Khamis, 15 Disember 2011

gaji baru guru SBPA 2012

banyakkan sedekah kepada golongan fakir dan miskin...!! dan jangan lupa bayar kewajipan Z A K A T...!!




SBPA yang akan diperkenalkan 2012 menggantikan SSM bakal melahirkan lebih ramai kaki bodek dan kaki ampu walaupun Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menawarkan apa yang lebih menarik.

Ini kerana markah penilaian yang akan diberikan oleh seseorang ketua jabatan mewujudkan ke arah itu. Cara pemarkahan seperti berikut, markah 95% keatas mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 15% daripada gaji pokok. Manakala markah 85% hingga 95% mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 8% dan 75% tiada kenaikan gaji. Markah dibawah daripada 70% disyorkan berhenti.

Kaki bodek dan kaki ampu yang sememangnya wujud akan bertambah ramai. Kalau dalam bidang pendidikan dan kami yang terlibat secara langsung merasakan dan sakit hati dengan perkara sebegini. Kaki bodek dan kaki ampu boleh meninggalkan kelas bersembang dengan pengetua yang ‘kononnya’ ada sesuatu yang penting untuk dibincangkan. 


Pelajar-pelajar di kelas ditinggalkan. Ada kaki bodek dan kaki ampu bertambah garang dan menjadi bising tiba-tiba apabila pengetua melintasi kelas yang mereka ajar. Wujud seribu satu macam cara bodek dan ampu yang digunakan. Ada yang berdegar-degar bercakap tentang ‘kerja’ yang dilakukan pihak lain seolah-olah dia yang melaksanakannya. Ini bukannya tuduhan tetapi berdasarkan pemerhatian.

Cara permarkahan pengetua yang tidak pernah berbincang dengan pegawai yang dinilai juga satu masalah. Pegawai yang dinilai tidak pernah mengetahui markah yang mereka perolehi. Ini kerana pengetua mengarahkan borang pemarkahan ditandatangan terlebih dahulu sebelum markah diberi. 


Markah secara ‘tunjuk’ juga diamalkan pengetua. Pengetua mengarahkan pegawai penilai pertama[penolong kanan] bahawa si polan bin si polan mendapat markah sebanyak ini dan sebanyak itu. Memberi kekangan dan batasan kepada pegawai penilai pertama. Bayangkan bagaimana markah pegawai yang dinilai tidak disukai pengetua.

Nampaknya cara permarkahan seperti di atas agak ‘karut’ disamping pelbagai cara-cara karut yang terdapat sebelum ini. Pihak berkaitan kena lebih prihatin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan