Sabtu, 24 September 2011

Jodoh 3M


Salam sejahtera,
Berbual tentang jodoh dengan rakan sekerja. Ramai muda-mudi yang sudah berumahtangga, yang sedang dilamun cinta dan tidak kurang pula yang telah berpisah. Ramai yang kawin muda seawal 20-an, yang kahwin lewat selewat 40-an / 50-an dan tidak kurang pula yang tidak berkahwin. Apa masalah mereka? Kadang-kala kita tengok di alam realiti, mereka yang tidak berkemampuan namun mahu terus berumahtangga, sebaliknya yang berkemampuan tiada nilai disisi lelaki/wanita. Ada pula yang sudah berumatangga bermain kayu tiga. Banyak persoalan kepada situasi tersebut. Apa pun persoalannya, saya ingin Tips Mengenali Jodoh Menurut Islam.
Ramai sekali muda-mudi yang hidup dalam dilema tentang soal jodoh. Pasti ramai yang sudah mulai bosan untuk menjawab soalan dan ayat seperti "Bila lagi mahu kahwin?", "Takkan takde calon lagi", "Ke awak yang memilih sangat?" dan sebagainya.
Apa yang sebenarnya berlaku? Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT, cuma kita perlu tahu bagaimana cara mengenali jodoh dalam islam. Tips ini berguna bagi anda yang sedang mencari jodoh. Mari saya terangkan bagaimana.
Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh MemahamiMemaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut: Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita. Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga. Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.
Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam  iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.
Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyenataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:
1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.
Ingin saya kongsikan 2 jenis Do'a:
Do'a Mencari Jodoh
Jika anda mengalami keadaan putus cinta, Insya Allah amalkan Do'a kedua ini:
Do'a Putus Cinta
Saya hanya berkongsi tips ini untuk kebaikan bersama. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang lemah itu datang dari saya. Hakikatnya datang dari Allah jua. Saya akan bertemu para pembaca lagi untuk ulasan lanjut tentang jodoh. Insya Allah.

KPLIsr


SAYA ialah bekas pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLIsr) sepenuh masa Ambilan Jun 2010 yang menamatkan pengajian pada akhir Mei 2011. Saya mewakili semua warga KPLIsr sehingga sekarang masih belum menerima apa-apa berita mengenai penempatan KPLI.


Sudah banyak kali panggilan telefon dibuat kepada pihak berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Putrajaya, namun berbagai tarikh dan alasan yang diberikan.  

Harapan cuma jadi harapan kerana kami masih belum menerima apa-apa surat atau berita selama empat bulan ini.

Sekurang-kurangnya kami ingin satu tarikh yang pasti dan berita kerana ramai di kalangan kami yang mempunyai tanggungan dan beban hutang.
Terdapat juga beberapa kawan saya yang berhasrat melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini terpaksa menangguh dulu niat baik itu. Justeru, kami perlu mencari pekerjaan lain sekiranya penempatan kami lambat.  
Di samping itu, apa yang menghairankan kami selalunya pelajar KPLI yang memiliki diploma pendidikan ini hanya akan menunggu selama tiga bulan kemudian akan ditempatkan untuk bertugas di semua sekolah rendah di seluruh Malaysia.  

Ini kerana pelajar KPLIsr diambil berdasarkan peruntukkan guru yang diperlukan oleh kerajaan dan akan lebih diutamakan berbanding pelajar jurusan pendidikan lain.  

Bagaimanapun, selepas isu GSTT tempoh hari dan berjaya diselesaikan oleh KPM, kami pula yang menjadi mangsa lambat ditempatkan.  
Semoga pihak KPM dan menteri yang berkenaan dapat memberi jawapan yang sewajarnya akan nasib kami ini. Kami mohon supaya kami dapat penempatan segera.  

Pelajar menanti penempatan KPLI,

BAKAL GURU,
Johor.
22 Sep 2011
 

TIGA PEGAWAI SPRM SAMUN KLIA DILUCUT TUGAS

Rabu September 21, 2011  


KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan kes samun ke atas seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dikecualikan dan dilucutkan daripada sebarang tugasan siasatan. 
Ketiga-tiga mereka dilucutkan daripada sebarang tugasan sementara menunggu hasil siasatan polis, menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan di sini, Selasa. SPRM berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan hari ini yang mendakwa tiga pegawai kanan tertinggi SPRM ditahan polis Selangor kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas seorang pengurup wang di KLIA pada 15 Sept lepas. 
Menurut suruhanjaya itu, pihaknya sedang membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan yang dijalankan berkaitan kes berkenaan. "Memandangkan siasatan ini adalah di bawah bidang tugas pihak polis, SPRM berkeyakinan dan percaya bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus mengenai dakwaan tersebut," menurut suruhanjaya itu.

MACC MEN HELD OVER ROBBERY
Rabu September 21, 2011  
KUALA LUMPUR: Three Malaysian Anti-Corruption Commission officers (MACC), including an assistant commissioner have been arrested for allegedly robbing a money changer of US$300,000 (RM900,000) inside the satellite building at KL International Airport (KLIA). 
The three, said to be attached to the Putrajaya special operations division, were arrested on Tuesday by Sepang police following a report lodged by the money changer that he was robbed by them on Sept 15. In a statement, MACC confirmed the arrests, saying that the three had been suspended and stripped of their investigation powers. 
Sources familiar with the investigations said the three went to KLIA to investigate alleged money laundering by several money changers involving millions of ringgit. They said the MACC officers spotted one of the money changers and approached him before asking him to open his bag containing hundreds of thousands of ringgit in foreign currency. 
They were alleged to have taken part of the money before allowing the money changer to board his flight to Singapore. Sources said all three were picked up by police and identified by the money changer during a parade. 
They said that police had obtained a recording of the alleged incident. It is not immediately known if any money was recovered from the three who have since been remanded to facilitate investigations. 

KELUHAN PELAJAR MATRIK

20 September 2011

KEPUTUSAN rayuan untuk kemasukan ke IPTA telah pun selesai diumumkan pada 16 September 2011 yang lalu. Seperti yang saya jangkakan dan terbukti apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi masih melagukan rentak lama dan skrip yang standard tentang kegagalan pelajar Matrikulasi mendapat tempat ke IPTA.

* Pelajar bersalah kerana tidak pandai pilih kursus dan hanya pilih kursus-kursus popular yang tempatnya terhad;

* Pemilihan adalah berdasarkan merit akademik dan kokurikulum;

* Nisbah pelajar wanita yang melebihi lelaki, maka harus diseimbangkan.

Namun begitu, persoalan saya seperti yang tersiar di ruangan ini pada bulan Julai lalu masih belum dijawab kementerian:

* Jika sekiranya pelajar-pelajar tidak pandai memilih kursus ikut kelayakan, kenapa pihak kementerian yang sedia arif itu tidak menawarkan kursus yang mereka layak mengikut budi bicara kementerian? Harus diingat, ketika permohonan awal dahulu, pelajar yang memilih "YA" untuk ditawarkan kursus selain pilihannya tetap tidak menerima tawaran dan disuruh membuat rayuan.

Ketika membuat rayuan pula, kementerian meletakkan penafian (disclaimer) yang pihak kementerian berhak menawarkan kursus selain yang dipohon pelajar.

* Apakah sebenarnya kelayakan masuk universiti benar-benar bersandarkan merit kerana pelajar aktif pun tidak mendapat tempat? Kalau bersandarkan merit, anak saudara saya ialah Presiden Kelab Kembara di Pusat Matrikulasi beliau dan aktif dalam pementasan drama selain mempunyai CGPA 3.09. Tinggi sungguhlah merit diletakkan kalau aktif sebegini pun masih dikira belum cukup layak.

* Ke mana hala tuju pelajar-pelajar Matrikulasi yang terpinggir ini? Adakah kementerian akan membantu mendapatkan tempat di IPTS sebagai alternatif? Saya tidak kisah kalau pelajar tersebut gagal (sememangnya tidak layak) malah jauh sekali mendapat keputusan sekadar 'cukup makan', tetapi pelajar-pelajar terpinggir ini ialah pelajar-pelajar cemerlang dan bertungkus lumus selama dua semester di Pusat Matrikulasi.

* Cuba kita lihat pengambilan Matrikulasi yang sebegitu banyak untuk tahun ini. Apa gunanya kementerian begitu ghairah mengambil ramai pelajar Matrikulasi sekiranya selepas tamat pengajian, tempat mereka di universiti tidak terjamin? Adalah lebih baik mereka ini menerima tawaran Diploma sekiranya mereka tahu kesudahan mereka adalah sebegini.

* Merujuk kepada nisbah pelajar lelaki dan wanita yang tidak seimbang. Ini bukan maklumat baru kerana kementerian sudah pun tahu semasa kemasukan pelajar-pelajar ke Matrikulasi mengenai berapakah jumlah pelajar wanita berbanding lelaki. Bukankah sesuatu yang tidak adil sekiranya ada di antara pelajar-pelajar perempuan Matrikulasi yang tidak mendapat tempat hanya kerana hendak diseimbangkan nisbah ini?

* Kerajaan telah membelanjakan duit yang banyak membina Pusat Matrikulasi di seluruh negara, malah memberi pembiayaan penuh kepada pelajar-pelajarnya sepanjang mereka menuntut ilmu di sana. Bukankah satu pembaziran jika mereka ini dipinggirkan di hujung jalan?

Sememangnya kementerian cuba berlaku adil dengan memberi peluang para lepasan STPM dan Diploma yang turut bertungkus lumus belajar untuk mendapat tempat di universiti.

Namun demikian, jangan dinafikan hak pelajar-pelajar Matrikulasi ini kerana beradanya mereka di Matrikulasi ialah sebagai habuan atas usaha keras mereka semasa di peringkat SPM dulu.

Jika melihat dari sudut lain pula, siapakan lebih teraniaya antara ketiga-tiga golongan ini sekiranya tidak mendapat tempat ke universiti? Para pelajar diploma sudah boleh selesa menjawat jawatan pegawai dengan diploma yang disandang. Pelajar-pelajar STPM sudah semestinya lebih bernasib baik berbanding pelajar-pelajar Matrikulasi yang terpaksa mencari kerja hanya berbekalkan sijil SPM.

Sekiranya hendak berbicara tentang prinsip adil pula, saya cadangkan tutuplah sahaja Pusat Matrikulasi dan biarkan semua pelajar bersaingan melalui STPM. Janganlah menganiaya pelajar-pelajar ini dengan membiarkan mereka menghabiskan dua semester untuk belajar tanpa mendapat apa-apa pulangan selain kerugian masa dan duit kerajaan.

PEDANG BERTUAH
Kuala Lumpur

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

La tahzan

ALLAH `Azza wa Jalla adalah pencipta kita dan DIA adalah pencipta segalanya.  DIA mengetahui yang zahir dan yang batin.  DIA mengetahui apa yang terkandung di dalam hati lemah kita.  Dan DIA tidak pernah membiarkan kita terkontang-kanting tanpa panduan dan cara menyelesaikannya.

Di dalam al-Quran yang mulia, ALLAH telah menyediakan semua jawapan terhadap persoalan manusia.  Tinggal kita sahaja, samada sombong atau tidak, samada mahu mengkaji atau tidak, untuk mendapat manfaat yang besar dari kata-kata ALLAH Jalla wa A`la di dalam kitab yang mulia tersebut.

Berikut adalah sebahagian dari jawapan-jawapan ALLAH Subhanahu wa Ta`ala terhadap bisikan-bisikan yang selalu singgah ke dalam hati manusia yang sedang berdukacita ketika berhadapan dengan situasi sukar masing-masing.  Semoga dengan mengetahuinya, hati kita bisa menjadi tenang, insyaALLAH.
1.
Tatkala hati kita berdukacita bertanya ke dalam diri“Kenapalah aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?”, sebenarnya ALLAH `Azza wa Jalla telah pun memberitahu kepada kita bahawa belum tentu apa yang kita idam-idamkan itu baik buat diri kita.  ALLAH berfirman:
وَعَسىٰ أَن تَكرَهوا شَيـًٔا وَهُوَ خَيرٌ لَكُم ۖوَعَسىٰ أَن تُحِبّوا شَيـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَكُم ۗ وَاللَّهُ يَعلَمُ وَأَنتُم لا تَعلَمونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”  (Surah al-Baqarah, 2:216)
2.
Tatkala hati kita merungut terhadap ujian yang berat lalu berbisik “Kenapa ujian terhadapku seberat ini???”, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman di dalam al-Quran bahawa DIA tahu tahap kesanggupan dan upaya hamba-hambaNYA:
لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها ۚ لَها ما كَسَبَت وَعَلَيها مَا اكتَسَبَت
“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, 2:286)
3.
Apabila insan rasa terhimpit dan dilanda kekecewaan yang teramat sangat dek ujian yang melanda, lalu menjerti di dalam hatinya “Bagaimana aku tidak kecewa???, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman memberikan motivasi buat hati:
وَلا تَهِنوا وَلا تَحزَنوا وَأَنتُمُ الأَعلَونَ إِن كُنتُم مُؤمِنينَ
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu org yang beriman.” (Surah ali `Imran, 3:139)
4.
Sedang kita berhadapan dilema menghadapi situasi sukar lalu hati kita berbisik kebingungan“Bagaimana harus aku berhadapan dengan semua ini???”, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman memberikan panduan:
وَاستَعينوا بِالصَّبرِ وَالصَّلوٰةِ ۚ وَإِنَّها لَكَبيرَةٌ إِلّا عَلَى الخٰشِعينَ
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, 2:45)
5.
Tatkala manusia tertanya-tanya “Apa yang aku dapat daripada semua ini???” jika bersabar dan redha dengan ketentuan taqdirALLAH `Azza wa Jalla telah pun menjawab dengan firmanNYA:
إِنَّ اللَّهَ اشتَرىٰ مِنَ المُؤمِنينَ أَنفُسَهُم وَأَموٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri, harta mereka, dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, 9:111)

6.
Apabila kita rasa berseorangan dan tidak larat menghadapi ujian lalu hati kita berbisik “Pada siapalah hendak aku minta pertolongan???”.  Ketahuilah bahawa ALLAH `Azza wa Jalla lah tempat kita menumpukan usaha memohon pertolongan.  ALLAH telah pun berfirman:
فَقُل حَسبِىَ اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۖ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ العَرشِ العَظيمِ
“Maka katakanlah:  ”Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-NYA. Hanya kepadaNYA aku bertawakkal.”" (Surah at-Taubah, 9:129)
Maha Suci ALLAH, Segala Pujian BagiNYA yang sentiasa bersifat kasih dan sayang terhadap kita.  Kesemua jawapan-jawapan ini yang diperolehi dari kata-kata ALLAH di dalam al-Quran yang mulia bisa memberikan ketenangan dan kekuatan dalaman buat insan yang membaca dan memahanimya.  Ia menjadi bekalan buat diri dalam menempuhi jalan kehidupan yang panjang dan sementara ini.  Cukuplah ALLAH sebagai penolong dan tempat diserah segala urusan…
Wahai yang sedang berdukacita, tidak usahlah berdukacita kerana ALLAH sentiasa bersamamu dan menolongmu, jika dirimu bersabar.