Sabtu, 11 Januari 2014

Sinabung

Gunung Sinabung ialah sebuah gunung berapi yang terletak di Sumatera Indonesia. Gunung berapi ini sudah tidak meletup sejak 400 tahunsebelum aktif semula pada tahun 2010. Sabtu lalu ia meletus sebanyak 30 kali dan menghasilkan corong debu setinggi 3 kilometer. Lahar dan debu yang dimuntahkan mengakibatkan lebih 20 000 orang yang diduk dalam linkungan 5 kilometer terpaksa dipindahkan dan melitupi kawasan sekitar dengan lapisan debu. Good news is masih tiada kemalangan jiwa dilaporkan.




Reversed





kalendar 1435H


jambatan kaya dan miskin

Jangan sangka pada hari ini ada ramai orang kaya hanya kerana bila ramai orang kita yang suka makan di luar atau ke sana ke mari membelek smartphone. Di sebalik zahir yang kononnya makmur, kemiskinan sudah menjalar kerana ramai yang malu menunjukkan kemiskinan seperti orang dahulu.

Apakah kita tidak berjimat? Sebilangan daripada kita mengatakan kita sudah berjimat. Hendak berjimat apa lagi jika pendapatan kita hanya cukup-cukup untuk membayar tambang, bil, makan dan pakaian. Dan, simpanan di bank semakin susut kerana kesemuanya terpaksa dikeluarkan untuk belanja wajib. Malah ada yang terpaksa menambah hutang pula untuk mencukupkan belanja.

Tidakkah semua ini bermakna semakin ramai yang sudah jatuh miskin? Maaf cakap, ya. Kita yang menghadapinya tidak boleh nafikan realiti ini. Kian ramai yang sudah buntu. Tidak tahu apa hendak dibuat.

Rutin seharian dari saat bangun pagi, pergi kerja, pulang kerja dan berehat sebelum tidur menyukarkan seseorang untuk mengubah pola pemikiran dan pergerakan masing-masing akibat kepenatan. Tidak sempat hendak berfikir bagaimanakah cara untuk mengatasinya.

Benar. Ada juga yang buat kerja sambilan. Siang kerja di pejabat, malam memandu teksi. Atau pergi ke pejabat dengan membawa pek-pek jajan untuk dijual. Ada yang jual tudung, jual apa sahaja untuk menambah pendapatan.

Ada juga yang masih punyai cara untuk berjimat. Jika selama ini makan tengahari dengan nasi, ada yang hanya makan buah atau tunggu petang sedikit sekitar jam 3.00 petang untuk membeli cekodok di kantin. Harganya murah sedikit. Pakaian pun tidak perlu diganti kecuali bila benar-benar perlu.

Jika ada mentol lampu bilik tidur yang terbakar, biar sahajalah dahulu. Cukuplah biasan cahaya lampu dari ruang tamu menerangkan bilik. Bersolat di dalam gelap pun tidak mengapa. Pakaian, kasut dan beg sekolah anak-anak pun tidak perlu diganti dahulu. Jika kain sekolah terkoyak, nasib baiklah jika masih boleh dijahit selagi ia tidak perlu ditampal hingga compang-camping. Saya sebak menulis mengenai hal ini kerana saya juga memerhati apa yang berlaku di sekeliling kita. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Bezanya kita pada hari ini dan orang dahulu ialah, kita pandai menyembunyikan kedukaan. Orang dahulu menerima kemiskinan sebagai suatu kebiasaan kerana di waktu dahulu hampir semua daripada kita terdiri daripada orang miskin!

Kita ada golongan yang kaya dan golongan yang miskin dalam negara kita. Golongan yang kaya boleh menjaga diri dan golongan yang miskin dibela dengan pelbagai program membasmi kemiskinan. Tetapi, kenaikan kos sara hidup mewujudkan golongan sederhana yang jatuh miskin.

Inilah golongan yang marah bila disuruh berjimat. Mereka naik angin kerana belum sempat mereka melihat sinar kemakmuran, istana impian mereka sedikit demi sedikit terhakis menjadi debu. Golongan inilah yang perlu dibela. Pihak pemerintah wajib melihat golongan yang menggelongsor miskin ini secara mikro. Jika selama ini golongan miskin dibela, dengan agenda membasmi kemiskinan, segmen rakyat yang bekerja tetapi sudah tidak berdaya menanggung kos kehidupan yang semakin meningkat ini perlu ditangani dengan agenda mengurus kemiskinan.

Inilah golongan yang cepat dan mudah memberi respons jika diberikan latihan kemahiran dan modal. Selamatkan golongan ini. Mereka adalah jambatan di antara yang kaya dan yang miskin. Lakukan sekarang!

kreatif




mansuh PBS

Sejak diperkenalkan tiga tahun yang lalu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menimbulkan pelbagai polemik terutamanya dalam kalangan guru. Hal ini kerana merekalah pihak yang paling terbeban dengan pelaksanaan sistem ini.

Sehingga kini masih banyak perkara yang berbangkit dan tidak selesai. Malah suara dan pandangan para sering ditolak ke tepi dan setiap kelemahan sistem ini tidak diselesaikan dengan sewajarnya. 

Oleh itu, ada 10 sebab UTAMA Mengapa PBS jadi dasar caca-marba dan WAJIB DIMANSUHKAN:

PERTAMA:
Arahan berbeza antara KPM, JPN, PPD dan sekolah dan guru. Masalah ini dihadapi tiga tahun berturut-turut tanpa ada penambahbaikkan daripada pihak KPM.
*Alasan KPM - Kecairan maklumat.

KEDUA:
Pemahaman berbeza antara JU Kebangsaan, JU Negeri, JU Sekolah dan guru-guru.
*Tiga tahun juga tiada perubahan.

KETIGA:
Penggubalan soalan berbeza antara negeri-negeri, daerah-daerah dan sekolah-sekolah.
*Terdapat pula jualan BUKU EVIDEN untuk PBS sedang ia menyalahi sistem PBS ini.

KEEMPAT:
Pelaksanaan PEPERIKSAAN DALAMAN bagi membuat penilaian kepada murid dan PBS tidak berfungsi.
*Peperiksaan awal, pertengahan dan akhir tahun tetap dijalankan.

KELIMA:
Pemarkahan yang berbeza mengikut suka hati guru tanpa ada rujukan penilaian.
Contoh: Ada guru mahu pelajar memberikan tiga contoh, manakala ada yang lain cukup satu contoh sahaja.

KEENAM:
Dalam tempoh 15 hari, KPM boleh menggubal dasar yang tiada hasil percubaannya. Tiada 'Pilot Project' atau dikenali projek perintis.
*KPM mahu jadikan murid Tingkatan 3 tahun 2014 sebagai percubaan.

KETUJUH:
Murid yang pandai akan diberi soalan susah untuk mendapat BAND 6. Murid yang kurang cerdik akan diberi soalan mudah bagi mencapai BAND 6.

KELAPAN:
Garis panduan Dokumen Standard Prestasi yang berbeza dengan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) atau dikenali sebagai SILIBUS.
*DSP kena habiskan, Silibus wajib habiskan? Pertindanan.

KESEMBILAN:
Sistem Online yang lemah dan tidak mampu diatasi TIGA TAHUN berturut-turut. Terlalu banyak eviden yang perlu dimasukkan. Tidak efektif.
Contoh: Dalam sistem peperiksaan contohnya SAPS. Hanya markah akhir sahaja perlu dimasukkan.

KESEPULUH:
SPPBS dibangunkan oleh DUA SYARIKAT berbeza dan kos yang dikeluarkan tidak berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan. Pembaziran sangat besar berlaku.

KESIMPULAN:
Sistem baru yang diperkenalkan oleh KPM dengan nama PPMR bagi menggantikan PMR sebenarnya adalah SISTEM BIDAN TERJUN.