Rabu, 7 Januari 2015

Tip temuduga

=====================================
8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga
======================================

Jika mahu ditulis semuanya dalam 
1 email, ianya sedikit panjang.
Jadi saya pecahkan kepada beberapa
email yang akan dihantar kepada anda
hari ini, esok dan seterusnya.
+++++++++++++++
Kesilapan #1
+++++++++++++++
Ianya adalah 'jerat' oleh penemuduga. Calon
yang ditanya soalan ini perlu berhati-hati;
>>> Kenapa anda mahu bertukar kerja?
>>> Kenapa anda bertukar kerja?
>>> Kenapa anda anda selalu bertukar kerja?
Semua soalan itu adalah sama, bergantung kepada
status pekerjaan anda.
Percayalah, kebiasaannya jawapan yang diberikan
oleh calon adalah yang negatif mengenai
majikan lama seperti;

- Majikan tak profesional
- Masalah pengurusan majikan lama
- Masalah gaji kerja lama
- Masalah suasana kerja yang tak kondusif
... masalah bla bla bla bla... tempat kerja lama
Ya lah, kalau tak ada masalah takkan
calon tersebut mencari kerja baru kan?
Yang lebih 'bijak' (kurang), calon akan
menambah ayat ini selepas perkataan negatif
mengenai tempat kerja lama diatas;
>>> Tapi saya yakin Syarikat Tuan lebih
baik dari tempat kerja lama saya
Adakah anda rasa pernyataan seperti itu
akan membuatkan penemuduga (bakal majikan baru)
gembira dengan anda? Mungkin ya, tetapi
besar kemungkinan penemuduga akan membuat
nota tambahan pada resume anda dengan
5 HURUF ini;

G.A.G.A.L
==========
Kenapa?
==========

- Adakah anda boleh menjaga nama baik syarikat?
- Masalah kurang 'profesional' pada sikap
- Peribadi anda menjadi satu persoalan
... dan mungkin lebih teruk lagi, penemuduga
akan menghubungi syarikat lama anda untuk
mendapat lebih maklumat mengenai anda.. HABIS!
Berhati-hati semasa menjawab soalan sebegini,
berikan respons yang POSITIF tanpa memburukkan
majikan lama.

Adalah lebih baik jika anda menonjolkan kekuatan
anda seperti "Saya mahu meneroka cabaran baru"
atau yang seumpama dengannya.
Harap sedikit perkongsian ini bermanfaat
untuk anda. Jika anda dapati ianya bermanfaat,
anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan anda 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan