Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhan-Nya kecuali jin & manusia yang sombong diri.
Allah Taala berfirman :
Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia: dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa.
(Al-Israa' : 83)
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith & cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Allah Taala berfirman :
(Maka janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad terhadap keadaan mereka yang demikian), kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu & tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berpaling undur (disebabkan keingkarannya).
(Ar-Rum : 52)
(Ar-Rum : 52)
Siapakah orang dungu?
Orang yang dungu adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tetapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu & sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Allah Taala berfirman :
“Maka celakalah orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya."
(Al-Maa'uun : 4-5)
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam marah.
Rasulullah saw bersabda :
“Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam berkelahi tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya.”
(Hadis Riwayat Imam Bukhari & Muslim)
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
Nabi saw bersabda :
"Adapun si bakhil itu adalah orang yang apabila namaku disebutkan di hadapannya maka dia tidak mahu membaca selawat untukku."
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca & meneliti akan kebesaran Al Qur'an & tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Allah Taala berfirman :
Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya & ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
(Al-Baqarah : 2)
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat & pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Allah Taala berfirman :
Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).
(Al-Anbiyaa' : 1)
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Allah Taala berfirman :
Maka ia berkata: "Sesungguhnya aku menyukai segala yang baik (kuda), yang membuat aku tersibukan dari ingat akan (kekuasan) Tuhanku, sampai matahari terbenam."."
(Shaad : 32)
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia berkata,
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,
"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepada kamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan dalam harta, jiwa & bua-buahan. Maka berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, yang apabila ditimpa musiabah mereka mengucapkan,
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un,
mereka itulah yang mendapat keberkatan sempurna dari Tuhannya & mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Al-Baqarah : 155-157)
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un,
mereka itulah yang mendapat keberkatan sempurna dari Tuhannya & mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Al-Baqarah : 155-157)
Siapakah orang yang menangis berair matakan mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan & menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Allah Taala berfirman :
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Al-Baqarah : 222)
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada & tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Allah Taala berfirman :
" Dan ingatlah tatkala tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu & demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras "
(Ibrahim : 7)
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Allah Taala berfirman :
"Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)."
(Yasin : 9)
Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w brsabda :
"Perbanyakkanlah kamu sekalian mengingat sesuatu yang melenyapkan segala kelazatan, yakni MAUT".
(Riwayat At-Tirmizi)
Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Allah Taala berfirman :
"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia & perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) & mereka di dunia tidak akan dirugikan."
(Hud : 15)
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Allah Taala berfirman :
"Apakah sama orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu?."
(Az-Zumar : 9)
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal & haramnya akan sesuatu perkara itu.
Allah Taala berfirman :
"Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu."
(Al-Baqarah : 168)
Siapakah orang yang gila?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid & kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Allah Taala berfirman :
"Dan apabila dikatakan rukuk kepada mereka,
"Rukuklah," mereka tidak mahu rukuk.
(Al-Mursalat : 48)
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat & amal-amal kebaikkan.
Allah Taala berfirman :
"Katakanlah (Muhammad), "Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (Iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengitra telah berbuat sebaik-baiknya.. Mereka itulah yang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka & (tidak percaya) terhadap pertemuan dengan-Nya. Maka sia-sia amal mereka & Kami tidak memberikan penimbangan terhadap (amal) mereka pada hari kiamat."
(Al-Kahf : 103-105)
Siapakah orang yang selalu tertipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Allah Taala berfirman :
"Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat”.
(An-Nisa' : 78)
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mulia.”
(Riwayat Al-Baihaqi)
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya:
“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya & doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)
Siapakah orang yamg mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Daripada Ibn Abbas r.a :
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w melalui (melintasi) dua kubur, lalu baginda bersabda :
“Sesungguhnya kedua-dua penghuni kubur ini sedang disiksa & mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar, adapun yang seorang disiksa kerana tidak menjaga kebersihan diri ketika buang air kecil, sedangkan yang satu lagi kerana suka menceritakan keburukan orang.”
Kemudian Baginda s.a.w meminta satu pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua lalu bersabda :
“Semoga pelepah kurma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering.”
[Sahih Al-Bukhari, no: 218, Sahih Muslim, no: 292]
Siapakah orang yg mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan