Selasa, 13 Disember 2011

sekolah termewah






Jangan salah faham, ini bukan pusat membeli belah, hotel atau tempat-tempat seumpamanya di mana orang bersenang-senang, tapi ini adalah bangunan sekolah, tempat orang belajar, menimba ilmu. Orestad College di Denmark, menjadi satu-satunya bangunan sekolah termewah dengan berbagai fasiliti kelas satu.

Sekolah ini dirancang sedemikian untuk para pelajar, dengan itu diharap mereka boleh menghasilkan prestasi maksima. Kalangan akademik Denmark percaya bahawa sinar matahari dapat membangkitkan semangat belajar para siswa. Bangunan sekolah dirancang sedemikian rupa untuk memaksimakan masuknya sinar matahari sebagai sumber penerangan.

Tidak seperti umumnya sekolah yang serba terkotak-kotak, maka rekaan bahagian dalam dibuat serba terbuka, sehingga lantai bahagian atas boleh melihat bahagian-bahagian di bawahnya. Selain koneksi internet(wifi) di setiap tempat, setiap siswa juga mendapat laptop. Juga ada bantal oren multi fungsi yang boleh dipakai untuk santai, belajar, atau tidur untuk melepaskan kepenatan.

Tidak hairanlah reka bentuk unik sekolah ini berjaya mendapat pengakuan internasional melalui beberapa penghargaan.

Melihat semua yang ada di Orestad College, rasanya memang tidak ada alasan tidak mencapai keputusan cemerlang bukan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan