Mungkin anda pernah lihat perbagai jenis bentuk logo. Namun tahukan anda semua, terdapat beberapa simbol yang tersembunyi dan membawa maksud yang tertentu dalam sebuah logo terkenal.. Mari kita lihat contoh logo jenama terkenal di bawah…
Anda mungkin berfikir bahawa anak panah berwarna kuning itu tidak membawa maksud apa-apa. Tetapi ia menunjukkan bahawa amazon.com mempunyai segala-galanya dari A hingga Z dan ia juga mewakili senyuman di muka para pelanggannya. Wow, maksud yang mendalamkan.
Sony VAIO adalah jenama yang terkenal pengeluar komputer riba. Tetapi adakah anda tahu bahawa logo VAIO juga mempunyai makna yang tersembunyi? Yah, dua huruf pertama mewakili isyarat analog. Dua huruf terakhir kelihatan seperti 1 dan 0, yang mewakili isyarat digital.
Toblerone adalah coklat yang diperbuat dari syarikat dari Bern, Switzerland. Bern dikenali sebagai City Of Bears. Oleh itu mereka telah padankan idea ini dalam logo Toblerone, kerana jika anda melihat pada bukit diatas anda pasti melihat gambar seekor beruang.
Unilever adalah salah satu pengeluar terbesar dalam bidang makanan, minuman, agen pencuci dan produk penjagaan diri. Mereka menghasilkan banyak produk yang berbeza dan mereka mahu menyatakan ini dalam logo mereka. Oleh itu setiap bahagian logo mempunyai makna. Sebagai contoh: jantung mewakili kasih sayang, penjagaan dan kesihatan, burung adalah simbol kebebasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan