Selasa, 14 Januari 2014

nasihat

Nasihat Murobbi :-

Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT

♥♥ Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.... TAPI....

 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita

♥Kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita.

♥kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat

♥kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...

♥tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al-Quran sebulan dua kali... atau sebulan berkali-kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman
apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..

 setiap kali menyambut hari jadi....
kita sibuk nak raikan sebaik mungkin♥

TETAPI kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita...
MAKA kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...

* JOM sama2 kita bermuhasabah mengenai bekalan. Ke satu perjalanan yang jauh.
yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

♥♥sesungguhnya mati itu benar.

♥♥ Alam kubur itu benar

♥♥Hisab itu benar

♥♥mahsyar Allah itu benar

♥♥ syurga dan neraka itu benar...

Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yg byk memberi kesedaran bhw dunia sementara dan akhirat kekal abadi.

Ahad, 12 Januari 2014

4Nafsu

NAFSU diuji dengan empat sifat yang berbeza-beza. 

Pertama, sifat ketuhanan; seperti sombong, angkuh, sukakan pujian, sukakan keagungan dan kekayaan.

Kedua, sifat (akhlak) syaitan, seperti menipu, mereka-reka cerita, hasut-menghasut, buruk sangka.

Ketiga, sifat alami kebinatangan, seperti senang makan, minum dan berhubungan badan.

Keempat, sifat kehambaan, seperti takut, tawadhu', rendah hati.

Bertelur

Telur sudah naik harga.
Di sini dikumpulkan cadangan oleh Malaysian Facebookers yang boleh digunakan oleh menteri apabila ditanya wartawan.
1. "Kalau telur mahal, tanam sendiri!"
2. "Kalau telur mahal, makan telur sendiri."
3. "Kalau telur ayam mahal, bertelur sendiri."



4. "Kalau telur mahal, rakyat digalakkan untuk bertelur sendiri."

5. "Kita akan tubuhkan makmal 1 telur, bagi mengkaji kenaikan harga telur."
6. "Kita akan cari jalan terbaik untuk menelurkan telur untuk rakyat demi menyeimbangkan kembali harga telur di pasaran."
7. "Kalau telur ayam mahal, jangan makan telur, makan sayur."
8. "Kalau telur ayam mahal, jangan salahkan menteri! Saya bukan bela ayam. Itupun korang ejek aku menteri ayam. Yang bela ayam itu pengusaha telur ayam."
9. "Kami akan melancarkan BT1M : Bantuan Telur 1 Malaysia, supaya semua rakyat berpendapatan rendah dapat menikmati harga telur yang lebih murah."
10. "Rakyat diminta membela ayam supaya dapat menghasilkan telur.”
11. "Kerajaan akan mewujudkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pinjaman Telur Nasional) bagi membantu permasalahan harga telur di pasaran. Bagaimanapun, demi kelangsungan ekonomi telur negara, kerajaan hanya akan membantu dalam bentuk pinjaman yang wajib dibayar dalam bentuk bunga telur. Sesiapa yang tidak menjelaskan bayaran bunga akan disenaraihitamkan, dan tidak boleh ke luar negara."
12. "Bersabarlah. Ini semua ketetapan peneluran." - Fatelur Bahri.
13. "Saya sudah print out semua jawapan untuk persoalan ini. Wartawan boleh pilih mana-mana di atas."
14. “Harga telur ayam di Malaysia masih rendah jika di bandingkan dengan harga telur di negara Uganda.” 

Sabtu, 11 Januari 2014

Luka Tiruan

Dengan beberapa bahan yang mudah didapati dan dengan hanya beberapa langkah mudah, anda mungkin terpedaya dengan helah pengemis yang membuat luka pada badan mereka dan dengan baik hatinya anda menghulurkan duit kepada mereka kerana berasa simpati.

Itulah yang dilakukan oleh pengemis-pengemis di negara China yang hidupnya hanya bergantung kepada ihsan orang lain.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara menghasilkannya:-

- Gam
- Pewarna merah
- Span pencuci pinggan
- Pencungkil gigi
- Cotton buds (pengorek telinga)

CARA BUAT LUKA PALSU
1. Sapukan gam pada kulit dan dibiar sehingga kering.

CARA BUAT LUKA PALSU
2. Selepas kering, gosokkan sedikit bahagian gam itu dengan span pencuci pinggan.

CARA BUAT LUKA PALSU
3. Pewarna merah disapukan sedikit di bahagian gam. 

CARA BUAT LUKA PALSU
4. Gam yang sudah kering dicungkil pada bahagian tepinya dengan pencungkil gigi bagi melihatkan kesan terkopek pada kulit.

CARA BUAT LUKA PALSU
5. Sapukan pewarna merah dengan cotton buds di bahagian yang menampakkan luka dalam dan biarkannya sehingga kering.

Dan inilah hasilnya~

CARA BUAT LUKA PALSU

hikmah

Kalau kereta accident, kemek sana-sini, maka nak baik pulih dia, kena ketuk body kuat-kuat. Kalau setakat gosok dengan kertas tisu, habis seratus kotak tisu pun tak ke mana. Ketika ini, ketuk itulah dikira cara yang paling berhikmah untuk nak baiki kereta tu.

Kalau satu anggota badan contohnya kaki pesakit diabetis dah buruk serta sel-selnya sudah mati, tidak berfungsi lagi, menyimpannya akan merbahayakan nyawa tuannya, maka ketika itu keputusannya ada perlu dipotong. Setakat kita sapu dengan losyen, ianya tidak bermakna lagi. Ketika ini, potong adalah cara yang paling berhikmah untuk mengubati masalah ini.

Seorang anak yang telah berusia 11 tahun, telah pelbagai cara nasihat dan suruhan dengan cara yang baik dilakukan supaya dia sembahyang tetapi tetap tak berjaya. Maka ketika itu Islam mengizinkan supaya dia dipukul. Maka ketika itu, pukul adalah cara yang paling berhikmah untuk mendidiknya.

Kalau ada orang yang susah nak makan nasihat, macam-macam cara tetap tak berkesan tetapi bila sekali kita kata “Kamu ni bodoh!” menyebabkan dia mula berfikir, ketika ungkapan “kamu ni bodoh!” adalah cara yang berhikmah.

Kalau sekiranya jalan dakwah Islam ini dihalang dengan kekerasan dan kekuatan, untuk membersihkannya kita perlu mengangkat senjata untuk menentang musuh, maka ketika itu mengangkat senjata adalah cara yang paling berhikmah.

Kalau sekiranya masyarakat seperti orang asli, mereka perlu diberikan hadiah dan dijamu dengan makanan, barulah mereka bersedia untuk mendengar dakwah kita, maka ketika itu, memberi hadiah dan mengadakan jamuan adalah cara yang berhikmah.

Kalau sekiranya pemerintah yang sudah ditegur dan dinasihati, tiada perubahan dan penambahbaikan dilakukan malah keadaan semakin hari semakin parah, mereka perlu diturunkan. Ketika itu tindakan menurunkan mereka dari puncak kuasa adalah cara yang berhikmah.

Kalau seseorang baling kita dengan tahi, kita balas baling balik dia dengan bunga tetapi balingan bunga kita tidak membawa sebarang erti dan makna, maka baling dengan bunga bukanlah cara yang berhikmah. Orang ini hanya akan berfikir apabila dia juga kena tahi, maka ketika itu balingan dengan tahi adalah cara yang berhikmah.

Saya reka senario-senario di atas untuk menerangkan salah faham yang sering berlaku berkaitan dengan kalimah ‘hikmah’. Ramai orang ingat hikmah itu bererti lemah lembut, kena belai, kena gosok, kena bagi bunga, tak boleh balas kejahatan orang kepada kita, kena pujuk dan pelbagai lagi.

Semua salah faham ini banyak saya perhatikan dalam komen-komen fb sebelum ini. Hikmah bermakna apakah cara dan kaedah yang paling balik dan berkesan  pada waktu itu, ketika itu dan untuk yang dituju itu

Rantau Panjang

Lebih kurang jam 1 pagi 7 Januari 2014, pasar besar rantau panjang yang menjadi tumpuan wajib bagi pelancong ke Kelantan telah terbakar.

Kalau tengokkan gambar kebakaran pasar besar Rantau Panjang Kelantan yang sedang marak ni, agak susah untuk pasukan bomba nak padamkan kebakaran.








Biarpun begitu, tersebar di beberapa Page FB tentang kejadian aneh tetapi benar di kawasan kebakaran Pasar Besar Rantau Panjang berkenaan. 

Setelah api padam, masyarakat sekitar dapati sebuah musalla yang terdapat di kawasan Pasar Besar Rantau Panjang ini tidak terjejas akibat kebakaran tersebut. Musalla di kawasan pasar rantau panjang tidak hangus dalam kebakaran

Berikut gambar musalla yang tidak terjejas akibat kebakaran di pasar besar rantau panjang;

Musalla di pasar Rantau Panjang tidak terbakar

tidak terjejas sedikitpun dalam kebakaran

Sirah nabi SAW


Alhamdulillah, solawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam yang dengan nikmat utusan ALLAH melalui Baginda, dapat kita nikmati nikmat Iman dan Islam pada hari ini.

Berikut adalah ringkasan kehidupan Nabi SAW sejak lahir hingga menjadi Nabi yang dirujuk dari kitab al-Rahiq al-Makhtum, tulisan Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri.



Ar-Rahiq Al-Makhtum: Kitab terbaik untuk tahu sirah Nabi Muhammad SAW yang terperinci lagi dipercayai maklumatnya! - Boleh dapatkan di sini.

Abdullah dan Aminah

  • ‘Abd al-Muttalib telah memilih Aminah binti Wahb bin ‘Abd manaf bin Zuhrah bin Kilab menjadi isteri anaknya, ‘Abdullah.

  • Aminah dianggap wanita yang paling mulia ketika itu dari sudut keturunan dan kedudukan. Bapanya ialah ketua Bani Zuhrah.

  • ‘Abd al-Muttalib telah mengutus ‘Abdullah ke Yathrib untuk mengambil bekalan dagangan untuk didagangkan di Syam.

  • ‘Abdullah telah meninggal dunia di Yathrib dan dikebumikan di Dar al-Nabighah al-Ja’di. Ketika itu, ‘Abdullah berusia 25 tahun.
Kelahiran Bayi Mulia, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam
  • Dilahirkan di penempatan Bani Hashim di Mekah sebagai anak yatim.

  • Dilahirkan pada hari Isnin, 9 Rabi’ul Awwal tahun pertama peristiwa gajah, bersamaan 20 atau 22 April 571 Masehi.

  • Peristiwa luar biasa (irhas) yang berlaku ketika dilahirkan:
    • 14 lengkungan gerbang Istana Kisra gugur

    • Api sembahan orang Majusi terpadam

    • Gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh

  • Apabila Abd al-Muttalib mendapat tahu berita kelahiran cucunya itu, dia terus ke Ka’bah lalu berdo’a dan bersyukur. Lantas diberi namaMUHAMMAD, nama yang cukup asing bagi masyarakat Arab ketika itu.

  • Orang yang pertama menyusukan Nabi, selepas ibunya ialah Thuwaybah, iaitu seorang hamba kepada Abu Lahab.
Hidup Dalam Keluarga Bani Sa’ad (sehingga umur 4-5 tahun)
  • Menurut adat masyarakat Arab setempat, bayi yang baru lahir akan disusukan oleh perempuan yang berada di luar dari masyarakat setempat, supaya bebas dari dijangkiti penyakit masyarakat setempat, menguatkan fizikal kanak-kanak, mengukuhkan urat saraf serta memahirkan anak terebut dengan bahasa Arab jati sejak kecil lagi.

  • ‘Abd al-Muttalib telah menyerahkan bayi bernama Muhammad untuk dipelihara oleh Bani Sa’ad dan disusukan oleh Halimah al-Sa’diyyah.

  • Selepas 4 atau 5 tahun kelahiran, telah berlaku peristiwa pembelahan dada Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam oleh Jibril.
Ke Pangkuan Ibu Yang Pengasih (sehingga umur 6 tahun)
  • Selepas peristiwa pembelahan dada itu, Halimah risau akan keselamatan Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, lalu memulangkan Baginda kepada ibunya, Aminah.

  • Aminah dan anak yatimnya itu telah membuat keputusan untuk menziarahi kubur suaminya di Yathrib, dengan ditemani oleh Abd al-Muttalib dan Ummu Ayman (pembantu wanita).

  • Mereka menetap di Yathrib (Madinah) selama sebulan.

  • Dalam perjalanan pulan ke Makkah, Aminah jatuh sakit lalu meninggal dunia di Abwa’, iaitu kawasan di antara Makkah dan Yathrib (Madinah).

  • Anak kecil bernama Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam itu terpaksa menjadi anak yatim piatu pada umur 6 tahun.
Ke Pangkuan Datuk Yang Penyayang (sehingga 8 tahun)
  • Abd al-Muttalib sayu dan sedih dengan kejadian yang berlaku. Peristiwa lama iaitu kematian anaknya Abdullah kembali datang menerjah ke dalam memorinya.

  • Beliau membawa pulang anak kecil itu ke Makkah dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.

  • Apabila umur Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam mencecah 8 tahun, 2 bulan dan 10 hari, datuknya Abd al-Muttalib pula meninggal dunia di Makkah.

  • Abd al-Muttalib sempat berwasiat agar Muhammad sallAllahu ‘alaihi wassalam dijaga oleh Abu Talib, bapa saudaranya iaitu saudara kandung bapanya.
Ke Pangkuan Bapa Saudara (sehingga 40 tahun)
  • Abu Talib telah menjalankan amanah menjaga Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dengan sesempurna mungkin.

  • Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah mendapat perlindungan dan penjagaan dari Abu Talib sehingga akhir hayat Abu Talib.

  • Antara peristiwa penting yang berlaku sepanjang bersama Abu Talib ialah:
    • Hujan turun dengan berkat peribadi anak kecil bernama Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Yang mana ketika itu Makkah dilanda kemarau.

    • Pada umur Baginda 12 tahun, Abu Talib yang ketika itu membawa Baginda berdagang ke Syam telah ditegur oleh seorang Rahib bernama Jarjis, atau lebih dikenali sebagai Bahira. Seetlah melihat ciri-ciri yang ada pada Baginda, Bahira telah memberitahu kepada Abu Talib, “Inilah ketua seluruh alam, budak ini diutuskan oleh ALLAH sebagai rahmat untuk sekalian alam.” Bahira menasihatkan agar budak tersebut tidak dibawa ke Syam, kerana ditakuti akan dilakukan sesuatu yang buruk kepadanya. Lalu Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dibawa pulang ke Makkah semula.

    • Pada umur 15 tahun, Baginda telah ikut membantu dalam peperangan yang dipanggil Peperangan Fijar. Peperangan tersebut adalah di antara orang Quraisy dan sekutu2 mereka dari Bani Kinanah dengan Qays bin ‘Aylan.

    • Pada zaman remaja, Baginda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Banyak riwayat mengatakan Baginda mengembala kambing. Pada usia 25 tahun, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah dikenali sebagai seorang yang amanah. Atas sifat amanahnya itu, Khadijah binti Khuwaylid iaitu pedagang dan hartawan telah memilih Baginda untuk membawa dagangannya ke Syam. Baginda dibantu oleh hamba Khadijah yang bernama Maysarah untuk berniaga di Syam.

    • Kembali dari urusan perdagangan, Khadijah tertarik dengan kebolehan Baginda yang telah meraih keuntungan yang banyak dari perniagaan tersebut. Malah yang lebih penting ialah perwatakan Baginda yang berakhlaq mulia, berfikiran tajam, tutur kata yang benar dan bersifat amanah. Maklumat ini diperolehi dari Maysarah. Khadijah yang sebelum ini selalu gagal dilamar oleh para pembesar Quraisy, telah tertarik dengan Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Khadijah ketika itu berumur 40 telah menyatakan hasrat untuk mengahwini Baginda, dan Baginda setuju. Lamaran telah dibuat oleh bapa-bapa saudara Baginda.

    • Pada usia 35 tahun, Baginda membawa peranan yang besar dalam pembinaan semula Ka’bah dan Isu Tahkim.

    • Pada usia 40 tahun, Baginda telah menerima wahyu dari ALLAH. Pada saat inilah, kehidupan Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam mula menerima pelbagai tentangan dan halangan yang besar. Dan Abu Talib telah banyak bertindak melindungi Baginda sehinggalah Abu Talib meninggal dunia…
WAllahu Ta’ala A’lam.

Saya sarankan tuan/puan untuk mendapatkan kitab al-Rahiq al-Makhtum karangan Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri untuk bacaan lanjut dan lebih terperinci. Mudah2an rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, insan yang telah banyak berjasa kepada kita akan semakin subur dan diikuti dengan semangat untuk menyambung perjuangan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam dan mengamalkan segala sunnah2nya.