Selasa, 1 April 2014

uplod FB


#2 Gegirl buat senyum control ayu
Kucing konfem masuk Syurga walaupun kurap. Kemudian gegirl berfikir…
Gulppp
Pak Hustad kata dia Ahli Neraka!
Gegirl sentap bertingkat-tingkat T^T
Gegirl frust pastu sembahyang taubat dan deactivate Facebook beliau.
Dan sekarang gegirl dah jadi Pendakwah Islamiah Sepenuh Masa.
The End.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Uhukk uhukk.
Sungguh cerita merapu kat atas tu takde kaitan Antara hidup dan mati 
Ada satu je point yang aku nak cakap. Apa hukum upload gambar kat Facebook?
Hukum upload gambar kat Facebook bukanlah jadi ahli neraka seperti yang dinyatakan Pak Hustad itu.
Mengarut je Pak Hustad tuh. Sekeh kepala kang -.-
Hukum upload gambar kat Alam Maya hukumnya HARUS.
I repeat, HARUS.
Tapi dengan 3 syarat.

Tutup Aurat
Tidak menaikkan Syahwat
Tidak timbul fitnah
Orite. Let me explain more bagi setiap satu syarat aplod gambar
Tutup Aurat
Aurat haruslah dilindung. Jangan menampakkan Aurat.
Baju ketat dan apa-apa sahaja yang menampakkan bentuk tubuh badan bukanlah dikategorikan sebagai tutup aurat.
Tidak menaikkan Syahwat
Tidak melakukan aksi yang mengghairahkan seperti Selfie yang over-over.
Aksi yang comel-comel sehingga boleh menaikkan Syahwat manusia yang melihatnya.
Aksi yang boleh menyebabkan Zina Hati.
Tidak timbul fitnah
Jangan ambil gambar antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
Contohnya seperti ambil gambar dengan berdua-duaan Antara lelaki & perempuan
Amat mudah untuk timbul fitnah.
Molek lagi untuk untuk ambil gambar yang fitnah-free macam air teh bunga yang sugar-free
Sebagai langkah berjaga-jaga, jangan letak gambar muka besar-besar. Takut orang edit, orang super-impose.

Dan kemudian orang letak muka korang jadi bahan lucah.
Haaaa, kan fitnah timbul :’)
So, kalau semua syarat-syarat kat atas tuh dah lepas imegresen, maka uploadlah gambar tanpa rasa bersalah 
Ehemm ehemm,
tapi ada satu nasihat untuk perempuan yang cantik.
Perempuan yang diiktiraf kecantikannya.
Ramai orang puji korang cantik.
Aku sarankan korang janganlah letak gambar korang kat Alam Maya.
Serious talk, muka yang cantik itu sudah automatically sudah menjadi fitnah kepada lelaki.
You guys perlu tahu, 2 things
#1 Lelaki ada 1 nafsu dan 9 Akal.

#2 Perempuan ada 9 Nafsu dan 1 Akal.
Nahhhh, you can see right?
Nafsu lelaki ni tertumpu kat perempuan je 
Lagi-lagi yang cantik-cantik ni.
Bukan apa, fitrah manusia Cinta dan Sukakan kecantikan dan keindahan.
So, kalau boleh korang tak payah lah ye nak upload gambar.
Korang tolonglah jaga hati-hati lelaki yang nak jadi soleh.
Bantu mereka, khuatir mereka tersungkur melihat wajah korang :’)
Nanti jadi macam situasi gegirl dalam cerita merapu tadi, kang tetiba seorang Jejaka Macho comment:
‘Comeinya awak. Sudah berpunya?’

Tapi apa-apa pun, kalau korang still nak letak tidaklah menjadi satu kesalahan.
‘Saya dah buat dah 3 Syarat tuh. Tapi macam mana kalau ada lelaki yang masih naik syahwat?’
Itulah aku kata, lebih molek tak payah letak gambar kata alam maya.
Tapi kalau korang dah buat 3 syarat tuh, korang dah terlepas daripada Dosa.
Yang lelaki nak naik Syahwat tu masalah diorang laa.
Itu Antara mereka dengan Allah.

Beginilah, apabila berbicara pasal lelaki ni bermacam ragam…
Walaupun perempuan bertudung labuh pun mereka boleh nak naik Syahwat
Walaupun perempuan berpurdah pun mereka boleh nak naik Syahwat
Lebih parah, walaupun perempuan dah tutup badan mereka dengan guni beras, buat dua lubang untuk mata pun lelaki boleh naik Syahwat.
So sekarang ni, korang buat dahulu apa yang korang patut buat.
Buat dahulu 3 Syarat itu, kalau dah lepas imegresen, korang uploadlah gambar korang.
Cuma kalau korang sayang Ummat Nabi Muhammad ni, tak payahlah upload gambar.
Sebab korang nak bantu JAGA HATI para lelaki-lelaki yang merangkak jadi Soleh ini.
Itu pun kalau korang sayang laa Ummah kita ni :’)
Sayang ke tak ni?

Nangis kang T-T *mata berair*
Bagi yang sudah terlajak upload gambar sudah beribu-ribu, berjuta-juta, berzillion-zillion gambar kat Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya…
Aku tak harapkan korang delete gambar tu semuanya terus. Tinggallah beberapa gambar.
Yang rasa sayang nak delete kehilangan gambar comei-comei tu save laa dulu dalam pendrive.
Kalau ada 1000 gambar, tinggalkanlah 500 gambar.
Kalau rasa dah ada kekuatan, jadikanlah 250 gambar.
Kalau tetiba rasa dapat extra life, jadikan lah 125 gambar.
Sehinggalah tinggal beberapa gambar yang tersadai kat Alam Maya.
Untuk rasa lebih manis :))

korang set dalam hati korang…
#1 Wajah aku special edition untuk Suamiku. Bukannya macam pelastik pembalut Choclairs yang ada kat merata tempat.
#2 Wajahku bukannya free-free untuk public view. Bukan untuk free-show
#3 Wajahku punya harga, harganya hanya kesolehan bakal Suamiku.
Wanita Cantik Beautiful Pretty Gorgeous sekalian…
Nabi kata korang ni perhiasan. Perhiasan dunia.

Yaa benar, wanita yang solehah ialah seperti batu berlian yang dikorek khas dari petala ke-7 bumi.
Sungguh, aku tak pernah lagi tengok batu berlian yang dikorek khas dari petala ke-7 bumi dilempar sembarangan. Bertaburan kat jalanan.
Bagi aku, tiada perempuan yang tak cantik.
Semua cantik.
Tapi yang dilihat bukannya cantik paras rupa, tapi cantik akhlak lebih utama :))
Bagi aku, tiada muslimat yang tak solehah.
Semua solehah,

Tapi yang aku lihat tidak ramai yang super solehah. Solehah yang Superb.
Wahai batu berlian yang dari petala ke-7 bumi,
Jagalah apa yang patut dijaga.
Tutuplah apa yang patut ditutup.
Labuhlah apa yang patut dilabuh.
Sesungguhnya koranglah yang akan kasi padat Syurga nanti dengan gelaran Bidadari Syurga.
Yaa benar, bukan setakat Bidadari Syurga, tetapi Big Boss Bidadari Syurga.
Jadilah Super Solehah.

Moga Allah tambah Cinta.
Moga Allah Redha.
Moga Syurga Allah untuk korang.
Orite. Di sini sahaja Kalam Inche Kopiah dalam post bertajuk “Aplod Gambar Gegirl”
Assalamu’alaikum *lambai tangan*Share 
‪#‎cp‬ from encikkopiah's blog

TAUBAT ROH

PERKONGSIAN
KULIAH TOKKU PG
````````````````````````````

(refreshment eL ghiffary's script code)

_______________________________________

"BUKAN yg mengulangi mintak ampun(taubat) itu masaalah,tapi yg tak mintak ampun itu masaalah..

Kerana seorg yg meminta ampun,bererti Allah nak memberi keampunan..

Selagi mana kita nak jadi baik,maka Allah SWT sentiasa membentangkan rahmatnya..

Cuma isunya ialah 1 benda,..
Isunya sekarang ialah..ADAKAH KITA MASIH BERPELUANG BERTAUBAT ATAU TIDAK..
KERANA APA???
= KERANA PINTU TAUBAT..IA ADA WAKTU TERTUTUP..
~ BUKAN ALLAH TIDAK TERIMA...TAPI SETIAP PERKARA ..ADA MASANYA...

~ Allah SWT tak terima sebab masanya sudah tamat..

..Dan kita pun dalam kehidupan seharian tuan2...terikat dgn masa..
Kita tak akan terima 1 benda kalau masanya sudah tamat..
Tuan2 beli susu,kalau masanya sudah tamat..tuan2 sanggup minum???
Tuan 2 beli mana2 produk,kalau tarikhnya dah habis,tuan2 pasti reject..

Allah dah ciptakan perkiraan & undang2 manusia dgn masa..dia ada tempoh..
Dlm jualbeli..kita ada tempoh masa..
Baik dlm muamalat2 yg lain pun kita ada masa..
Kita sentiasa cakap tempoh & tempoh..itu sunnatullah...
Demikian juga Allah jadikan hidup kita ini dgn tempoh & masa..

..Dan Allah telah jadikan tempoh taubat itu dgn masa..masanya bila???

Masanya = 2

Pertama..bila matahari naik dari sebelah BARAT..
Selagi mana kita pandang matahari naik dari sebelah timur,maka ia masih ada masa...

Yg kedua..ketika mana nyawa kita berada di halkum..
Masa itu tuan2,kerana Allah sudah membuka HIJJAB..
Rahsia yg selama ini rahsia,sudah tidak menjadi rahsia..
Maka rahsia bila dah bocor rahsia,maka tak guna lagi menjawabnya..

Dia umpama cikgu dah bagitau jawapan,maka tak guna lagi kita menjawabnya..
Selagimana ujian berjalan,cikgu tak bagitau jawapan..

Allah menjadikan dunia ini ujian..

Bila ujian itu tamat..?

…BILA???

…Bila nyawa berada di halkum..
~ Kita nampak malakul maut..kita nampak tempat kita di syurga@neraka..
Kita nampak semua benda yg selama ini Allah ghaib kan dari pandangan kita..
Yg Allah sebutkan bhwa sifat orang beriman mesti percaya pada benda ghaib...& benda ghaib ini akan terbuka bila tiba masanya...
Dan manusia bila tiba masa,maka Allah akan bukak HIJJAB..

Hari ini mata kita ni ada HIJJAB...& tuan2 hanya dapat melihat orang2 yg berada di hadapan..
Namun HIJJAB ini akan terbuka sedikit demi sedikit..
Akan datang 1 hari,kita tak akan nampak orang yg duduk depan kita..

~ TETAPI kita melihat MALAKUL MAUT!!!

Walaupun org lain di sekeliling kita...kita takkan nampak..
Hari ini Allah jadikan kita nampak seluruh manusia,kita cuma tak nampak malaikat..kita tak nampak iblis..
Allah hijjab semua benda tu sebagai ujian..Allah hijjab..

Tapi kelak bila tamat waktunya,maka Allah akan buka KASYAAF...
KASYAAF bagi org soleh,Allah beri dia sebelum dia mati lagi..dia dapat melihat perkara2 yg baik2..
Tapi bagi semua manusia,samada dia beriman atau tidak,Allah akan beri dia ketika nyawa berada di halkum..
Semua org kalau dia nak mati,dia akan nampak semua benda yg selama ini dihijjab..dia akan nampak malaikat2..bukan sekadar malakul maut..dia akan melihat malaikat2 rahmat,bahkan malaikat2 azab..
BAHKAN DIA AKAN MELIHAT ROHNYA SENDIRI!!!

Hari ini tuan2 tidak dapat melihat roh..Rasulullah S.A.W. bila cerita kisah org yg mati,kenapa mata mayatnya CELIK(terbeliak)..kalau org kita,kenapa org mati matanya celik,.kempunan nak makan nasi lemak la tu..tu yg terbukak mata...dia tak Dan mkn nasi lemak..
Padahal dlm islam,takde istilah kempunan bagi org2 nak mati ni..

Bila Abu Salamah meninggal matanya celik..
Org jahilliyyah dulu dia fikir,kalau org mati celik ni,mati yg buruk..
Dlm filem2 pun kita tengok kalau org yg mati pelik ni,matanya celik(terbeliak)..kalau mati dlm iman ni matanya tutup..senyum..

Sebenarnya mati yg celik,bukan mati yg buruk..tapi itulah gambaran manusia dibukak kasyaaf melihat roh..

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yg bermaksud : "SESUNGGUHNYA ROH BILA DIPEGANG MALAKUL MAUT,MAKA MATA AKAN MELIHAT.."

Hari ni saya & tuan2 tak dapat melihat roh..kita dihijjab,..dlm badan saya ada roh,dlm badan tuan2 ada roh..tapi bolehkah kita melihat roh???
Walaupun kita cuba nak melihat roh,kita tetap tak boleh tengok..kita di hijjab,ada hijjab.."

Tetapi bila sampai masanya roh ini keluar dari jasad..dia bermula naik dari hujung kaki..ke lutut..naik ke pinggang kita..kemudian ke dada kita...& membentuk ombak pernafasan yg tersekat2..umpama bernafas pada lubang jarum kerana terlalu sikitnya(sempit).
Sebagaimana kata Amru bin Al 'Ash : "Umpama badan aku dihempap oleh batu besar..& aku bernafas pada lubang sebesar lubang jarum.."

Masa tu bayangkan,betapa nazaknya..hembusannya kuat,tapi anginnya keluar slow...sehingga roh itu keluar melalui mulut..
Sebagaimana ditiup masuk roh ikut mulut & dia keluar juga ikut mulut..

Ertinya tuan2,bila detiknya tamat waktu diterimanya taubat,ialah bila roh kita Allah ambik...maka dua keadaan inilah kita kena hati2..

Allah S.W.T. tetap menerima hamba2Nya mengulangi taubatnya..
dgn dia berbuat dosa lalu bertaubat,buat dosa lalu taubat..
...& kita rasakan kalau begitu,maka kita boleh ulangi maksiat..

= Maka kita katakan : "Benar...kalau awak yakin,awak masih berpeluang bertaubat..
Tetapi yakinkah awak?
Bahawa waktu itu masih ada?
Dan yakinkah awak bahawa Allah akan berikan lagi ilham(hidayah) & kekuatan untuk bertaubat?"

YAKINKAH AWAK??????"

= Tak yakin...

~ Maka Jangan ulang ~

Sebaiknya mintaklah pertolongan dari Allah agar saya tak mengulanginya..
Mintak pertolongan dari Allah supaya saya kuat & tabah untuk terus menjadi org yg baik selama2nya..."

~ wallahu a'lam ~

_______________________________________

: Ustaz Mat Esa Deraman @ 04/11/13
*kuliah"Bertaubat Kpd Allah"

Ahad, 30 Mac 2014

bayi ajaib


Xiamen: Seorang saksi satu kemalangan ngeri membabitkan pasangan suami isteri melihat bayi yang berada dalam kandungan ibunya itu tercampak keluar selepas motosikal pasangan itu dilanggar lori.




Wang Zhau, 40, yang sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital bersama suaminya Mao, 42, apabila motosikal mereka dirempuh lori.

Saksi berkata lori itu kemudian menggilis wanita berkenaan menyebabkan bayi yang berada dalam kandungannya terkeluar dan tercampak sejauh tiga meter.

Pasangan berkenaan mati di tempat kejadian namun bayi mereka selamat dan dibawa ke hospital di wilayah Fujian China.





Bayi yang diberi nama Xiao Zhao oleh kakitangan hopital itu hanya calar-balar.


Jurucakap polis, Chan Chien berkata: “Ada saksi yang berkata wanita itu sempat melahirkan anaknya sebelum mati selepas dilanggar lori berkenaan manakala yang lain berkata, impak daripada perlanggaran itu menyebabkan bayi seberat 4.2 kilogram itu terkeluar dari rahim ibunya dan tercampak sejauh tiga meter.

Wanita itu sepatutnya dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dan suaminya membuat keputusan untuk tidak menunggu ambulans.


Dia menghantar isterinya ke hospital menaiki motosikal.


Kemalangan berlaku ketika mereka tiba di simpang antara Maqing Lu dan Jiaosong Lu” kata Chan.

Polis mengesahkan mereka menahan pemandu lori berusia 45 tahun itu untuk membantu siasatan.

Kejadian yang menggemparkan yang menimpa bayi malang itu menjadi tajuk utama akhbar di China dan Badan Kebajikan Xiamen menyumbangkan 5,000 yuan (RM 2,658) untuk penjagaan bayi terbabit.

Orang ramai yang mengetahui berita itu turut melawatnya di hospital dengan membawa pelbagai hadiah untuk bayi berkenaan.

Penggali kubur


Pada suatu hari Saiyidina Umar Al-Khattab menghadap Rasulullah S.A.W sambil menangis, maka bertanyalah Rasulullah S.A.W "Wahai Umar, apakah yang membuatkan engkau menangis?" Jawab Umar "Ya Rasulullah, ada seorang di muka pintu ini yang yang telah membakar hatiku." Berkata Rasulullah "Ya Umar, bawalah ia masuk." Lalu Umar membawa pemuda yang sedang menangis itu masuk. 

Bertanya Rasulullah S.A.W "Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis?" Pemuda itu menjawab "Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada Allah S.W.T yang sangat murka kepadaku." Bertanya Rasulullah S.A.,W "Apakah kamu mempersekutukan Allah?" Jawab pemuda itu "Tidak Ya Rasulullah." Bertanya Rasulullah lagi "Apakah kamu membunuh jiwa yang kamu tiada hak membunuhnya?" Jawab pemuda itu "Tidak Ya Rasulullah." 

Sabda Rasulullah S.A.W "Maka Allah S.W.T akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit." Berkata pemuda itu "Wahai Rasul Allah, Aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya." 

Rasulullah S.A.W bertanya lagi "Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?" Jawab pemuda itu "Dosaku lebih besar." 

Rasulullah S.A.W bertanya lagi "Apakah dosamu lebih besar dari Arsy?" Jawab pemuda itu "Dosaku lebih besar." Rasulullah S.A.W bertanya lagi "Apakah dosamu lebih besar dari dimaaf oleh Allah?" Maka jawab, pemuda itu "Maafnya lebih besar?" Lalu Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya tidak dapat mengampun dosa besar kecuali Allah yang Maha Besar, yang besar pengampunan-Nya." 

Maka bersabdalah Rasulullah S.A.W "Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan?" Jawab pemuda itu "Aku malu hendak memberitahumu, Ya Rasulullah." 

Rasulullah bertanya dengan kuat "Beritahu aku apakah dosamu itu?" Jawab pemuda itu "Begini Ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selam tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan ia." 

"Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu akupun menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba gadis itu bangun dan berkata, "Celaka betul kamu wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada Allah S.W.T dalam keadaan junub!" 

Apabila Rasulullah selesai mendengar keterangan dari pemuda tersebut, maka dengan segera Rasulullah bangun sambil bersabda "Hai orang yang fasik!, memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini." Maka keluarlah pemuda itu. 

Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada Allah dan pada malam ke 44, ia memandang ke langit sambil berdoa "Ya Allah, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan Hawa, jika Engkau telah mengampunkannu, maka beritahulah Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan kepada aku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari seksa akhirat." 

Tidak berapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibril A.S menemui Rasulullah. Selepas memberi salam Jibril A.S berkata "Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu." Jawab Rasulullah S.A.W "Dialah Assalam dan daripada-Nya salam dan kepada-Nya segala keselamatan." 

Berkata Jibril A.S "Allah S.W.T bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?" Jawab Rasulullah S.A.W "Dialah Allah yang menjadikan segala makhluk." 

Tanya Jibril A.S lagi "Adakah kamu yang memberikan rezeki kepada makhluk?" Jawab Rasulullah S.A.W "Dialah Allah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk yang lain." 

Berkata Jibril A.S lagi "Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?" Jawab Rasulullah S.A.W "Dialah Allah yang menerima taubat dariku dan mereka." 

Maka berkata Jibril A.S "Allah berfirman, maafkanlah hamba-Ku itu kerana Aku telah memaafkannya." 

Maka segera baginda memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa Allah telah menerima taubatnya dan memaafkannya.

Mimpi MH370 Petunjuk Ke-2

Mimpi MH370 Petunjuk Ke-2: Back to the Past
(Baca Sahaja Percaya Jangan & Hanya Mainan Tidur

Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana? Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ.

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung. 

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan tukang cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA & Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal Saya tersedar..

Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahualam..