Selasa, 24 Julai 2012

bahaya


Oleh Ahmad Lutfi Othman
Apabila kekuatan kerajaan dan pembangkang nampak seimbang, misalnya dengan penguasaan bilangan kerusi Parlimen yang hampir sama, juga penguasaan undi popular yang tidak jauh berbeda, saya kira ia merupakan perkembangan yang positif dalam sistem demokrasi.


Suara lantang oposisi, biarpun dilihat hanya bermotif untuk mencari kesalahan dan menonjolkan kelemahan seteru politiknya, juga bagi merebut tampuk kekuasaan, namun daripada perspektif holistik, ia tetap menyumbang kebaikan buat rakyat seluruhnya.

Justeru, bagi saya, tidak perlulah kita mempersoalkan apakah sesuatu kritikan atau teguran terhadap pemerintah itu ikhlas atau tidak? Pedulikan sama ada ia sarat dengan motif politik atau "ada udang di sebalik politik".

Yang penting, kebajikan dan kesejahteraan masyarakat -- hasil persaingan sengit antara kerajaan dan pembangkang -- dapat ditingkatkan mutu dan kualitinya. Dengan itu, kepentingan rakyat akan lebih terjaga dan terbela. Golongan terpinggir, seperti ibu tunggal, pesakit kronik, keluarga miskin dan anak yatim merasa disantuni dan dimartabatkan.

Masing-masing pihak, yang ghairah mencari sokongan dan meraih undi tentu akan berusaha berlipat kali ganda, untuk mempamerkan imej lebih positif, prorakyat dan berketrampilan, terutama dari segi keprihatinan dan kepedulian yang tinggi kepada setiap masalah rakyat.


Mereka bukan hanya berlumba-lumba untuk ringan tulang, turun padang menjenguk setiap penjuru kampung dan lokasi terpencil, malah di peringkat tertinggi, akan berusaha menawarkan pilihan lebih baik, dalam bentuk falsafah, dasar, polisi, pendekatan dan rancangan baru serta pelaksanaan dan sistem penyampaian yang cekap, efisyen dan sifar rasuah.

Agak kerap saya menekankan bahawa rakyat Malaysia yang menetap di wilayah yang mempunyai "dua kerajaan", yang mana parti memerintah di peringkat kerajaan pusat berbeda dengan kerajaan negeri, seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang (Perak, Terengganu dan Sabah juga pernah mengalaminya), sebenarnya lebih beruntung.

Justeru, idea "pembangkang sifar", seperti pernah diuar-uarkan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, sebenarnya bertujuan membunuh semangat demokrasi. Malahan, menang tanpa majoriti dua pertiga, seperti dialami BN di Parlimen sekarang, tidak perlu dikhuatiri pun. Ya, persetankan keselesaan elit penguasa; selama ini pun majoriti besar di Dewan Rakyat dan Dun hanya dieksploitasi untuk menindas rakyat, membolot khazanah kekayaan negara dan merompak wang pembayar cukai. Perbahasan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara turut menjadi lebih menarik dan mendebarkan.

Lihat saja situasi politik pasca PRU13. Demi rakyat, pelbagai pembaharuan, khususnya dalam bentuk skim kebajikan, terpaksa dilancarkan. Masing-masing mempunyai inovasi yang tinggi, walaupun sebahagiannya meniru atau mengadaptasi apa yang telah dilakukan oleh pihak lawan. Biarkanlah.

Misalnya, perubahan yang bermula di Kelantan, seperti lima hari bekerja, penambahan cuti bersalin, akhirnya dituruti kerajaan pusat. Begitu juga dengan pembaharuan terkini di negeri-negeri Pakatan Rakyat, contohnya pakej bantuan kepada ibu tunggal, golongan pelajar, keluarga daif, khairat kematian dan lain-lain lagi.

Apakah kita mengira pelbagai insentif one-off yang diusahakan Perdana Menteri Najib Razak akan muncul sendiri, sekiranya BN masih dalam zon selesa? Jangan harap akan muncul sederetan bantuan atas nama 1Malaysia. Persaingan juga memaksa wakil-wakil rakyat menyinsing lengan, mendekati pengundi, memeriahkan pejabat pusat khidmat dan menghulur sumbangan tanpa diminta.

Belum terlalu jauh untuk kita mengingati karenah Adun atau Ahli Parlimen BN yang menang mudah dalam setiap kali pilihan raya sebelum, dan memilih untuk memenuhkan tembolok sendiri, memperkaya diri dan kroni terlebih. Rakyat hanya dicari lima tahun sekali. Partisipasi atau penyertaan politik massa terlalu minimum. Semoga situasi jelik itu akan berkubur selamanya.

Apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, PDRM atau Jabatan Peguam Negara masih kuat dicengkam kepentingan pemerintah, dan sering bertindak mengikut paluan gendang Umno-BN, maka penduduk negeri Pakatan boleh berpuas hati jika tiada pemimpin mereka yang didakwa. Mereka sememangnya mempunyai pemimpin yang bersih jika tiada yang diheret ke muka pengadilan. BN yang menguasai agensi strategik kerajaan itu pasti tidak menunggu masa yang lama untuk mendera seteru politiknya jika ada kesempatan atau peluang.

Bukankah kita dapat saksikan, jika laporan polis dibuat terhadap tokoh yang tidak disenangi elit pemerintah, maka secepat kilat kertas siasatan dibuka dan seterusnya tanpa menunggu masa lama, dihadapkan ke mahkamah, walaupun dalam kes "pentafsiran sejarah" seperti dialami Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu?

Akhbar-akhbar harian pula akan memanipulasi sepenuhnya ruang bagi menyerang parti atau sosok oposisi walaupun berpunca dari sumber yang langsung tidak boleh dipercaya, seperti blog pencacai BN asalkan menguntungkan taukeh politik mereka.

Apakah anda jangkakan pihak berkuasa berdiam diri jika ada bukti pemimpin Pakatan, terutama yang menguasai kerajaan negeri, telah melanggar undang-undang, seperti salah guna kuasa, rasuah, pecah amanah dan pelbagai kesalahan lain?

Namun begitu, dalam suasana "semak dan imbang" nampak terlaksana, dengan kekuatan pembangkang dan kerajaan yang hampir seimbang, amalan korupsi masih belum berjaya dibanteras sepenuhnya. Lebih menyedihkan, gejala buruk itu -- yang menghakis hak rakyat untuk menikmati khazanah kekayaan negara secara lebih merata -- seperti kian berleluasa, mungkin dalam bentuk yang lebih sofistikated.

Kos sara hidup terus meningkat sedangkan pendapatan di takuk lama. Sesekali menemani isteri ke pasar, saya terkejut melihat harga keperluan dapur mencanak naik. Pernah kami meninjau Kedai Ikan IMalaysia di Setiawangsa, ikan kecil yang sudah pecah perut, dijual hampir RM15 sekilo! Terkini, pengiraan bil elektrik pun menjadi isu ...

Dari segi skandal kewangan, sebut saja kes-kes seperti lembu NFC, penganugerahan tender kepada kerabat menteri, sehinggalah yang terbaru, kerja pembinaan tambahan LRT Ampang dan juga isu kenaikan saman trafik kepada RM300 hingga RM2,000, melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).


Cukup memalukan apabila rakyat yang sudah sengsara dan sebahagiannya tidak dapat membawa pulang baki gaji bulanan secukupnya selepas ditolak hutang, makin diperah keringatnya. Hinggakan kesalahan jalan raya dijadikan pancing untuk terus "merompak" wang rakyat.

(Rakan saya memaklumkan ramai anggota tentera pangkat rendah, yang sering berkunjung ke pejabat koperasi, berdekatan Harakah, tidak mempunyai baki gaji bulanan seadanya untuk dibawa pulang ke rumah).


Program transformasi Najib hanya helah politik dan satu lagi talian hayat untuk terus merompak hasil mahsul negara. Sesungguhnya Umno tidak pernah berubah. Kedudukan yang genting selepas PRU13 tidak menginsafkannya, malah menjadikan lebih tamak atau sekurang-kurangnya sebagai peluang terakhir menimbun kekayaan.


Rasuah sudah menjadi darah daging dan denyut nadi Umno-BN. Jika amalan jijik berkenaan dapat dicerai-tanggal daripada parti yang memerintah sejak 55 tahun itu, saya yakin Umno akan berkubur.

Kesimpulan saya memang nampak klise. Tetapi begitulah ... kita berupaya mencorakkan kehidupan lebih baik hanya dengan menukar kerajaan persekutuan, sesuatu yang belum pernah "dicuba" selama ini.

Selepas menyaksikan pelbagai perubahan kosmetik yang diusahakan BN, potensi PRU13 adalah yang terbaik untuk kita memliki transformasi sepenuhnya. Seperti kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din, keputusan pilihan raya bukan tanda berakhir segalanya.

Jika rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi pemerintah yang baru dipilih nanti -- Pakatan -- mereka berpeluang mengubahnya dalam pilihan raya berikutnya. Silakan jika Pakatan juga menyeleweng dan mengkhianati amanah dan aspirasi massa.

Renungkanlah ... kita sudah mencuba, pertama, regim BN yang selesa mentadbir (sehingga mereka menodai segalanya) sejak begitu lama; begitu juga, kedua, merasai persaingan sengit BN-Pakatan pasca PRU12; dan kini, kita sedang melalui babak ketiga, ya, apa salahnya memberi peluang kepada kerajaan baru membuktikan tekad mereka.

Biarlah selepas itu, rakyat dapat membuat penilaian seadilnya, dengan melalui sendiri pengalaman sebenar, tanpa mudah dipengaruhi apa jua propaganda murahan, 'kan? 

2 ilham


Oleh Tuan Gru Nik Abdul Aziz Nik Mat
ANTARA hikmah zakat ialah bertujuan cuci hati manusia daripada sifat kedekut, kerana sifat kedekut itu suatu racun mempunahkan keimanan.


Jika racun bahan boleh menghancur jasad manusia, sebaliknya kedekut itu racun bisa bagi rohani insan. Orang yang menghindar dirinya daripada sifat kedekut, bererti berusaha menyuburkan imannya.

Zakat satu daripada rukun Islam untuk mengikis sifat bakhil, seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan siapa yang dipelihara oleh Allah SWT daripada sifat kedekut dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah Al-Hasyr sebahagian ayat 9)


Orang yang berjaya asuh hatinya daripada sifat kedekut, harta halal mesti dicari dengan usaha yang diredai Allah SWT.
Setelah diperolehi mesti usaha kikis racun bakhil yang bahaya itu.
Bagaimana hendak lari daripada sifat bakhil jika mereka tidak membiasakan diri menderma dan bersedekah. Kedekut mesti dikikis kerana ia saudara sifat mazmumah yang lain seperti pemalas, penakut, takabbur dan dengki.


Antara cara mengikisnya ialah mengganti sifat bakhil dengan sifat pemurah, penakut diganti dengan berani. Berani mesti digabung dengan benar.
Ini kerana ada pepatah mengatakan berani kerana benar, oleh itu jangan takut pertahankan kebenaran. Kerana yang benar itu hakikatnya datang daripada Allah SWT, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Kebenaran itu adalah daripada Tuhanmu, jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.” (Surah al-Baqarah ayat 147)


Penyakit bakhil akan lenyap sekiranya sentiasa rajin menderma, kerana sayang kepada sesuatu benda itu tidak akan berakhir kecuali paksa hati berenggang dengan harta di tangan.


Biasakan menderma dengan wang tanpa dilihat oleh mata, selok kocek dan hulurkan semua yang tergenggam di tangan. Dengan demikian lama kelamaan akan hilang sifat sayang kepada harta.


Dalam pengertian lain bahawa zakat itu mencucikan harta, kerana zakat itu dari segi bahasa bererti ‘pencuci’. Zakat boleh membersihkan pemiliknya daripada karat kedekut. Kedekut adalah racun yang boleh membinasakan iman pemiliknya.


Pada hakikatnya kedekut itu Tuhan berikan seorang sedikit. Begitu juga sifat pemurah sebagai batu ujian daripada-Nya, untuk menguji sama ada benar-benar bertauhid dengan tuntutan dua kalimah syahadat.


Zakat juga sebagai tanda bersyukur atas nikmat harta yang Tuhan berikan, cara bersyukur ialah menggunakan di tempat yang disetujui oleh Allah SWT, iaitu memberikan zakat terhadap lapan asnaf yang disebut dalam Surah At-Taubah ayat 60, mengeluarkan zakat itu bererti tidak menggunakan harta untuk kepentingan diri semata-mata.


Tanggungjawab orang yang hendak mengeluarkan zakat; pertama, hendaklah segera keluarkan zakat meskipun belum sampai pusingan tahunnya. Hikmah di sebalik bersegera itu ialah untuk menzahirkan kesungguhan kepada Allah SWT, mengerjakan sesuatu yang diperintahkan-Nya.


Dengan demikian dapat memasukkan rasa gembira ke dalam hati golong fakir dan miskin, yang sentiasa menunggu pemberian zakat kepadanya. Dengan penerimaan zakat itu akan menerbitkan kesyukuran, serta doa “jazakallahu khaira” ertinya mencetuskan satu kebaikan di kalangan manusia miskin mendekatkan diri dengan doa kepada Allah SWT.


Malah malaikat turut meraikan peristiwa mengeluarkan zakat di kalangan manusia itu dengan doanya: “Allahumma a’ati munfiqan khalafa wa a’ati mumsikan talafa” yang bermaksud: “Ya Allah berikanlah orang yang suka menderma kepada orang lain akan gantinya, dan berikanlah kebinasaan kepada orang kedekut.”


Menyegerakan keluar zakat untuk mendahului kehadiran halangan, masa bimbang daripada terhalangnya membuat kebajikan.
Ini kerana kemungkinan terjadi sesuatu petaka yang tidak diingini terhadap harta tersebut.


Berdasarkan pengalaman lalu melambatkan mengeluarkan zakat itu banyak kebinasaannya, melambat dan menyebabkan manusia terdedah kepada keingkaran terhadap-Nya.


Melambatkan keluar zakat kemungkinan syaitan membisikkan ke dalam hati, sifat ingkar hingga terganggu untuk mentaati Allah SWT.
Apabila tercetus perasaan daripada batin untuk melakukan kebaikan, sayogia rebutlah peluang daripada lintasan hati tersebut.


Ini kerana jika tidak dilayan cetusan perasaan yang baik, kelak ia akan menghilang dan tidak menjelma lagi. Ini kerana cetusan perasaan yang baik itu merupakan ilham daripada malaikat.


Kalau tidak dilayan ilham yang baik yang diberi oleh malaikat, dikhuatiri bertukar menjadi sebaliknya. Kerana Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Syaitan menjanjikan (menakutkan) kamu dengan kefakiran dan menyuruh kamu berbuat kekejian (kedekut).” (Surah Al-Baqarah ayat 268)


Seandainya bisikan syaitan didengari nescaya manusia gagal dan batal untuk berkhairat serta menderma. Harta yang dimakan telah dikirim ke tandas, yang dipakai sudah buruk dan reput. Padahal derma yang telah dikirim awal kepada Allah SWT, itulah sebenar-benar harta yang boleh ditumpang pahalanya di akhirat kelak.


Syaitan mempunyai banyak ilham, setelah satu ilham diikuti pula dengan ilham yang lain, lantas bertembung dengan ilham malaikat. Terserah kepada manusia memilih hitam putihnya dua ilham itu.

Isnin, 23 Julai 2012

cahaya menjulang

Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

 Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. 

petua terang mata

Assalamualaikm.. di sini sy ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mngurangkan rabun mata.. semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun,, saya tengok kwn2 sy ramai jugak yg rabun dan tepaksa menambah power 'spec mata'.. jadi, saya tiba2 teringat ilmu yg ustaz sy ajar ni..

jadi kawan2, masa anda semua mnjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:
فكشفنا عنك غطاءك فبصرك اليوم حديد...
(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dlm gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)..

insyaAllah, sntiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, yg penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..

insyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.. ^_^

Ya Allah bantulah kaum muslimin



Di bulan puasa Ramadan ini banyak tempat makbulnya doa. Malah, janji Allah doa orang yang berpuasa itu sendiri makbul. Bayangkan kalau mesej ini tersebar dan di SHARE kepada berjuta umat Islam dan semuanya berdoa. Insya Allah kita dapat bantu saudara se Islam kita di Rohingya, Myammar yang sedang ditindas dan dibunuh itu dengan doa kita semua. Doakan umat Islam di sana diberikan kekuatan dan kemenangan serta sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat mereka semua, baik yang hidup atau mati. 

Dalam gambar di atas, anak-anak kecil yang tidak berdosa mati dengan tangannya masih terikat rapi. Saya sedih

tak terkawal


Nampaknya di bulan Ramadhan yang mulia ini harga barang basah dan keperluan dapur yang lain naik mendadak seolah-olah seperti tidak terkawal akan harga yang dipamerkan termasuk dipusat membeli belah yang besar.

Mana tidaknya sekilo ikan kembung, ikan selar dan ikan kerisi kini mencecah RM16 dan begitu juga udang dan sotong berharga RM24 sekilo serta ketam RM28 sekilo. Bayangkanlah jika kita membawa RM50 apa boleh dibawa pulang untuk berbuka puasa bagi 6 orang sekeluarga hanya sekilo ikan kembung dan sekilo udang dan lebihan RM10 untuk membeli sayur, kelapa dan cili masak sahaja.

Ini bermakna setiap keluarga untuk makan berbuka termasuk bersahur adalah RM50 sehari dan apabila dikira untuk sebulan adalah lebih kurang RM1,500 untuk mendapat makanan yang sempurna dan berzat yang minima.

Ini bermakna juga bahawa setiap keluarga yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang, Kajang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuantan, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching dan lain-lain bandar lagi mesti mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan barulah bernafas sedikit kerana mana hendak difikirkan perbelanjaan sekolah anak-anak dan susu tepung untuk bayi yang baru lahir lagi serta tambang dan minyak kereta atau motosikal dan bayar bil elektrik, bil air, bil telefon, cukai pintu, cukai tanah, bil 'Indah Water', hutang kereta dan hutang rumah dan sebagainya.

Nampaknya harga barang keperluan tidak dapat dibendung lagi kerana tiada satu badan yang benar-benar boleh menjamin yang mampu untuk mengawal kenaikan harga barang seolah-olah seperti ada pihak tertentu mengambil kesempatan untuk memonopolikan segala harga barangan keperluan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana itu.

Tidak hairanlah apabila mereka yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan sekeluarga dianggap sebagai keluarga yang masih dikategorikan sebagai miskin dan kurang mampu. Ini bukan satu keluhan atau mungkin juga sememangnya berhak untuk luahkan tetapi hakikat realiti kehidupan yang mesti dan telah pun ditempuhi sebilangan besar rakyat Malaysia dan jangan salah tanggapan.

10 gambar


http://tukanglawan.blogspot.com,23 Jul 2012

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menolak dakwaan kononnya Umno mempunyai hubungan dengan pihak komunis.

Beliau berkata Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.

"Apa buktinya? Dalam sejarah parti Umno, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT).

Ini Buktinya.

Umno Zaman Dulu.




Umno Zaman Najib.




Petikan Media.



Disahkan oleh Umno.... Disahkan oleh Umno... Disahkan oleh Umno ( sebut sarkis )