Khamis, 4 Ogos 2011

Puasa

Alhamdulillah……seluruh umat Islam di Malaysia pasti baru selesai bersahur awal pagi tadi. Kita sebagai umat Islam wajib berpuasa pada hari pertama puasa sehingga tibanya waktu berbuka puasa nanti di sepanjang bulan Ramadhan kali ini (Waktu puasa adalah dari terbit fajar shadiq (waktu subuh) sampai terbenam matahari : waktu maghrib)
Bersahur pun adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fekah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat. Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
“Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.
Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :
Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur (Hadis riwayat An-Nasaie.)
Nampak? Yang mana terlepas atau malas nak bangun bersahur pagai tadi, boleh mulakan azam pada hari kedua Ramadhan pula ya…..Insyaallah.
Niat Puasa
niatpuasa2 Jadual Berbuka Puasa 2011 & Waktu Imsak Seluruh Negeri Negeri Di Malaysia
Niat Puasa (Sebulan Ramadhan)
niat1puasa Jadual Berbuka Puasa 2011 & Waktu Imsak Seluruh Negeri Negeri Di Malaysia

sumber: beritasemasa.com

Rabu, 3 Ogos 2011

Terbaek...

Benarlah kata orang, sekeping gambar yang kaku dan bisu mampu menceritakan 1001 kisah. Sekeping gambar yang kaku dan bisu juga mampu menimbulkan pelbagai perasaan pada yang melihatnya. Ada orang boleh jadi gembira, sedih, ketawa, kagum, simpati, marah, benci, dan sebagainya dengan hanya melihat sekeping gambar.




"Afghan Girl" - 1984 
Info: Gambar ini dirakamkan oleh jurugambar National Geographic. Gadis Afghanistan didalam gambar ini bernama Sharbat Gula. Dianggarkan berusia 12 tahun dan ketika itu sedang ditempatkan disebuah kem pelarian. 
Gambar ini menjadi terkenal kerana bukan mudah untuk mendapat peluang merakam gambar wanita Afghanistan pada masa itu. Identiti Sharbat Gula pula hanya diketahui pada tahun 1992. 
Jurugambar: Steve McCurry.


"Stricken Child Crowling Towards a Food Camp" - 1994
Info: Gambar kanak-kanak ini diambil di Sudan ketika negara tersebut dilanda bencana kebuluran. Ketika itu kanak-kanak berkenaan sedang merangkak menuju ke sebuah pusat bantuan makanan PBB. Seekor burung nasar berdiri berhampiran kanak-kanak berkenaan...menunggunya mati sebelum dimakan.  
Gambar ini memberi kejutan diseluruh dunia. Tiada siapa yang tahu nasib kanak-kanak berkenaan selepas itu kerana jurugambar yang merakamkannya bertindak meninggalkan tempat berkenaan sejurus selepas mengambil gambar tersebut. 
Tahukah anda, jurugambar yang merakamkan gambar ini membunuh diri 3 bulan selepas itu akibat tertekan? 
Gambar ini mendapat anugerah Pulitzer. 
Jurugambar: Kevin Carter


"Portrait of Winston Churchill" - 1941
Info: Gambar ini diambil ketika Winston Churchill berkunjung ke Ottawa, Kanada. Gambar ini membuat jurugambar yang merakamkannya menjadi popular dan terkenal dan dianggap sebagai jurugambar potret terbaik pada masa itu. 
Harga untuk mendapatkan khidmat jurugambar berkenaan turut naik dengan mendadak. 
Jurugambar: Yousuf Karsh.


"Omayra Sánchez" - 1985
Info: Nama kanak-kanak dalam gambar ini ialah Omayra Sanchez. Dia adalah salah seorang yang menjadi mangsa ketika letusan gunung berapi berlaku Nevado del Ruiz, Colombia yang mengorbankan 25,000 nyawa. 
Omayra telah terperangkap didalam  air dan runtuhan sisa konkrit selama 3 hari. Dia meninggal dunia akibat gangren dan hipotermia tidak lama selepas gambar diatas dirakam.
Kematian kanak-kanak tersebut mendedahkan tentang kegagalan pihak berkuasa Colombia untuk bertindak pantas menyelamatkan mangsa-mangsa dalam tregedi letusan gunung berapi tersebut. 
Jurugambar: Frank Fournier.


"Burning Monk – The Self-Immolation" - 1963
Info: Thich Quang Duc seorang sami Buddha dari Vietnam membakar dirinya hingga mati disebatang jalan yang sibuk di Saigon. Tindakan nekad itu diambilnya sebagai memprotes tindakan kerajaan Vietnam yang menganiaya sami-sami Buddha. 
Beliau mahu Buddha diberikan hak yang sama seperti mana Katholik. Dalam masa yang sama beliau juga mahu sami Buddha dan rahib Katholik diberi hak untuk mengamalkan dan menyebarkan agama masing-masing.
Tahukah anda, semasa tubuhnya dimamah api sami berkenaan langsung tidak menggerakkan badannya? Tubuhnya kekal dalam kedudukan begitu sehingga rentung. 
Jurugambar: Malcolm Browne


"Tank Man Of Tiananmen" - 1989
Info: Walaupun gambar ini berjaya menarik perhatian dunia, namun identiti lelaki yang bertindak berani menghalang kemaraan barisan kereta kebal tentera China di Dataran Tiananmen ini tidak pernah diketahui sehingga kini. 
Kejadian ini berlaku sehari selepas kerajaan China mengambil tindakan keras hingga mengorbankan ribuan nyawa penunjuk perasaan yang kebanyakannya adalah mahasiswa yang mahukan sistem demokrasi  dipraktikkan sepenuhnya di China. 
Jurugambar: Selain Jeff Widener, gambar diatas turut berjaya dirakam oleh 3 jurugambar yang lain.


"Lunch On Top OF a Skyscraper" - 1932
Info: Gambar ini dirakam ketika sekumpulan pekerja binaan yang bekerja membina bangunan GE di New York sedang berehat sambil makan tengahari diaras 69 bangunan yang sedang dibina itu. 
Mereka hanya duduk sambil berjuntai kaki tanpa memakai sebarang alat keselamatan diatas 'girder' yang tingginya adalah beratus-ratus kaki dari permukaan bumi.  
Jurufoto: Charles C. Ebbets


" Bliss" - 2000
Info: Gambar ini diambil di Napa County, California. Gambar ini menjadi bertambah popular diseluruh dunia apabila Microsoft Corporation menjadikannya sebagai salah satu pilihan untuk dijadikan 'wallpaper' dalam produk generasi Windows XP mereka. 
Jurugambar: Charles O'Rear


"The Plight of Kosovo Refugees" - 1999
Info: Gambar ini dirakam ketika seorang ibu muda pelarian Kosovo cuba memindahkan anaknya Agim Shala yang berusia 2 tahun dicelah pagar kawat berduri ketika perang Balkan. 
Gambar ini juga pernah tercalon untuk menerima anugerah Pulitzer. 
Jurugambar: Carol Guzy

"Fire on Marlborough Street" - 1975

Info: Akibat panik kerana rumah yang mereka diami terbakar, Diana Bryant mengambil tindakan nekad untuk terjun menyelamatkan diri bersama-sama anaknya yang masih kecil. 
Dia terbunuh dalam kejadian itu namun anaknya terselamat kerana berjaya disambut oleh anggota bomba yang berada dibawah bangunan berkenaan.
Tregedi malang yang menimpa Diana Bryant telah menyebabkan prosuder serta kaedah menyelamat dan memadam kebakaran yang dipraktikkan ketika itu dikaji semula. 
Gambar ini turut mendapat anugerah Pulitzer. 
Jurugambar: Stanley J. Forman
 
 "bersih 2" - 2011
Info: Sewajarnya gambar Suwardi ini termasuk dalam katogeri gambar terbaik. Gambar ini dirakam di Kuala Lumpur ketika berlakunya rusuhan BERSHIT 2.0 yang disertai  rakyat Malaysia yang dianjurkan oleh Bersih dan  berpuluh  NGO.
 
 
Jurugambar : Tidak di ketahui 

Janggut vs wanita

Lelaki Berjanggut Bikin Wanita Jatuh Cinta


Bagi jejaka yang masih solo dan sukar mencari gadis idaman hati
untuk dijadikan suri hidup, apa kata ubah penampilan anda. Sekiranya
anda serasi dengan imej wajah ‘bersih’ tanpa janggut selama ini, apa
kata lakukan transformasi dengan mengubah imej tersebut.



Pastinya ada kejutan yang akan bakal anda alami dengan
penampilan baru itu. Siapa tahu, hari tersebut bakal merubah hidup anda
yangs epi tanpa wanita bergelar kekasih sebelum ini.



Justeru, bagi lelaki yang tidak suka menyimpan janggut lebih baik anda
mula mempertimbangkannya hari ini. Kerana berdasarkan satu kajian yang
dijalankan, didapati ramai wanita mudah terpikat pada lelaki berjanggut.



Hasil tinjauan yang dilakukan terhadap beberapa wanita yang berusia
sekitar 18 hingga 44 tahun mendapati lebih daripada 50% wanita memilih
untuk berdampingan dengan jejaka berjanggut. Bagi mengenal pasti lelaki
pilihan mereka, setiap gadis ditunjukkan 15 foto lelaki yang memiliki
imej berbeza-beza, iaitu daripada merea yang dagunya licin tanpa janggut
hinggalah mereka yang menyimpan janggut. Tujuannya adalah untuk
mengenal pasti ciri-ciri lelaki yang dianggap dewasa, romantis, agresif
dan serius dalam menjalin hubungan cinta.



Ternyata hasilnya begitu mengejutkan kerana majority daripada
wanita-wanita tersebut memihak pada lelaki berjanggut. Ini kerana bagi
mereka, lelaki yang tidak bercukur memiliki daya tarikan tersendiri.
Malahan, mereka juga turut memilih lelaki berjambang untuk menjadi teman
hidup mereka. Jadi mulai sekarang jangan cukur janggut kamu wahaii
lelaki huhuhu tapi janganlah biar berserabai hahahhaha…

Selasa, 2 Ogos 2011

Yakin!

''ketika dajjal muncul, seorg lelaki dalam kalangan orang yg beriman mencarinya. Dia bertemu dgn sekumpulan tentera dajjal. Lalu mereka bertanya kepadanya, 'Apakah yg sedang kamu mencari?'Pemuda beriman itu menjawab. "saya mencari org yg keluar".Lalu mereka bertanya kepadanya, "Adakah kamu tidak percaya pada tuhan kami?"

Dia menjawab 'Tuhan kami tidak ada yg meragukan'

Maka tentera dajjal berkata, ' Bunuh saja dia'.

Maka sebahagian drpd mereka berkata kpd org lain, Bukankah Tuhan kamu melarang kamu membunuh seseorg tanpa izinnya?'

Lalu tentera dajjal membawanya (pemuda mukmin itu) ke hadapan Dajjal. Apabila org yg beriman itu melihatnya, maka dia berkata, 'Wahai sekalian manusia, inilah dajjal yg dinyatakan oleh Rasulullah SAW!''

Maka Dajjal segera menyuruh supaya merebahkan tubuh org beriman itu, & memerintahkan supaya menyiat kulit & memukul belakang & perutnya. Lalu dajjal bertanya. "Adakah engkau masih tidak mempercayai kami?'

Dia menjawab, "engkau adalah Dajjal si pendusta."

kemudian diperintahkan supaya (pemuda beriman itu) digergaji dari atas kepalanya hingga kakinya menjadi 2 bahagian, lalu dajjal berjalan di tgh dua bahagian badan yg terbelah dua. Kemudian Dajjal memerintahkan, 'Bangunlah!'

Maka bangunlah & tegaklah dia. Kemudian Dajjal bertanya lagi, 'Adakah kamu masih belum percaya kepadaku?'

Dia menjawab, 'Tidak berkurang pengetahuanku ttg kamu, bahkan bertmbh yakin.'

Kemudian org beriman tersebut berkata. 'Wahai sekalian manusia, Dia (dajjal) tidak dpt berbuat demikian lagi kpd seorang pun.'

Maka die berusaha membunuh kembali org beriman itu. tetapi ALLAH meletakkan antara lehernya & bahagian belakang org itu tembaga, hingga dia tidak mampu disembelih. Kemudian dipeganglah tgn & kaki org tersebut, lalu dilemparnya. Mereka menyangka dia dilemparkan ke dalam neraka, padahal dia dilemparkan ke SYURGA.


kemudian Nabi SAW melnjutkan ceritanya, 'Itulah manusia paling besar kesaksiannya(syahid agung) di sisi Tuhan semesta alam''. SUBHANALLAH~ smoga kita mengambil pengajaran & iktibar serta ilmu dari pe yg telah dibaca ini. ADAKAH KITA SEPERTI INI SATU HARI NANTI? OR SEBALIKNYA? wallahu'alam...sebar2kanlah kepada umat islam yg lain..dakwah kita bersma~(HADIS SAHIH DIREKODKAN IMAM MUSLIM (8/200) & IBNU MANDAH (95/1) DRPD QAIS IBNU WAHAB, DRPD ABU AL WADAK)

Polis & Malaikat...

Oleh SUBKY LATIF

ADAPUN polis itu wajib ia taat dan mematuhi undang-undang dan melaksana segala perintah yang diturunkan kepadanya. Tiada boleh iatidak menjalankan tugas. Salah ia kalau tidak menjalan ia akan perintah.

Oleh itu apabila minta longgar seseorang akan tindakan polis, maka berkata polis, ia menjalankan tugas.Apabila metakwil seseorang akan tindakan polis, maka menjawab polis, ia mematuhi undang-undang dan melaksanakan peraturan.Ia suka atau tidak suka ia kena buat sekalipun ia tidak disukai orang.


Sebagaimana setiap malaikat memetahui segala perintah Allah, maka begitulah polis mesti mematuhi yang diturunkan kepadanya.

Malaikat itu tiada membantah ia akan perintah Allah. Tidak seperti iblis, apabila diperintah Allah supaya sujud kepada Adam, tiada mahu sujud iblis. Berkata ia begitu dan begini kepada perintah Allah itu. Akan tetapi sujud sekalian malaikat pada Adam.

Perintah sujud kepada Adam itu dirasa pelik oleh malaikat, maka bertanya mengapa tidak dijadikan mereka saja sebagai khalifah di bumi, kerana manusia itu suka menumpah darah sesama sendiri dan melakukan banyak kerosakan?

Menjawab Allah, Dia lebih tahu. Maka patuh sekaliannya.

Akan polis itu adalah manusia. Tiada dijadikan ia seperti malaikat. Walaupun manusia juga mesti mengikut perintah dan tiada boleh ia engkar, tetapi patuh manusia itu tidak seperti patuh malaikat.

Polis tidak boleh jadi macam malaikat. Malaikat diberi otak tetapi tidak boleh memikir. Tidak boleh malaikat menggunakan akal dalam menjalankan tugasnya. Kecil besar tugas dijalankan mengikut yang Allah perintah secara terperinci.

Tidak boleh ia berfikir untuk buat begitu dan begini semasa mematuhi perintah Allah. Ia buat seperti yang Allah suruh.

Polis tidak begitu dalam menjalan perintah. Polis itu manusia, diberi otak untuk berfikir dan menggunakan akal bagi melaksanakan perintah. Perintah itu ada ketat, ada longgar, ada khusus dan ada umum. Sebagai manusia polis dikehendaki membuat yang terbaik bagi melaksanakan perintah.

Ia mesti menggunakan budi bicara. Tidak seperti malaikat. Malaikat tiada budi bicara. Kalau ada orang sakit terlantar bertahun-tahun, ikut adanya orang itu patut sudah lama mati. Malaikat Maut tidak serta-merta mengambil nyawanya, melainkan menunggu isyarat daripada Allah barulah nyawanya diambil.

Malaikat Maut buat kerja lain dulu seperti memburu orang yang segar dan sihat yang sudah tiba ajalnya, megambil nyawa orang kena pukul kepala dan patah tulang kerana dipukul polis anti rusuhan. Bila Tuhan kata ambil nyawa orang terlantar tadi barulah ia jalankan perintah itu.

Ada Malaikat Maut diminta mengambil nyawa Nabi Musa a.s. Biasanya perintah itu tidak dapat ditangguh. Tetapi Nabi Musa memberi alasan begitu dan begini mengapa nyawanya tidak boleh diambil masa itu. Malaikat pergi bertanya Allah macam mana nak buat. Setelah Allah beri perintah selanjutnya barulah ia ditunaikan.

Adapun polis tidak boleh jalan perintah macam malaikat jalankan perintah. Ia ada otak kena guna budi bicara jalankan perintah. Kalau jalan perintah 100 peratus macam malaikat, polis kena minta jadi malaikat. Jangan lagi jadi manusia.

Kalau polis sudah jadi malaikat seperti melaksanakan tugas menghalang Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, polis tidak boleh pancut gas pemedih mata ikut suka hati, tak boleh kejar penunjuk perasaan begitu saja. Ia kena tunggu perintah Allah dulu.

Apabila polis yang malaikat itu diperintah rukuk ia rukuk saja. Yang diperintah sujud, ia sujud saja. Tidak akan buat lain selagi tidak diperintahkan. Kalau polis manusia itu sudah jadi malaikat dan buat kerja seperti malaikat, orang yang melihatnya merasa pelik. Apabila buat macam itu orang akan kata ia orang gila. Tapi kalau malaikat yang buat begitu, ia tidak gila. Memang cara malaikat itu begitu.

Kalau polis itu sudah malaikat, siapa saja yang langgar peraturan, perintahnya mesti pukul atau tembak dengan meriam air. Maka ia tidak boleh dibantah, kerana yang melangar peraturan itu mesti buat begitu.

Tetapi manusia itu diberi peluang memikir. Ikut peraturan orang mencuri dipotong tangan. Tetapi ada orang mencuri yang diadukan kepada Sayidina Umar ditanya dulu oleh Sayidina Umar, mengapa dia mencuri.

Yang mencuri itu adalah jiran orang yang kena curi. Jawabnya, dia dan keluarganya lapar, kerana itulah dia mencuri makanan di rumah jirannya. Baginda bebaskan pencuri itu dan memberi amaran kepada jiran yang kena curi itu, kira dia tidak mengambil tahu hal jirannya, jika dia mencuri lagi dan apabila diadukan, bukan tangan pencuri itu dipotong tetapi tangan jiran itu yang dipotong.

Ada seorang perempuan mengaku dia berzina kepada Rasulullah s.a.w. Baginda tidak mempedulikan aduannya. Baginda tidak terus laksanakan hukum rejam. Baginda nasihatkan dia begitu dan begini.

Ertinya baginda menggunakan otak dan budi bicara. Setelah semua nasihat dipatuhinya dan wajar hukuman dilaksanakan baginda tidak laksanakan kerana datang wahyu memberitahu taubatnya diterima.

Nabi menimbangkan peraturan tidak dilaksanakan segera pertama kerana berhati-hati dan kedua kerana wanita itu datang untuk menuntut keadilan. Dia mahu dia diadili.

Tuntutan keadilan wajar didengar sekalipun ia nampak seperti melanggar peraturan. Tuntutan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah satu tuntutan dan rayuan bagi mendapatkan keadilan.

Sesudah berbagai rayuan dan cara dibuat tidak mendapat perhatian, maka timbul apa yang dipanggil Bersih 2.0. cara terakhir tuntutannya ialah dengan tunjuk perasaan besar-besaran.

Polis mengenakan peraturan tunjuk perasaan itu dikatakan melanggar undang-undang, maka ia haram. Siapa melanggar peraturan akan dikenakan tindakan serta risikonya.

Perintah itu dibuat oleh manusia. Dunia tidak mengharamkannya, cuma negeri seperti Malaysia saja yang melarangnya. Ulama berbeza pendapat. Ulama makan gaji bersetuju ia haram tetapi ulama yang tidak terikat dengan kerajaan mengiranya harus.

Kerajaan dan polis berhujah, apakah tunjuk perasaan itu saja caranya bagi menuntut keadilan itu? Mengapa tidak guna cara lain? Tetapi apakah mengharamkan tunjuk perasaan Bersih itu saja menyelesaikan isu tunjuk perasaan itu? Tidak adakah cara lain bagi menangani tunjuk perasaan itu selain dari menggerahkan polis bertindak keras?

Tunjuk perasaan itu banyak dilakukan di seluruh dunia bagi menyelesaikan tuntutan keadilan.

Malah ia pernah digunakan oleh Barisan Nasional pimpinan Hussein Onn-Mahathir Mohamad dan Ibrahim Ali untuk menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan menjelang pilihan raya negeri tahun 1978.

Tunjuk perasaan restu Hussein Onn-Mahathir tegang, panas dan provokasi. Tetapi kerjasama polis terhadap demonstrasi itu dapat mengawal keamanan dan ketenteraman. Tiada kejadian buruk berlaku.

Cara polis masa itu menghadapi demonstrasi itu sekali pun melanggar peraturan polis, tetapi polis bertindak sebagai cara manusia menangani perintah dan undang-undang. Polis mematuhi undang-undang dan perintah sama seperti malaikat mematahui perintah Allah.

Sesuai dengan sifat polis itu sebagai manusia, maka ia tidak bertindak seperti kejadian malaikat mematuhi perintah Allah. Kepatuhan malaikat mengikut perintah itu sama sejak kejadian mula kejadian malaikat itu. Ia tidak berubah dari masa ke semasa. Hingga selepas kiamat, malaikat yang menjaga neraka bertindak sama.

Manusia ada syariatnya daripada satu nabi ke satu nabi. Peraturan itu tiba ke peringkat yang sempurna dengan turunnya Rasulullah s.a.w. rahmat kepada alam dan dengan turunnya al-Quran serta pengumpulan sunnah, manusia diberi otak untuk mentafsir kitab Allah dan sunnah Nabi.

Dengan peraturan itulah polis mesti menjalankan peraturan mengikut keperluan manusia, bukan mengikut keperluan yang dilalui para malaikat. Kepatuhan malaikat kepada perintah Allah itu adalah mutlak, kepatuhan polis kepada perintah polis tidak mutlak seperti malaikat menjalankan perintahan Allah, tetapi mesti sesuai dengan keperluan manusia.

berubah kerana Allah!!! TAKBIR...!


perjuangan untuk berubah
Banyak orang yang mengeluh, sulitnya untuk mengubah orang lain. Tetapi tahukah wahai saudaraku, bahawa yang paling sulit sebenarnya adalah untuk mengubah diri sendiri. Bila diri sendiri sukar diubah, apatah lagi  mahu menuntut orang lain untuk berubah?
Masalahnya, ada juga orang yang sudah ingin berubah, tetapi keadaannya belum membenarkannya untuk berubah. Ada juga yang sudah mula untuk mengubah perangai  negatifnya, mengubah sifat buruknya, tetapi langsung tidak mendapat penghargaan dan perhatian dari orang terdekat dengannya. Akibatnya, dia merasa sia-sia berubah diri…
Ada juga yang berani  mencari perhatian dari sekitarnya, maksud hatinya mahu memberitahu pada dunia kalau dia sudah berubah. Tetapi cemuhan dan kata-kata  sinis yang dihadapinya. Ada yang akhirnya trauma untuk berubah kerana dikatakan hipokrit.
Kenapa kita harus mencemuh seseorang dahulunya  freehair, sekarang berubah memakai tudung?
Kenapa mahu disindir orang yang dahulunya tidak solat, sudah rajin mengunjungi rumah Allah?
kenapa?
Yang ingin saya sampaikan di sini adalah, kita harus “Menghargai” Perjuangan seseorang untuk mengubah dirinya, dengan memberikan kesempatan padanya untuk memperbaiki dirinya. Berikan sokongan moral, dan dorongan kepada mereka yang ingin memperbaiki diri, memperbaiki hubungan dengan Tuhan dan seterusnya ‘hubungan’ yang kurang harmoni menjadi hubungan yang jauh lebih mesra. Berikan kesempatan bagi mereka yang ingin menjalin kembali tali-tali persahabatan yang telah putus..
Mudah untuk mencari musuh, tetapi sulit untuk mencari sahabat; mudah mencari pasangan hidup baru, tetapi sukar mempertahankan pasangannya sendiri; mudah mencari cinta nafsu, tetapi sulit mencari cinta yang ikhlas; mudah menyalahkan orang lain, tetapi sukar melihat kesalahan sendiri; mudah untuk berpisah, mengapa sukar untuk ‘bersatu’ lagi?
Mudah memberi ‘label’ pada seseorang, tetapi mengapa sukar mencabut ‘label’ yang sudah diberikan?
Bila anda seorang pejuang, maka akan sangat mengerti erti sebuah pengorbanan. Bila anda adalah seorang yang senang berkorban, maka anda akan sangat mengerti erti menjadi ‘korban’ itu sendiri.  Apapun pengorbanan dan  perjuangan anda, semua itu tidak akan sia-sia… Dan ingatlah, bila orang-orang masih sukar menerima anda, dari sudut lain, pasti banyak yang menanti kebaikan anda.
Yang paling penting, Allah sentiasa menerima segala pengorbanan hambanya kearah kebaikan.
Itulah adalah sebaik – sebaiknya, berubah kerana Allah.
Bila  sahabat, pasangan anda yang lalu, tidak dapat kembali disisi lagi, jangan khuatir,  pasti masih banyak orang yang ingin menerima anda menjadi  sahabat, saudara, ataupun pasangan anda. Jangan menyerah… Tiada seorang pejuang yang mudah menyerah…
Semoga semua orang yang berhubungan dengan kita, akan dapat menghargai perjuangan kita  untuk melangkah ke arah yang lebih terang, baik, damai, dan tenang..  Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang.Tidak perlu dengar “apa kata orang” tetapi dengarlah “apa kata hati mu”
Tentunya,  mendengar dari  kata hati yang tidak akan ‘makan hati’…
sumber: akuislam.com

Isnin, 1 Ogos 2011

Ribut di PD


PORT DICKSON, 30 Julai -- Sebuah papan tanda tumbang dan menghempap sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengahari tadi.


Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap oleh beberapa batang pokok yang tumbang.


Musa Bulat, 68, menggaru kepala ketika melihat van yang di bawanya untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan anaknya Mohd Ibnu Sofian di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.

Dia yang datang bersama 11 lagi ahli keluarganya terpaksa menunggu adiknya yang akan datang dari kampong di Kampong Paya, Pulai, Johor untuk membawa mereka pulang kerana van yang mereka naiki itu rosak teruk.



Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap beberapa batang pokok yang tumbang.


Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.

Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap beberapa batang pokok yang tumbang.