Khamis, 29 Disember 2011

Berbuat Kebaikan

Pada diri manusia itu sendiri terdapat berjuta2 caj2 +ve dan -ve mewakili dirinya. Untuk tujuan memudahkan pemahaman, saya hanya bg satu contoh campur dan tolak sahaja. Saya namakan insan untuk contoh saya ini sebagai Ali.

Sebelum akil baligh, Ali dalam keadaan neutral (tiada dosa), tetapi dia hanya ada potensi sahaja untuk berbuat baik atau buruk. Apabila sampai sahaja ketika dosa dan pahala menjadi tanggungjawab dirinya sendiri, ketika itu malaikat yg ada di kiri dan kanan bahunya akan mula mencatit. Katalah Ali membuat kebaikan, dia memberi positif yg ada pada dirinya kepada orang lain. Disebabkan oleh itu, apa yg ada pada dirinya wujudlah caj negatif, keadaan tidak neutral. Ali sekarang ini sudah bercaj -ve, secara automatiknya caj +ve akan tertarik kepada dirinya (caj yg berlainan menarik satu sama lain). Disini kita kaitkan dgn sifat Allah yg maha adil, penyayang dan berkuasa. Allah akan membuat caj +ve (kebaikan) akan kembali kepada Ali semula seperti janji2 Allah dalam firmanNya;

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? ArRahman 55:60

Jika Ali membuat kebaikan, perbuatan dirinya tersebut (memberi caj +ve) akan dicatit oleh malaikat dan tidak akan sedikitpun perbuatan baiknya itu akan tercicir dari perhitungan Allah.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Al-Zalzala 99:7

Allah akan merencanakan dan mengubah dunia agar kebaikan akan berbalik semula kepada Ali, tidak semestinya perbuatan yg sama malah mungkin ianya kembali tanpa disangka2 seperti maksud ayat seribu dinar.

Bagaimana pula jika Ali membuat keburukan/dosa? Dia memberi caj -ve dari dirinya, maka caj +ve yg ada pada dirinya akan menjadi penarik untuk caj -ve kembali semula kepadanya. Maka Ali sebenarnya yg akan menarik keburukan untuk kembali kepadanya semula dan apa yg terjadi adalah dari tindak tanduk dan perbuatan dirinya sendiri.

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Al Isra 17:7

Maka jika kita ditimpa musibah dan bencana maka bersyukurlah kita kepada Allah kerana ianya mungkin perbuatan2 kita yg lampau dan ianya kembali semula kepada kita. Kebanyakan diri kita telah lupa apa yg telah kita lakukan dimasa dahulu akan tetapi tidak pada malaikat yg mencatitnya. Siksaan didunia teramat ringan berbanding siksaan diakhirat maka berterimakasih lah kepada Allah kerana Allah sayangkan kita dan memberi balasan tersebut didunia. Akan tetapi jika kita melakukan kemungkaran dan kita tetap hidup senang, maka fikirkanlah, adakah Allah sudah membuang belas ikhsannya kepada kita dan menyimpan balasan tersebut di akhirat kelak?

Pada pendapat saya tidak, kerana Allah itu maha pengasih. Akan tetapi disebabkan kita berkuasa untuk menghalang keburukan dari sampai kepada kita, contohnya pemimpin2 zalim yg berkuasa dan punyai kedudukan yg hebat dgn sokongan2 ahli dan kesenangan yg melimpah ruah, maka kita sendiri yg menyimpan balasan2 tersebut diakhirat kelak. Akan tetapi jika kita pemimpin yg adil, melakukan tanggungjawab kerana Allah dan bersabar untuk balasan di kemudian hari maka teramat besarlah pahalanya nanti.

Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya. Al-Mukminun 23:111

Dosa dan pahala adalah sesuatu yg tidak kelihatan, disebabkan itu ramai manusia yg mengambil lewa perbuatan dan amalannya terutama sekali perbuatan yg buruk. Akan tetapi kita tidak boleh lari darinya kerana kita itu semua telah dijanjikan Allah. Allah maha adil maka jangan ingatlah perbuatan buruk sekecil zarah sekalipun akan terlepas.

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Al-Zalzala 99:8


sumber: http://syurgadidunia.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan