Jumaat, 16 Januari 2015

SYIAH.

KISAH MASYHUR YANG DICIPTA OLEH SYIAH.
Assalamualaikum. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana kita masih diberikan kesempatan untuk hidup dan diberikan nikmat yang besar iaitu Iman dan Islam. Hari ini, kami nak kongsikan beberapa kisah yang sangat masyhur, tetapi kita telah dimomokkan sendiri melalui kisah ini dimana ianya sendiri berasal daripada Syiah.
Menurut Ustaz Nazmi Karim, Syiah bukanlah seakidah dengan kita kerana mereka menghina dan melaknat sahabat Rasulullah s.a.w dan lebih mengagungkan manusia melebihi Allah. Mereka terlalu mengagungkan Saidina Ali sehingga mereka berkata di akhirat nanti, Allah s.w.t dan Ali bekerjasama untuk memilih manusia mana yang akan masuk syurga dan neraka.
Sehinggakan, mereka mencipta kisah yang kononnya mahu mengagungkan imam mereka. Kita banyak mendengar kisah yang hebat dan popular sehingga ia dimasukkan dalam syllabus pembelajaran kita di sekolah dan lain-lain menyebabkan orang lain mempercayai kisah ini tanpa mengkajinya daripada kitab-kitab yang sohih dan muktabar.
Hayati kisah ini, dan buatlah penilaian. Sebarang teguran, bolehlah terus kemukakan disini untuk kita bincangkan bersama.
**********
KISAH 1 : KISAH KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W
Kisah dimana pada awalnya, Malaikat Izrail memberi salam di luar rumah sebanyak 3 kali, dan Saidatina Fatimah tidak mengizinkan. Akhirnya Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa yang memanggilnya itu ialah malaikat penyabut nyawa dan Saidatina Fatimah menangis. Apabila Malaikat Izrail naik, Rasulullah s.a.w bertanyakan Malaikat Jibrail, dimanakah dia?
Akhirnya Malaikat Jibrail pun turun, dan memberitahu bahawa sebenarnya dia ingin menunggu roh Rasulullah s.a.w di langit bersama ribuan malaikat. Rasulullah s.a.w bertanya tentang nasib umatnya di akhirat bagaimana sehingga Malaikat Jibrail memberitahu hal yang membuat Rasulullah s.a.w lega. Setelah itu, Malaikat Izrail melakukan tugasnya.
Ketika itu, Saidatina Fatimah dan Saidina Ali bersama dipangkuan Rasulullah s.a.w dan Malaikat Jibrail juga bersama. Semasa roh Rasulullah s.a.w berada di perut, Baginda mengatakan jagalah kaum wanita. Semasa di dada, Baginda mengatakan jagalah solat. Dan ketika sampai di halkum, Baginda menyatakan ummati sebanyak 3 kali.
ADAKAH KORANG PERNAH DENGAR CERITA INI?
Ketahuilah, saya sudah semak di kitab muktabar, tak ada langsung kisah macam ni. Percaya tak? Mungkin susah nak percaya sebab kisah ini memang sudah sebati di sanubari kita. Sebenarnya, dalam kisah yang sebenar, tidak ada langsung watak Saidatina Fatimah dan Saidina Ali ketika kewafatan Rasulullah s.a.w.
Sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w, anak Saidina Abu Bakar, iaitu Abdul Rahman masuk ke bilik membawa kayu sugi. Ketika itu, Rasulullah s.a.w bersama dengan Saidatina Aisyah dan menyandarkan kepada Baginda di sisi isterinya. Rasulullah s.a.w membuat isyarat menginginkan kayu sugi itu dan Saidatina Aisyah memintanya daripada Abdul Rahman. Saidatina Aisyah melembutkan kayu sugi itu dan diberikan kepada Baginda. Namun, dengan sebab sakitnya Baginda ketika itu, Baginda tetap mengaduh walaupun Saidatina Aisyah menggosokkannya dengan perlahan.
Tiba-tiba Rasulullah s.a.w mengangkat tangannya dengan membuat isyarat ke langit dengan jari telunjuk. Seraya Rasulullah berkata, “Bersama-sama dengan orang yang Engkau kurniakan nikmat iaitu para nabi, para siddiqin, para syuhada dan orang-orang soleh. Bahkan teman yang paling tinggi, bahkan teman yang paling tinggi, bahkan teman yang paling tinggi.”
Akhirnya tangan Rasulullah s.a.w turun dengan perlahan ke bawah dan ketika itu, Saidatina Aisyah merasa Rasulullah s.a.w semakin berat di pangkuannya. Dan wafatlah Rasulullah s.a.w di pangkuan Saidatina Aisyah. Beginilah kisah yang sebenar.
Sangat jauh bezanya daripada kisah yang sebenar. Syiah ingin mengagungkan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah sehingga kisah kewafatan Rasulullah s.a.w pula dipalsukan. Itulah point mereka. Tidak percaya, sila rujuk kitab sirah muktabar ini…. (Kitab Nurul Yakin, Kitab Ar-Roheq Al-Makhtum, Feqh Sirah An-Nabawiyyah, Kitab Sirah Ibnu Hisyam)
**********
KISAH KEDUA : SAIDINA UMAR KETAWA DAN MENANGIS DENGAN TIBA-TIBA.
Pada suatu ketika, Saidina Umar berada di masjid. Tiba-tiba sahabat terlihat Saidina Umar tiba-tiba menangis, tidak lama selepas itu, Saidina Umar ketawa. Sahabat ini berasa pelik, lalu menanyakannya sendiri kepada Saidina Umar.
“Wahai Umar, tadi aku lihat kamu menangis, selepas itu, tiba-tiba kamu senyum. Apa yang berlaku? Ceritakanlah kepadaku.” Tanya sahabat.
Kata Saidina Umar, “Aku pada awalnya menangis kerana teringatkan zaman jahiliah aku ketika dahulu. Aku pernah menggali lubang, kemudiannya aku timbus anak perempuan aku di dalam lubang itu tanpa perikemanusiaan. Aku menangis kerana mengenangkan kisah itu.”
“Lalu, apa pula yang menyebabkan kamu ketawa, wahai Umar?”
“Perkara yang menyebabkan aku ketawa ialah aku teringat juga semasa aku di zaman jahiliah. Bukankah masyarakat Arab menyembah berhala, dan ada berhala yang diperbuat daripada tepung. Ketika aku sedang bermusafir, aku membawa berhala aku. Dalam perjalanan, perut aku berasa lapar dan tiada makanan yang dapat aku makan. Akhirnya aku memakan berhala itu sehingga habis. Itulah yang menyebabkan aku ketawa.”
ADAKAH KORANG PERNAH DENGAR KISAH INI?
Ketahuilah, sebenarnya kisah ini diciptakan oleh syiah kerana mahu memburuk-burukkan Saidina Umar. Seperti yang kita sedia maklum, syiah sangat membenci Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar sehingga mereka menyatakan khalifah agung umat Islam ini sebagai firaun. Kisah ini diceritakan oleh seorang penceramah yang sangat tahu dan kenal syiah, iaitu Ustaz Nazmi Karim.
**********
KISAH KETIGA : PERISTIWA HIJRAH
Dalam peristiwa hijrah, kita sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar. Kemudian Saidina Ali, menggantikan tempat tidur Baginda. Pernah dengarkan cerita ini?
Kisah yang sebenar ialah Rasulullah s.a.w sudah dapat menghidu akan rancangan kafir Quraisy yang ingin membunuh Baginda. Akhirnya, Baginda berhijrah bersama Saidina Abu Bakar pada waktu tengah hari. Aik, bukankah Rasulullah s.a.w berhijrah ketika waktu malam? Tidak. Sebenarnya Baginda berhijrah pada waktu tengah hari. Menjadi tabiat warga Makkah ketika itu, mereka biasanya tidur pada waktu tengah hari dan berjaga pada waktu malam. Maka, Rasulullah s.a.w berhijrah dengan Saidina Abu Bakar pada waktu tengah hari.
Yang memusykilkan kita, apakah perlu Rasulullah s.a.w menggantikan Saidina Ali di tempat tidurnya? Kenapa perlu dikorbankan nyawa Saidina Ali untuk berhijrah? Bukankah kalau Rasulullah s.a.w keluar sahaja dari rumah, dan berhijrah tanpa perlu menggantikan tempat tidurnya kepada Saidina Ali? Rasulullah s.a.w seorang yang bijak dan pandai, maka Rasulullah s.a.w tahu apa yang bakal terjadi.
Sebenarnya, Saidina Ali tidak menggantikan tempat tidur Rasulullah s.a.w. Buat apa hendak tukar, bukankah Rasulullah s.a.w berhijrah pada tengah hari. Inilah syiah, mencari point untuk memasukkan Saidina Ali di dalam kisah yang hebat, namun sebenarnya Saidina Ali tidak ada dalam kisah yang sebenar.
Tidak percaya? Rujuk kitab Sahih Al-Bukhari untuk kisah lebih lanjut.
**********
KISAH KEEMPAT : KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W
Seperti yang kita belajar di sekolah, Rasulullah s.a.w lahir pada 12 Rabiulawal tahun Gajah pada hari isnin bukan? Tetapi, setelah dikaji oleh ahli sejarah, mereka membuat kajian bahawa 12 Rabiulawal sebenarnya bukanlah hari isnin. Dan tidak pernah terjadi pada hari isnin.
Sebenarnya, kelahiran Rasulullah s.a.w berada dalam anggaran 9hb, sama ada 10hb atau 8hb. Namun, tidak sampai pada 12hb. Tetapi, syiahlah yang membuat kisah kononnya Rasulullah s.a.w lahir pada 12 Rabiulawal. Apa point syiah sebenarnya?
Cuba lihat 12 itu. Bukankah syiah mempercayai bahawa mereka mempunyai 12 imam? Itulah point mereka. 12 itu merujuk pada imam mereka itu 12 orang. Sebenarnya, Rasulullah s.a.w lahir pada hari isnin, tetapi bukanlah pada 12hb.
**********
Pernah dengarkan kisah popular ini? Korang mesti tidak percaya kerana ianya sangat menyalahi dengan apa yang kita belajar, namun itulah hakikatnya. Syiah ialah musuh umat Islam. Mereka menghalalkan darah umat Islam, mereka menghina sahabat Nabi, mereka mengatakan makhluk iaitu Saidina Ali sebagai tuhan, dan banyak lagi. Perangilah mereka habis habisan.
Janganlah kita percaya akan kisah yang telah dimomokkan oleh syiah ini.
Kongsi-kongsilah bersama teman yang lain moga mereka mengetahui kisah yang sebenar. Semoga ianya menjadi dakwah kita dan dapat menyedarkan mereka. In shaa Allah.
Mohon pencerahan sbb sya trbca ni di stu page

Tiada ulasan:

Catat Ulasan