Isnin, 2 Januari 2012

high pay


blog walking n then found the list of high paid ranking among professionals...since the bolg is private just copy and paste..hehehe...

Info: High paid ranking (undisclosed source)
1. Specialized surgeon
2. Managing Director
3. General Surgeon
4. Commodities Futures Broker
5. General Manager
6. Company Director
7. Legal Service manager
8. Creative Director (Advertising)
9. Operations Manager (Finance)
10. Foreign Exchange Dealer/Broker 
11. R&D Manager 
12. Business Development Manager
13. Legal Officer
14. Computer and IS Manager
15. Corporate Planning Manager
16. Technical Manager
17. Treasury Manager
18. HR/Personnel Manager
19. Advocate & Solicitor
20. Budgeting & Finance Manager
21. Marketing Manager
22. Engineering Manager
23. Lawyer
24. Operations Manager (Commerce)
25. Sales Manager
26. Customer Service Manager
27. Chemical Engineer (Petrochemicals)
28. Business Management Consultant
29. Production/Plant Manager
30. Procurement Manager
p.s : jauhnye engineer..sob..sob.. T.T

1983

IPhone pertama sebenarnya telah ada pada tahun 1983. Tanpa skrin sentuh (touch screen) lagi, iPhone ini adalah talian tetap dengan handset putih dan skrin yang terbina dalam yang dikawal dengan stylus.

iPhone pertama telah ada pada tahun 1983

Telefon ini direka untuk Apple oleh Hartmut Esslinger, seorang pereka berpengaruh yang membantu menjadikan komputer IIC Apple (Komputer 'mudah alih' Apple yang pertama) dan Frogdesign yang kemudiannya diasaskan. IPhone 1983 ini sesuai dengan reka bentuk yang lain Esslinger untuk Apple. Ia juga meramalkan touchscreens kedua-dua iPhone dan iPad.

iPhone pertama telah ada pada tahun 1983

IPhone 1983 adalah hanya salah satu prototaip yang dikebumikan pada masa lalu oleh Apple. Terdapat juga alat yang kelihatan agak serupa dengan iPad 1. Selain usia telefon, ia sebenarnya kelihatan seperti konsep yang cool yang boleh dikemaskini dengan mudah ke dalam produk pengguna yang moden dengan menggantikan skrin stylus mudah dengan antara muka seperti iPad

Mudah yang kelakar


sapa2 yang masih tiada jodoh boleh iklankan diri anda dimudah,,,



bomoh pon dah pandai wat iklan kat mudah,,,,,



cukup ke nak beli batu nisan,,,, ingat pembeli 18 hingga 23 tahun saje,,,masih dara,, 



mungkin ada hantu kat kedai ni,,,,



jadi ke nak beli hanpon ni,nak pau org ka,,,



kaki messi pon ada jual kat mudah,,,,,

Kesian budak ni jadi mangsa bahan rakan2 dia hehehe

mana tak kos naik...


P. S Bagi yg bekerja mesti ada pengalaman camnie ni kan hehehe...yang lain duk bagi arahan je..ckp je byk buatnya takde pun hehehe..eksyen je lebih ckp mcm pandai hehehe...tapi aku paham keadaan dorang sbb aku pun selalu alami..kenkadang aku pun turung padang wat sama2 ngn dorang...kesian tgk dorang letih...

Fixed

Don 't have a spoon? 
I can fix that!



Seatbelt broken? 
I can fix that!



New TV too big for the old cabinet? 
I can fix that!



Electrical problem? 
I can fix that!



Car stereo stolen? 
I can fix that! 




Bookshelf cracking under the weight? 
I can fix that!




Can't afford a real GPS? 
I can fix that!




No ice chest? 
I can fix that!




Can't read the ATM screen? 
I can fix that!




Car imported from the wrong country? 
I can fix that!



Satellite go out in the rain? 
I can fix that!



Electric stove broken & can't heat coffee? 
I fixed that.



Wiper motor burned out? 
I can fix that!



WTH?



Display rack falling over? 
I can fix that!



Tires worn out? 
I fixed that. 
Might be a little hard to steer.



Exhaust pipe dragging? 
I can fix that!


 
Gotta feed the baby AND do the laundry? 
I can fix that!




Cables falling behind the desk?
I can fix that!



I actually think that's ingenious.




Tersangat lah kreatif dan bijak dorang nie hehehe

Banyak lagi gambar di  http://thereifixedit.failblog.org/

Saudaraku POLIS...

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuh,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Tugas Mulia


Saudaraku anggota polis,
Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku

Saudaraku anggota polis,
Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):

“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda:
“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya Kuasa

Saudaraku anggota polis,
Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,
Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Allah Tidak Lupa
Saudaraku anggota polis,
Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Dunia Sementara

Saudaraku anggota polis,
Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):
“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).
Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga :
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).

Nasihati Hasan al-Basri

Saudaraku anggota polis,
Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan‘atasan’. Maka, mungkin ada yang berkata ‘kami hanya menjalankan tugas’. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata ‘Umar bin Hubairah:

“Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.

Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”.Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,
Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Oleh : Dr. Mohd Asri Zainul Abidin,
Mantan Mufti Negeri Perlis Darus Sunnah

Mahasiswa bukan punching bag.>>!

‘Punching Bag’ 2012| Print |
http://nawrif.blogspot.com   

Tanggal 1 Januari 2012 merupakan permulaan sejarah baru kebangkitan mahasiswa di Malaysia yang selama ini dilaung-laungkan hampir 40 tahun dikatakan lesu. Peristiwa yang melibatkan seorang mahasiswa Universiti Malaya yang juga merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dipukul sehingga koma oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) adalah acara pemotongan reben 2012 oleh gerakan mahasiswa secara rasmi!
Adakah nyawa rakyat Malaysia sekarang ini yang juga merupakan mahasiswa terlalu murah? Kadar inflasi negara meningkat tetapi nyawa rakyat susut nilai? Adakah ini wajah ‘Malaysia Baru’ yang dicanangkan oleh Perdana Menteri? Inikah alasan PSP untuk menggunakan seksyen 8 Akta Perhimpunan Aman? Terlalu banyak persolan yang timbul mutakhir ini yang wajib dijawab oleh pihak berkuasa.
Ya, sememangnya pihak berkuasa tidak bersetuju dengan Himpunan 1112: Solidariti untuk Adam Adli, tetapi adakah ini penyelesaian terbaik? Mereka  seharusnya ingat, sekali mereka melakukan sedemikian, berjuta kali mahasiswa akan terus berhimpun. PSP mungkin mengambil ‘iktibar’ kesopanan mereka sehingga tercetusnya isu Adam Adli, penutup kontroversi mahasiswa 2011.
Mungkin Adam Adli dianggap sebagai mahasiswa tidak bermoral tetapi bermoralkah mahasiswa yang terlibat dengan ‘aktiviti malam’ yang lain? Saya tertarik pada komen mahasiswa Malaysia yang menuntut di Mesir. Sepatutnya perlu ada pimpinan tertinggi kerajaan yang tampil mengambil hati mahasiswa dengan mengadakan sidang media dan cukup dengan mengatakan ‘Perkara tersebut perkara kecil sahaja  (menurunkan banting). Tidak perlu diperbesar-besarkan. Bebaskan beliau daripada sebarang hukuman.’ Pada hemat saya, rasanya PM sendiri boleh menarik kembali hati mahasiswa walaupun dengan hanya ‘Tweet’ menerusi telefon beliau.
Saya akui bukan semua aktiviti aktivis mahasiswa sebelum ini  saya setujui, terdapat juga sebahagiannya jauh di di lubuk hati saya merasakan ia tidak seharusnya dilakukan dek kerana kurang adab dan sopan di dalam tindakan tersebut namun  tidak bagi kes ini, tidak. Dahulunya saya juga berfikiran, ‘Kenapa tidak hantar sahaja seorang atau berdua untuk menyerahkan sebarang memorandum? Kenapa tidak kutip sahaja referendum dan terus diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab? Kenapa dan kenapa perlunya berhimpun beramai-ramai?’. Akhirnya persoalan demi persoalan tersebut terjawab, sebenarnya, itulah motif yang utama; berhimpun. Bukan kerana makin ramai yang berhimpun, semakin meriah perhimpunan tersebut tetapi bilangan yang ramai tersebut hadir kerana ingin membuktikan sokongan rakyat dan mahasiswa terhadap  sesuatu isu. Beza bukan jika yang berkumpul 10 orang dengan 10 ribu orang? Apatah lagi jika jumlah perhimpunan tersebut mencecah 100 ribu orang.
Sudah pasti kita masih lagi ingat akan peristiwa adik Amirul Rashid yang ditembak polis pada April 2010 yang mana mahkamah telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap pegawai polis terlibat. Kejadian tersebut benar-benar telah memberi satu tamparan hebat bagi anggota polis di Malaysia. Ingin saya tegaskan di sini, saya bukan membenci mereka bahkan tiga orang saudara terdekat saya juga merupakan anggota polis. Mereka juga manusia biasa dan yang lebih utama, mereka menerima arahan pihak atasan. Saranan saya, kembalikan imej polis, transformasikan seruan ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’.
Mahasiswa bukan medium ‘Punching Bag’ anggota penguatkuasa. Acara ‘perasmian’ semalam benar-benar menandakan kemarahan mahasiswa ibarat luka yang ditaburkan garam. Awas mereka-mereka yang terlibat, jangan terkejut akan natijah PRU-13 nanti, hadiah daripada mahasiswa ‘1Malaysia’.
Kepada aktivis mahasiswa;
Patah sayap bertongkat paruh,
Patah paruh bertongkat siku,
Patah siku bertongkat dagu,
Patah dagu bertongkat kuku.
MUHAMMAD FIRWAN NORLIZA
MANTAN PRESIDEN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2009/2010
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA