Khamis, 29 Disember 2011

StarLabuck

Tergamam saya melihat keratan akhbar tempatan (UAE) bila melihat t-shirt yg dipakai oleh tentera Israel, amat mendukacitakan kerana bagi mereka membunuh insan2 yg tidak berdosa atas dasar kononnya "mempertahankan diri" seolah2 satu keseronokan bagi mereka. Keratan akhbar ini sengaja saya simpan dan saya siarkan disini buat saling ingat mengingati. Bukan hanya ketika cerita palestin ini hangat di media massa.

Bagi kita umat islam yg lain adalah menjadi fardhu kifayah untuk bangkit menentang penindasan ini tetapi adakah perlu kita berarak dijalanan dan mengutuk Israel dan bangsa yahudi ini? Pelbagai protes dan bantahan di lakukan akan tetapi Israel semakin hari semakin kuat. Didalam artikel saya yg lepas (Laknat Yahudi, Laknat Lagi...) yg perlu dilaknati adalah pemimpin2 Islam yg bersekongkol dgn Israel melalui kerajaan boneka Israel iaitu Amerika.

Mengapa tiada pemimpin yg bangkit menentang penindasan ini dan hanya membiarkan rakyat sahaja berarak membawa sepanduk dijalanan? Apa yg mereka lakukan hanyalah membawa resolusi ke Bangsa2 Bersatu, usaha yg sia2 kerana acapkali dicantas oleh veto Amerika. Jadi bukankah cara yg lain harus dilakukan?

Cara yg paling berkesan adalah melalui sekatan ekonomi, alihkan urusniaga terhadap wang yg disandarkan dengan emas dan bukan matawang yg disandarkan dgn hutang berkonsep "riba" ciptaan Zionis. Yg memberi nilai pada dollar sebenarnya adalah urusniaga minyak. Jika minyak diniagakan didalam matawang lain maka akan ranaplah Amerika. Akan tetapi kerana sudah buta dgn nikmat dunia, pemimpin2 negara pengeluar minyak utama (yg sedihnya mengaku Islam) takut untuk berbuat demikian. Mereka lebih rela rakyat palestin diratah hidup2 oleh Israel daripada pelaburan mereka di Amerika jatuh ranap kiranya nilai dollar jatuh.

Melalui dokumentari The Arrivals (wakeupproject.com), fahamlah saya apa sebenarnya maksud "Starbucks", tidak hairanlah mengapa CEO starbucks Howard Schultz mendapat beberapa anugerah dari Isreal sebagai penyumbang utama untuk pembangunan Israel. "Star" adalah untuk Star of David pada bendera Israel, manakala "bucks" ada lah gelaran bagi duit dollar Amerika. 


Amat menyedihkan lagi kerana masih ada masyarakat Islam masih terlena dgn megahnya menikmati kopi di Starbucks hingga terlupa yg setiap cawan kopi yg dibeli menyumbang satu peluru untuk rejim laknatullah ini. Yg amat menyedihkan, tentera2 yahudi ini tanpa belas ikhsan menembak ibu2 yg mengandung kerana dgn satu peluru sahaja dua nyawa diambil seperti yg tertera pada baju mereka itu.

Tetapi adakah masalah palestin ini masalah umat Islam sahaja? Sebenarnya rencana Allah itu amat bijak dan tidak terungkai dgn pemikiran manusia ciptaanNya ini. Allah sebenarnya menduga semua umat manusia didunia ini yg beriman, tidak kira muslim, cina, hindu, kristian ataupun budhist, kerana ajaran agama yg sebenar tidak menyokong kemungkaran dan penindasan. Jika benar semua manusia didunia ini beriman dgn kepercayaan mereka, akan jelaslah kebenaran dihati2 mereka dan akan bangkitlah semua manusia tanpa mengira agama ini menentang penindasan.

Akan tetapi jika mereka menganggap masalah Palestin ini hanya masalah orang Islam dan terus menerus menikmati Starbucks tanpa mempunyai rasa bersalah dihati, maka tepuk dada tanyalah iman. Samada mereka berada dijalan yg benar, agama mereka ini tidak menentang penindasan, menyokong penindasan ataupun mereka sendiri tidak punyai langsung keimanan dihati.

Sedikit maklumat mengenai logo Starbuck, gambar perempuan pada loga starbuck tersebut adalah dewa Greek yg bernama "Siren" yg dikenali dengan sifat penggoda. Jadi Starbucks akan menggoda manusia agar membeli produk mereka untuk pembangunan Israel.

Minggu lepas, semasa penerbangan ke Santorini, Greece. Ada kopi ais dari Starbucks pesanan khas untuk VIP, ketua pramugari juga memberikannya kepada saya. Untuk tidak menghampakannya, walaupun dengan agak keberatan, saya menerimanya, akan tetapi kerana mengenangkan rakyat palestin yg menderita, apabila beliau kembali sibuk melayan VIP, saya buang sahaja kedalam tandas, tidak tergamak untuk saya memasukkannya kedalam mulut.

Selemah2 manusia menentang kemungkaran adalah dgn hati, sepatutnya dgn mulut dan jika lebih berupaya lagi dengan tangan. Sebagai manusia kita hendaklah cuba sedaya upaya tidak menyokong rejim laknatullah ini, ada produk2 yg tidak dapat kita elakkan untuk kegunaan harian, akan tetapi tidak mati jika kita memboikot secara total produk yg secara berselindung membantu menaikkan Israel contohnya Starbucks ini.

Berusahalah kita membantu sesama manusia dan sesungguhnya manusia yg mulia lagi disukai Allah adalah mereka yg byk memberi manafaat kepada insan2 yang lain dan tidak membantu atau menyokong kemungkaran. Selidik juga samada pemimpin yg kita pilih berani untuk mewakili kita bangkit menentang kemungkaran ini ataupun tunduk dgn Yahudi (melalui Amerika) dgn penyertaan2 ekonomi seperti WTO, penggunaan Dollar sebagai matawang urusniaga antarabangsa ataupun cuba memodenkan Islam agar umat islam moden boleh duduk semeja makan dgn Amerika (boneka Israel) sambil menonton TV melihat rakyat palestin di"ratah" oleh tentera Israel laknatullah. Tepuk dada tanya iman



sumber: http://syurgadidunia.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan