya sekolah tu asrama ada masalah air ke tak, masalah buli macam mana, cikgu-cikgu terapkan budaya agama dalam sekolah atau tak, dan seumpamanya, memang pilih sekolah yang baik-baik saja supaya anak seronok dan selesa pergi belajar. 


Nak cakapnya, straight As tu bagus tetapi tak semestinya tak straight As tu tak bagus. Belajar subjek yang diperlukan dan dapat A pada subjek yang diminati untuk kerjaya dan masa depan tu lebih penting daripada dapat semua A, bagi saya. And it is OK for you not to agree with me, saya tak paksa setuju pun. Hehehe. 


Kepada para pelajar yang saya jumpa, saya pasti pesankan "Bagus untuk usaha dapat semua A tetapi kalau tak dapat semua A tak apa, yang penting dapat A untuk subjek-subjek yang kita minat dan perlu..."


Saya dulu 5A dalam UPSR (maksimum 5 subjek), 9A dalam PMR (maksimum 8 atau 9 subjek) dan 10A dalam SPM aliran sains tulen (maksimum 10 subjek saja di sekolah saya dan bukan sekolah agama), belajar biasiswa penuh ke Australia dapat first class honours dan CGPA 7.00/7.00 hingga dapat PhD dalam Perubatan pada usia 27 tahun, jika boleh diulang masa memilih belajar bidang diminati, MUNGKIN lepas SPM dulu saya ambil sijil kulinari dan ijazah perniagaan, dan sekarang jadi chef atau baker buka bisnes sendiri kalau buat PhD saya mungkin PhD bidang Masakan atau Makanan macam tu 😁😁😁


Atau pun kalau gagal akademik, saya jadi orang politik. Ehhhhh??? Hahahaha 😅😅😅 FB Syahr Musafir Rabu 29/05/2024

Tiada ulasan:

Catat Ulasan