Sabtu, 5 Julai 2014

Taqdir

Nabi Isa a.s melewati sebuah sungai dan melihat kanak-kanak sedang bermain di sana. Di antara mereka, ada seorang budak kecil yang buta. Mereka menjatuhkannya ke dalam air. Setelah itu mereka berlarian ke sana ke mari, sementara budak buta itu meminta tolong.

Beliau a.s berdoa kepada Tuhan agar menghilangkan kebutaan budak itu. Seketika, penglihatan si budak pulih. Ketika sudah boleh melihat, dia terus mengejar dan melemaskan salah seorang temannya hingga meninggal. Dia lalu melakukan hal yang sama kepada temannya yang lain. Kanak-kanak lain pun segera melarikan diri.

Melihat semua itu, Isa a.s terperanjat. Dia berkata, "Wahai Tuhan, Engkau memang lebih tahu tentang makhlukMu." Beliau a.s berdoa agar Allah S.w.t mengembalikan keadaan si budak seperti asalnya.

Allah S.w.t berfirman kepada Isa a.s, "Aku sudah memberitahumu, namun engkau keberatan atas ketentuan dan pengaturanKu." Beliau a.s terus bersujud.

Camkan-lah, semua yang terjadi di alam ini berdasarkan ketentuan dan pengaturan Tuhan.

[Imam Ibnul Jauzi - Bahr ad-Dumu', bab 29]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan