Ahad, 20 Julai 2014

Wan Mohamad Akram



MAS hilang penentang sajian arak dalam penerbangan dengan hancurnya MH17
Kariah Masjid Bukit Indah, Ampang kehilangan seorang anggota mereka yang disifatkan sebagai pejuang yang menentang penyajian arak di dalam kapal terbang apabila perginya Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar bersama pesawat MH17 kelmarin.
Menurut rakan-rakan kariah mereka, Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.
"Beliau seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah," tulis rakannya, Halim Hassan dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial.

Ghafar adalah ketua pramugara pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak menggunakan peluru berpandu darat ke udara di timur Ukraine dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Beliau meninggal bersama 298 yang berada di atas pesawat Boeing 777 tersebut.
Turut meninggal adalah kesemua 14 krew MH17 yang bersama Ghafar mengendalikan penerbangan itu.
Menurut rakan-rakan masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS.
Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.
"Sekarang salah seorang pejuang dalam jihad kita menentang alkohol dijemput pergi dahulu... tetapi kita akan teruskan perjuangan ini," kata beliau dalam Whatsapp.
Walaupun Malaysia diisytiharkan sebagai negara Islam oleh pemimpinnya, MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan milik negara masih menghidangkan arak dalam penerbangan.
Ia dibuat berdasarkan permintaan dan juga amalan biasa dalam mana-mana syarikat penerbangan utama dunia. – 19 Julai, 2014

pencerahan

RIDHUAN TEE ABDULLAH - Sinar Harian 6 Jul. - SEBAGAI umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus Melayu, lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!

Pertama, bidang pekerjaan. Melayu tidak mahu lagi menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar dan tukang cuci. Tak glamor. Lebih 3 juta buruh asing mengambil alih tugas Melayu.

Kedua, bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur daripada program realiti bintang kecil sehinggalah bintang tua.

Semua program realiti akan berakhir Ramadan ini kerana pada kefahaman kita, ia bulan ibadat. Bagaimana pula bulan lain, dan kefahaman Islam jenis apakah ini?

Ketiga, bidang politik. Kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Sedar atau tidak, kita hanya ada 50 peratus. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah.

Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.

Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas dan sumbang mahram. Bukan bermakna bukan Islam tidak melakukannya.

Mereka pun banyak terlibat, mereka pandai makan, pandai simpan. Namun, mereka tidak sampai dirogol berkali-kali oleh 21 lelaki sehingga menjadi rekod dunia.

Kelima, bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70 peratus dikuasai bukan Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari. Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di laman sosial, cap Masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Ini baru bihun, belum yang lain.

Keenam, kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak? Begitu juga pendedahan aurat sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta.

Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang, jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan? Orang yang duduk di atas itu, adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?

Ketujuh, kebanyakan stesen TV tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya?

Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Karpet merah dibuat pada waktu maghrib, solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis ini bersolat Zohor, Asar dan Maghrib?

Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam? Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini?

Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini. Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.

Bak kata Dr Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert.

Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?

Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi untuk berjemaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?

Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu.

Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. Ayuh! Bersatulah! sama-sama fikir dan renung, sebelum terlambat.
Minta kita sebar kan seluas2 nya.

Tips 10

[Tips utk 10 mlm
Terakhir Ramadhan]
1. Jgn biarkan prestasi kita dlm ramadhan setakat ini mempengaruhi prestasi kita pd 10 mlm terakhir. Keampunan Allah blh dtg bila2. Perlu +ve & ikhlas
2. Baca tafsir s alQadr utk faham apa sebenarnya berlaku pd mlm AlQadr, merasai kehebatannya & lebih lg
3.Jgn tunggu sehingga mlm ke27 baru nak bersungguh2. Target kesemua 10 mlm & berjaga mlm pd semuanya. Jangan terlepas lailatu qadr hanya sebab 'kebetulan'
4. Ikut sunnah, bukan budaya atau amalan di masjid2 yg tak selari dengan sunnah. Hadis- siapa yg berjaga mlm & bersolat/doa pd mlm Qadr disebabkan keimanan & berharap balasan pahala, dosa2nya yg lalu diampunkan
5. Hafal doa & selalu berdoa Allahumma innaka 'afuwwun...
6. Sediakan senarai doa - apa yg betul2 kita nak dlm dunia ini, dlm agama kita, keluarga & akhirat.Jgn lupa masukkan ikhwah /akhawat kita yang sedang menderita seluruh dunia
7. Tidur sekejap2 waktu siang. Jgn makan kenyang sgt & harus tidur terus lepas isya". Lepas tidur sekejap, terus bangun & bersiap utk beribadah
8. Jgn abaikan isteri & anak2. Anak2 mampu utk berqiam sekejap2, w'pun mngkin tak sepanjang mlm. Jika anak2 boleh berjaga malam untuk tonton TV atau main game, takkan mreka tak boleh berqiam. Sediakan mereka, Buat mereka teruja utk bangun mlm

9. Pakai pakaian terbaik bila bangun utk qiam pd mlm2 ni, pakai wangian, & rasai tenaga yg lahir dari keadaan minda/ psikologi yg bersedia ini

10. Pilih satu tempat dimasjid/ dirumah yg blh bersendiri & rasa tenang. Sediakan quran, sejadah, air disisi agar xperlu kesana kemari waktu beribadah itu.
11. Tutup semua komputer, whatsapp dll. Putuskan hubungan dgn dunia, hebatkan hubungan dgn Allah

12. Jika mengantuk, selang seli antara qiyam, doa, bc quran. Hanya dgr ceramah / tazkirah dll jika betul2 mengantuk. Jika tidak, elakkan

13. Kuncinya ialah kesabaran. 10 mlm terakhir ini mngkin sgt meletihkan kerana masih berkerja/ bersekolah.tapi inilah masanya utk bersabar dgn segala kepayahan ini. Fikirkan bgmn Allah telah merahmati kita dgn mlm alQadr ini yg mngkin tak akan dtg lagi dlm hidup kita. Jika kita tahu ramadhan tak akan dtg lagi bagi kita, jika kita tahu Jannah sedang ditawarkan kepada sesiapa sahaja yg mahukannya, tentu kita akan pecut kpdnya, walau dalam keadaan kepayahan bagaimana sekalipun

14. Yg paling penting- husnu dzaan pd Allah.jika kita harap yg terbaik, Dia akan beri pd kita yg terbaik. Jgn teragak2. Curahkan hati & perasaan kita pdNya.

Allahumma ballighna lailatul qadr, amiin
amiin.

Siapakah yg paling kejam?

Arie nie boss saya bertanyakan 1 soalan yg ckup buat saya terpana

Siapakah yg pling kejam? Yahudi atau org islam zmn skrg? 

Tmbhnya, org yahudi (bani israel) tlh allah ceritakn sifat2 mereka. Dlm sirah rasool juge tlh diceritakan mengenai kezaliman mereka malahan sebenarnya di zamn para rasool mereka lbih kjam berbnding arie nie. Maka tidak hairan la mereka pada hari nie seperti itu kerana allah mnciptakan mereka seperti itu dan malahan telah diceritakan dlm quran Mengenai kekejaman mereka.

Tapi kita, org islam. Allah ceritakan sifat2 org islam dan keindahan nya tapi apakah kita mmpunyai sifat yg allah sbut kn? Apakah kita sama seperti yg dicirikan allah dlm quran sbgimana sama nya org yahudi dicirikn allah dlm kalamNYA?

Dia tnyekan 1 soalan padaku, dlm sbuah kampung terdpt seorg bkn islam. Yg laen smue islam. Tapi dye tidak terkesan dgn islam di kampung itu krna perwatakan org bkn islam n org islam lbh kurg je. Maka apakah dye ke neraka allah sdgkn dye tidak tahu dan tidak ade sesiapa mmberi peringatan pada dia. Aku tergamam. Demi allah x pnh trlintas di fikiran ku soalan seperti itu. Lalu die ceritakan lg, yahudi ade jgk yg msuk islam. Dia pnh berdkwah di india dan terdpt beberapa org yahudi yg ingin memeluk islam. Mereka bkn jht cume allah ciptakn sdemikian rupa. Tmbhnya, antara pesta dajjal ialah pembunuhan kanak2 beramai2 seperti yg berlaku pada hari ini. Bnyk yg ingin diceritakan tpi masa x mengizinkan. Tpi yg ingin ku sampaikn bhwa kita, org islam adalah org yg pling kjam.

Perit tapi ye. Kita la yg pling kejam. Kita tahu tpi pura2 tidak tahu
kita tahu tpi tidak mmberitahu
Kita tahu dan kita smpan utk diri sndri
kita tidak tahu tapi x pnh cube mngambil tahu

Allah nyatakan msuh islam cuma dua, nafsu dan syaitan. Yg laen tidak bkn adalah ujian dri allah. maka jgn ko pndg mereka yg jauh dri allah, yg memusuhi org islam dgn pndgn hina kerana mereka tidak tahu dan mereka tidak diberi hidayah seperti ko yg lhir tlh islam. Pndg mereka dgn belas dan ko cube bawa mereka pada allah. Pesan boss saya.

rasool saw pnh bersbda, ckupla dgn seseorg itu dpt mnyebut kalimah laillahaillah, maka ade pluang bg dye utk ke syurga allah dan tidak kekal di dlm neraka utk selamanya. aku meminta pada semua, yg daie mahupon org biasa marilah rmi2 mnyebut dan mngajar dan mngajak org laen yg islam mahupun bkn utk mnyebut kalimah laillahaillah. Demi allah aku tkut andai di akhirat mereka2 mngadu pada allah, bahawa aku tahu tpi aku tidak mmberitahu. Demi allah aku tkut.

semak pong

Soalan: Kenapa tiada seorang pun pemain bola sepak membawa handphone mereka masuk padang ketika perlawanan bola sepak?
Jawapannya: Sebab tiada kepentingan. Mereka hanya perlu fokus kepada permainan mereka.


Persoalan yang diberikan oleh TG Syeikh Nuruddin Al-Banjari:
Jadi kenapa kita perlu membawa handphone ketika masuk ke rumah Allah/masjid? Adakah padang bola itu lebih mulia daripada masjid? Adakah bermain bola itu perlu lebih fokus/khusyuk daripada solat?
Pesanan Syeikh: Mulai sekarang, belajarlah... belajarlah untuk tidak menyibukkan diri dengan handphone/netbook/laptop dalam rumah Allah kerana tiada urusan yang lebih penting daripada urusan kita dengan Allah. Jaga adab kita dengan Allah..

ilmu

xsolat..ilmu x masuk. xde doa..ilmu kurang keberkatan. xhormat..xde istilah ilmu. beza duduk depan n blkg dlm stiap klas, impak dia msa exams n quizzes nnti. ilmu sekuat gam gajah bila xjemu kita nak belajar. belajar bkn sbb nk ilmu tp sbb nk tahu. dah tahu baru akan faham. apply bila dah faham nnti. bnda yg kita blaja skrg xsmestinya akan guna esok, maybe 10thn later. kita xtahu. bina 1 hubgn dgn ilmu sbb ilmu xprnh curang. 

sygi ilmu sbb ilmu mudah manja. hormat ilmu sbb dia guru msa kita jahil. jaga ilmu sbb ilmu cpt terasa dilupakan. kembangkan ilmu sbb ilmu berketurunan. corakan ilmu sbb ilmu xprnh bosan. tuntut ilmu wlaupun terpaksa sbb ilmu bekalan esok lusa n tulat. doakan ilmu sbb ia pelindung perjalann kita di dunia hgga ke akhirat.

lailatul qadr

Sifir mudah lailatul qadr :
Dermalah walaupun RM1 setiap malam, jika malam itu adalah malam lailatul qadr, anda akan dapat pahala seperti 83 tahun bersedekah.banyakkan.....
Baca 3x surah alikhlas setiap malam ,pahala khatam quran ,kalau malam itu lailaul qadr ,anda dpt pahala 83 tahun, 
Sebutlahسبحان الله والحمد لله والله اكبر setiap malam sebelum tidur, jika malam itu lailatul qadr,sama seperti anda menyebutnya selama 83 tahun.mudahkan.....apa lagi amalkanlah bermula malam ini.Ya Allah rezekikan kami malam lailatul qadr..amin
SHARE ,LAGI BANYAK PAHALA ANDA DAPAT