Isnin, 23 Julai 2012

2 darjat



(Anda saksikan bagaimana anak yatim hanya duduk kat lantai..)

Gambar ini dihantar ke email aku sebentar tadi.Tak sampai sehari aku kata aku bukan lagi penyokong Umno/BN dah datang info jenis ini yang selama ini tak pernah singgah.

Gambar taraf HARAMJA ini mungkin sehari dua yang lalu bila Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan konon nya meraikan 100 anak anak yatim sempena bulan Ramadhan yang mulia.Niat meraikan anak yatim itu kira oklah dan akan ramai lagi PEMIMPIN UMNO yang akan buat promo diri sendiri macam ini sambil memperkudakan anak yatim sempena Ramadhan ini...itu pasti.

(Tak ada hati perut ke yang sedang mentekadarah ini semua?)

Meraikan anak yatim haramja apa bila yang diraikan duduk makan atas lantai sedangkan yang meraikan mereka dan VIP duduk selesa atas kerusi empuk makan bermeja.Aku cukup pantang bila lihat senario macam ini dilakukan terhadap anak anak yatim saban tahun bila Ramadhan menjelma.Kalau pembaca blog ini masih ingat aku ada tulis artikel pasal aku MENGAMUK disuatu majlis berbuka puasa meraikan anak yatim di satu hotel 5 Bintang beberapa tahun lalu kerana perbezaan MENU antara yang meraikan dan di raikan.Habis meja aku terbalikan dan aku terpaksa di usir keluar oleh sekuriti kerana merosaKkan majlis itu.

(Ini gambar aku cilok dari fotoblog UMB dan jangan terpedaya.
Ahmad Maslan ambik gambar ini untuk promo diri dia konon nya sayangkan
anak2 yatim,tapi dia pun mentekadarah atas kerusi empuk jugak.)


Kalau lah aku berada dimajlis dalam gambar ini pasti DOME penutup sajian tu singgah dikepala Ahmad Maslan..aku peduli apa lu sapa!

INILAH WASSATIYAH DUKUNGAN NAJIB YANG BERJAYA DITERAP KEDALAM JIWA PEMIMPIN UMNO AGAKNYA.

WASSATIYAH....WASSATIYAH...WASSATIYAH HARAMJA !!!!

---------------------------------------
Source: http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/07/wassatiyah-umno-antara-dua.html

jangan


Teringat kata-kata seorang ustaz yang bahawasanya kita selalu lupa yang Allah itu banyak memberi kepada hamba-Nya dari mengambil sesuatu dari hamba-Nya.

Sebagai contoh. Bila seseorang disahkan menghidap batu karang, sembelit & buasir barulah tersedar bahawa betapa besarnya nikmat membuang air kecil & besar. Nampak kotor & jijik bila disentuh berkaitan dengan isu ini tapi manusia akan tersedar bila nikmat telah ditarik Allah.


Contoh lain. Bila saya selesema teruk sampai nafas pun berbunyi, baru nak tersedar bahawa betapa nikmatnya nikmat pernafasan dalam kehidupan seharian kita. Tampak simple, mudah & remeh sebab oksigen kita tak mampu lihat dengan mata kasar.


Rupe bentuk hidung kita tak mampu lihat pada setiap masa melainkan bila ada kat depan cermin. Kita hirup tanpa perlu tekan button Start & Stop, On & Off. Tapi, disaat bila nikmat bernafas ditarik sedikit oleh Allah, baru kita tersedar. Bila dah ditarik sepenuhnya oleh Allah, itu maknanya kita telah kembali ke alam barzakh..

Seterusnya, nikmat 10sen. Nampak murah, tak berharga & useless kan?
Kalau 10 sen tu ada atas lantai, confirm disapu. Kalau 10 sen tu dalam poket insyaAllah tak terasa. Kalau 10 sen tu dalam purse, kadang-kadang memang tak terperasan pun kehadirannya.
Teringat zaman sekolah menengah. Nak gune public phone, call ibu ayah baru terkinja-kinja nak cari duit syiling kat kantin, kiosk & pinjam kawan pun tak termalu dah. 50 sen, 20 sen & 10 sen tyme tu adalah matawang yang sangat berharga. Jatuh dalam longkang pun sanggup kutip. Tanpa 10 sen, public phone dengan tanpa segan silunya mematikan panggilan yang didail oleh anda. Baru terasa betapa bernilainya sesuatu itu apabila kita berkehendak ke atasnya.


Ada lagi. Bila mata mulai rabun & bila mata kian silau baru terasa disaat itu betapa nikmatnya nikmat penglihatan yang diberi pinjam oleh Allah.


Lagi & lagi. Bila manusia makan, manusia kenyang, manusia buang. Sebab apa? Sebab dia yakin dengan duit yang berkepuk di dalam pursenya, dia yakin bahawa esok dia akan makan sesedap hari ini bahkan maybe lagi enak dari hari ini. Tapi kalau sekali Allah tarik? Maybe sebutir nasi, seulas bawang, secubit bahulu pun kita akan anggap sesuatu yang sangat bernilai. Manusia mencari tempat untuk membuang sisa makanan terbuang yang kelihatannya masih 'enak'. Tapi, mereka yang diuji Ilahi terus & terus mencari sesuatu untuk mengalas perut yang sememangnya sudah lama tiada 'beralas'.


Jangan sia-siakan, remeh-remehkan, senda-sendakan, kecil-kecilkan
sesuatu yang kita rasa tiada nilai disisi kita walaupun dengan hanya seukir senyuman kita kepada ibu ayah, suami isteri, guru-guru, sahabat-sahabat, adik beradik, jiran tetangga.

Siapa tahu dengan senyuman itulah mampu mengubat kesedihan yang ada di hati mereka tanpa kita ketahui dengan penglihatan mata kasar. Lihatlah dengan mata hati. Siapa kita untuk menilai sesuatu? Kita tiada hak & hanya Allah yang berhak.

Hargai & syukuri setiap sesuatu termasuk diri kita sendiri.
Belajar untuk memberi sesuatu untuk menerima sesuatu.
Kita mencintai Allah & Allah menghantar orang-orang yang dicintai-Nya hadir dalam jalan cerita hidup kita dalam pelbagai cara.
Di bulan Ramadhan kali ini, didik diri untuk memberi walau hanya dengan
seukir senyuman biarpun kita lapar
sebiji karipap biarpun kita kekurangan
seteguk air biarpun kita haus
sekelumit tenaga biarpun kita penat.
InsyaAllah tiada yang terlepas di mata Allah.
Sama-sama berdoa agar kita semua istiqamah di jalan-Nya =)

"Katakanlah (Muhammad), "Wahai hamba hamba-Kuyang beriman!
Bertaqwalah kepada Tuhan-Mu." Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batasan."
(Az-Zumar, 39: 10)

Ahad, 22 Julai 2012

soalan kuiz kimi-'A'! 2 PDT III KMS-hehdi


Answer All

     1)  Arrange in order strength oxidizing  agent
          Br2, Li+, H+, I2                                            E0 please refer SRP table

      2) Arrange in order strength reducing  agent
          Ag, Co, Cu, Zn                                            E0 please refer SRP table

    3) A galvanic cell consist of a lead anode immersed in a 0.20M solution  
        Pb(NO3)2 and a platinum cathode that has gaseous hydrogen bubbling 
        over it at a pressure of 1 atm. [H+]=0.1 M
          [E0 Pb2+ = -0.13V E0 H+ = 0.00V]

          Calculate  Ecell

    4) A galvanic cell consist of a silver  cathode immersed in a 0.15M 
        solution AgNO3 and a platinum anode that has gaseous hydrogen 
        bubbling over it at a pressure of 1 atm. [H+]=0.02 M
          [E0 Ag+ = +0.80V E0 H+ = 0.00V]

          Calculate  Ecell

     5) A current 7.5A pass through a Al2O3 (l) for 2 hours. Determine mass Cu 
         deposited at cathode

     6) A current 4.75A pass through a CuSO4 (aq) for 1 hours. Determine mass 
         Al deposited at cathode

         Answers please refer from your tutorial lecturers!!!! :)

         Hepi fasting!



nauzubillah himin zalik!

Seorang awek yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung kat Facebook. Status yang dia tulis "huh....sume yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke?" banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tetiba, ada sorang muslimah ne, namanya Suri balas komen Lia tu.

Suri : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka :)

Lia : Ala....tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang sana sini.

Suri : Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu..Katanya "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia..."Samalah dengan tudung, tudung yang disalahkan,"pakai tudung tak semestinya baik..bla..bla..bla..."

Lia : Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku..ntah-ntah kau dulu lagi jahat.

Suri : Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. Selagi awak islam dakwah itu wajib..At least, orang yang kita dakwah tu insaf dan bertaubat :)

Lia : Weh pompuan...kau ingat aku jahil sangat ke?? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik!

Suri : Adakah awak mendakwa diri tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat?

Lia : Pakai ketat ke, jarang ke..itu hak aku. Kalau tak suka tak payah tengok ok!

Suri : Awak berani jamin ke yang sume lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu?

Lia : Aku rasa aku tak pakai seksi pun. Terpulanglah pada orang yg melihat...so what??

Suri : Seksi atau tidak...hukumnya tetap berdosa walaupun menayangkan sehelai rambut :)

Lia : Ala...tak bertudung pun, aku solat dan puasa macam kau jugak.

Suri : Awak yakin ibadat tu diterima? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga?

Lia : Suka hati aku la nak pakai macam mana pun. Aku tak susah pun hidup orang lain.......

Suri : Awak sebenarnya dah susahkan bapa,abang,adik dan suami dengan menarik mereka ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik anda.

Lia : Apa yang aku pakai....ne antara aku dengan Tuhan.

Suri : Kat dunia berani la cakap. Berani kat depan Allah nanti cakap macam tu? Lawan perintah Allah neraka tempatnya..

Lia : Bukan aku tak nak tutup aurat....cuma masih belum sampai seru lagi.

Suri : Mati tak kenal usia. Tak takut ke mati usia muda. Nanti tak sempat nak bertaubat.

Lia : Relak la...perubahan bukan boleh buat terus...kena la slow-slow.

Suri : Boleh ke cakap dekat Malaikat Izrail suruh tunggu kejap? Lepak la dulu...jangan ambil nyawa aku lagi..boleh??

Lia : Tutup aurat tu bagus tapi tak nak la hipokrit bila buat tak ikhlas...

Suri : Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas beragama islam.

Lia : =.=" ok baiiiiii......................................

Renung2kan .....jangan sampai tiba masa kite di panggil mengadap ALLAH S.W.T baru nak sedar...

Sabtu, 21 Julai 2012

jadual waktu berbuka puasa dan imsak 1433H


1MELAKAMELAKA
2JOHOR
3PERAK
4SARAWAK
5SABAH
6TERENGGANU
7KELANTAN
8SELANGOR
9PAHANG
10WILAYAH PERSEKUTUAN
11WILAYAH PERSEKUTUANLABUAN
12PERLISPERLIS
13NEGERI SEMBILAN
14KEDAH
15PULAU PINANGPULAU PINANG
Jadual Waktu berbuka puasa dan imsak seluruh Malaysia 2012

Practice :)