Khamis, 29 Disember 2011

lelaki jadi bodoh


Prestasi pelajar lelaki di sekolah2 baik pun di peringkat universiti semakin menurun, pelajar2 perempuan semakin menyerlah dan malah bilangan mereka melebihi pelajar2 lelaki. Jika dirujuk pada statistik di laman web kementerian pendidikan, kita dapat melihat perbezaan yg ketara antara lelaki dan wanita.
Itu dari segi pendidikan, bagaimana pula dari segi sikap, tingkah laku dan perangai kaum yg dinamakan lelaki masa kini? Ramai wanita yang masih tidak berkahwin lagi kerana alasannya susah nak berjumpa dengan lelaki yg baik. Remaja2 lelaki makin liar, baik yg masih bersekolah hinggalah yg sudah tamat persekolahan, dapat dilihat dari kes pukul cikgu hinggalah kepada kes merempit.

Bagi yg bergelar suami dan ayah pula, ramai wanita2 yg mengeluh dan mengatakan bahawa suami mereka makin kurang bertanggungjawab. Dari hal membantu menjaga anak hinggalah kepada urusan kewangan keluarga, wanita terpaksa berusaha lebih untuk membantu suami yg seolah2 lebih pentingkan diri sendiri, masih mencari hiburan diluar rumah dan tidak menghiraukan masaalah2 rumahtangga yg sering dilepaskan kepada pihak isteri.

Mengapakan lelaki seolah2 semakin bodoh, semakin tidak boleh melihat kesan tindakan yg diambil sekarang terhadap masa depan? Mungkinkah sesuatu telah berlaku didalam otak2 lelaki zaman sekarang yg menyebabkan mereka menjadi sedemikian? Manusia moden memandang remeh perintah Allah kerana tidak boleh nampak kesan dari perbuatan mereka itu, akan tetapi sains sedikit demi seikit memberikan jawapannya, apa yg diperintahkan Allah itu teramat besar hikmahnya untuk kebaikan manusia itu sendiri.

Islam tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, secara umumnya untuk mengelakkan zina kerana pergaulan bebas ini adalah benih2 zina dan Nabi amat melarang sekali menghampiri zina. Apa yg memeranjatkan, mengikut kajian pakar psikologi dari Radboud University di Belanda (1), pergaulan antara lelaki dan perempuan membuatkan fungsi kognitif lelaki (keupayaan untuk memahami/belajar) buat sementara menjadi berkurangan. Walaupun dikatakan "sementara" jika pergaulan itu berpanjangan maka keupayaan untuk memahami sesuatu itu semakin lama semakin ketara. Melihat pada suasana pergaulan lelaki dan perempuan didalam masyarakat kita bermula seawal dari zaman persekolahan sekolah, maka tidak hairan lah mengapa wanita menguasai lelaki dibidang pembelajaran. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh.

Kajian sekumpulan pakar dari McMaster Universiti di Kanada (2) pula mendapati, apabila lelaki melihat perempuan yg cantik/menarik atau apa yg mereka kategori sebagai "hot", keupayaan lelaki untuk membuat pilihan bijak untuk kebaikan masa depan semakin berkurang (discount the future). Lelaki akan memilih ganjaran masa kini berbanding ganjaran masa depan yg lebih besar. Ini memberi kesan yg amat besar kepada corak pemikiran lelaki, baik dari motivasi untuk belajar bersungguh2 di sekolah/universiti, pekerja yg berdedikasi, suami yg bertanggungjawab hinggalah menjadi ayah yg baik supaya anak2 menjadi manusia hebat.

Lihatlah pada kebanyakan lelaki zaman ini, lelaki lebih memilih nikmat dunia berbanding nikmat akhirat, lelaki lebih kreatif mencipta berbagai2 jenis taktik untuk mengaut keuntungan wang dan harta tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat dan persekitaran, dari judi yg di legalkan (pasaran saham dan forex), MLM hinggalah ke skim cepat kaya internet. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap keluarga terutama isteri dan anak2. Tidak mampu lagi melihat janji2 Allah terhadap hambaNya yg berbuat kebaikan dan beramal soleh dan meninggalkan yg keji dan haram. Sebab itu ada yg berkata, ala muda lagi, bila tua nanti bertaubat la.

Ucapan jutaan terimakasih kepada wanita2 yg semakin hari semakin mementingkan kecantikan, bersolek, berhias sakan untuk menarik perhatian lelaki hingga ada yg selekeh didepan suami tetapi bila keluar rumah bukan main hebat lagi. Terimakasih kepada NGO2 wanita yg mempertahankan hak2 feminism berpakaian bebas dan menyuruh lelaki menahan nafsu. Terimakasih juga kepada media2 TV, filem, majalah dan juga media2 iklan yg menggunakan wanita dalam hampir semua iklan2 mereka walaupun tiada kena mengena langsung wanita dan produk berkenaan. Terimakasih juga kepada lelaki2 yg membiarkan tubuh badan isteri mereka di"ratah" dengan mata oleh lelaki2 yg lain. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh dan tidak bertanggungjawab.

Jelaslah perintah Allah bagi wanita2 untuk menutup aurat untuk kebaikan manusia itu sendiri, begitu juga dengan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Sistem pendidikan kita diasaskan oleh British, dengan para2 menteri yg rata2nya mendapat pendidikan barat, budaya untuk bercampur gaul bebas lelaki dan wanita itu dianggap cara terbaik era moden, baik disekolah mahupun ditempat kerja. Penyokong feminism pula sibuk memperjuangkan hak berpakaian dan meminta lelaki menjaga nafsu (nafsu mereka untuk berpakaian bebas tak perlu dijaga). Sudah terbukti secara saintifiknya yg perbuatan mereka itu (tanpa sedar) memberi kesan terhadap kemampuan lelaki berfikir.

Perbuatan mereka mendedahkan aurat itu sebenarnya menindas atau menganiaya insan2 lain yg bernama lelaki, menindas wanita2 lain dan juga anak2 mereka, lepas itu merungut susah nak cari lelaki yg pandai, baik dan bertanggungjawab. Sebab itu Allah jelaskan kerosakan dimuka bumi itu adalah hasil tindakan manusia itu sendiri (Ar Rum 30:41). Jadi masaalah lelaki yg semakin hari semakin merudum akalnya ini perbuatan siapa jika bukan perbuatan kaum perempuan2 sendiri?

Tak perlulah saya kemukakan pelbagai ayat2 Al Quran untuk memberitahu kepada wanita2 akan kewajipan menutup aurat, sudah berjuta2 kali di sebut baik oleh ustaz/ustazah, buku2 agama hinggalah kemajalah2, malah ada lagi kertas saintifik yg saya jumpai dan boleh kaitkan. Akan tetapi mengapa wanita2 (di"back-up" oleh lelaki) nampaknya buat tak endah sahaja akan bab menutup aurat ini?

Jawapannya adalah kerana manusia didalam kehidupan dikawal oleh minda separuh sedar, umpama memandu kereta, hanya perlu tumpukan perhatian pada mula2 belajar memandu, selepas itu menjadi automatik. Begitu juga dgn nilai2 kehidupan, anak dibesarkan dengan TV dan filem yg merupakan alat hypnosis terhebat. Minda anak yg masih kecil ini melihat dan menyimpan berjuta2 maklumat didlm minda separuh sedar mereka dan apabila dewasa, data ini akan keluar apabila dia membuat pilihan. Tutup aurat atau dedah? Jika Hanna Montana jadi idola atau kakak2 AF yg rata2 "amat sopan", maka itu yg menjadi ikutan apabila dewasa kelak.

Saya sedang mendalami ilmu hypnosis, membaca buku2 mengenainya dan juga menghadiri seminar hypnosis, apabila saya bandingkan dengan penggunaan TV, ia mempunyai banyak persamaan. Masyarakat akan mengikuti fesyen2 semasa dari TV kerana mereka dalam keadaan "trance" atau terpukau apabila duduk relaks dan khusyuk menonton. Apa yg dipersembahkan itu juga yg akan masuk keminda separuh sedar dan akan menjadi "pedoman" contohnya apabila wanita memilih pakaian.

"WE CANNOT SOLVE OUR PROBLEM WITH THE SAME THINKING WE USED WHEN WE CREATED THEM"ALBERT EINSTEIN

Masaalah masyarakat yg dialami sekarang ini tidak boleh diperbaiki dengan menggunakan cara pemikiran yg sama. Kita tidak boleh menganggap apa yg terjadi dipersekitaran dan masyarakat tiada kena mengena dengan diri kita. Kita semua berkait melalui suatu ruang tenaga yg tidak kelihatan (quantum entanglement), cara pemikiran kita mempengaruhi dunia. Masanya sudah tiba untuk kembali kepangkal jalan, buangkan keegoan diri baik dari segi pangkat, kuasa mahupun tahap pendidikan dan kembali kepada Al Quran dan hadis sebagai landasan.

Jika kita hidup bersendirian, kita bebas melakukan apa sahaja, nak berbogel pun tak mengapa, akan tetap apabila hidup bermasyarakat, ada batas2 yg perlu di jaga untuk kesejahteraan masyarakat itu sendiri. Siapa yg lebih mengetahui batas2an tersebut jika bukan Allah yg mencipta seluruh alam termasuklah manusia itu sendiri? Ini bukan sahaja dalam bab berpakaian, begitu juga dengan pergaulan bebas, zina, pengurusan harta, "RIBA" dan lain2 lagi.

Harap feminism2 yg masih cuba menegakkan benang yg basah agar bermuhasabah diri dan memikirkan sedalam2nya akan setiap perintah dan larangan Allah tersebut, kecualilah jika frontal lobe sudah terlalu lemah dan tidak mampu lagi berfikir dan mengaitkannya dengan kehidupan bermasyarakat, tidak mampu melihat kesan masa depan akibat tindakan sekarang. Lebih mementingkan diri sendiri dari kebajikan orang lain.
Akan tetapi adakah wanita sahaja yg patut dipersalahkan? Dalam hal ini pemimpin sebenarnya (kebanyakannya LELAKI) yg akan dipertanggungjawabkan oleh Allah nanti kerana membiarkan masyarakat rosak akibat tidak mengikut apa yg diperintahkan. Pemimpin sekarang majoritinya memimpin untuk wang, kuasa dan pangkat dan bukan kerana Allah.

Rezeki dari Allah

Saya sering membeli buku secara online dan menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat kurier yang memberi perkhidmatan yang mana bayaran untuk penghantaran tersebut dijelaskan semasa barang diterima. Seringkali wang lebihan bayaran saya hadiahkan sahaja kepada budak kurier, contohnya apabila bayarannya berjumlah 69, saya berikan 70 dirham maka dapatlah dia 1 dirham, adakala bayarannya 135, saya berikan wang 100 dan 50 maka lebihan 15 dirham dapatlah untuk dirinya.

Setelah beberapa bulan saya tidak membeli buku baru, kelmarin saya menerima tempahan yang saya buat beberapa hari sebelumnya. Seperti biasa budak kurier yang sama melakukan penghantaran kerumah, akan tetapi kali ini berlaku kejadian yang mana membuatkan saya menulis artikel ini untuk dikongsi dengan rakan-rakan sekalian.

sumber:  http://syurgadidunia.blogspot.com 


Budak kurier: Assalamualaikum Encik, ini pesanan untuk encik dan kosnya 120 dirham.

Saya membuka dompet dan mendapati ada sekeping wang 20 dirham dan selebihnya beberapa keping wang kertas 100 dirham, terdetik didalam hati saya, "alamak tiada pulak lebihan nak bagi kat dia ni, tak mengapalah, lain kali". 

Saya: Waalaikumsalam, ini wangnya 120, terimakasih ya.

BK: Sila tandatangan disini, errr... tiada tip ke untuk saya hari ini?

Saya tersentak seketika kerana lebihan wang yang sebelum ini kerapkali saya sedekahkan kepadanya seolah-olah dianggap sebagai suatu kemestian.

Saya: Mengapa saya mesti beri tip kepada kamu? Bukankah kamu sudah diberi gaji?

BK: Errr... tak mengapalah, terimakasih, saya pergi dulu.

Saya: Saudara... rezeki sebenar datangnya dari Allah SW dan bukan dari manusia lain, manusia lain itu hanyalah sebagai perantaraan sahaja. 

BK: Baiklah encik, saya pergi dulu, banyak lagi kurier yang perlu saya hantar. 

Budak kurier itu terus berlalu walaupun ada lagi yang ingin saya sampaikan kepadanya. Mungkin terkejut agaknya dengan "kuliah" saya dan membuat keputusan untuk berlalu dengan segera. Apakah sebenarnya yang saya maksudkan rezeki sebenarnya datang dari Allah SW dan manusia lain itu hanyalah sebagai perantaraannya sahaja?

1. Bayaran untuk kos penghantaran tersebut bergantung kepada jumlah berat buku yang saya tempah secara online itu, saya tidak tahu berapa berat buku yang ditempah, maka kos penghantaran tersebut selalunya hanya diketahui semasa pesanan tersebut tiba. 

2. Saya tidak tahu dominasi duit kertas apa yang akan tinggal didalam dompet saya sebelum budak kurier itu sampai. Mungkin saya ada wang kecil dan mungkin tidak. Dalam kejadian diatas, agak tidak arif untuk "bersedekah" 80 dirham (dengan memberi kepadanya 2 keping wang 100 dirham) kepada seseorang yang punyai pekerjaan tetap. Bagi saya lebih baik saya sedekahkan kepada mereka yang fakir miskin. 

Siapa yang sebenarnya yang mampu menentukan 2 faktor diatas yang mana akan menjamin yang budak kurier tersebut dapat rezeki lebih pada masa tersebut? Tidak lain tidak bukan hanyalah Allah SW. Dia (Allah SW) jualah yang menentukan jumlah berat buku yang saya tempah yang mana ianya diluar kawalan saya dan begitu jugalah dengan wang kecil yang akan tersimpan didalam dompet saya. Jika pagi tersebut saya terfikir ingin membeli sarapan diluar, maka jumlah wang tentu akan berbeza jika saya memilih untuk masak sendiri sarapan dirumah.

Pada pendapat saya jika budak kurier tersebut melakukan kerjanya dengan ikhlas, bersyukur kepada Allah dengan gaji yang sudah terjamin akan diterimanya setiap akhir bulan, rezeki lebih insyaallah akan diberikan oleh Allah SW (kerana takwa). Jika kita ingat rezeki datangnya dari insan lain yang mana dalam kejadian diatas, budak kurier tersebut tanpa segan silu meminta dari saya seolah-olah ianya satu kemestian, syarat atau undang-undang, beliau hanya membuatkan rezekinya bertambah sempit, contohnya saya menjadi tawar hati untuk menghadiahkan kepadanya lebihan wang pada penghantaran yang akan datang.

Budak kurier tersebut tidak punyai kuasa untuk memastikan saya senantiasa memberinya "tip", akan tetapi bagaimana pula dengan manusia yang mengambil "tip" secara paksa dari insan lain hanya kerana mereka punyai sistem atau kuasa untuk melakukannya?, contohnya;

1. Apa? kamu berminat nak beli barang ni? tak mengapa, disebabkan kamu tak mampu nak beli secara tunai, aku belikan untuk kamu dan aku beri kamu masa untuk membayarnya tetapi aku jual kepada kamu  berganda dari harga asal, tetapi jika kamu tidak mampu bayar, harta kamu akan dirampas dan akan dilelong (macam biasa dengar je cerita ni...). Ini untuk memastikan kebajikan pemegang saham kami, kebajikan kamu kami tak peduli. Risiko hanya kepada kamu, risiko kami tiada atau kami minimumkan.
2. Apa, nak aku tauliahkan projek ini kepada kamu? tak mengapa, pastikan 10% dari jumlah kontrak itu nanti masuk ke akaun aku ya. Aku yang punya kuasa untuk meluluskan suatu projek ini, tak setuju  ramai lagi kontraktor yang sedang menunggu. 

Allah SW menghalalkan perniagaan, mengharamkan riba', penipuan dan penindasan kerana apa? Kerana melalui riba', penipuan dan penindasan, manusia menutup pintu risiko, yang mana melalui risiko itulah Allah SW akan membuatkan sesetengah insan akan untung dan sesetengah insan lain akan rugi dan dari situ nanti kekayaan akan tersebar secara adil sesama manusia. Rezeki yang halal bukannya datang dari "sistem perniagaan" yang meminjam wang (berselindung disebalik jual beli) dan dengan peminjam yang di"pukau" bahawa sistem mereka itu halal, terpaksa membayar balik pinjaman yang diberikan berganda dari jumlah asal. Dan jika perniagaan tersebut tidak punyai risiko, (peminjam gagal bayar, harta akan dilelong) maka itu bukan perniagaan akan tetapi penindasan.

Apabila manusia dengan bongkaknya menyalah gunakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka dengan memastikan rezeki lebih mereka didalam genggaman mereka sendiri, mereka menolak Allah SW sebagai pemberi rezeki dan menganggap kuasa ditangan mereka itulah pemberi rezeki. Tiada risiko bagi mereka kerana mereka sentiasa untung dan yang rugi hanyalah rakyat jelata yang menjadi "keldai" bekerja keras membayar cukai yang mana disebabkan kuasa mereka itu, duit rakyat akan masuk ke kocek mereka. Sebab itulah mereka yang korup senantiasa mahu kekal berkuasa dan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka kekal berkuasa baik dari kawalan media, undi hantu, undi pos, politik wang dan sebagainya. 

Apabila rezeki ditentukan oleh sistem dan kuasa, maka berlakulah ketidak adilan dan pelbagai masaalah sosial akan timbul. Manusia tidak lahir sebagai pencuri, persekitaran yang membentuk manusia tersebut menjadi pencuri dan manusia kebanyakan tanpa menyedarinya secara tidak langsung membantu melahirkan generasi pencuri tersebut, bagaimana? mereka menjadi penyokong kepada sistem atau kuasa yang menyebabkan ketidak-adilan penyebaran rezeki itu semakin berleluasa. Buka mata dan lihatlah keadaan sekeliling, dari rumah yang dahulunya tingkap dua bilah yang boleh dibuka begitu sahaja semasa tidur dimalam hari, bertukar kepada tingkap bergril dan yang terbaru pula warga nepal atau bangla menjadi jaga mengawal kawasan perumahan. Mengapa ini terjadi? Tiada yang percuma didunia ini dan ini lah harga yang terpaksa kita bayar apabila ekonomi tidak lagi manusia serahkan kepada Allah SW untuk menentukannya, sebaliknya melalui kuasa dan sistem ciptaan manusia itu sendiri.

Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah rezeki yang sebenar datangnya dari Allah SW, pekerjaan yang kita lakukan hanyalah sebagai mekanisma untuk rezeki tersebut sampai kepada kita. Hanya pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas, memberi nilai, memberi kebaikan kepada insan lain sahajalah yang boleh dianggap rezeki yang halal, bukan dari sistem atau kuasa yang menindas insan lain. Bekerjalah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, Allah SW itu tahu apa yang tersimpan dihati dan akan senantiasa memberi kelimpahan rezeki kepada mereka yang benar-benar bertakwa. Banyak faktor yang mempengaruhi bagaimana rezeki akansampai atau pergi dari kita dan siapalah kita manusia yang kerdil ini yang mampu mengawalnya. Serahkan kepada Allah SW, nescaya akan perolehi ketenangan hidup didunia dan kegembiraan sejati diakhirat kelak, insyaallah.

Polisi satu anak

sumber :  http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm






WU WEIPING, yang hamil tujuh bulan keluar pada awal pagi membawa beg galas yang diisi beberapa helai pakaian, komputer riba dan pisau. "Nasib saya sangat baik, jika tidak pasti saya ditangkap," kata Weiping, 35, yang ketakutan. Jika ditangkap, pegawai-pegawai perancang keluarga akan mengheretnya ke hospital untuk melakukan pengguguran secara paksaan.
"Saya akan berjuang sampai mati jika mereka menangkap saya." Selepas melarikan diri, Weiping menyertai komuniti ibu bapa yang ingkar mematuhi polisi di China yang menetapkan hanya seorang anak sahaja dibenarkan bagi setiap pasangan. Kepada yang ingkar, mereka bakal berdepan dengan risiko hilang pekerjaan, wang simpanan dan keselamatan.
Walaupun bilangan agak kecil, mereka mewakili pencetus idea mengubah hak-hak individu. Sungguhpun penentangan itu dilihat lebih cenderung berlaku dalam kalangan keluarga di luar bandar yang kabur terhadap peraturan tersebut, kini ramai ibu bapa dari kawasan bandar seperti Weiping juga terlibat.
Weiping tampil dengan alasan bahawa kerajaan tidak mempunyai hak untuk menetapkan bilangan anak-anak yang boleh mereka miliki.
Menggunakan ruang sembang siber internet dan blog, ramai ibu bapa menyiarkan tuntutan-tuntutan mereka bagi perancangan dasar keluarga yang lebih liberal dan berharap orang lain akan mengikut jejak langkah tersebut. Malah, beberapa ibu bapa yang berjaya menyelitkan cerita-cerita mereka ke dalam media yang dikawal ketat, menandakan perspektif mereka telah mula dinilai oleh orang ramai.
Selepas mendapat tahu isterinya bakal melahirkan anak kedua, Liu Lianwen menubuhkan forum perbincangan dalam talian yang dipanggil Kelahiran Percuma. Ia bertujuan untuk menukar maklumat tentang dasar satu anak dan cara-cara untuk berdepan dengannya.
Dalam masa kurang daripada enam bulan, ia telah menarik hampir 200 ahli. "Kami idealis," kata jurutera berusia 37 tahun dari pusat bandar China itu. Anak sulung perempuannya dilahirkan pada 18 Oktober lalu. "Kami mahu mengubah sikap orang ramai di sekeliling kita dengan mengubah diri kita sendiri."
Kesan kebebasan kawalan sosial yang dilaksanakan semasa era doktrin di bawah pemerintahan Komunis, rakyat China diberi kebebasan memilih tempat tinggal, pekerjaan dan status perkahwinan. Bagaimanapun, negara itu menetapkan satu undang-undang iaitu rakyatnya dibenarkan memiliki seorang anak sahaja.

WEIPING antara ibu di China yang sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan kelahiran anak keduanya. Wang Yile, 4 (kiri) dan anak lelaki Weiping, Wu Yixiao, 2, di kediaman mereka di Zhuji, wilayah Zhejiang.


Jika ingkar, mereka akan dikenakan hukuman yang berat seperti dicabul status dan tekanan ekonomi.
Tidak dirancang
Adalah sesuatu yang mustahil untuk mengetahui jumlah kanak-kanak yang dilahirkan sebagai anak kedua di negara tersebut. Bagaimanapun, Pengarah Sekolah Renmin, Universiti Sosiologi dan Penduduk di Beijing, Zhai Zhenwu meng anggarkan kurang daripada satu peratus bayi yang dilahirkan daripada 16 juta kelahiran setiap tahun adalah kelahiran yang tidak dirancang.
Liu berpendapat, warga negaranya itu telah dipengaruhi. "Mereka semua merasa selamat dari segi kekayaan apabila memiliki sebuah keluarga yang kecil," katanya. "Namun, propaganda perancangan keluarga selama tiga dekad itu akhirnya telah mengubah cara majoriti ibu bapa di China berfikir tentang melahirkan anak kedua."
Keengganan untuk menjadi ayah juga menjadi salah satu isu kebimbangan bagi demografi. Dasar yang digabungkan dengan kos sara hidup telah membawa kadar kesuburan menurun terlalu mendadak dan terlalu cepat. Walaupun masih memegang status sebagai negara yang mempunyai populasi terpadat di dunia iaitu 1.3 bilion, hakikatnya pertumbuhan penduduk China amat perlahan.
"Kebimbangan China sekarang ialah ketiadaan pertumbuhan penduduk. Ia berhadapan dengan penuaan penduduk yang pesat manakala orang muda tidak mahu memiliki anak," kata pengarah Pusat Brookings-Tsinghua untuk Dasar Awam, satu badan kerjasama akademik penyelidikan AS-China yang berpusat di Beijing, Wang Feng.
Wang melihat bencana yang lebih buruk akan dihadapi apabila generasi bayi tahun 1960-an kini dalam persaraan dan usia tua.
Tenaga buruh China, berkurangan secara mendadak akibat dasar satu anak dan masalah itu terus berlanjutan. Beliau berhujah bahawa pihak pemerintah perlu memberi peluang kepada semua orang untuk memiliki sekurang-kurangnya dua orang anak.
Wang berpendapat, masih ramai orang China yang memilih untuk mempunyai seorang anak kerana bimbang kemampuan mereka membesarkan anak lebih daripada seorang. Penalti yang dikenakan ke atas mereka yang ingkar juga sangat berat.
Sesiapa yang ditangkap perlu membayar yuran pampasan sosial. Pampasan itu boleh mencecah di antara empat hingga sembilan kali pendapatan tahunan keluarga, bergantung kepada wilayah dan pilihan biro perancang keluarga di sesebuah kawasan.

KOS sara hidup yang tinggi di China menyebabkan kadar kesuburan di negara itu semakin merudum.


Hilang hak
Ibu bapa yang terikat dengan pekerjaan dengan pihak pemerintah boleh kehilangan jawatan atau diturunkan pangkat. Pada masa yang sama, anak yang lahir 'di luar rancangan' itu pula akan dinafikan faedah pendidikan dan kesihatannya.
Mereka yang tidak bekerja dengan pihak pemerintah China mungkin tidak begitu bimbang berbanding mereka yang bekerja dengan pihak pemerintah. Jika mereka mampu membayar yuran yang tinggi dan tidak kisah kehilangan faedah, masih terdapat perkara-perkara lain yang menghalang mereka daripada mempunyai anak tambahan.
Terdapat kemarahan yang membuak-buak apabila polisi ini dilihat lebih memihak kepada golongan kaya, tetapi orang biasa tidak dapat melakukan apa-apa memandangkan dasar ini adalah dasar tertutup sejak kepimpinan komunis di Beijing.
Pada tahun 2007, pegawai-pegawai di pantai Zhejiang pernah mengugut mahu memalukan keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang anak, tetapi kempen itu tidak pernah mendapat kelulusan. Kemungkin kerana ia akan mencemarkan reputasi pihak atasan di negara itu.
Golongan yang paling teruk menerima ugutan ini ialah ibu bapa di bandar, kelas menengah dan berjawatan dalam Parti Komunis, berkedudukan dalam bidang pendidikan atau pekerjaan dalam industri yang dikendalikan oleh pemerintah negeri.
Li Yongan misalnya, dia diperintah membayar 240,000 yuan (RM119,830) selepas anaknya dilahirkan pada tahun 2007 kerana dia sudah pun mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 13 tahun. Selepas enggan membayar yuran, Li dinafikan pendaftaran permit isi rumah untuk anaknya sekali gus memaksanya untuk membayar yuran pendaftaran tadika sebanyak tiga kali ganda.
Beliau juga dihalang daripada mengajar fizik di sebuah universiti di Beijing. "Saya tidak pernah menyesal kerana memiliki anak kedua, tetapi saya mengalami kemurungan dan penuh kemarahan bertahun-tahun lamanya," kata Li yang kini terpaksa berjuang untuk melangsungkan hidupnya sebagai seorang guru catur bebas.
Dalam diam-diam, ramai yang mencari jalan untuk mengelak daripada dihukum. Antaranya membayar rasuah atau memalsukan dokumen. Sebagai contoh, anak kedua didaftarkan sebagai kembar adik-beradik yang lebih tua. Kadang-kadang bayi kedua didaftar kepada saudara-mara yang tidak mempunyai anak atau keluarga luar bandar yang dibenarkan untuk memiliki anak kedua tetapi tidak berbuat demikian.
Weiping, mengakui dia tidak pernah berniat melanggar peraturan satu anak itu. Dia menjalani rawatan kesuburan untuk hamil anak pertamanya, iaitu seorang bayi perempuan yang dinamakan Le Le atau kegembiraan apabila diterjemah. Jadi, dia terkejut apabila doktor memberitahu Weiping hamil sekali lagi pada Ogos 2008.
Menurut Weiping, pada awalnya, berita itu mencetuskan perang dingin antara dia dan suaminya. Selepas beberapa minggu, suaminya dapat menerima hakikat tersebut. Namun, pegawai-pegawai perancang keluarga tetap mendesak pengguguran. Begitu juga dengan pengetua sekolah Wu.

CHINA berdepan dengan masalah penuaan penduduknya kerana pertumbuhan kelahiran yang semakin perlahan.


Di rumahnya di pinggir Zhuji, hab tekstil yang mengambil masa beberapa jam dari selatan Shanghai, bekas guru sekolah tinggi itu menceritakan dia terpaksa menceraikan suaminya, kemudian berkahwin dengan sepupunya keesokan hari.
Selamatkan bayi
Weiping berkahwin dengan sepupu yang pernah dijaga dan dibesarkannya. Sepupunya berusia 25 tahun iaitu 10 tahun lebih muda daripadanya. Perkahwinan itu bertujuan menyelamatkan bayi. Perceraian itu berlaku pada 27 September 2008 melibatkan tandatangan dokumen dan bergambar.
Ia berlaku hanya dalam beberapa minit. Perkahwinan pada hari berikutnya juga sesuatu yang pantas.
"Saya masih ingat dan amat gembira pada hari itu," kata Weiping memegang sijil perkahwinan keduanya. "Saya lakukan semua ini kerana saya fikir saya menemui satu cara terbaik untuk menyelamatkan bayi saya."
Tetapi masalah itu tidak selesai. Apabila pasangan pengantin memohon untuk mendapatkan permit kelahiran, pegawai-pegawai memaklumkan kepada mereka kehamilan sepatutnya berlaku selepas perkahwinan kedua.

Arak Beracun

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm




MAFIZUR JAMADAR seperti lelaki-lelaki lain yang terdesak di India. Negaranya yang mundur menyebabkan rakyat di negara itu sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup.
Di kampungnya di Garijala, Sangrampur yang terletak di Bengal Barat, Jamadar sukar memperoleh pekerjaan. Lantas, dia memutuskan untuk bekerja di Kolkata yang jaraknya kira-kira 30 kilometer (km) dari kediamannya.
Setiap hari, dia akan menaiki kereta api ke sana. Sebaik habis waktu kerjanya, dia tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya, Jamadar akan singgah di salah sebuah kedai samsu haram yang tumbuh melata di Bengal Barat.
Dia cuma perlu membayar 60 sen untuk mendapat seliter samsu haram. Namun, rutin Jamadar berakhir Selasa lalu. Kelibat lelaki berumur 30 tahun itu langsung tidak kelihatan.
Ibu Jamadar bagai sukar menerima hakikat melihat sekujur tubuh anaknya yang tidak bermaya di sisinya. Ratapan wanita itu semakin sukar dikawal apabila dia bersama cucu-cucunya terpaksa menunggu giliran untuk mengebumikan Jamadar.
“Dia (Jamadar) sampai di rumah seperti biasa, makan dan kemudian masuk tidur. Hari esoknya, dia muntah dan rasa pening. Kami bawa dia ke hospital di Diamond Harbor. Dia kemudian dipindahkan ke Kolkata tapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” imbasnya pada satu wawancara dengan BBC News baru-baru ini.
Itu merupakan salah satu kisah sedih mangsa arak beracun di Kolkata. Namun, atmosfera di Bengal Barat sejak minggu lalu sangat genting dan menakutkan.
Tangisan mendominasi pendengaran. Mayat mangsa yang ditampal pelekat nama pada dahi terdampar di pekarangan hospital. Lebih meruntun perasaan, sesetengah kampung tidak cukup kakitangan untuk membakar mayat..

PESAKIT terpaksa dirawat di lantai hospital gara-gara kekurangan prasarana dan menerima pesakit yang banyak dalam satu-satu masa.


Hospital di Kolkata menjadi kelam- kabut. Rumah sakit itu dilaporkan telah kehabisan ubat-ubatan hingga terpaksa meminta waris mangsa membeli ubat di luar.
Salah seorang kakitangan hospital, Chiranjit Murmu memberitahu, terdapat ramai lagi mangsa yang mati di rumah tetapi tidak dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.
“Di kampung-kampung pula ada yang takut pergi hospital gara-gara takut ditangkap polis kerana membeli samsu haram,” keluh seorang lelaki tua.
Murah
Setakat artikel ini ditulis, kematian akibat keracunan samsu haram beracun mencecah sehingga 170 orang. Pihak berkuasa telah menjalankan tangkapan dan memusnahkan berdozen-dozen kilang penyulingan di lebih 10 buah kampung.
Antara perkampungan yang terbabit ialah Sangrampur, Magrahat, Usthi dan Mandirbazar yang terletak di daerah South 24 Parganas di Bengal Barat.
Angka itu dipercayai akan meningkat, beritahu Pengarah Kesihatan Bengal Barat, Shyamapada Basak.
Rentetan itu, Pengarah Besar Polis Bengal Barat, Surojit Kar Purokayashta mengisytiharkan perang besar-besaran ke atas dalang di sebalik industri pembuatan samsu haram ini. Polis kata Purokayashta, telah menahan 12 suspek setakat ini.
“Kita sedang menjejak lelaki yang bernama Khonra Badsha. Dia dikatakan orang kuat di sebalik penjualan arak palsu di negeri ini sini,” katanya.
Agensi berita AP melaporkan, kebanyakan mangsa merupakan penduduk miskin yang bekerja sebagai buruh kasar harian, penjaja jalanan dan pemandu lanca.
Bengal Barat yang bersempadan dengan negara Bangladesh dan mempunyai 19 daerah dihuni kira-kira 91 juta penduduk. Negeri ini kaya dengan hasil pertanian tetapi sebahagian besar rakyatnya tidak berpelajaran dan hidup melarat.
Kemiskinan yang memberi tekanan ekonomi telah mendorong penduduk di kawasan setinggan dan luar bandar menghidupkan industri samsu haram. Lebih malang, ia bukan sahaja beroperasi secara haram tetapi penghasilan samsu yang dijual pada harga murah telah dilakukan secara membabi buta.
Kepada penduduk kelas bawahan yang tidak mampu membeli jenama arak berkualiti, mereka tiada pilihan lain selain membeli samsu serendah 60 sen seliter di lokasi-lokasi haram di Bengal Barat.

MESKIPUN kerajaan India berjanji untuk memberi pampasan kepada setiap mangsa, ramai rakyat India kurang yakin dengan janji-janji yang ditaburkan.


Meskipun hambatan agama melarang budaya minum samsu haram, India tidak berupaya menafikan bahawa lima peratus daripada 60 juta rakyatnya dikatakan mengamalkan tabiat tidak sihat itu. Menyokong fakta itu, penyelidikan Indian Alcohol Policy Alliance merekodkan, satu hingga dua individu disahkan mati dalam jangka masa seminggu akibat meneguk samsu haram.
Apabila dunia hangat memperkatakan tentang kes keracunan samsu haram di Bengal Barat, pihak berkuasa tempatan lantas menjalankan kajian forensik terhadap kandungan minuman yang memabukkan itu.
Majistret Narayan Swarup Nigap mendedahkan, hasil pemeriksaan menyeluruh ke atas 20 mangsa berjaya mengesan campuran metanol iaitu sejenis alkohol yang sangat beracun dalam arak yang diminum.
Risiko buta
“Selain digunakan untuk melarut dan mengelakkan minuman cepat beku, metanol telah ditambah untuk meningkatkan kadar kandungan alkohol,” jelas Nigap yang jelas cukup kecewa dengan kejadian yang meragut nyawa orang miskin dan menyukarkan lagi kehidupan wanita yang bergelar janda itu.
Dalam pada itu, Dr. Bob Patton dari Jabatan Ketagihan, Institut Psikiatri di Kolej King London memberitahu, penggunaan 10 mililiter (ml) metanol dalam air boleh menyebabkan seseorang buta. Sesiapa juga boleh maut sekelip mata jika terminum alkohol yang dicampur dengan 30 ml metanol.
“Apabila seseorang minum arak yang telah dicemari dengan bahan kimia bahaya itu, dia akan dapat simptom muntah, pening kepala, sakit perut, berbuih di mulut dan sawan sebelum mati,” katanya.
Kematian ratusan mangsa dalam masa beberapa hari sahaja telah membongkar banyak muslihat.
Penulis buku tentang alkohol di negara itu, Aniruddha Mookherjee telah membuat pendedahan yang mengejutkan.
Mookherjee mendakwa, terdapat keterlibatan pihak polis termasuk parti politik dalam mengawal dan menggerakkan industri samsu haram di India.
“Kerajaan negeri mengawal bisnes minuman keras di India. Di kebanyakan negeri, minuman keras dihasilkan oleh kumpulan yang dilantik khas yang punya kepentingan dengan ahli politik.
“Minuman keras dijual secara berleluasa di kedai-kedai kerajaan di Delhi tetapi di Bengal Barat itu tidak berlaku,” katanya sambil mengakui permintaan untuk minuman keras sangat tinggi di negara itu dan pelanggan harus menggunakan kata kunci tertentu untuk membeli minuman keras jenis itu.
Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banarjee turut meluahkan kegusaran. Katanya, pertalian antara ahli politik dengan pengusaha samsu haram telah menyulitkan usaha polis membanteras jenayah ini.
Seorang lelaki yang terlibat dalam industri arak secara gelap memberitahu BBC News, bisnes di daerah Gocharan misalnya, dimonopoli oleh seorang lelaki yang sangat tamak yang sanggup mencampurkan racun perosak dalam minuman keras untuk menghasilkan rasa yang lebih enak.
“Minuman keras itu dibungkus dalam tin dan disalur ke semua daerah dan di sesetengah negeri ia dihantar melalui bas atau kereta api. Peruncit kemudian menjualnya secara bungkus,” katanya berterus-terang.
Masalah ini dilihat seperti sukar menemui titik noktahnya. Bagaimanapun, untuk melegakan hati rakyat yang sedang berkecemuk, kerajaan berjanji akan menyediakan pampasan kepada setiap mangsa.
Namun, ramai yang sangat skeptikal. Mereka sukar untuk mempercayai dan semuanya dianggap sebagai janji manis belaka.
“India sememangnya susah untuk mengelak daripada gejala rasuah,” kata seorang wanita dengan nada penuh kemarahan

Nauzubillah...!

jamil khir zakat 6 Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat   Kata Ketua Audit Negara Tetapi MAIWP Kata Ini Kewajipan Mereka?
Timbulnya dakwaan Datuk Seri Jamil Khir (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri – Agama) guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dah lama sebenarnya sekitar bulan Jun 2011. Walaubagaimanapun, pada masa itu Jamir Khir menafikan tuduhan yang mengatakan beliau gunakan wang zakat untuk kos guaman ke atas kes Qazaf membabit Anwar Ibrahim.
Ini laporan berita tersebut :
jamil khir zakat5 Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat   Kata Ketua Audit Negara Tetapi MAIWP Kata Ini Kewajipan Mereka?
Sumber : Utusan Malaysia
Bersama-sama ini kami lampirkan surat yang ditulis oleh Dato Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara merangkap Ahli Parlimen Kawasan Padang Besar mengenai penyalahgunaan wang Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Kes ini mudah sahaja untuk difahami
  • Ambil wang zakat terlebih dahulu
  • Kemudian bayar balik semula wang zakat yang telah digunakan
Upgrade your PC and office today. See more offers here.
Selain itu, dokumen atau surat dari Ketua Audit Negara yang secara jelas menyatakan dalam satu pemeriksaan audit yang dijalankan di MAIWP terhadap perbelanjaan bagi kos guaman RM63,650.00 ianya melibatkan Jamil Khir Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
jamil khir zakat Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat   Kata Ketua Audit Negara Tetapi MAIWP Kata Ini Kewajipan Mereka?
jamil khir zakat2 Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat   Kata Ketua Audit Negara Tetapi MAIWP Kata Ini Kewajipan Mereka?
jamil khir zakat3 Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat   Kata Ketua Audit Negara Tetapi MAIWP Kata Ini Kewajipan Mereka?
jamil khir zakat4 Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat   Kata Ketua Audit Negara Tetapi MAIWP Kata Ini Kewajipan Mereka?
Ini yang berjaya diselongkar & dan diketahui ramai. Yang tidak berjaya dikesan?
P/S : Apa pandangan anda, boleh atau tidak kita guna wang zakat yang bukan hak kita tidak kira jumlahnya kecil apatah lagi jumlah besar untuk kepentingan peribadi & sendiri walaupun kita sudahpun membayarnya semula?
sumber : beritasemasa.com

Luahan Pelanggan

Pelanggan kecewa perkhidmatan Bank Islam
Muhamad Shahabudin Hassan, Pulau Pinang   
Saya merupakan seorang pelanggan Bank Islam sejak dari tahun 2009. Pada awalnya saya merupakan pelanggan bank konvensional terkemuka di negara ini, tetapi setelah disedarkan oleh beberapa tokoh agama mengenai produk perbankan islam menyebabkan saya memilih Bank Islam untuk urusan kewangan saya.
Pada bulan Disember 2011, saya memohon produk KAD DEBIT VISA di Bank Islam Kepala Batas Pulau Pinang untuk memudahkan urusan kewangan saya. Namun pihak Bank mencadangkan saya untuk membuka lagi satu akaun bernama Al-Awfar  untuk mendapatkan kad tersebut. Saya bersetuju untuk membuka akaun tersebut setelah didesak oleh pihak bank dengan pelbagai ganjaran lumayan.
Saya menyemak akaun setelah memperolehi  kad debit tersebut dan potongan RM10.00 dikenakan untuk kad tersebut. Saya akur caj yang dikenakan ini memandangkan kad baru dikeluarkan kepada saya.
Setelah itu saya cuba untuk melakukan transaksi kad debit tersebut di sebuah pasaraya namun malangnya kad tersebut tidak dapat digunakan. Saya terus ke mesin  ATM terdekat untuk mengeluarkan tunai tetapi turut gagal. Saya mengesyaki kad saya mengalami masalah tetapi urusan kewangan saya tetap tidak dapat dilakukan memandangkan bank cuti sempena perayaan Krismas. Saya terpaksa meminjam wang daripada individu lain kerana saya terpaksa bergegas ke Pulau Langkawi atas urusan peribadi.  Saya ke Bank Islam cawangan Kuah Langkawi untuk menyelesaikan masalah ini namun hampa apabila pihak bank mencadangkan saya kembali ke Bank Islam Kepala Batas untuk meyelesaikan masalah ini.
Sebaik pulang ke Kepala Batas, saya terus ke Bank Islam untuk meyelesaikan masalah ini namun sekali lagi hampa apabila pegawai bank menyuruh saya membuat kad baru dan sekali lagi caj kad RM10 dikenakan kepada saya. Saya memaklumkan kepada pegawai mengenai masalah kad tersebut namun pegawai tersebut menyalahkan saya kononnya saya yang merosakkan kad tersebut. Kecewa dengan layanan biadap pegawai tersebut saya berniat untuk menutup akaun Al-Awfar. Pegawai tersebut mengalu-alukan penutupan akaun tersebut dan menyuruh saya berjumpa dengan pegawai lain yang bertugas dalam urusan penutupan akaun. Tidak cukup dengan itu caj RM20 juga akan dikenakan jika saya meneruskan niat menutup akaun tersebut.
Mujurlah seorang pegawai bank kerkopiah putih di situ cuba memahami masalah saya dan cuba menyelesaikan masalah saya dengan pendekatan yang agak baik iaitu memindahkan wang dalam Akaun Al Awfar tersebut ke akaun gaji saya. Urusan itu dilakukan tanpa dikenakan caj dan masa 3 bulan diperlukan untuk menutup akaun Al Awfar tersebut.
Slogan ‘customer is always right’ langsung tidak boleh dipakai dan ditukar kepada ‘Bank is always right’ di Bank Islam. Memakan harta orang lain dengan cara yang batil adalah haram di sisi Islam.  Sangat mengecewakan apabila Bank Islam yang menggunakan nama Islam mempamerkan imej dan perkhidmatan yang lebih ‘konvensional’ daripada bank-bank konvensional sedia ada.
Saya berharap pihak pengurusan Bank Islam dapat melakukan penambahbaikan dalam memperbaiki mutu perkhidmatan Bank Islam. Elakkan daripada menindas dan menyusahkan pelanggan-pelanggan anda. Latih pegawai-pegawai anda supaya lebih berhemah dalam bidang tugas mereka dengan pelanggan. Sebagai sebuah bank yang menggunakan Islam sebagai namanya harapan saya semoga servis Bank Islam lebih ‘Islamik’ selepas ini.

Lelah belajar vs perih kebodohan

silalah print @cetak... sebar2kan la yea..