Ahad, 6 Julai 2014

HURUL AINI

Siapa HURUL AINI ???
Hurul Aini bermaksud Bidadari. Mereka adalah perempuan Syurga yang di ciptakan Allah SWT untuk menjadi isteri orang-orang beriman setelah mereka sampai di Syurga nanti.
.
Sementara para Malaikat sibuk menjalankan tugas menyambut kedatangan orang-orang beriman yang memasuki Syurga, maka hurul-aini ini berbaris sepanjang jalan.
.
Ketika pintu Syurga di buka dan ketika orang-orang berhamburan masuk, maka hurul-aini melambai-lambaikan tangan. Mereka menyanyikan lagu tanda gembira.
.
.
Menurut Hadis dari Ali bin Abi Thalib ; Nabi bersabda mengatakan : Ketika itu hurul-aini menyanyi bersama-sama yang bunyinya :
.
*****
Kamilah perempuan abadi,
tidak pernah binasa
Kamilah perempuan yang senang,
tidak pernah susah
Kamilah perempuan redha,
tidak pernah marah
Merasa senang orang yang
Memiliki kami,
Kami ini, dia yang punya.
.
*****
(Hadis dari Ali bin Abi Thalib- Riwayat Tirmizi)
.
.
Mereka menyanyi beramai-ramai. Alunan suara mereka yang merdu menusuk perasaan hati, tertegun air yang mengalir, terhenti burung yang berterbangan. Nyanyian mereka itu pula di balas oleh perempuan-perempuan mukminat ahlud-dunya.
.
.
Mukminat ahlud-dunya.
.
Iaitu mukminat yang sekarang ini di dunia. Sesampai mereka di dalam Syurga, mereka lebih cantik dari hurul-aini.
.
.
Nyanyian yang mereka balas berbunyi :
.
*****
Kamilah perempuan sembahyang,
Kamu tidak
Kamilah perempuan berpuasa,
Kamu tidak
Kamilah perempuan berwudhuk,
Kamu tidak
Kamilah perempuan bersedekah,
Kamu tidak
.
******
(Hadis dari Aisyah- Riwayat Tirmizi)
.
.
Kedua pihak perempuan itu menyanyi berbalas-balas dengan suara yang merdu sekali. Perempuan mukminat, sesampainya di Syurga nanti, mereka itu lebih cantik dari bidadari Syurga dan mereka itu masih tetap menjadi isteri kepada suaminya yang sekarang ini disamping hurul-aini.
.
.
Sekarang, hurul-aini itu sedang di jaga rapi di dalam khaimah-khaimah Syurga menunggu hari kiamat. Berfirman Allah SWT dalam Al-Qur'an ;
.
(Surah Ar-Rahman : 72)
.
Maksudnya :
.
"Hurul-aini yang cantik itu, putih bersih (kini) di pingit di dalam khaimahnya"
.

buah


Falsafah Buah-buahan ..........
1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinyayang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.
2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.
3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.
4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.
5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.
6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santanya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna
7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.
Kongsi group lain utk manfaat kit

Sabtu, 5 Julai 2014

Subhanallah

4 gambar pembentukan batu semulajadi yang sangat cantik dan menakjubkan yang diambil dari serata dunia. Indah bukan alam semulajadi ciptaan Tuhan?

Antelope Canyon, Navajo Nation, Arizona

Antelope-Canyon-Navajo-Nation-Arizona 
 
 Double O Arch, Arches National Park, Utah
Double-O-Arch-Arches-National-Park-Utah 

 Bisti / De-Na-Zin Wilderness, New Mexico
De-Na-Zin-Wilderness-New-Mexico 

 Hanging Rock, Blackheath, Australia 
Hanging-Rock-Blackheath-Australia  

 Brimham Rocks, North Yorkshire, England
Brimham-Rocks-North-Yorkshire-England 

 Bryce Canyon National Park, Utah
Bryce-Canyon-National-Park-Utah 

 Goreme, Cappadocia, Turkey
Goreme-Cappadocia-Turkey 

 Coron, Palawan, Filipina
Coron-Palawan-Filipina 

 Coyote Buttes, Arizona
Coyote-Buttes-Arizona 

 Deer Cave, Sarawak, Malaysia
Deer-Cave-Sarawak-Malaysia 

 Drangarnir, Faroe Islands
Drangarnir-Faroe-Islands 

 Ennedi Desert, Chad
Ennedi-Desert-Chad 

 Externsteine, Ostwestfalen-Lippe, Germany
Externsteine-Ostwestfalen-Lippe-Germany 

 Giant's Causeway, County Antrim, Northern Island
Giant's-Causeway-County-Antrim-Northern-Island 

 Guangxi, China
Guangxi-China 

 Valle de la Luna, La Paz, Bolivia
Valle-de-la-Luna-La-Paz-Bolivia 

Man-Pupu-Nyor, Komi Republic, Russia
Man-Pupu-Nyor-Komi-Republic-Russia 

Meteora, Greece
Meteora-Greece 

Monument Valley, Utah
Monument-Valley-Utah 

Mushroom Rock, Kansas
Mushroom-Rock-Kansas 

Moeraki Boulders, Otago, New Zealand
Moeraki-Boulders-Otago-New-Zealand 

The Pinnacles, Western Australia
The-Pinnacles-Western-Australia 

Reed Flute Cave, Guilin, China
Reed-Flute-Cave-Guilin-China 

Svartifoss, Skaftafell National Park, Iceland
Svartifoss-Skaftafell-National-Park-Iceland 

Stone Forrest National Park, Yunnan, China
Stone-Forrest-National-Park-Yunnan-China 

Arbol de Piedra, Sur Lipez, Bolivia
Arbol-de-Piedra-Sur-Lipez-Bolivia 

La Perouse, New South Wales, Australia
La-Perouse-New-South-Wales-Australia 

Te Hoho Rock, Coromandel Peninsula, New Zealand
Te-Hoho-Rock-Coromandel-Peninsula-New-Zealand 

Tsingy de Bemaraha, Madagascar
Tsingy-de-Bemaraha-Madagascar 

Wadi Rum, Jordan
Wadi-Rum-Jordan 

Wave Rock, Western Australia
Wave-Rock-Western-Australia 

White Desert, Western Egypt
White-Desert-Western-Egypt 
 
Candles Rock, Yehliu, Taiwan
Candles-Rock-Yehliu-Taiwan 
 
Basaltic Prisms, Santa Maria Regla, Mexico
Basaltic-Prisms-Santa-Maria-Regla-Mexico

nasihat

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.

Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.

Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
***

#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

Jurang neraka

Suatu ketika Nabi a.s melewati sebuah kampung dan mendapati semua penduduknya mati bergelimpangan di atas tanah. Dia terkejut lalu berkata, "Wahai para hawari, mereka mati dalam keadaan marah dan murka. Seandainya mereka mati dalam keadaan redha kepada Allah, tentu mereka saling menguburkan."

Para hawari bertanya, "Wahai Ruhullah, kami ingin mengetahui khabar dan keadaan mereka." Nabi Isa a.s lalu berdoa kepada Allah S.w.t dan mendapat wahyu, "Bila malam telah tiba, panggil-lah mereka! Mereka akan menjawab panggilan-mu."

Di kala malam tiba, Nabi Isa a.s naik ke sebuah tempat tinggi dan menyeru, "Wahai penduduk kampung!" Ternyata seorang dari mereka menjawab, "Ya, kami terima panggilan-mu, wahai Ruhullah." Isa a.s bertanya, "Bagaimana khabar kalian?"  Orang itu menjawab, "Wahai Ruhullah, sebelumnya kami baik-baik saja, namun kemudian kami mendapat bencana."

"Bagaimana boleh terjadi?"

"Kami terlalu cinta kepada dunia, taat kepada ahli maksiat, tidak memerintahkan kebaikan, dan tidak mencegah kemungkaran."

"Bagaimana cinta kalian terhadap dunia?"

"Seperti anak kecil yang mencintai ibunya. Jika si ibu datang, anak sangat gembira, dan jika pergi, dia sedih dan menangis."

"Wahai fulan, mengapa yang lain tidak memenuhi panggilanku?"

"Mereka diikat dengan belenggu neraka oleh para malaikat yang keras dan kasar."

"Lalu bagaimana engkau boleh memenuhi panggilan-ku?"

"Aku tidak termasuk di antara mereka tetapi berada di tengah-tengah mereka. Ketika azab menimpa mereka, aku pun turut tertimpa. Sekarang aku tergantung di tepi jurang neraka. Aku tidak tahu apakah akan selamat atau jatuh."

[Imam Ibnul Jauzi - Bahr ad-Dumu']

Umar

Umar memberi arahan jarak jauh

Al-kisah, Umar r.a mengirim satu pasukan yang dipimpin oleh seorang lelaki bernama Sariyah. Ketika Umar sedang berkhutbah di atas mimbar, tiba-tiba Umar memanggil, "Wahai Sariyah! Ke gunung! Ke gunung!" Setelah itu datanglah utusan pasukan Islam menemui Umar. Ketika Umar bertanyakan tentang kondisi pasukan, utusan itu menjawab, "Wahai Amirul Mu'minin, kami telah terdesak untuk kalah. Namun, ketika kami berada dalam kondisi sedemikian, kami mendengar teriakan yang memerintah, "Wahai Sariyah! Ke gunung! Ke gunung!" Ucapan itu kami dengar sebanyak tiga kali. Kemudian, kami menyandarkan belakang kami ke gunung. Lalu Allah menghancurkan musuh kami."  Lalu seseorang berkata kepada Umar, "Sesungguhnya engkaulah yang meneriakkan kata-kata itu! Sedangkan gunung tempat Sariyah berada adalah di Nahawand yang berada di luar kawasan Arab." [1]

Dalam riwayat lain, ketika Umar ibnu Khattab berkhutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba dia berhenti sejenak dari huraian khutbahnya dan berkata, "Wahai Sariyah! Ke gunung!" Dia mengucapkan kalimat itu dua atau tiga kali, kemudian dia melanjutkan khutbahnya. Sebahagian yang hadir di tempat itu mengatakan, "Dia telah gila. Sesungguhnya dia telah gila."

Waktu itulah, Abdur Rahman ibnu Auf  datang menemuinya di rumah beliau. Dia adalah seorang yang sangat percaya kepada ucapan Umar. Dia berkata, "Sungguh berat untuk mencaci mereka demi untuk membelamu. Sesungguhnya engkau telah beri kesempatan kepada mereka untuk membicarakanmu. Ketika engkau sedang berkhutbah, tiba-tiba engkau berteriak, "Wahai Sariyah! Ke gunung!" Apa maksudnya itu wahai Amirul Mu'minin?"

Umar berkata, "Demi Allah, sesungguhnya aku tidak sanggup untuk menahan apa yang aku ucapkan ketika itu. Aku melihat pasukan Islam sedang berperang di sebuah gunung dan mereka diserang dari seluruh arah, dari depan dan belakang. Maka dari itu, aku tidak dapat menahan untuk mengatakan, Wahai Sariyah! Ke gunung! Agar umat Islam berlindung ke gunung itu."

Tidak lama selepas itu, datanglah utusan Sariyah yang membawa sepucuk surat, "Sesungguhnya kami bertempur pada hari Jumaat melawan musuh kami. Kami memerangi mereka pada hari Jumaat hingga matahari tergelincir. Ketika itulah kami terdengar seseorang memanggil, "Wahai Sariyah! Ke gunung!" Aku mendengar perkataan itu sebanyak dua kali maka pergilah kami ke gunung hingga kami mampu mengalahkan musuh kami dan Allah memberikan kemenangan kepada kami." Namun orang-orang yang mencemuh Umar berkata, "Jangan dengarkan orang ini, kerana ini dibuat-buat!" [2]


Umar tahu rumah terbakar di tempat jauh

Suatu ketika, Umar berkata kepada seorang lelaki, "Siapa namamu?" Orang itu menjawab, "Jamrah (bara api)". Umar bertanya lagi, "Anak siapa?" Dia menjawab, "Anak Syihab (percikan api)." Umar bertanya lagi, "lalu di mana tempat tinggalmu?" Dia menjawab, "Di Harrah (tempat yang panas)." Umar bertanya, "Dengan apa ia dipanaskan?" Dia menjawab, "dengan Lazha (api yang membara)."  Umar berkata, "Kalau begitu cepatlah engkau kembali menemui keluargamu kerana mereka telah terbakar."

Kemudian lelaki itu kembali ke rumahnya, dan ternyata dia menemui keluarganya telah habis terpanggang api." [3]


Umar mengutus surat kepada Sungai Nil

Ketika Mesir berhasil dibebaskan oleh umat Islam, beberapa orang Mesir datang menemui Amr bin 'Ash. Ketika itu telah masuk salah satu bulan yang dianggap keramat oleh penduduk setempat. Orang-orang Mesir itu berkata, "Wahai gabenor, sesungguhnya Sungai Nil ini mempunyai kebiasaan bahawa airnya tidak akan mengalir, kecuali dengan tradisi tersebut." Amr ibnu 'Ash bertanya, "Apakah tradisi tersebut?" Mereka berkata, "Jika telah memasuki tanggal sebelas bulan ini, kami akan mencari perawan ke rumah orang tua mereka, lalu kami minta kedua orang tuanya untuk memberikan perawan itu kepada kami secara sukarela. Setelah itu kami hiasi perawan tersebut dengan baju dan perhiasan yang paling indah, kemudiankami lemparkan dia ke Sungai Nil." Amr ibnu 'Ash berkata, "Perkara seperti ini tidak mungkin dilakukan dalam Islam. Sesungguhnya Agama Islam telah menghapuskan tradisi lama." Lalu mereka melaksanakan apa yang dikata oleh Amr bin 'Ash. Ternyata Sungai Nil itu kering dan airnya tidak mengalir hingga para penduduk merancang untuk meninggalkan daerah tempat tinggal mereka.

Ketika Amr bin 'Ash melihat kondisi seperti itu, dia pun menulis surat kepada Khalifah Umar ibnu al-Khattab. Dalam surat tersebut, Amr bin 'Ash menjelaskan bahawa mereka tertimpa musibah akibat yang dikatakannya bahawa mereka ditimpa musibah kerana telah dihapusnya tradisi lama. 

Kemudian Umar menulis surat kepada Amr bin 'Ash yang di dalam surat tersebut ada nota kecil.  Dalam surat itu dia menulis, "Sesungguhnya aku telah mengirimkan kepadamu dalam suratku satu nota kecil. Lemparkanlah nota kecil itu ke Sungai Nil. Ketika surat Umar sampai ke tangan Amr bin 'Ash, dia mengambil nota kecil itu dan membukanya. Ternyata dalam nota kecil tersebut berisi tulisan sebagai berikut, "Dari hamba Allah, Amirul Mu'minin Umar bin Khattab. Jika kau mengalir kerana dirimu sendiri, janganlah mengalir. Namun, jika yang mengalirkan airmu adalah Allah, mintalah kepada Allah Yang Maha Kuasa untuk mengalirkanmu kembali."

Amr bin 'Ash kemudian melemparkan nota kecil itu ke Sungai Nil. Lalu Allah mengalirkan air Sungai Nil setinggi enam belas hasta dalam satu malam. Dengan terjadinya peristiwa itu, Allah telah menghancurkan tradisi jahiliyah dari penduduk Mesir hingga sekarang. [4]


Umar tahu seseorang berbohong padanya

Ada seseorang berbicara bohong kepada Umar, lalu Umar berkata, "Jangan ucapkan itu." Kemudian, jika orang itu mengatakan perkataan yang lain, lalu di tengah perbicaraannya itu Umar berkata lagi, "Jangan ucapkan itu." Lalu orang itu berkata kepada Umar, "Semua yang ku katakan kepadamu adalah benar, kecuali yang kau suruh aku untuk diam." [5]

Hasan berkata, "jika ada orang yang mengetahui bahawa suatu perkataan itu bohong atau benar, maka ketahuilah bahawa orang itu adalah Umar." [6]


Syaitan takut kepada Umar

Rasulullah S.a.w bersabda, "Wahai ibnu Khattab, demi Zat yang menguasai jiwaku, sekali-kali syaitan tidak akan melalui suatu jalan yang engkau lalui." [7]

Rasulullah S.a.w bersabda, "Sesungguhnya aku telah melihat syaitan-syaitan dari golongan manusia dan jin lari dari Umar." [8]
[Imam as-Suyuthi - Tarikh al-Khulafa']


Berdialog dengan ahli kubur

Yahya bin Ayyub al-Khaza'i menceritakan bahawa, Umar ibnu al-Khattab mendatangi makam seorang pemuda lalu memanggilnya, "Hai Fulan! Dan orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya, akan mendapat dua syurga [Surah Al-Rahman : 46]. Dari liang kubur pemuda itu, terdengar jawapan, "Hai Umar, Tuhanku telah memberikan dua syurga itu kepadaku dua kali di dalam syurga." [9]

syahwat

Seorang tokoh menuturkan, "Aku duduk bersama al-Hasan  al-Bashri. Tiba-tiba lalu-lah sekelompok orang yang mengusung seorang mayat. Al-Hasan al-Bashri terus pengsan melihatnya. Ketika dia telah sedar, aku bertanya."Orang itu sebelumnya seorang abid (ahli ibadah) dan zahid yang terkemuka," jawabnya. "Wahai Abu Sa'id, ceritakan kepadaku!" Kata-ku. Dia kemudian bercerita;

Pada suatu hari, orang itu keluar dari rumahnya menuju ke masjid. Di tengah perjalanan, dia melihat seorang wanita Nasrani. Dia tergoda dengan kecantikannya. Si wanita menolaknya, "Aku tidak mahu menikah dengan-mu kecuali kamu mahu masuk agamaku." 

Beberapa waktu kemudian, syahwat dan hasratnya semakin besar. Akhirnya dia menerima syarat wanita itu dan meninggalkan agama yang lurus ini. Ketika dia telah menjadi Nasrani, si wanita keluar seraya menyeru, "Wahai fulan, engkau sungguh seorang manusia yang buruk. Engkau keluar dari agamamu yang telah kau peluk selama ini hanya demi syahwat yang tidak ada ertinya. Sekarang aku meninggalkan agama Nasrani untuk meraih nikmat yang tidak akan lenyap selamanya di sisi Tuhan Yang Maha Esa dan Yang menjadi tempat segala sesuatu bergantung."

Wanita itu lalu membaca ayat; "Katakanlah Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah-lah tempat segala sesuatu bergantung. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada suatu pun yang setara dengan-Nya." [Surah al-Ikhlas]

Orang-ramai kagum dan hairan. Mereka bertanya kepada wanita itu, "Apakah sebelumnya engkau sudah hafal Surah tersebut?" Si wanita menjawab, "Sama sekali tidak. Ketika orang ini terus memintaku, malam harinya aku bermimpi seolah-olah masuk ke neraka. Tempatku di sana diperlihatkan. Aku menjadi sangat takut. Tiba-tiba ada yang berkata, "Jangan takut dan jangan sedih! Allah telah menebusmu dari neraka dengan lelaki ini." Selanjutnya dia membawaku ke ke syurga. Di sana aku melihat tulisan, "Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Di sisi-Nya ada ibu kitab (al-Lauh al-Mahfuzh)." [Surah ar-ra'd : 39]  Dia kemudian membacakan Surah al-Ikhlas dan aku mengulangi bacaan-nya. Waktu bangun, aku telah menghafalnya."

Setelah itu, si wanita masuk Islam, sedangkan lelaki itu dibunuh kerana murtad. Kita memohon keselamatan kepada Allah S.w.t.