Isnin, 16 Disember 2013

salji di mesir

Salji turun di Kaherah selepas 112 tahun tidak dituruni salji. Teringat dengan ucapan dari beberapa saintis sebelum ini yang mengatakan bahawa dunia sedang menuju ke Zaman Ais. Adakah ini tanda-tandanya? Wallahua'lam...


Begitu soal salji turun dipertikaikan tetapi punca salji turun setelah 112 tahun salji tak turun. Kalau salji tiba-tiba turun selepas lebih 100 tahun ketiadaannya, ikut hukum sains, sememangnya ada sesuatu yang telah mengganggu cuaca sehingga menyebabkan turunnya salji tersebut. 

Tapi kalau tiba-tiba dunia dilanda Zaman Ais sekalipun, tidaklah mengejutkan sangat kerana ramai saintis telah pun memberi amaran dalam beberapa tahun ini.







Visit Website

kisah rakyat

Cerita rakyatku.. Tadi ada sorang lelaki datang, minta bantuan, katanya nak beli barangan dapur, musim hujan katanya tak dapat nak bekerja, sepertinya mendesak saya untuk menghulurkan bantuan, walaupun dah bagi bantuan makanan, nak duit pulak, dia pulak memang selalu minta duit, pernah jumpa tepi jalan pun minta duit jugak, orangnya masih muda awal 30an, anak baru dua, dia pun dah selalu datang minta bantuan dan macam-macam alasannya untuk minta bantuan. Sedang dia bagi macam-macam alasan, tiba-tiba datang pula rakan saya, dia OKU sejak kecil, saya menjemputnya masuk, dia berniaga kat tepi jalan dan selalu bayar zakat kat saya setiap tahun, tangan kanannya capek, tak boleh berfungsi, tapi dia rajin, dah beristeri dan ada lima orang anak. Lelaki tadi hanya diam mendengar perbualan kami, dari hal masjid sampailah hal perniagaannya, dia dah tujuh hari tak berniaga sayur sebab kurang bekalan dan mahal, bila musim hujan dia jual ikan masin dan barangan kering rumah kerumah "bolehlah buat belanja anak nak sekolah ustaz". Sejak dulu, bila dia berjumpa dengan saya, pasti dia hulurkan duit RM 50, "untuk fisabilillah ustaz". Saya pasti hari ni pun sebab tu juga, saya pun tanya dia "datang pagi-pagi ni, ada mustahak ke?" .. "takde lah ustaz, cuma lama tak jumpa ustaz, dengar ustaz susah sebab banjir kat Kuantan, kasihan kat Ustaz", saya senyum je .."biasalah" kata saya "dah ujian". Tangan kirinya menyeluk poket, lalu dihulurkan kepada saya, saya memandang pada lelaki yang minta bantuan tadi yang bersebelahan rakan saya. "Anta bagi kat dia lah" rakan saya memandang lelaki tadi, lalu tangan kirinya menghulurkan duit tadi kepada lelaki tersebut, lelaki tadi mengambilnya dalam keadaan wajahnya yang agak merah padam. Mungkin malu menebal di mukanya, saya pun tak sengaja sebenarnya, terlupa pulak, tetapi sesekali elok juga mungkin terlintas juga kesedaran di jiwanya betapa dia yang sihat tiada cacat cela menerima sumbangan dari orang cacat. Moga peristiwa itu menjadikan jiwanya serta merta kaya. Kedua-duanya minta diri serentak, sangat berbeza seorang yang tegap tubuhnya, mencibit barang sumbangan dan seorang yang capek dan jalan berdingkit-dingkit balik tangan kosong kerana memberikan sumbangan. Moga rakyatku insaf ..

Ahad, 15 Disember 2013

Alfatehah


الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Gambar Sekitar Upacara Pengebumian Sheikh Abdul Kader Mullah:


Di bawah pula gambar-gambar sekitar krisis dan penindasan yang telah dilakukan oleh kerajaan diktator dekular Sheikh Hasina terhadap rakyatnya sendiri:


Lihatlah dunia. Dikala saudaramu di Bangladesh dibunuh, diseksa, dikurung, ditindas oleh orang yang mengaku diri mereka Islam sendiri, dunia hanya membutakan mata, diam membisu, memekakkan telinga. Buang sentimen sempadan negara bangsa, semaikan sentimen aqidah Islamiah. Di bumi yang bermandikan darah beginilah bangkitnya para pejuang Jamaat Islami memimpin kebangkitan umat Islam di sana sehingga membawa kepada syahidnya salah seorang pimpinan mereka, Sheikh Abdul Kader Mullah. Ketahuilah, 40 000 ribu ahli Jamaat Islami sekarang dipenjara. Awas Hasina Wajed, anda bakal jatuh!

hati keras

Assalaamu'alaikum w.b.t....... Jarang sekali kita lihat kanak-kanak yang apabila berkelahi, akan berkelahi hingga menyebabkan putus hubungan yang berpanjangan dan menyebabkan pembunuhan.  Biasanya, tak lama selepas mereka berkelahi mereka akan berbaik kembali.

Tetapi, salah faham yang berlaku di kalangan orang dewasa, boleh menyebabkan putus hubungan yang berpanjangan dan berkekalan, pukul-memukul dan kadang-kala membawa kepada pembunuhan. Ini menunjukkan betapa kerasnya hati orang dewasa berbanding kanak-kanak.

Apa tidaknya, orang dewasa mungkin merasa tercabar dengan ilmu dan pemahaman yang dia ada selama dia hidup. Bukan senang untuk menerima kesilapan diri, apa lagi terhadap suatu perkara yang selama ini dia merasakan betul. Lagi lama suatu perkara yang dia rasakan betul itu, lagi dia merasakan tercabar apabila ada orang mengatakan bahawa itu tidak betul.  Itu lah kerana EGO yang ada dalam diri seseorang itu.

Begitulah contoh besar sudah berlaku di zaman Nabi Muhammad S.a.w dulu, para kafirun dan musyrikun Mekah waktu itu bukan merasa tercabar kerana AKHLAK Rasulullah S.a.w, kerana akhlak Rasulullah S.a.w disukai oleh semua orang. Begitu juga dengan IMAN Rasulullah kerana mereka peduli apa jika Rasulullah S.a.w mahu percaya kepada apa pun.

Tetapi yang mereka paling tidak boleh terima ialah apabila Rasulullah S.a.w mengatakan bahawa AGAMA NENEK MOYANG mereka itu sesat dan menyesatkan. Kerana itulah mereka menggelarkan Rasulullah S.a.w sebagai Shabi' (orang yang keluar dari agama nenek moyang). Dan mereka SANGAT BENCI apabila ada orang yang mengatakan agama nenek moyang mereka tidak betul dan menyalahkan PEGANGAN mereka selama ini.

Bayangkan jika ada orang yang datang kepada anda, dan mengatakan bahawa nenek moyang anda sesat dan fahaman anda selama ini adalah bathil. Jika anda merasakan bahawa anda benar, tentu anda akan merasa tercabar dan sangat marah bukan? 

Kerana itu lah pengajaran bagi kita, pentingnya ada ILMU yang hak untuk menilai adakah pegangan dari nenek moyang yang kita pegang selama ini betul atau tidak?

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah pernah menyebut, antara orang-orang yang TERHALANG mendapat hidayah ialah orang-orang yang TERIKAT DENGAN TRADISI nenek-moyangnya.

Ada benarnya pepatah lama yang menyebut, "melentur buluh biarlah dari rebungnya." Kerana waktu manusia masih kecil dan muda lah senang untuk membetulkan kesilapan-kesilapan mereka. Jika seseorang itu sudah tua, hatinya sudah sangat keras untuk dibetulkan. Bukan calang-calang orang boleh menerima segala kritikan dan teguran dari orang lain. Apalagi jika sekiranya dia merasakan dia sudah tua dan ilmunya tinggi.

Dan KETAHUILAH, semakin tinggi ILMU kita juga, maka kita akan didatangi oleh syaitan-syaitan dari kalangan jin yang lebih mahir dalam bidang mereka, ditambah lagi kita sudah ada Jin Qarin yang selagi dia kafir, dia mahukan Aqidah, Amalan dan Akhlak kita binasa.

Jin Qarin sangat mengenali kita, kerana sejak kita dilahirkan lagi dia sudah bersama kita.  Dia tahu benar apa kelemahan kita dan bagaimana nak binasakan kita. Maka sama-samalah kita berhati-hati dengan 'Talbis Iblis' dan anak cucu Iblis.


Ingatlah, Iblis yang dulunya dipanggil Azazil, menurut riwayat ada mengatakan dia telah beribadah kepada Allah S.w.t selama 80,000 tahun, dan ada kata lebih lagi. Kedudukannya juga naik setingkat demi setingkat, dari atas Bumi, hingga langit pertama, hinggalah akhirnya ke langit ke tujuh. Dan dia juga telah menjadi Imam ibadah kepada para malaikat. Sehinggakan para malaikat pun ada memintanya berdoa kepada Allah kerana doanya maqbul.

Azazil juga pernah memimpin tentera malaikat untuk turun ke Bumi memerangi para jin yang KAFIR dan derhaka pada Allah S.w.t.

Ilmu dan amalnya memang TIDAK DAPAT ditandingi oleh siapa sahaja dari kita sekarang, kerana kita sekarang pun tiada yang dapat hidup sampai 1 ribu tahun, apa lagi berpuluh-puluh ribu tahun.  Tetapi akibat TAKABBUR dan 'UJUB yang ada dalam dirinya, yang tiada makhluk lain dapat melihatnya melainkan hanya Allah S.w.t, kerana kononnya sudah SANGAT MULIA dan BAIK, maka dia DILAKNAT oleh Allah S.w.t akhirnya setelah tidak mahu sujud hormat kepada Adam a.s.

Dikatakan, "Ketika terjadi apa yang terjadi pada Iblis, Jibril dan Mikail tiba-tiba menangis dengan lamanya, hingga Allah S.W.T berfirman kepada mereka, “Wahai kamu berdua, kenapa kamu menangis demikian?” Mereka menjawab, “Wahai Tuhan kami, kami tidak merasa aman dari pengawasan-Mu.” Allah S.W.T berfirman, “Tetaplah begitu, dan janganlah merasa aman dari pengawasan-Ku."

Dikatakan, Hatim Al-Ashamm menegaskan, "Janganlah kamu tertipu oleh tempat-tempat yang saleh, sebab tidak ada tempat yang lebih saleh daripada syurga, dan fikirkanlah apa yang telah menimpa Adam di tempat yang begitu saleh! Jangan pula kamu tertipu oleh banyaknya amal ibadah; lihatlah apa yang menimpa Iblis setelah dia begitu banyak beribadah. Juga, janganlah kamu tertipu oleh banyaknya ilmu, sebab Bal'aam pun mengetahui al-ismul a'zham, tetapi lihatlah apa yang terjadi kepadanya! Jangan kamu tertipu kerana bertemu dengan seorang yang saleh, sebab tidak ada orang yang takdirnya lebih agung dari Al-Musthafa S.a.w, namun berjumpa dengannya sama sekali tidak memberi manfaat kepada (sebahagian dari ) karib kerabat dan musuh-musuhnya."  [Risalah Al-Qusyairiyah - Imam Al-Qusyairi]

Pengajaran kepada kita juga, agar setinggi mana pun ILMU dan AMAL kita, JANGAN lah tinggalkan AKHLAK MULIA iaitu AKHLAK LAHIR dan juga AKHLAK BATIN.

Begitu juga walaupun kita lebih tua, tak semestinya kita mesti sombong dengan orang yang lebih muda. Begitu juga jika kita dikurniakan PANGKAT yang tinggi, HARTA yang banyak, KEDUDUKAN yang istimewa dan sebagainya.

Pendek cerita, orang miskin diuji dengan kemiskinannya, orang kaya diuji dengan hartanya, orang berilmu diuji dengan ilmunya, orang berpangkat diuji dengan pangkatnya, orang tua diuji dengan usianya, orang kuat diuji dengan kekuatannya, orang pandai diuji dengan kepandaiannya, dan sebagainya lagi.

Iblis percaya bahawa Allah itu adalah Tuhan semesta alam. Dia juga pernah BERAMAL yang mana kita manusia pun tak berdaya untuk beramal sepertinya.  Tetapi akibat AKHLAKnya (TAKABBUR) yang BURUK dan KEJI, maka dia sudah DILAKNAT oleh Allah S.w.t,  na'udzubillahi min dzaalik.

"....... Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain." [Hadits Riwayat Muslim]

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya."  [HR. At-Tirmidzi]

"Kebanyakan perkara yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah ketakwaan kepada Allah dan mempunyai akhlak yang baik.” [Hadits Riwayat at-Tirmidzi]

"Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebiji sawi kesombongan." [HR Muslim]

"Ketahuilah sesungguhnya pada jasad itu ada seketul daging, maka jika baik ketulan daging tersebut maka baiklah keseluruhan jasad tadi dan jika rosak ketulan daging tersebut maka rosaklah keseluruhan jasad. Ketahuilah ia adalah hati.  [HR Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir]

"Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan, sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang-orang yang takabbur."  [Surah An-Nahl : Ayat 23]

Kunci untuk menghakis sifat TAKABBUR dan akhlak-akhlak buruk yang lain ialah dengan belajar Ilmu Tasawwuf dengan hati yang benar-benar ikhlas dan suci, dan melatih diri beramal dengannya, tanpa ada niat kerana duniawi, tetapi semata-mata mahukan keredhaan Allah S.w.t .......

Sejak PENJAJAHAN BRITISH, kita semua telah TERDIDIK dengan suasana dan keadaan yang boleh mengeraskan hati dan merosakkan akhlak.  Semoga kita dapat kembali MEMURNIKAN akhlak kita dan MEMBUDAYAKAN dalam masyarakat, sesuai dengan TUJUAN diutuskan Nabi Muhammad S.a.w.

"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia."  [HR Ahmad , Bukhari]

~ Al-Faqir ila Allah ~

Sabtu, 14 Disember 2013

kucin

Unsinkable Sam" adalah gelaran untuk seekor kucing di atas kapal sebuah kapal Jerman dalam Perang Dunia II. Mempunyai kucing di atas kapal perang pada waktu tersebut adalah sesuatu yang biasa berlaku selama beratus-ratus tahun yang lalu, kerana kemampuan mereka untuk menangkap tikus di dalam tempat menyimpan bekalan makanan. Kucing ini mula dibela di dalam kapal Bismarck semasa misi pertama kapal tersebut pada 18 Mei 1941. 


Selepas pertempuran laut pada 27 Mei, Bismarck telah tenggelam dan hanya 115 daripada 2,200 anak kapal terselamat. 

Sam turut ditemui terapung di atas papan oleh pihak British. Mereka kemudian mengambilnya bekerja di atas kapal (dan menamakannya Oscar) di HMS Cossack, sehingga ia terkena tembakan torpedo pada 24 Oktober dan tenggelam tiga hari kemudian. Walaupun 159 orang anak kapal mati akibat serangan torpedo berkenaan, "Oscar" walaubagaimana pun telah terselamat. 

Beliau juga telah dinamakan "Unsinkable Sam" dan telah dipindahkan ke kapal pengangkut pesawat HMS Ark Royal, yang telah memainkan peranan dalam memusnahkan kapal Bismarck.



Nabi Harun AS

Kisah Janggut Nabi Harun Berwarna Dua | Nabi Musa Alaihisalam telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wataala supaya pergi ke bukit Sina untuk menerima wahyu. Semasa pemergian Nabi Musa, segala urusan telah diserahkan kepada saudaranya Nabi Harun a.s. Pemergian Nabi Musa mengambil masa selama 40 hari dan 40 malam.

Ketiadaan Nabi Musa a.s telah mengembirakan seorang musuh dalam selimut bernama Samiri. Dia telah memunafaat masa ini untuk menyesatkan kaum Nabi Musa yang selama ini telah bersusah payah membentuk dan memberi keimanan kepada mereka. Sewaktu Nabi Musa menyeberangi Laut Merah setelah pulang dari Mesir, kaki kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah tenggelam dalam pasir di tengah lautan yang kering itu. Dengan segala usaha yang dilakukan oleh Nabi Musa, kuda yang ditungganginya tetap tidak mahu meneruskan perjalanan untuk menyeberangi Laut Merah.

Kerana itu Allah telah mengutuskan malaikat Jibrail dengan menunggang kuda betina. Melihat lawan sejenisnya kuda yang ditunngangi oleh Nabi Musa telah mengejar kuda yang ditunggangi oleh Malaikat Jibrail. Samiri yang ikut serta dalam rombongan tersebut telah mengambil segenggam pasir bekas tapak kaki kuda yang ditunggangi oleh Jibrail dan disimpannya untuk dijadikan azimat.

Apabila tiba masa yang sesuai iaitu semasa Nabi Musa bersunyi di Bukit Sina, Samiri membuat patung seekor lembu daripada emas murni. Setelah siap, patung itu diisinya dengan pasir yang di ambil dari bekas tapak kaki kuda Jibrail. Dalam waktu yang singkat sahaja patung lembu tersebut dapat mengeluarkan suara. Melihat keadaan tersebut, umat Nabi Musa datang berduyun-duyun kepada Samiri. Samiri memimpin mereka menyembah patung lembu yang menakjubkan itu.

Nabi Harun sangat marah setelah melihat umatnya menyembah berhala, lalu berusaha mencegah umatnya daripada terus syirik kepada Allah bahkan umatnya mengancam Nabi Harun untuk membunuhnya jika Nabi Harun terus melarang mereka meyembah patung lembu tersebut. Nabi Harun tidak dapat berbuat apa-apa untuk melarang mereka daripada terus menyembah patung tersebut. Setelah kembali daripada Bukit Sina, Nabi Musa sangat marah kerana melihat umatnya telah murtad.


Nabi Harun telah di persalahkan dalam hal ini. Dalam keadaan marah yang tidak dapat dikawal Nabi Musa telah menarik janggut Nabi Harun menyebabkan janggut yang dipegang oleh Nabi Musa telah bertukar menjadi putih manakala janggut yang tidak terkena tangan Nabi Musa kekal berwarna hitam. Sejak itu janggut Nabi Harun mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.

Subhanallah


25 Gambar Tempat Di Dunia Yang Menakjubkan Tapi Kelihatan Tak Real – Pernahkah anda melihat tempat yang cantik tapi macam tak real je. Sebenarnya tempat ni memang wujud namun kebanyakkannya masih tak percaya kecantik gambar tempat ni yang mana ianya seolah-olah di edit. Lihat gambar kat bawah.



Subhanallah.. Cantiknya semua gambar-gambar ni. Rasanya, anda teringin tak menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang dinyatakan di atas. Mestilah teringin kan.. Tapi sebaik-baiknya, pergike Mekah dulu lagi bagus.. Ye tak?