[Tips utk 10 mlm
Terakhir Ramadhan]
1. Jgn biarkan prestasi kita dlm ramadhan setakat ini mempengaruhi prestasi kita pd 10 mlm terakhir. Keampunan Allah blh dtg bila2. Perlu +ve & ikhlas
2. Baca tafsir s alQadr utk faham apa sebenarnya berlaku pd mlm AlQadr, merasai kehebatannya & lebih lg
3.Jgn tunggu sehingga mlm ke27 baru nak bersungguh2. Target kesemua 10 mlm & berjaga mlm pd semuanya. Jangan terlepas lailatu qadr hanya sebab 'kebetulan'
4. Ikut sunnah, bukan budaya atau amalan di masjid2 yg tak selari dengan sunnah. Hadis- siapa yg berjaga mlm & bersolat/doa pd mlm Qadr disebabkan keimanan & berharap balasan pahala, dosa2nya yg lalu diampunkan
5. Hafal doa & selalu berdoa Allahumma innaka 'afuwwun...
6. Sediakan senarai doa - apa yg betul2 kita nak dlm dunia ini, dlm agama kita, keluarga & akhirat.Jgn lupa masukkan ikhwah /akhawat kita yang sedang menderita seluruh dunia
7. Tidur sekejap2 waktu siang. Jgn makan kenyang sgt & harus tidur terus lepas isya". Lepas tidur sekejap, terus bangun & bersiap utk beribadah
8. Jgn abaikan isteri & anak2. Anak2 mampu utk berqiam sekejap2, w'pun mngkin tak sepanjang mlm. Jika anak2 boleh berjaga malam untuk tonton TV atau main game, takkan mreka tak boleh berqiam. Sediakan mereka, Buat mereka teruja utk bangun mlm
9. Pakai pakaian terbaik bila bangun utk qiam pd mlm2 ni, pakai wangian, & rasai tenaga yg lahir dari keadaan minda/ psikologi yg bersedia ini
10. Pilih satu tempat dimasjid/ dirumah yg blh bersendiri & rasa tenang. Sediakan quran, sejadah, air disisi agar xperlu kesana kemari waktu beribadah itu.
11. Tutup semua komputer, whatsapp dll. Putuskan hubungan dgn dunia, hebatkan hubungan dgn Allah
12. Jika mengantuk, selang seli antara qiyam, doa, bc quran. Hanya dgr ceramah / tazkirah dll jika betul2 mengantuk. Jika tidak, elakkan
13. Kuncinya ialah kesabaran. 10 mlm terakhir ini mngkin sgt meletihkan kerana masih berkerja/ bersekolah.tapi inilah masanya utk bersabar dgn segala kepayahan ini. Fikirkan bgmn Allah telah merahmati kita dgn mlm alQadr ini yg mngkin tak akan dtg lagi dlm hidup kita. Jika kita tahu ramadhan tak akan dtg lagi bagi kita, jika kita tahu Jannah sedang ditawarkan kepada sesiapa sahaja yg mahukannya, tentu kita akan pecut kpdnya, walau dalam keadaan kepayahan bagaimana sekalipun
14. Yg paling penting- husnu dzaan pd Allah.jika kita harap yg terbaik, Dia akan beri pd kita yg terbaik. Jgn teragak2. Curahkan hati & perasaan kita pdNya.
Allahumma ballighna lailatul qadr, amiin
amiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan