Isnin, 25 Februari 2013

moh kite solat



Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat (sibuk pergi open house), tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita.

Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya. 

Semoga gambar-gambar di bawah memberi sedikit keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba.






















3 solat


Adakah kita mempunyai halangan untuk mengerjakan solat? Artikel ini adalah menyentuh tentag halangan mahupun kekangan dalam kita mengerjakan solat dari sudut secara zahir mahupun batin. 

Kita diwajibkan untuk memenunaikan solat lima waktu sehari semalam seperti mana yang terkandung dalam rukun Islam, bahawa orang Islam itu wajib mengikuti lima rukun Islam. Apa yang dimaksudkan dengan berat di sini? Apa yang cuba disampaikan adalah mengenai kekangan mahupun halangan dalam mengerjakan solat. Dalam usaha untuk mendirikan solat, sudah pasti akan terdapat halangan dan ini akan menyebabkan berlaku kita tidak khusyu’ dalam solat.

A. Berat sebelum melakukan sembahyang

Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk oleh itu mereka merasa berat dan beban dengan sembahyang. Orang begini tidak akan menunggu waktu sembahyang. Apabila khusyuk dengan Tuhan tiada, sudah tentu ada perkara lain yang kita agung-agungkan yang menjadi otak dan jiwa kita mungkin banyak atau mungkin sedikit seperti cintakan glamour, anak isteri, kemasyhuran atau kesusahan ataupun semuanya.

Orang yang begini tentu berat dan susah dengan sembahyang sebab gangguan kehidupan. Oleh sebab itu tidak larat untuk bersembahyang dan kalau dilakukan hanya fizikalnya sahaja sembahyang, fikiran dan hati tidak sembahyang.

Contoh – contoh berat sebelum sembahyang :


1.    Bila rasa sayang meninggalkan kerja. Ketika mengerjakannya rasa terpaksa dan terseksa.

2.    Bila sedang bersukaria dengan anak isteri tentu berat untuk sembahyang. Sembahyang pula dilakukan lewat dan tidak dari hati.

3.    Apabila sedang mesyuarat, sembahyang dipandang berat, maka sembahyang dipandang kecil dan kerana bimbang dengan mesyuarat. Lalu tertinggal atau qada’ maka tidak khusyuklah solat.

4.    Apabila sedang berkelah/berseronok dengan kawan-kawan sudah tentu sembahyang tidak diambil kiradan dipandang ringan. Apabila kenduri kendara kita jiwai supaya tiada cacat celanya maka sembahyang dilupai atau dilakukan dengan rasa terpaksa.

5.    Waktu musafir badan terasa letih, asyik dengan pemandangan dan seronok hingga terpesona maka berat untuk melakukan sembahyang.

6.    Apabila jiwa bertuhan tiada dan jiwa lemah, sembahyang tetap berat dan nak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi untuk melaksanakan ikrar di dalam sembahyang.

Oleh itu orang yang hanya berfikiran tauhid bukan berjiwa tauhid tetap berat untuk sembahyang. Apa yang diingati oleh orang yang tak khusyuk di dalam sembahyang ialah perkara yang dijiwainya selain dari Allah dan ia besarkan maka itulah yang ringan dan mudah dilakukan. Ingatan inilah yang menggantikan ingatan pada Allah. Kawan-kawan, anak isteri, mengira-ngira duit, setiap kesusahan, dendam kesumat dan setiap apa yang dijiwai sama ada seronok atau susah itulah yang datang dalam sembahyang.

 B. Berat semasa sembahyang

Bila rasa bertuhan tiada, sembahyang rasa terpaksa. Oleh itu sembahyang dilakukan dengan cepat-cepat. Maka mengerjakan
sembahyang terasa penat. Berat, jemu, tak sabar, lambat, tidak bertenang-tenang lebih-lebih tak sabar untuk hayati/faham setiap lafaz yang dibacanya. Akhirnya dibaca tanpa roh. Jika tarikan dunia lebih daripada itu maka masuklah perkara-perkara lain. Dan sembahyang dirasakan penat, jemu dan akhirnya boleh sampai tinggal sembahyang

 C. Berat menunaikan tuntutan sembahyang

Dia seronok dengan sembahyang tetapi tak faham tuntutan sembahyang. Sewaktu sembahyang berbagai ikrar dibuat. Contohnya meminta jalan yang lurus iaitu jalan rasul-rasul dan ingin hidup ikut jalan Allah dalam seluruh aspek hidup. Ikrar dan janji yang sama diulang lima kali sehari.

Bagi orang yang khusyuk terasa amat takut dan bimbang. Oleh itu bila selepas sembahyang mereka sungguh-sungguh ikut ajaran Islam. Maka bimbang takut tak dapat laksanakan. Bezanya dengan orang yang berjiwa tauhid ialah mereka selalu lupa dan bohong dengan Tuhan. Janji tidak ditunaikan dengan Tuhan bahkan lupa dan tidak sungguh-sungguh. Orang yang khusyuk hatinya sentiasa takut seolah-olah belum menunaikan janjinya.

Mereka yang tidak khusyuk tak sungguh-sungguh tunaikan janji kerana tarikan kepada Tuhan telah lemah. Oleh itu kehendak Allah walaupun telah berjanji tetapi amat berat untuk dikerjakan. Oleh itu berjanji untuk hidup ikut syariat tetapi yang diikut ialah teori-teori akal. Sembahyang tidak dikaitkan dengan ekonomi, politik dan sosial. Membangunkan sembahyang ertinya membangunkan tamadun. Contohnya di dalam sembahyang memerlukan kain.

Perusahaan untuk membuat kain adalah fardhu kifayah bagi umat Islam, dari sini akan lahir teknologi pertanian, kejenteraan, pengangkutan, import ekspot dan lain-lain lagi. Sebab itu kita lihat banyak tamadun Islam yang dibangunkan oleh orang-orang dulu.

P/S - Kita perlu bermuhasabah terhadap diri kita. Adakah solat kita sudah cukup sempurna? Adakah kita solat dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak khusyu’? Islam itu mudah, tetapi bukanlah bermakna kita boleh memandang ringan terhadap ibadah solat ini. Bersolatlah, sebelum kita disolatkan kelak.

Wang hantaran



Wang hantaran dan mahar merupakan satu perkara yang berbeza dan sering disalahertikan oleh sesetengah pihak. Wang hantaran itu harus, tetapi mahar itu wajib.

Apabila kita menyebut tentang hantaran, sudah pasti ada sebahagian golongan lelaki merungut tentang wang hantaran yang tinggi perlu diberi. Prinsip ajaran Islam itu mudah dan sederhana. Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan tetapi ia dibenarkan di dalam Islam sebagai bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan dengan syarat selagi tidak melampau. Maksud melampau ialah sehingga membebankan bakal pengantin atau mereka yang berkaitan. Contohnya hingga terpaksa berhutang untuk menyediakan jumlah hantaran tersebut.

Berbeza dengan mas kahwin (mahar) yang merupakan satu pemberian wajib daripada seorang suami kepada isterinya. Malahan isteri dibenarkan menolak permintaan suami pada ‘malam pertama’ sekiranya bayaran mas kahwin masih belum diberikan.

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t.  bermaksud : “Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka “. ( Surah An-Nisaa’ – Ayat 4 ) , Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi”. (Riwayat Bukhari ) .

Dari hadith di atas nyatalah bahawa mas kahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanafaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur’an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud ) , Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. ( Riwayat Ahmad )

Dalam situasi masyarakat sekarang, telah berlaku satu fenomena yang kontra. Pemberian wajib (mahar) diletakkan dalam jumlah yang terlalu sedikit sedangkan pemberian ‘hantaran’ yang harus diletakkan dalam jumlah yang tinggi. Wang hantaran inilah yang menjadi masalah kepada kaum lelaki sekarang untuk berkahwin. Masyarakat seolah-olah berlumba untuk meletakkan Wang hantaran paling tinggi kepada anak gadis mereka. Sikap sebegini dilarang oleh agama.

Masyarakat kita hari ini semakin hari semakin memberatkan dan menyulitkan perkahwinan dengan meletakkan hantaran perkahwinan yang tinggi. Jika ditakdirkan wanita tersebut mempunyai kelayakan ijazah tinggi, maka lagi tinggilah belanjanya. Bagi keluarga dan mungkin wanita itu sendiri, beranggapan bahawa dengan belanja yang tinggi, masyarakat akan memandangnya dengan nilai ‘value’ yang tinggi.

Apabila sudah ramai muslim yang berfikir dan bertindak sedemikian, mereka seperti “membudayakan” kebiasaan meminta ‘hantaran’ yang berlebih-lebihan.  Akibatnya ramai golongan muda  yang tidak mampu mendirikan rumah tangga, penyakit moral bertambah luas dan akhirnya banyak sekali lelaki dan wanita yang hidup merana disebabkan oleh” krisis perkahwinan”.
 
P/S - Kita mempunyai pilihan yang tersendiri. Tidak salah untuk meletakkan hantaran kepada pihak pengantin lelaki, tetapi ia perlulah berpatutan dan tidak membebankan bakal suami. Pihak lelaki pula, tidak boleh merungut kerana itu kehendak mereka, dan anggaplah ia sebagai hadiah. Jika tidak mahu, itu terpulang kepada keluarga di antara kedua-dua  pihak.

Ahad, 24 Februari 2013

ZZzzzZZ masa koje




Tarik Angsa

Sukan yang dikenali sebagai Goose Pulling ini pada asalnya dimainkan di Netherland, Belgium, England dan North America pada abad ke 17 hingga ke 19. Sukan ini dimainkan dengan menggantung seekor angsa dengan kepala di bawah dan diikat pada tali yang ditambat pada tiang. 

Kemudian, peserta akan menunggang kuda dan mencuba untuk menarik leher haiwan malang tersebut sehingga putus. Mereka yang berjaya menarik leher angsa sehingga putus akan dinobatkan sebagai pemenang.

#Dulu kalau tak silap memang guna angsa hidup, sekarang guna angsa yang dah mati. Tapi still WTF!








Landak









Sajak Nabi SAW

Percaya atau tidak, seorang maharaja yang dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China pernah menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw sembilan abad yang lampau.

Maharaja yang dikenali sebagai Maharaja Hongwu(1328-1398) adalah pengasas kepada Dinasti Ming yang mendominasi Tanah Besar China selama 276 tahun. Maharaja Hongwu terkenal sebagai maharaja yang bertolenrasi terhadap agama terutama agama Islam.

Baginda tidak pernah melarang ajaran Islam tersebar di wilayah jajahannya bahkan pernah bertitah supaya mendirikan beberapa masjid bagi memudahkan umat Islam beribadat. Antara masjid yang ‘mendapat’ jasa bakti daripada Maharaja Hongwu adalah di Yunnan, Nanjing, Guangdong dan Fujian.






Panglima-panglima Muslim

Baginda dipercayai memiliki beberapa pegawai Istana yang beragama Islam. Maharaja Hongwu begitu mempercayai pegawai-pegawai Istana ini. Antaranya adalah

Chang Yuchun(1330-1369)

Chang Yuchun adalah panglima kepada Maharaja Hongwu yang paling dipercayainya. Dikenali sebagai ‘Chang Ten Thousand’ kerana kehebatan dan ketangkasan beliau di medan perang menyamai 10,000 tentera. Beliau meninggal dunia semasa Maharaja Hongwu baru sahaja mengasaskan Dinasti Ming. Kematian panglima kesayangan baginda itu menyebabkan baginda menulis sebuah sajak khas yang mengambarkan kesedihan baginda.

Lan Yu(meninggal dunia pada 1393)

Salah seorang panglima Maharaja Hongwu dan juga adik lelaki kepada isteri panglima Chang Yuchun. Lan Yu terkenal dalam sejarah Dinasti Ming sebagai seorang pemberontak apabila cuba merampas kuasa melalui pengaruh putera mahkota. Lan Yu dihukum mati dan lebih 15,000 pengikut setianya turut sama dihukum.

Mu Ying(1345-1392)

Mu Ying dianggap antara panglima kesayangan Maharaja Hongwu. Beliau adalah anak angkat kepada Maharaja Hongwu. Mu Ying ditugaskan oleh Maharaja Hongwu untuk mempertahankan wilayah Yunnan daripada ancaman musuh. Sehingga ke akhir kejatuhan Dinasti Ming, keluarga Mu Ying masih lagi ditugaskan di wilayah yang bersempadan dengan Vietnam dan Burma itu.

Hu Dahai(meninggal dunia pada 1362)

Dipercayai mempunyai darah Parsi dan China. Hu Dahai adalah panglima yang sangat berkebolehan. Miskipun dikenali sebagai seorang yang tidak pandai membaca namun beliau mampu memimpin tentera beliau dengan hebat. Beliau pernah berkata, “Tentera aku tidak mampu menulis, namun mereka hanya tahu tiga tugas; tidak membunuh atau berkelakuan ganas pada kanak-kanak dan wanita dan tidak membakar rumah dan bangsal”. Beliau meninggal dunia selepas disabotaj oleh musuh ketatnya, puak Miao.

Maharani Ma

Menurut beberapa sumber, isteri kesayangan Maharaja HongWu iaitu Maharani Ma(1333-1382) juga beragama Islam melalui susur-galur keturunan daripada Asia Tengah. Kajian daripada Perpustakaan Oriental di University of Colombia, AS menyatakan keturunan Maharani Ma berkemungkinan besar berhijrah secara besar-besar daripada Asia Tengah ke Tanah Besar China semasa pemerintah Dinasti Song sekitar tahun 961 Masihi. Menurut rekod Ming Shi pula, bapa kandungnya adalah Lord Ma iaitu seorang pemimpin daripada Shuzhou yang kemudiannya berhijrah ke Anhui semasa lewat pemerintahan Dinasti Yuan selepas kejadian pembunuhan. Ibu kandung Maharani Ma meninggal dunia ketika beliau masih lagi kecil.


Semasa berada di perantauan, Lord Ma berkenalan dengan seorang lagi panglima muslim yang dikenali Guo Zhixin. Guo kemudian menjadi bapa angkat kepada Maharani Ma dan daripada Guo inilah Maharaja HongWu berkenalan dengan Maharani Ma dan seterusnya berumah-tangga.


Maharani Ma sangat disayangi Maharaja Hongwu sehingga baginda tidak berkahwin lain selepas kematian Maharani Ma pada 1382. Maharani Ma melahirkan seorang anak lelaki yang kemudian menaiki takhta dengan gelaran Maharaja Yongle. Maharaja Yongle adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap perintah peluasan kuasa di seberang laut yang dilaksanakan oleh panglima muslim terkenal, Panglima Zheng He atau Cheng Ho.

Sajak Maharaja China yang telah di translate kan,
The One-Hundred Word Eulogy:

Since the creation of the Universe,

Sejak terciptanya galaksi ini


God had decreed to appoint,

Tuhan telah mengangkat seseorang


This great faith-preaching man,

Satu manusia akhlak beriman


From the West he was born,

Dari barat telah dilahirkan


He received the Holy Scripture,

Baginda menerima wahyu agung


A Book of thirty parts,

Buku yang mengandungi 30 bahagian


To guide all creation,

Untuk membimbing semua makhluk


Master of all Rulers,

Tuan kepada semua raja


Leader of Holy Ones,

Pemimpin 1 yang tersuci


With Support from Above,

dengan bimbingan dari atas


To Protect His Nation,

Untuk melindungi negaranya


With five daily prayers,

Bersama dengan solat 5 waktu


Silently hoping for peace,

Dalam diam mengharap rahmat


His heart towards Allah,

Hatinya lurus kerana Allah


Empowering the poor,

Mengangkat darjat si miskin


Saving them from calamity,

Menyelamatkan mereka dari sengsara


Seeing through the darkness,

Melihat melalui kegelapan


Pulling souls and spirits,

Melalui hadir jiwa & roh


Away from all wrongdoings,

Ma’sum dari salah dan silap


A Mercy to the Worlds,

Rahmat kepada sekalian alam


Traversing the ancient majestic path,

Menyelusuri rahsia yang silam


Vanquishing away all evil,

Memadam segala kejahatan


His Religion Pure and True,

Agamanya Suci dan Benar


Muhammad,

Muhammad



The Noble & Great one.

Yang dihormati lagi terhebat