Isnin, 19 Disember 2011

kapel



Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir & mengurangi
umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
(Hadis riwayat Baihaqi)

Ikuti diskusi seorang remaja kolej matrikulasi (matrik mana yea) dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipudaya syaitan laknatullah. Semoga risalah ini bermanfaat kepada kita semua


Ø       Kami tidak berzina!

Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Ø      Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar,minum-minum. Adakah itu menghampiri zina?

Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Ø      Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara.

Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis



Ø      Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Ø      Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan( berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman
(Muslim dan Abu Daud)

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong  yang boleh membawa kepada penzinaan

Ø      Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia,akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?


Ø      Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Study group…?nampak macam lain macam saja. Manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun,carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Ø      Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa?Awak kurang sihat ke? Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan. Itulah manusia

Ø      Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula

Ø  Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
   Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.



Ø      Tentu ada cinta secara Islam

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

Sabda Rasulullah saw :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah
(Ibni Majah)

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Allah taala berfirman :
“Dan tidak ada dosa kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang maaruf..”
(Al-Baqarah : 235)

Ø     Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat,rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab,dah berani pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Ø      Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat,tidak sampai berzina. Kami tahan diuji

Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang

Ø     Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal penciptaan manusia,Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi.

Firman Allah Taala:
“Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.”
(Al-A’araf : 19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah,takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.


Ø      Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang,penyabar,pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta,merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin,lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi,perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Ø      Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya? 

Ø      Tanya sikit. Adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.

Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang,kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan

Ø      Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.


Ø      Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman.

Allah Talla berfirman:
“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.”
(An-Nur : 3)

Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan  dari Tuhan.

Ø      Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Allah Taala berfirman :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) ..”

Telah tercatat sebaris nama di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh ketinggian peribadimu. Jika kau berada di jalan yang diredhai-Nya, InsyaAllah si dia turut berada di jalan yang sama.

Ø       Kami telah berjanji untuk sehidup semati

Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu,sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.


Ø       Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ya,masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah:
“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina). Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”
(Al-Ahzab: 35)

Ø      Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya

Ø      Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
       1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini
       2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan
      3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya  engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa…

Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu


Ø      Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.

Ya Allah,bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.

Sahabatku,
Lupakanlah segala kegundahan dan keresahan.
Teguhkan diri pada Cinta Hakiki Ilahi nescaya cinta si dia yang soleh dan solehah turut kau miliki. Allah loves you more than anyone else. Alhamdulillah ..
Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.
Sesungguhnya,Allah takkan pernah menzalimi hamba-hamba-Nya dan memungkiri janji-Nya.
Never lose hope & trust to Allah.  Keep on praying, my beloved sohabah J

Allah Taala berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) degan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah : 153)


Di sini jelas, bahawa pemberian nafsu oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda kemuliaan manusia melebihi penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat menguruskannya sebagaimana yang digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan akan jatuh setaraf dengan haiwan bahkan lebih teruk dari haiwan.



Di akhir tulisan ini, saya kira ada baiknya kalau kita merenung 
sebab-sebab 
kenapa Allah menjanjikan kepada ahli syurga bidadari-bidadari yang tersimpan 
di khemah-khemah mereka,
tidak memandang kepada orang lain selain 
suami-suami mereka & tak pernah disentuh samada jin atau manusia. 
Bukankah kerana Tuhan tahu idaman sebenar orang lelaki.
Orang lelaki memang 
mengidamkan isteri yang tidak pernah tercemar perasaannya dengan menaruh 
hati kepada sesiapa,
tidak pernah bercakap dengan lelaki & tidak pernah disentuh bahkan dilihat oleh mana-mana lelaki lain
Wallahu'alam
May Allah protect all of us from being astray to the right path, Amiin



"Women should not be the moon which everyone see uncovered,
but women should be the sun which makes eyes bow down before seeing it.."

Peringatan kpd semua lelaki
 "Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.''
(Imam As-Syafi'e)

 Kepada lelaki,
jangan main sentuh dengan perempuan, tak baik.
Walaupun cuit-cuit di facebook, juga tidak dibenarkan.
Kalau teringin nak sentuh jugak, test dulu sentuh bara api, (baranya, bukan apinya) kalau boleh tahan, ok teruskan ..
Tapi kalau dengan bara api pun tidak tahan,
jangan dicuba-cuba mendekatkan diri ke lembah kebinasaan..

Kepada wanita,
sudah terlalu ramai lelaki yang berilmu & berakhlak tinggi dalam menjaga hubungan sebelumnya,
kecundang di tangan seorang wanita..
 wahai wanita,
tahukah kamu siapa kamu?
kamu adalah penentu jatuh bangunnya umat manusia..

Islah dirimu

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu 



1)
 Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehinggakadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.



2) Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa & kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi & merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam & melabur saham akhirat.



3) Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua & bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati.Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri & kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat?  Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali r.a dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali r.a masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil & bergelumang dengan dosa? Astaghfirullah ..



4) 
Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri & keluarga
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut & mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub.

Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga.

Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu. Astaghfirullah ..



5) Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan & kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban & kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita.

Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak.

Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik.  Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

"If you chill too much in this dunia, you're going to thaw in hell."-Suhaib Webb-

Tutuplah aib saudaramu

Masih segar dalam ingatan kaum muslimintatkala Rasulullah bersabda, "Aku bermimpi dalam tidur memegang segelassusu. Kuminum hampir habis susu itu sampai rasa kenyang menyelusup dikuku-kukuku. Lalu sisanya kuberikan kepada Saidina Umar bin Khattab ra.
Waktu seorangsahabat bertanya, "Apa takwilnya, ya Rasulullah?"
Nabi Muhammad saw menjawab, "Ilmu."

    Nyatanya, semasa memegang jabatan khalifah, Saidina Umar bin Khattab ra tersohorkekerasan & kegalakannya. Akan tetapi, ilmunya menerangi semua sikap hidupnya,sehingga, dalam memutuskan suatu perkara, yang dipedomaninya adalah kecerdasanpemikirannya, bukan sentuhan perasaannya.

Selaku penguasa ia tidak terpengaruholeh kemarahannya, kesedihannya, atau kepentingan peribadi & keluarganya.
Iapernah berkata, "Membatalkan hukuman dengan diam-diam, bagiku lebih baikdaripada melaksanakan hukuman dengan diam-diam."
    Sebab, membatalkan hukuman biasanya dilandasi oleh kebijaksanaan & ampunan,
sedangkan menjatuhkan hukuman bisa lantaran benci & balas dendam.
Apalagijika dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

    Seorang ayah pada suatu saat datang kepada Saidina Umar ra & mengadu,
"Anakperempuanku, wahai Amirul Mukminin, pernah terjerumus kedalam dosa besar.
Iapatah hati, lantas mengambil pisau & mengerat lehernya sendiri.Untung aku mengetahuinya.
Anak itu kuselamatkan, lukanya kurawat dengan cermathingga segar-bugar kembali."

    Saidina Umar ra merungut.
"Hem, mujur anak engkau itu. Bunuh diri adalah tandakekufuran. Ia harus bertaubat.
Ayah itu menjawab,
"Memang itulah yangdikerjakannya sesudah itu. Ia menyesal & bertaubat dengan sungguh-sungguh.
Sekarang ia dipinang seorang pemuda untuk jadi isterinya.
Apakah dosa itu haruskuceritakan kepada calon suaminya, wahai Amirul Mukminin?

" Saidina Umar ra bertitahlantang, "Apakah engkau bermaksud membongkar
aibyang sengaja telah ditutupi oleh Allah takdir-Nya?
Demi Allah, seandainyakau lakukan hal itu, akan kuhukum engkau sedemikian rupa didepan masyarakatsehingga menjadi contoh pahit bagi yang lain. Tidak, jangan kau ungkap kembalicacat yang sudah terhapus itu. Nikahkanlah puteri engkau sebagaimana layaknyaseorang perempuan terhormat & Muslimat yang taat."


    Mungkin itulah yang dinamakan kearifan, tumbuh dari rohani yang bersih & adil. Saidina Umar ra tidak segan-segan menceritakan kesalahannya pada hakim & memintaalgojo mencambuknya sesuai dengan besar kecil kesalahan yang dilakukannya. Dipunggungnya membekas bekas-bekas cemeti itu, tanpa sekelumit pun Saidina Umar ra menampilkankuasanya sebagai khalifah untuk diberi keringanan.
    Namun, Saidina Umar ra tidak ingin cacat orang lain dibeber-beberkan.
Sebab, terhadap orangbersalah, yang diharapkan adalah memperbaiki, bukan memerosakkannya ke dalamkejahatan yang lebih besar.

Kepada mereka yang telah selesai menjalani masahukumannya, seharusnya masyarakat memberi kesempatan untuk menebus dosanyadimasa lalu, bukan mengucilkannya sehingga terpaksa mereka terperangkap ke dalamkeburukan kembali.

    Seorang lelaki seraya termengah-mengah datang menghadap Saidina Umar ra. Mukanya merah padam & suaranya menggelegar manakala ia bercerita, "Wahai, Amirul Mukminin.Saya melihat dengan mata kepala sendiri pemuda Fulan & pemudi Fulanahberpelukan dengan mesra di belakang pohon kurma."
    Laki-laki itu berharap Saidina Umar akan memanggil kedua asyik masyuk itu & memerintahkan algojo supaya menderanya dengan cemeti.

Ternyata tidak.
Saidina Umar ra mencengkeram leher baju laki-laki itu. Sambil memukulnya dengan gagang pedang, Saidina Umar ra mengherdik,
"Kenapa engkau tidak menutupi kejelekan mereka & berusaha agar mereka bertaubat?
Tidakkah engkau ingat akan sabda Rasulullah saw,
"Siapa yang menutupi aib saudaranya, Allah swt akan menutupi keburukannya di dunia & di akhirat."



    Dalam nalar Saidina Umar ra, bila kedua muda-mudi itu dipermalukan di tengah orang ramai,
boleh jadi mereka akan nekat lantaran tidak tahu kemana hendak menyembunyikandiri.
Bukanlah bubu maksiat yang lebih parah akan mengurung mereka dalam nistaberketerusan?

    Pada kali yang lain, seorang Muslim diseret ke hadapannya kerana mengerjakansuatu dosa yang patut menerima hukuman cambuk. Tiga orang saksi mata telahmengemukakan pernyataan yang membuktikan kesalahan lelaki Muslim itu. Tinggalseorang lagi yang merupakan penentuan, apakah hukuman dera harus dijatuhkan ataudiurungkan.

    Ketika saksi keempat itu diajukan, Saidina Umar ra berkata,
"Aku menunggu seoranghamba beriman yang semoga Allah tidak akan mengungkapkan kejelekan sesamaMuslim dengan kesaksiannya."
    Dengan lega saksi keempat itu menyatakan,
"Saya tidak melihat suatukesalahan yang menyebabkan lelaki itu wajib dihukum cambuk."


Saidina Umar Al-Khattab ra pun menarik nafas lega =

Siapa...?

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhan-Nya kecuali jin & manusia yang sombong diri.

Allah Taala berfirman :
Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia: dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa.
(Al-Israa' : 83)

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith & cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Allah Taala berfirman :
(Maka janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad terhadap keadaan mereka yang demikian), kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu & tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berpaling undur (disebabkan keingkarannya).
(Ar-Rum : 52)

Siapakah orang dungu?
Orang yang dungu adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tetapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu & sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Allah Taala berfirman :
“Maka celakalah orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya."
(Al-Maa'uun : 4-5)


Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam marah.

Rasulullah saw bersabda :
“Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam berkelahi tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya.”
(Hadis Riwayat Imam Bukhari & Muslim)




Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Nabi saw bersabda :
"Adapun si bakhil itu adalah orang yang apabila namaku disebutkan di hadapannya maka dia tidak mahu membaca selawat untukku."



Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca & meneliti akan kebesaran Al Qur'an & tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Allah Taala berfirman :
Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya & ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
(Al-Baqarah : 2)

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat & pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Allah Taala berfirman :
Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).
(Al-Anbiyaa' : 1)

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Allah Taala berfirman :
Maka ia berkata: "Sesungguhnya aku menyukai segala yang baik (kuda), yang membuat aku tersibukan dari ingat akan (kekuasan) Tuhanku, sampai matahari terbenam."."
(Shaad : 32)

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia berkata,
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."

Lalu sambil berkata,
"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepada kamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan dalam harta, jiwa & bua-buahan. Maka berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, yang apabila ditimpa musiabah mereka mengucapkan,
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un,
mereka itulah yang mendapat keberkatan sempurna dari Tuhannya & mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Al-Baqarah : 155-157)

Siapakah orang yang menangis berair matakan mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan & menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Allah Taala berfirman :
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." 
(Al-Baqarah : 222) 


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada & tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Allah Taala berfirman :
" Dan ingatlah tatkala tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu & demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras "
(Ibrahim : 7)



Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Allah Taala berfirman :
"Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)."
(Yasin : 9)

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w brsabda :
"Perbanyakkanlah kamu sekalian mengingat sesuatu yang melenyapkan segala kelazatan, yakni MAUT".
(Riwayat At-Tirmizi)

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Allah Taala berfirman :
"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia & perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) & mereka di dunia tidak akan dirugikan."
(Hud : 15)



Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Allah Taala berfirman :
"Apakah sama orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu?."
(Az-Zumar : 9)


Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal & haramnya akan sesuatu perkara itu.

Allah Taala berfirman :
"Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu."
(Al-Baqarah : 168)


Siapakah orang yang gila?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid & kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Allah Taala berfirman :
"Dan apabila dikatakan rukuk kepada mereka,
"Rukuklah," mereka tidak mahu rukuk.
(Al-Mursalat : 48)



Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat & amal-amal kebaikkan.

Allah Taala berfirman :
"Katakanlah (Muhammad), "Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (Iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengitra telah berbuat sebaik-baiknya.. Mereka itulah yang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka & (tidak percaya) terhadap pertemuan dengan-Nya. Maka sia-sia amal mereka & Kami tidak memberikan penimbangan terhadap (amal) mereka pada hari kiamat."
(Al-Kahf : 103-105)

Siapakah orang yang selalu tertipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Allah Taala berfirman :
"Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat”.
(An-Nisa' : 78)

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mulia.”
(Riwayat Al-Baihaqi)



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya:
“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya & doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” 
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Siapakah orang yamg mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Daripada Ibn Abbas r.a :
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w melalui (melintasi) dua kubur, lalu baginda bersabda :
“Sesungguhnya kedua-dua penghuni kubur ini sedang disiksa & mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar, adapun yang seorang disiksa kerana tidak menjaga kebersihan diri ketika buang air kecil, sedangkan yang satu lagi kerana suka menceritakan keburukan orang.”

Kemudian Baginda s.a.w meminta satu pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua lalu bersabda :
“Semoga pelepah kurma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering.”
[Sahih Al-Bukhari,  no: 218, Sahih Muslim,  no: 292]


Siapakah orang yg mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.