Rabu, 7 Januari 2015

2015 :)






























~Tips genius~

~Tips genius~

Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...
Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.
Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...
Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.
Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...
Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....
Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...
Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.
Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....
Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...
Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...
Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...
Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...
Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.
Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.
Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.
Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad....

Jom baca alQuran

ubat farmasi

Bila kita di serang dgn pelbagai penyakit seperti Diabetis, Serangan Jantung, Kanser, Radang sendi, Athma, Lupus dan lain2 penyakit kronik, ia amat menakutkan.

Ada yg amat menyakitkan walaupun tidak membawa maut seperti athritis, gaout contoh nya.Ada plk yg tak terasa sakit nya tapi blh membawa maut seperti diabetis, jantung dll.
Berbagai kaedah perubatan yg di cadang kan, seperti ubat ubatan dari doc2 pakar, ayat2 doa dari orang yg berilmu yg di berkati doa nya, secara tradisional dan macam2 lagi.Ia nya ada lah dari sumber alamiah dan juga Illahiah, jika di izinkan Nya, kita melihat perubahan yg ketara.
Pandangan saya secara umum nya semua penyakit tadi berpunca dari pemakanan, kita menyuap ke mulut apa yg perut tidak memerlukan, maka selain kaedah perubatan yg ada, kita harus kembali kepada fitrah pemakanan dan cara hidup kita, ia itu memilih makanan2 yg betul dan berzat.
Persoalan di sini mudahkah kita untuk mendapat makanan2 berzat yg di anjurkan kerana kebanyakan makanan yg ada dan terhidang adalah makanan yg diawet, enak dan lazat tapi amat kurang zat2 yg di perlukan badan.Sbb itulah kenapa pil2 vitamin sebagai makanan tambahan amat di perlukan dlm kehidupan moden hari ini.
Selain dari mendapatkan pemakanan halal lagi baik, kita perlulah mengawal stress, rehat yg cukup, bkn berlebihan, senaman2 ringan secara regular dan sentiasa berfikiran positif, in sha allah kita akan kembali sehat seperti fitrah nya.
"Kesihatan adalah usaha dan pilihan, kalau tak nak berubah, kita akan rebah"

Tip temuduga

=====================================
8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga
======================================

Jika mahu ditulis semuanya dalam 
1 email, ianya sedikit panjang.
Jadi saya pecahkan kepada beberapa
email yang akan dihantar kepada anda
hari ini, esok dan seterusnya.
+++++++++++++++
Kesilapan #1
+++++++++++++++
Ianya adalah 'jerat' oleh penemuduga. Calon
yang ditanya soalan ini perlu berhati-hati;
>>> Kenapa anda mahu bertukar kerja?
>>> Kenapa anda bertukar kerja?
>>> Kenapa anda anda selalu bertukar kerja?
Semua soalan itu adalah sama, bergantung kepada
status pekerjaan anda.
Percayalah, kebiasaannya jawapan yang diberikan
oleh calon adalah yang negatif mengenai
majikan lama seperti;

- Majikan tak profesional
- Masalah pengurusan majikan lama
- Masalah gaji kerja lama
- Masalah suasana kerja yang tak kondusif
... masalah bla bla bla bla... tempat kerja lama
Ya lah, kalau tak ada masalah takkan
calon tersebut mencari kerja baru kan?
Yang lebih 'bijak' (kurang), calon akan
menambah ayat ini selepas perkataan negatif
mengenai tempat kerja lama diatas;
>>> Tapi saya yakin Syarikat Tuan lebih
baik dari tempat kerja lama saya
Adakah anda rasa pernyataan seperti itu
akan membuatkan penemuduga (bakal majikan baru)
gembira dengan anda? Mungkin ya, tetapi
besar kemungkinan penemuduga akan membuat
nota tambahan pada resume anda dengan
5 HURUF ini;

G.A.G.A.L
==========
Kenapa?
==========

- Adakah anda boleh menjaga nama baik syarikat?
- Masalah kurang 'profesional' pada sikap
- Peribadi anda menjadi satu persoalan
... dan mungkin lebih teruk lagi, penemuduga
akan menghubungi syarikat lama anda untuk
mendapat lebih maklumat mengenai anda.. HABIS!
Berhati-hati semasa menjawab soalan sebegini,
berikan respons yang POSITIF tanpa memburukkan
majikan lama.

Adalah lebih baik jika anda menonjolkan kekuatan
anda seperti "Saya mahu meneroka cabaran baru"
atau yang seumpama dengannya.
Harap sedikit perkongsian ini bermanfaat
untuk anda. Jika anda dapati ianya bermanfaat,
anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan anda 

Rezeki

(Rezeki)

Carilah rezeki dimana-mana.
Ulat dalam batu pun dapat rezeki.
Sarapan pagi sesuap nasi
Itu pun rezeki.
Allah Maha pemberi rezeki kepada
seluruh makhluq-NYA.
Biar sikit biar banyak
Syukurilah.

Hakikat rezeki yang baik lagi halal itu banyak.
Rezeki.
Rezeki haram harus hindari.
Biar miskin berlaukkan ubi.
Asal hati tenang mengingati Ilahi.
Rezeki.
Kunci rezeki pada taat.
Rezeki luas pada nikah.

Taubat dan istighfar pencetus rezeki.
Rezeki tak disangka pada taqwa.
Rezeki bertambah pada syukur.
Dicukupkan rezeki pada tawakkal.
Dapat anak juga rezeki.
Maka syukurilah.
Rezeki.

Bertambah rezeki pada keyakinan sedekah.
Rezeki bersambung dengan silaturrahim.
Pohon rezeki di mihrab dhuha.
Kembalilah kepada maha pemberi rezeki.
Agar hidup dalam naungan ilahi.
Hadaiq firdausi.
Tawau, Sabah.