Kita semua punya guru sejak dilahirkan. Ya, ibu bapa kita adalah guru terdekat dalam hidup kita. Semenjak aku kenal erti hidup (macam Maya Karin punya lagu dulu-dulu), kalau orang sebut anak cikgu mesti ada sedikit pandangan yang masyarakat dengan skeptikal akan cakap secara berbisik atau terang-terangan. Membesar dengan pandangan begitu membuatkan aku secara jujurnya meletakkan pandangan masyarakat adalah sesuatu yang mempunyai baik dan buruknya. Yang baik ambil, yang buruk kita baling dalam tong sampah (sebab ada seorang kawan aku kata, habis madu, sepahnya jangan buang bersepah. Sila buang dalam tong sampah)
1. Sentiasa dibanding bezakan dengan anak rakan sekerja atau anak murid.Aku tak tahulah kalau masa aku baru nak pandai berjalan, bertatih atau bercakap sudah dibandingkan atau tidak. Itu aku kurang pasti. Tapi kalau melihat kawan-kawan di sekolah sekarang ini, mereka ada juga bercakap bila anak mereka sudah pandai bertatih atau macam-macam lagi.
Kiranya perkembangan anak masing-masing diketahui. Benda bagus sebenarnya sebab ada ilmu yang dikongsikan. Lebih-lebih lagi rakan sekerja aku adalah yang berpengetahuan dan mencari ilmu di Internet juga. Aku pasang telinga dengar, manalah tahu ada rezeki dapat anak sendiri suatu hari nanti. Cewah!
Tapi kalau aku dulu, memanglah sudah lali dengar Puan Mulia cerita balik apa kawan-kawan dia cerita di sekolah tentang anak masing-masing. Memanglah bengang. Kalau dia cerita yang baik pasal aku tak mengapa, dia akan dengan rendah dirinya beritahu anak dia ini tak hebat mana pun (baiklah, mengaku bahawa aku tak hebat macam orang lain yang masuk asrama semua tu).
maka belajarlah sekuat dan sekeras entah apa pun aku tak tahu asalkan Puan Mulia dan Ketua Keluarga Hebat gembira. Ya, aku dulu belajar dengan niat agar mereka berdua tidak akan malu bila setiap kali peperiksaan keputusan keluar. Niat tak berapa nak betul kan?Senyum.
2. Dibandingkan dalam keluarga.
Ini sebenarnya sama sakit dengan yang pertama. Tapi ini lagi kejam sebenarnya. Kata-kata kiasan yang menusuk kalbu dan kau tidak boleh nak membantah sesuka hati memandangkan dibezakan didalam keluarga. Apalah nak dibandingkan makan dalam hati kau dengan kata-kata orang yang digelar keluarga dan ditautkan bukan setakat pada ikatan macam di Mukabuku tetapi darah keturunan. Memanglah payah.
Anak cikgu pun tak dapat 5A? Apa la. Kesian, mak bapak ajar anak orang kat sekolah, anak mereka tak jadi orang.
Sesuatu yang aku gembira dengan diri aku adalah kemarahan aku akan aku salurkan kepada sesuatu yang baik (aku rasa baik). Aku bengang orang mengata aku begitu dan melibatkan Mak dan Abah aku yang bukannya duduk ambil peperiksaan dengan aku dan bukannya mengajar aku di dalam kelas, maka, aku belajar bersungguh untuk menutup mulut orang begitu. Dan benda itu membuatkan aku terbiasa buat segala-galanya sendiri demi membuatkan orang berhenti bercakap sewenang-wenangnya tentang aku. Tapi kalau dah mulut manusia, apa mereka kira kan?
3. Jarang kena pukul dengan cikgu di sekolah, tetapi di rumah selalu.Seingat aku, hanya 3 kali aku pernah dipukul oleh cikgu di sekolah. Boleh dikira maka kiranya bolehlah disandarkan kononnya budak baik yang naif serta patuh kepada peraturan (ayat biasa budak sekolah : skema). Ya, aku budak skema yang selalu ketakutan dengan peraturan walaupun ada orang selalu kata peraturan yang ada bermaksud kita perlu langgar peraturan tu.
Apa hukuman di rumah itu adalah sebagai latihan supaya kau takut nak kena denda di sekolah. Tapi budak sekarang kalau kena denda di sekolah, esok mak bapak datang serang sekolah bawa pegawai berbaju putih, encik peguam.
4. Anak cikgu kena jadi contoh segalanya.Anak cikgu kena pandai.Anak cikgu kena baik.Anak cikgu kena bersopan santun.Anak cikgu kena jadi yang terbaik.Anak cikgu mesti jadi ketua segala.Semua pun anak cikgu mesti yang paling bagus.
Mati.Aku budak sederhana. Yang hanya nombor dua dalam sekolah lepas peperiksaan SPM.Aku budak yang baik jugalah. Tengok ada perkataan jugalah, maksudnya tak baik sangat.Aku budak yang err, sopan santun tu macam perempuan lemah gemalai ke? Aku tak.Aku budak yang kedua terbaik masa SPM. Bolehlah kira begitu kan?Aku budak yang tak dapat jadi ketua apa-apa kecuali ketua pengawas sekolah agama. Ha ha ha.Anak cikgu lain bagus kot? Aku tak.
Tapi senarionya, kalau kita lihat situasi dari dulu sampailah sekarang, dalam media massa contohnya. Kalau dalam tajuk ada perkataan "cikgu", mesti benda itu akan jadi cerita yang meletup, cerita yang gempar dan bikin panas satu Malaya. Kalau benda baik tak sangat, tapi kalau benda kurang baik, memanglah semua orang nak buat liputan. Sebab itu aku selalu kata dengan anak murid aku yang aku bertuah tidak mengajar di Jepun ataupun Korea. Itu disebabkan kalau di negara-negara berkenaan, apa-apa kes yang berlaku, habis guru-guru yang pernah mengajar penjenayah atau apa sahaja kes buruk akan ditemubual.
5. Pemilihan Kerjaya.Ini bukanlah sesuatu yang mudah.Sesuatu yang berkaitan dengan hidup dan masa hadapan sendiri kan?Tapi orang selalu kata, anak cikgu mesti akan jadi cikgu juga. Hakikatnya ramai sahaja anak-anak cikgu pilih kerjaya lain.
Jadi doktor, jurutera, jururawat, arkitek, peniaga dan sebagainya. Benang takdir semua orang pastilah tidak sama. Jalinan tidaklah akan sentiasa mengikut apa yang orang tua mereka lakukan kecuali pekerjaan itu sesuatu yang diwarisi. Contohnya ahli keluarga mempunyai syarikat dan dia diamanahkan bekerja dengan syarikat itu, maka itu yang boleh dikatakan sama.
alhamdulillah. Aku seperti aku yang kalian semua kenal. Mempunyai kerjaya yang sama dengan dua manusia baik yang melahirkan, membesarkan serta mengasuh aku sehingga menjadi siapa aku sekarang. Yang baiknya tentunya datang dari Allah serta ajaran mereka dan yang jahatnya aku akui adalah natijah daripada kenakalan dan kelemahan aku sendiri tidak mendengar kata-kata mereka di saat aku melalui kehidupan aku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan