Ahad, 24 Mac 2013

Ilmu Berkat



Selalu kita dengar tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana dengan ilmulah manusia dipandang tinggi. Malah, dalam Islam, ia menjadi kewajipan buat semua orang untuk menuntut ilmu. Sabda Rasullullah S.A.W. ;

"Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap muslim."
(Hadis rimayat Ibnu Majah dan lain-lainnya)

Tapi kadang-kadang kita lupa yang ilmu itu datang dari Allah. Walau sebanyak mana kita belajar tentang sesuatu, jika tiada keberkatan dari Allah, ilmu itu akan sia-sia. Sebab itu, adab-adab dalam menuntut ilmu perlu dititikberatkan. 

Imam Al-Ghazali R.A. telah menggariskan 10 adab-adab dalam menuntut ilmu yang boleh dijadikan asas pedoman kepada semua. 

1. Jauhi perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni kerana ilmu adalah cahaya dan ia amat mudah mendekati orang yang baik budi pekertinya dan mempunyai jiwa bersih serta tenang.

2. Hindari dari terikat dengan hal ehwal keduniaan secara berlebihan, kerana ia membuka ruang untuk melalaikan fikiran daripada memfokuskan perhatian sepenuhnya terhadap ilmu pelajaran.

3. Tidak boleh bersikap sombong dan takbur terhadap guru atau golongan intelektual. Perlu bersifat rendah diri dan bersangka baik dalam menuntut ilmu.

4. Pelajar yang tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu mengelakkan diri daripada mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat dalam kalangan manusia sama ada melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Ia bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan pemikiran dan pemahaman terhadap disiplin ilmu yang baru dipelajari. Namun begitu, bagi seseorang yang telah menguasai sesuatu bidang disiplin ilmu secara mahir dan mendalam, ia tidak menjadi halangan untuk mengkaji perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara. Ini kerana, perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara merupakan salah satu daripada metodologi medan penyelidikan ilmu.

5. Seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan sesuatu disiplin ilmu melainkan ia telah mempertimbangkan dengan sebaik mungkin. Sesuatu ilmu yang dipelajarinya perlulah dikuasai dengan baik sebelum mengambil keputusan untuk mempelajari disiplin ilmu yang lain.

6.  Para pelajar hendaklah tidak memaksa dirinya untuk menguasai semua bidang ilmu secara sekaligus. Kuasailah ilmu mengikut tahap dan tingkatan ilmu berdasarkam kemampuan dan keupayaan yang ada pada diri seseorang.

7. Pelajar tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami cabang ilmu yang sebelumnya. Ini kerana tertib dalam ilmu adalah tersusun dan berkait rapat antara satu sama lain.

8.  Seseorang pelajar perlu mengetahui hakikat dan objektif serta falsafah sesuatu disiplin ilmu yang dipelajari. Ia bertujuan untuk menilai sesuatu kepentingan ilmu dan faedahnya kepada para pelajar supaya ilmu tersebut dapat diaplikasi dalam kehidupan dan memberi manfaat kepada masyarakat.

9. Para pelajar perlu ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama manusia. Hakikatnya, manusia yang berilmu memiliki jiwa yang bersih dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah

10. Setiap pelajar perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari bertujuan supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan daripada ilmu yang berbentuk sampingan. Keutamaan ilmu ini penting kerana ia dapat mengukuhkan pemahaman pelajar tentang sesuatu perkara disamping menjadi  asas utama untuk mempelajari displin ilmu yang lain.

Semoga kita semua dapat mengamalkan adab-adab ini dalam menuntut ilmu setiap hari dan menggunakan ilmu yang kita peroleh untuk menegakkan agama Allah di dunia ini.

Jumaat, 22 Mac 2013

Latihan

amik sijil dari exco Belia kerajaan Negeri Selangor

Team counter strike @ DOTA

carilah teman...

Khamis, 21 Mac 2013

Kenang tenang akhirat


Kaabah dibina oleh insan yang paling baik (Nabi Ibrahim AS), manakala piramid dibina oleh insan yang paling jahat (Firaun laknatullah). Bagaimana  dengan kita yang melihatnya?

Bagaimana  kita boleh mendapat kebaikan ketika melihat Kabah atau piramid? Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. What you see, is what you get – apa  yang kita lihat, itu yang kita akan dapat.
Jika Kaabah dilihat dengan mengambil ibrah dan barakah  insyaAllah, kita akan mendapat kebaikan. Sebaliknya, jika Kaabah dilihat dengan rasa untuk menunjuk-nunjuk (kerana kita berbangga berada di situ), maka kita akan mendapat keburukan dan kerugian.

Sekalipun melihat piramid yang dibina oleh insan terjahat, kita boleh mendapat kebaikan hasil mengambil iktibar. Namun, sekiranya dilihat dengan penuh kebanggaan atau sekadar ‘melihat-lihat’, maka pandangan itu menjadi sia-sia walaupun mungkin tidak jatuh kepada dosa. Ya, bukan apa yang dilhat itu yang penting tetapi bagaimana kita melihatnya!

Apa yang menentukan bagaimana kita melihat sesuatu? Kata bijak pandai, “who you are dictates what you see” – siapa kita menentukan bagaimana kita melihat. Jika kita melihat segala-galnya sebagai hamba Allah, maka kita akan dapat melihat segalanya daripada persepektif Islam. Ketika itu apa kita akan dapat melihat kebaikan sekalipun pada benda atau perkara yang buruk. Ketika melihat seekor bangkai kambing misalnya, Rasulullah SAW telah mengalih perhatian para sahabat untuk melihat gigi kambing itu yang masih putih.

Justeru, tidak kira di mana atau ke mana kita pergi… cubalah menjadi orang yang baik, insyaAllah kita akan dapat melihat kebaikan. Bukan hanya Kaabah mampu mengingatkan kita kepada Allah, tetapi piramid juga boleh mengingatkan kita kepada Allah. Kita akan ingat betapa akibatnya manusia paling angkuh (Firaun), namun akhirnya mati terhina walaupun bangunan yang dibinanya masih tersegam kukuh.

Ketika melihat piramid satu ketika itu, saya telah menulis sebuah artikel. Berikut adalah artikel tersebut:

KENANG AKHIRAT, TENANG DI DUNIA    

Siapa manusia yang paling jahat? Jika soalan ini ditujukan kepada kita, mungkin ramai yang menjawab, “Firaun!”. Benar, tidak ada siapa yang dapat menandingi kejahatan Firaun. Dia bukan sahaja derhaka kepada Tuhan, bahkan mengaku sebagai Tuhan. Itulah puncak segala kejahatan. Ya, secara sinis kita boleh berkata, “sesiapa yang tidak menganggap Firaun jahat, dia juga adalah seorang yang jahat.”

Namun ada yang menarik pada Firaun, yang dapat dilihat dari sisi lain. Sejahat-jahat Firaun, dia tetap percaya akan adanya Hari Akhirat (kehidupan selepas mati). Buktinya, Firaun membina piramid dan segala di dalamnya disediakan semua  bekalannya untuk menghadapi kehidupan selepas mati itu. Walaupun caranya salah, namun dia yakin dan membuat persiapan untuk menghadapi akhirat dengan caranya sendiri.

Bagaimana kita? Bagaimanakah keyakinan kita terhadap Hari Akhirat dan bagaimana pula persediaan kita untuk menghadapinya? Ah, ironinya, kita yang mengaku lebih baik daripada Firaun, namun  tidak pula ‘seserius’ dia dalam persediaan menghadapi hari akhirat yang pasti datang itu.
Mengapa tidak ada persediaan menghadapi Hari Akhirat?

Mungkin sesetengah kita beranggapan bahawa keyakinan pada Hari akhirat hanya berguna untuk ‘kehidupan’ di akhirat sahaja. Atas keyakinan itu, iman kita dikira sah dan kita menjadi seorang Muslim. Dan sekiranya keyakinan itu tidak terjejas sehingga ke akhir hayat, kita berpeluang memasuki syurga. Ya itu, benar.

Namun keyakinan pada hari akhirat sebenarnya sangat memberi kesan kepada kehidupan kita di dunia. Dengan erti kata yang lain, beriman dengan Hari Akhirat akan memberikan manfaat yang sangat besar semasa hidup di dunia lagi.  Dengan keyakinan pada hari akhiratlah kita tidak akan menderita dan keluh-kesah ketika hidup di dunia.

Apabila manusia yakin akan adanya nikmat yang kekal abadi di dalam syurga, maka itu memberi kekuatan, ketabahan dan harapan untuk mengharungi apa jua kesusahan di dunia. Dia rela susah ketika membuat kebaikan. Dia akan sabar menempuh ujian-ujian dalam kehidupan. Tegasnya, dia rela menerima penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia demi mengharapkan kesenangan dan kebahagiaan yang lebih baik dan lebih kekal di akhirat.

Apabila manusia yakin akan adanya azab neraka, maka dia akan rela meninggalkan segala kejahatan dalam kehidupan walaupun kejahatan itu kelihatan seronok, indah dan menggiurkan. Segala kesusahan, ketidakselesaan ketika meninggalkan kejahatan sanggup diredahnya kerana menyedari azab neraka lebih pedih dan berkekalan. Prinsip hidupnya, biarlah bersakit-sakit dahulu di dunia agar tidak bersakit-sakit di akhirat.

Sebenarnya kepercayaan pada hari akhirat adalah fitrah (instinc) semua manusia – tidak kira bangsa, agama dan rupa. Walaupun dengan istilah, hujah dan dalil yang berbeza, namun manusia pada fitrahnya tetap percaya akan adanya kehidupan selepas mati. Agama Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi dan lain-lain semuanya mengajar akan adanya kehidupan selepas mati.

Golongan Atheis sekalipun, juga tidak dapat menolak perasaan akan adanya hari akhirat (‘Sense of The End’) ini. Hati kecil mereka tetap mengharapkan ‘kuasa ghaib’ di saat yang sangat genting yakni apabila semua kuasa mereka sudah lumpuh. Mereka juga mengharapkan keajaiban apabila ikhtiar akal menemui jalan buntu.

Paling tidak, sesetengahnya bangsa atau agama menamakan kehidupan di akhirat sebagai ‘kehidupan kedua’.

Semua percaya bahawa dalam kehidupan kedua (akhirat)  itulah nanti semua perbuatan manusia di dunia akan mendapat balasan. Ini disebabkan di dunia ini tidak pernah ada keadilan yang mutlak dapat ditegakkan. Banyak perkara, kejadian atau peristiwa  yang berlaku tidak berakhir dengan saksama dan pembalasan yang setimpal.

Contohnya, mengapa seorang bayi yang masih di dalam kandungan lagi telah dijangkiti virus HIV? Apakah dosa bayi yang masih suci itu? Apakah  adil dia yang;terhukum’ oleh kesalahan ibu-bapanya? Adil kah begitu? Sering berlaku melalui pengalaman hidup kita, orang yang jahat terus berkuasa, tidak mendapat hukuman malah semakin mendapat sanjungan pula. Manakala pihak yang jujur, baik dan adil, ada kala nya terus ditindas dan dihina. Adil kah begitu?

Keadilan di dunia sangat terbatas. Penyelesaian tuntas dan adil jarang tercapai. Misalnya, apakah adil  Slobodan Milosevic – Penyembelih Balkan itu hanya mati sekali sahaja (itu pun kerana penyakit yang dihidapinya dalam penjara ) sedangkan dia telah membunuh ribuan umat Islam Bosnia Herzogoovina? Sepatutnya, dia wajar dihukum dengan dibunuh beribu-ribu kali!

Bagaimana perasaan kita ketika menonton filem yang berakhir dengan penjahat terus bermaharajalela sedangkan heronya pula terkorban? Tidak puas hati bukan? Maka perasaan kita secara automatik mengharapkan ada ‘sequalnya’. Harapan kita agar watak penjahat mendapat balasan yang setimpal dengan kejahatannya, dan yang baik mendapat ganjaran hasil kebaikannya.

Begitulah fitrah manusia. Dan begitulah manusia ketika berdepan dengan kehidupan di dunia. Secara sedar atau tidak kita sentiasa berharap adanya kehidupan kedua (akhirat) – tempat pembalasan bagi kehidupan pertama (dunia). Justeru, kepercayaan pada hari akhirat adalah fitrah semua manusia.
Sebenarnya fitrah ini telah ‘diinstall’ secara tabii dalam diri setiap manusia oleh Allah s.w.t. sebagai persediaan untuk menerima seruan dan didikan iman kepada hari akhirat.

Fitrah inilah yang disuburkan dengan datangnya wahyu Allah menerusi para Rasul terutamanya Nabi Muhammad SAW. Dengan suluhan Al Quran dan Hadis, kepercayaan kepada hari akhirat ini dipandu dengan tepat, betul dan benar. Diterangkan dengan jelas bagaimana bentuk kehidupan ‘di sana’. Apakah yang perlu dijadikan bekalan untuk ke syurga dan terjauh dari neraka. Apakah pula yang menjadi penghalang mendapat kebaikannya. Segalanya tentang Akhirat itu telah diperincikan oleh wahyu dan Al Hadis.

Tegasnya, elemen dalaman manusia telah dipersiapkan untuk diisi dengan kepercayaan kepada Hari Akhirat – yang akan membolehkannya hidup tenang di dunia dengan membuat segala kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan.  Bukankah ketenangan itu apabila tidak ada kejahatan dan tertegaknya kebaikan dalam kehidupan individu, masyarakat, negara dan dunia?

Benarlah jika keyakinan kepada hari akhirat ini benar-benar mantap, manusia akan mendapat dorongan untuk melakukan kebaikan dengan ikhlas. Walaupun sekiranya kebaikan itu tidak mendapat sanjungan dan pujian. Namun kebaikan itu akan dilakukan jua atas keyakinan kepada Hari Akhirat. Itulah sebabnya, Allah menjanjikan ‘ganjaran’ yang lebih baik dan kekal di akhirat. Dengan keyakinan ini, manusia akan terlatih memberi tanpa mengharapkan balasan. Inilah iman dan inilah jua yang melahirkan keikhlasan.

Ramai manusia merungut, mengeluh malah kecewa bila kebaikan yang dibuatnya tidak mendapat balasan. “Sakit jiwa dibuatnya, kita yang bekerja secara jujur ini tidak dihargai, yang mengampu juga yang dinaikkan pangkat.” Padahal jika keyakinan kepada Hari Akhiratnya mantap, dia tidak kesal apalagi menyesal dengan perbuatan baiknya kerana Allah pasti akan membalasnya di Akhirat.

Dunia adalah tanaman (kebun) untuk Hari Akhirat. Demikian, kata Imam Safie RHM. Ertinya, kehidupan di dunia yang sementara ini adalah satu persediaan untuk menghadapi kehidupan yang kekal abadi di hari akhirat. Walaupun hidup di dunia hanya singkat (berbading akhirat), tetapi ia sangat penting kerana ia adalah penentu kebahagiaan di akhirat.

Oleh itu, untuk mencapai kebahagiaan di akhirat, manusia perlu melakukan sebanyak-banyaknya kebaikan ketika hidup di dunia. Jika ingin memetik buah yang lebat, manis dan segar nanti, maka pokok yang kita tanam kini perlu subur dan sihat. Mana mungkin, pokok yang layu, kering dan tidak sihat menghasilkan buah yang baik?

Hidup di dunia tidak boleh diabaikan hanya memikirkan kehidupan di akhirat. Ingat, orang yang memikirkan kehidupan di akhirat ialah orang yang paling kuat berusaha, beribadah dan membuat kebajikan ketika hidup di dunia.
Justeru, kita tidak boleh persiakan kehidupan di dunia ini. Kata Dr Yusuf Qaradawi,”mencintai Syurga tidak bererti meminggirkan dunia.” Dunia sangat penting demi ke bahagiaan di akhirat. Jadilah seperti petani yang gigih berusaha, berkerja dan menjaga tanamannya. Ya, orang beriman tidak mengenal letih, putus asa dan kecewa dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan di dunia.

Dunia tempat berpenat, akhirat tempat berehat. Oleh itu, orang beriman sangat gigih mengerjakan solat, taat ibu-bapa, tekun belajar, membantu saudara dan sahabat handai tanpa jemu dan merasa lesu. Waktu menanam memanglah susah, tidak semudah waktu menuai. Namun, tanpa melalui kesusahan  tidak akan ada kesenangan. Justeru, bagi orang beriman, mereka berpegang kepada prinsip: Bermujahadah (berjuang mentaati Allah) itu pahit kerana syurga itu manis.

Atur jadual harian dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Bermula daripada solat, belajar, membantu ibu-bapa, bersukan, membantu kawan-kawan sehinggalah aktiviti-aktiviti kemasyarakat seperti berderma, bergotong royong dan memberi nasihat – pesan memesan dengan kebenaran dan kesabaran. Insya-Allah, kita akan merasai hidup ini lebih bahagia dan ceria di dunia… dan itulah jua petanda kita akan berpeluang merasai kebahagian dan keceriaan hidup di akhirat. 

Insya-Allah. Amin!

iktibar

Peristiwa Ghazwah Bani Mustaliq pernah merekodkan satu pengalaman pahit kepada umat Islam yang menyentuh rumahtangga Rasulullah SAW, iaitu Saydatuna Aishah dituduh bermukah dengan Safwan bin Mu’attal, seorang Sahabat Nabi juga tentera Islam yang tabiatnya suka tidur selepas selesai berjuang di medan pertempuran. Di dalam sirah Ibnu Hisham, diriwayatkan Safwan bin Mu'attal memang suka tidur selepas perang sehinggalah beliau ditinggalkan keseorangan oleh kumpulan tentera-tentera Islam yang lain.

Itulah rutin yang kerap dilakukan oleh Safwan, seorang Sahabat Nabi setiap kali berakhirnya perang. Namun, setelah Safwan tersedar daripada lenanya beliau mendapati Aishah, isteri Baginda SAW tertinggal keseorangan daripada kumpulan yang sepatutnya beliau bersama Rasulullah SAW menuju pulang ke Madinah.

Peristiwa itu menyebabkan kota Madinah gempar. Segala rekayasa media dipaparkan oleh kaum munafik semahu-mahunya. Fitnah keji dan tuduhan jahat terhadap keluarga Nabi SAW kedengaran merata ke pengetahuan masyarakat Muslim dan non-Muslim di Madinah, yakni Aisyah, isteri Nabi SAW dituduh berselingkuh dengan Safwan bin Mu'attal.

Sementara Abdullah bin Ubai dan kaum munafik melepaskan dendam dan bencinya terhadap Rasulullah SAW dengan mengambil kesempatan, mencipta dan menaburkan fitnah terhadap isteri Baginda sehingga terdapat beberapa orang Islam terpengaruh dengan fitnah tersebut. Beberapa orang sahabat berkelahi dengan Safwan bin Mu'attal, antaranya ialah Hassan bin Thabit, tukang penyair Rasulullah.

Tuduhan itu dirumus berdasarkan tindakan Safwan yang mengiringi Saydatuna Aishah radhiAllahu anha sehingga tiba ke Madinah. Peristiwa itu dijaja sebagai fakta kukuh, tentang kecurangan Aishah terhadap Rasulullah SAW.

Disebut oleh Ibnu Hisham di dalam sirahnya, fitnah tersebut menyebabkan Rasulullah melontarkan persoalan kepada Aishah, "Wahai Aisyah, sesungguhnya telah sampai kepadaku berita begitu dan begini tentangmu. Jika kamu seorang yang bersih dari fitnah itu maka Allah akan membersihkanmu, jika sekiranya kamu mengerjakan dosa maka mohonlah ampun dan bertaubatlah kepada Allah kerana seseorang hamba itu apabila mengaku dosanya kemudian dia bertaubat kepada Allah nescaya Allah maha menerima taubatnya."

Sedih Aishah mendengar teguran Baginda, suara Baginda bagaikan guruh yang mengegarkan tiang langit. Lantaran persoalan bernada keraguan itu, Saydatuna Aisyah mengalirkan air mata, dengan sebak menangis melihat tawarnya keyakinan Baginda kepadanya. Aishah kemudiannya melontarkan perkataan yang membuktikan kejituan imannya kepada Allah Taala, "Aku tidak dapati suatu contoh perkataan melainkan seperti yang pernah diucapkan oleh Nabi Yusuf alaihissalam; ...Sabar, itulah yang paling baik dan Allah sahaja tempat meminta pertolongan di atas apa yang kamu sifatkan terhadapku (maksud surah Yusuf ayat 18)."

Allah telah mentakdirkan satu ujian yang pahit diterima Baginda SAW, lebih-lebih lagi apabila wahyu tidak turun sebulan lamanya sejurus daripada peristiwa itu. Semua itu agar kita agar generasi umat Islam hari ini mengambil iktibar sebagai umatnya yang beriman kepada Allah dan Rasul, sebagai umatnya yang menjulang tinggi makna kesetiaan dan persaudaraan.

Lalu, apa sebenarnya yang dilakukan Baginda Nabi SAW mengatasi beban ini selain menunggu petunjuk dan wahyu daripada Allah? Lembaran sejarah mengajarkan kepada kita, bagaimana sikap Baginda Nabi sebagai qiyadah terunggul membanteras fenomena "media puaka" yang dikelolai Abdullah bin Ubai sampai ke akarnya.

Antara yang dilakukan Rasulullah SAW adalah menyibukkan para sahabat daripada membicarakan fitnah terhadap Saydatuna Aisyah. Hal ini kerana masyarakat yang tidak sibuk, menghabiskan masa mengatur dan dan melepak di kedai kopi, biasanya tiada urusan lain yang akan dilakukan oleh mereka selain membicarakan isu-isu panas dan fitnah.

Khabar angin, cakap-cakap mulut adalah senjata klasik yang menjadi makanan empuk orang-orang munafik sejak dahulu lagi untuk memecah belahkan umat Islam. Di dalam kitab sirah yang dikarang Ibnu Hisyam, ketika fitnah ini berleluasa radarnya, Rasulullah SAW bertindak keluar ke lokasi yang berbeza dari suasana di Madinah. Rasulullah SAW keluar bersama beberapa orang sahabat untuk beberapa hari dan berhenti di suatu tempat sehingga masing-masing mengantuk dan tertidur. Rasulullah SAW melakukan semua itu agar mereka dapat melupakan "gossip liar" kaum munafik seputar kejadian sebelumnya.

Begitu juga apabila Rasulullah SAW mengutarakan pandangan dan mengemukakan pendapat tentang hal yang terjadi berikutan tuduhan terhadap isterinya, Aisyah, Baginda hanya berbicara kepada orang-orang yang rapat dengannya sahaja. Baginda tidak berbicara soal tuduhan terhadap Aisyah itu kepada semua orang. Kerana cinta Baginda SAW kepada Aisyah begitu mendalam, manakala tuduhan yang dihadapi oleh Aisyah amat pedih untuk dipendam.

Berbeza dengan sikap orang-orang munafik. Mereka menyebarkan desas-desus dan menikmati rasa kepedihan yang menimpa jiwa Rasulullah SAW.

Safwan bin Mu'attal radhiAllahu anhu disaksikan Rasulullah SAW sendiri sebagai seorang yang soleh dan Allah telah memberikan rezeki kepadanya kesyahidan di jalan-Nya sesudah fitnah liar ini ditamatkan dengan penurunan ayat ke 11-18 daripada surah an-Nur. Allah menjelaskan perihal sebenar dan telah memuji pendirian Abu Ayub al-Ansari dan Ummu Ayyub berdasarkan asbaabun nuzul ayat tersebut kerana sikapnya tidak mempercayai tuduhan buruk yang dilemparkan kepada isteri Baginda SAW.

Ketika peristiwa berita fitnah mengenai kerendahan moral Aishah merebak dengan liarnya, Abu Ayyub al Ansori beserta isterinya Ummu Ayyub berkata, "Ya kami mendengar berita itu, tetapi kami tidak percaya dan ini adalah fitnah terhadap Aishah!"

Wahyu Allah yang turun ketika itu sangat menenangkan jiwa Baginda, ia laksana gerimis pada saat kekeringan dan kemarau panjang. Firman Allah Taala:

“Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata; Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.” (Surah an-Nur : ayat 12)

Inilah sikap Muslim yang menjadi panduan kepada kita apabila menilai sesuatu isu atau berita. Benarlah Allah Taala memuliakan Para Sahabat dan menyucikan Para Ahli Bait Baginda SAW. Sekalipun peristiwa ini sulit dan menyakitkan, namun sedarilah bahawa orang-orang yang diuji dengan peristiwa seumpama ini, pahalanya di sisi Allah tidak akan dizalimi sekecil manapun. Sabda Rasulullah SAW, “Tidaklah seorang hamba dizalimi lalu ia bersabar atas kezaliman itu maka Allah pasti menambah kemuliaan baginya.” - Riwayat at-Tirmizi, hadis ini sahih.

Mari kita renungi dalam-dalam jika fitnah seumpama ini berlaku di hadapan kita. Ketika itu di manakah kedudukan hati kita sekarang?

Adakah kita tergamak mengapi-apikan orang lain supaya turut mempercayai berita yang masih belum dipastikan keabsahannya?

Adakah kita mengambil posisi berdiam diri lantaran sikap tidak mahu ambil peduli?

Atau kita tidak percaya khabar tersebut malah mempertahankan peribadi mangsa sebagai orang yang dizalimi, menegaskannya sebagai Muslim yang baik bahkan wajar dipertahankan martabatnya.

Jika hari ini kita berada pada zaman Baginda SAW, di manakah posisi iman kita? Adakah posisi kita bersama Para Sahabat radhiAllahu anhum, ataukah posisi kita di tempat "asfala safilin" iaitu kaum munafik yang mewarisi sikap Abdullah bin Ubai bin Salul ditempatkan? Na'uzubiLlahi min zaalik.

Magnet Hijrah

video sepanjang program berlangsung

Bukti Kehadiran

Pentas Penceramah



Banner


gambar nie yg paling mahal.... :)

Gambar kenangan

ChemCORner KMS

arah kanan pintu masuk library

pensyarah yang bertugas sedang memberikan konsultasi kepada pelajar yang datang

cuba teka yang mana satu dapat 4 rata?

jangan tenung lama2 sis... nanti berlubang giant mind map organik tu... :)

mind table ----> grup diskusi 1 ketua 3 pelajar...

3 wanita solehah... In shaa Allah :)

DM2 T3

Selasa, 19 Mac 2013

Baikal

Musim bunga semakin dekat. Permukaan ais tasik kini mula cair dan hasilnya ialah lanskap yang dipenuhi bongkah ais bewarna turqoise yang sungguh cantik. Inilah keindahan alam, mari kita bercuti ke luar negara.