Rabu, 28 Disember 2011

Makan Luar

Kebelakangan ini banyak sangat kita terbaca dalam berita perihal kecurangan yang bergelar isteri pada suami mereka sehingga sampai tahap di tangkap berzina.Agak memalukan bila ada yang di tangkap oleh suami mereka sendiri sedang berzina. Terpanggil di sini saya nak sampaikan pandangan peribadi saya berhubung isu panas ni berdasarkan apa yang saya dengar dari rakan-rakan.

 
1.SUAMI LAYAN
Faktor ini lebih kepada layanan suami terhadap insan bergelar isteri . Banyak suami yang melayan secara kurang baik terhadap isteri mereka .Selalunya perkara ini terjadi setelah sekian lama berkahwin,akan timbullah sengketa sesama sendiri yang kadang-kala sampai tahap memukul isteri.Ini menyebabkan si isteri mula mencari seseorang untuk di luahkan perasaan. Atas alasan tersendiri si isteri mula jatuh cinta dengan lelaki lain yang kadang-kala berakhir dengan curang pada suami masing-masing.

2.LAYAN SUAMI
Faktor ini nampak terbalik..tapi itulah hakikatnya ada setengah isteri yang dalam rumahtangga mereka melayan suami secara tidak baik, menengking suami di khalayak ramai.Suami sebegini lebih kepada yang saya kategorikan sebagai suami "dayus"(maaf la yek..).Suami seolah bodoh dan mendengar sahaja kata si isteri.Suami sebegini si isteri selalu mengambil kesempatan yang akhirnya sampai peringkat menduakan suami.Si isteri 'besar kepala" dan rasa bebas melakukan apa sahaja tanpa takut tindakan suami terhadap mereka.

3.JANTAN LAYAN
Bagi isteri yang bekerja mudah kena faktor ini.Contohnya tempat kerja ada pemuda mahupun suami orang yang berkenan pada si isteri orang tadi, akan sedaya upaya cuba memikat isteri orang tersebut.Isteri orang ini di mata lelaki itu ibarat "Ikan Emas" berlainan dengan isteri sendiri yang di pandang seperti "ikan masin" jer he he..Gaya cakap,lenggang lenggok isteri orang selalunya mudah menggoda si jantan-jantan hidung belang.Alasan mereka nak 'test" bini orang ni sahaja...faktor mengandung luar nikah tolak tepi kerana si isteri masih bersuami(nauzubillah).

Pada mereka ada orang yang akan bertanggung-jawab(si suami) tanpa mereka sedari.Jadi bergantunglah pada si isteri untuk menahan godaan melampau sebegini.Kes ini paling banyak saya dengar.Rasa sedih apabila setengah suami langsung tidak tahu anak yang mereka sayangi adalah hasil zina si isteri dengan lelaki lain.

4.LAYAN JANTAN
Ini yang paling saya tak berkenan..banyak si isteri di luar sana yang suka la pulak melayan usikan,godaan jantan-jantan hidung belang yang setengahnya "jantan kelaparan".Saya ambil contoh kes baru-baru ini di mana seorang isteri yang bekerja kilang sanggup meninggalkan suami dan anak-anak mengikut lelaki Bangla.Lelaki Bangla ,merupakan "jantan kelaparan" yang paling manis mulut mereka dalam menggoda isteri orang.Kena pula muka hensem sedikit ,cair si isteri orang tadi. Mereka ini tidak memilih rupa isteri orang ,asalkan dapat "merasa"sudah cukup.Atas faktor tertentu yang ada pada Mat Bangla ini, si isteri boleh jatuh cinta sehingga sanggup buang suami dan anak-anak.

Di sini faktor nafsu wanita yang 9, mengatasi akal yang 1 juga menjadi penyebab.Sesetengah mereka mendahulukan nafsu mereka dalam menyelesaikan sesuatu masaalah (BERHATI-HATI WANITA) Terdapat banyak kes wanita yang berzina merayu dan menyesal serta ingin pulang semula ke pangkuan suami.Jadi anda fikir-fikirkanlah masih adakah suami yang sanggup memaafkan isteri sebegini?Nasi sudah menjadi bubur,ego lelaki terlalu tinggi..lagi pun suami di anggap dayus jika menerima semula isteri sebegini melainkan di cerai dahulu.

Buat anda semua yang telah berumahtangga cuba sedaya upaya menjaga rumahtangga masing-masing.Jika ada permasaalahan atau gangguan luar cuba atasi dengan berbincang.Bagi isteri mahupun suami..sesekali periksalah handphone pasangan anda,perlu ada curiga juga.Kita tidak mahu bila nasi dah jadi bubur..semuanya berakhir dalam keadaan malu.Selagi boleh ada penyelesaian mari kita atasi secara baik.Minta bantuan kaunselor atau minta pandangan orang yang lebih berpengalaman. Wallahualam.

sumber:http://www.zulkbo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan