Ahad, 29 Mac 2015

mee kuning

SILA BACA

KETAHUI PERBEZAAN MEE KUNING YANG GUNA MINYAK SAWIT @ MINYAK BABI

بِــــــــــسْمِ الَّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ..


Alhamdulillah.. pagi ini dapat bersarapan mee goreng yang enak.

Sedang tangan menyuap-yuap mee ke dalam mulut, tiba-tiba hati saya terdetik & teringat pesanan sifu saya sewaktu menghadiri kursus membuat mee kuning secara berbayar 2 tahun dulu..

Ohh.. saya masih belum sempat menyampaikan apa yang saya tahu, astagfirullahalazim!

Oleh itu sebelum terlambat saya ingin berkongsikan pesanan beliau..

Sebagai orang Islam kita perlu berjaga-jaga kerana kebanyakkan produk mee diluar sana yang mana diproses oleh orang bukan islam.. ada yang menggunakan minyak babi untuk mengelakkan ia dari menjadi lekit.


Nak tahu caranya mudah saja.

Apabila kita beli sebungkus mee kuning dikedai & disimpan didalam peti ais semalaman keesokan pagi jika kita nampak bentuk mee kuning itu masih jelas & cantik, maka maknanya.. hampir pasti ia munggunakan minyak babi.

Ini adalah kerana molekul-molekul dalam minyak babi sahaja yang boleh memberi ketahanan kepada struktur mee.

Tetapi mee kuning yang diproses oleh bumiputra apabila keluar dari peti sejuk biasanya dari luar plastik lagi kita dah nampak 'blur' dan tidak jelas.

Ini kerana molekul-molekul minyak sawit tidak dapat memberi ketahanan kepada bentuk mee ini sebagai mana minyak babi.

Oleh itu belilah mee kuning buatan bumiputra. Insyaallah kebersihannya lebih terjamin.

Selain selamat, kandungan asid borik jugak kurang. Fungsi asid borik ini adalah untuk menjadikan jangka hayat mee kuning tahan lebih lama.

Jika kita simpan mee kuning berhari-hari dan ia masih elok lagi.. itu tandanya kandungan asid boriknya adalah tinggi.

Maka janganlah kita suka sangat ya,

Sampai-sampaikan mesej ini, supaya kita terlepas soal jawab disana nanti.

Saya dapat ilmu ini selepas saya perlu membayar beratus ringgit, tapi apalah salahnya jika kalian pula berkongsi secara percuma dengan hanya menekan butang " share " atau forward kan saja..

Takkan la itu pun nak berkira!!

Niatkan saja untuk kesejahteraan ummah.

Semoga Allah memberi keberkatan rezki dan umur kepada kita..

Jazakallahu khairan kathira..

pura2 kuat

kuat dan berpura2 kuat adalah dua perkara yg berbeza...plg parah kita x penah cuba jadi kuat...
ada ketika kita dah rasa give up dgn dunia,hidup...penattt..
cuba tgk blkg balik,dah sejauh ni kita melangkah,x kan nak sia2 kan semua yg ada selama ni...
klise kalo dgr org ckp,susah ni mungkin untuk kita tempuh fasa baru,yap,itu lah hakikatnya,persoalannya,lepas x kita,utk move to next level?
Tak!!!aq dah x larat...
Tapi Allah bg sebab kau larat,igt tau,diri ni bkn milik kita,tp milik
Allah,dia lebih tau,kalo dia kasi,mananya dia tau lah kita larat,pasakkan kat minda seharusnya,tiada apa yg akan halang aku,demi Allah,aku keep on moving..apa2 balik pada ad-deen..
tp x salah kita break a while,yg salah kita berhenti dan biarlah waktu break kita tu bkn break yg sekadar goyang kaki,make sure bila nak move on balik,kita lebih power😊☺⭐✌

Sabtu, 28 Mac 2015

Panduan beli rumah



1. Beli rumah dahulu drpd sewa. Walaupun rumah kecil. Bila ekonomi dh stabil, baru fikir nak beli rumah besar sikit.

2. Harga rumah yg ideal dan affordable utk kita beli adalah rumah yg berharga 56 kali ganda drpd pendapatan bulanan kita. Kena tgk kemampuan kita, jgn main beli sahaja. 
( gaji rm 2500 x 56 = rm 140 000 )

3. Bayaran bulanan rumah kita tak lebih dari 26% drpd pendapatan bulanan kita. Kalau lebih, pancit taktahu nak pusing duit mcmana. Jadi pastikan potongan bulanan dari gaji kita adalah semampu kita.
( 26% x gaji rm 2500 = rm 650 )

4. Kalau tak mampu lagi nak beli rumah, beli lah tanah dahulu. Bila ada rezeki, buat rumah dekat situ

Jumaat, 27 Mac 2015

bila resah

Bismilla..

Punca keresahan dan kebimbangan kehidupan apabila jiwa tiada benar dalam penyerahan diri kepada Allah. Punca tiada penyerahan kerana ragu pada sifat Kasih Sayang dan Pemeliharaan Allah. Punca keraguan kerana bisikan iblis. Punca bisikan kerana kekotoran jiwa dan punca kekotoran jiwa kerana sifat mazmumah.

Hanya dengan Cahaya Allah yang berkekalan dalam jiwa akan menanggalkan kekotoran jiwa sedikit demi sedikit. Bisikan ibils akan menjadi lemah. Maka akan memancarlah Tauhid Hakiki dalam jiwa memadamkan keresahan, kehidupan akan mencapai ketenangan yang hakiki...


Jika engkau ingin kebahagiaan...

Carilah dalam diri sendiri

Hapuskan segala belukar pada jiwamu

Hulurkan tanganmu untuk sebuah Cinta

Luaskan jiwamu dengan Lautan Kemaafan

Tanamkan sedalamnya nafsu kesombongan di Bumi Kerendahan

Telanlah kepahitan dengan Kesabaran

Hilangkan kebimbangan dengan Tawakal

Pecahkan dengkimu dengan Syukur

Padamkan kekecewaan dengan KeRahmatan

Tutuplah sejarah hitam, melangkahlah ke arah ar-Rahman

Ubatilah kegagalan dengan Hikmah

Ketakutan hendaklah dihapuskan dengan Keberanian

Cinta mu serahkan pada Allah dan Rasul

Hidupkan keikhlasan dalam jiwamu

Pasti mengalir dalam jiwa, air kebahagiaan dari Tuhanmu!

~Mengecapi Air Kebahagiaan Hakiki


Kekayaan dan pangkat bukan membawa ketenangan abadi, malah keresahan yang membimbangkan.

Kekayaan jiwa dan maqam yang mulia disisi Allah saja yang akan membawa kebahgiaan dan ketenangan. Sedangkan harta hanya sebagai perlengkap sahaja bukan asas utama..

Semuga di permudahkan segala urusan dunia akhirat.
Waallahuaklam.

Sangku Riang♥

Selasa, 24 Mac 2015

hudud

PU Rahmat telah menjelaskan dan membetulkan kesilapan dan penghinaan yang ada di dalam kenyataan Aisyah melalui penerangan yang jelas dan penggunaan analogi yang mudah difahami dalam video berdurasi 5 minit 45 saat di laman Youtube semalam.

1) Tudung

Aisyah: “Eh sejak bila ini? Eh! Oh Kelantan.. Eh lupa pula mak…”

PU Rahmat: “Oh Kelantan! Cik Aisyah pemilik nama isteri Rasulullah SAW. Kita ini pakai tudung bukan setakat di bumi Kelantan. Sebab apa, ALLAH pemilik langit dan bumi serta seisinya. Bererti apa? Selagi saya dan cik Aisyah duduk di muka bumi ini, bergantung pada nikmat-nikmat ALLAH, kita kena patuh perintah ALLAH, OK”

2) Mimpi

Aisyah: “Finally mimpi Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan datang menjelma…”

PU Rahmat: “Aisyah, itu bukan mimpi. Itu cita-cita. Pemisah antara mimpi dan cita-cita adalah usaha. Hudud adalah cita-cita bagi setiap orang beriman. Saya orang beriman, Aisyah pun orang beriman.”

3) Kepala tajuk berita

Aisyah: “Banyak pindaan dia. Lepas itu boleh pula MB Kelantan panggil orang yang kritik hudud ini orang tak beriman.”

PU Rahmat: “Kritik hudud tidak beriman? Saya pun tidak setuju kenyataan ini sebab apa, kritik mengkritik menambah pembaikan. Sayidina Umar, Sayidina Abu Bakar…Rasulullah SAW dikritik. Cuma barangkali Aishah hanya baca kepala akhbar…kepala tajuk sahaja berkaitan dengan menteri besar gelar orang yang tidak beriman kritik hudud… Cuba tengok perincian ayat Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapan beliau di Dun Kelantan, menteri besar merujuk kepada pihak yang mendakwa undang-undang itu zalim dan tidak berperikemanusiaan itulah golongan yang tidak beriman.”

Bagi memberi lebih kefahaman, PU Rahmat telah menjelaskannya melalui sebuah analogi seperti ini:

“Macam ini Aishah, saya buat analogi. Saya ajak seseorang pergi sembahyang. ‘Eh jom pergi sembahyang’. Dia kata, ‘tak apa. Tak nak’. Di sini, orang itu berdosa sebab dia tak nak sembahyang. Cuma ada satu lagi situasi, saya ajak seseorang sembahyang dan dia kata ‘tak naklah sembahyang. Buat apa pergi sembahyang, muka letak di tanah, punggung di langit, benda sia-sia, habis masa.’

“Nampak perbezaan pertama dan yang kedua? Yang pertama tadi dia tolak tanpa menghina. Orang yang kedua, sudahlah menolak, dia hina, kutuk, caci syariat ALLAH. Di sini, orang kedua menambah dosa serta menunjukkan ciri-ciri orang yang tidak beriman,” jelas PU Rahmat.

4) Mangsa banjir

Aisyah: “Apa jadi dengan nasib mangsa banjir rakyat Kelantan? 3 bulan dah. Mereka masih tiada rumah.”

PU Rahmat: “Aisyah, hudud is hudud, banjir is banjir. Hudud ada jawatankuasanya sendiri. Banjir ada jawatankuasanya sendiri. Bukan bererti apabila kita buat hudud, banjir diketepikan. Sebab apa hudud ini pun bukan berlaku selepas banjir. Dah mula sejak 22 tahun yang lepas pada tahun 1993.”

5) Kes jenayah

Aisyah: “Bukan itu ajer tau. Penggunaan dadah, kes cerai makin tinggi, 3gp bersepah.”

PU Rahmat: “Dadah, rogol, rompak, samun, 3GP meningkat, ia membuktikan bahawa undang-undang yang sedia ada tidak mampu mendidik manusia menjadi baik. Kerana itu Aisyah, kita kena ubah dengan sistem ALLAH…hukuman ALLAH.”

6) Periuk nasi

Aisyah: “Bila dah sampai masanya tak tahulah kalau hudud itu boleh isi periuk nasi kita.”

PU Rahmat: “Aisyah, hudud ini bukan makanan, hudud ini satu hukuman bersifat pendidikan. Kalau Aisyah dah lapar, BR1M kan ada, PTPTN kan ada.”

7) Selera VS Iman

Aisyah: “Tepuk dada, tanya selera”

PU Rahmat: “Selain tepuk dada dan tanya selera, tepuk dada tanya iman. Buka al-Quran, buat kajian. Saya tidak ada masalah untuk kita saling kritik-mengkritik. Tapi cuba contohi mereka-mereka yang mengkritik pelaksana hudud supaya bertambah baik seperti Ustaz Fauwaz.”

arab

JOM BELAJAR BAHASA ARAB !!!
1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah.
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan.
3. Akhi - abang atau saudara lelaki.
4. Zauj - suami.
5. Zaujah - isteri.
6. Assif jiiddan - i'm really sorry.
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama.
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya.
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah.
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah.
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah.
12. Lau samahta - excuse me.
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok.
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi.
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki )
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan.
18. la aadri - saya tak tahu.
19. ma fi musykilah - tiada masalah.
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan.
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu.
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi.
23. fahimtum - adakah anda faham.?
24. fahimna - kami telah faham.
25. sobahalkhair - selamat pagi.
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas.
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu.
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan.
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , InsyaAllah semuanya baik.! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu.
30. masa ul khair - selamat petang.
31. Tushibu 'alal khair - selamat malam.
32. Na'am - Ya.
33. yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat (lekas2).
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air.?
35. sannah helwah - happy birthday.
36. ana aidon - saya juga.
37. Maas salamah - Selamat tinggal.
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat.
39. nin sain ? - kamu ada dimana.?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu.
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu.
42. Dai'e - pendakwah.
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami.
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami.
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami.
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami.
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami.
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama
#Sekadar Perkongsian...
#Copy Paste

Isnin, 23 Mac 2015

solat

 Tengok Pertandingan 90 minit
 Tengok Drama bersiri 60 minit
  Tengok Movie 130 minit
 Tunaikan Solat hanya 5 minit saja
 Di dalam api neraka jahannam sepanjang hayat
  Untuk Akal yang maju !!
.. Renungkan!
  Di Whatsapp 300 Kawan
  Di blackberry 500 kawan
 Di contact phone 80 Kawan
.. di Kampung 50 Kawan
  Dalam Keadaan susah hanya ada 1 kawan.
  Dalam Jenazah mu, Hanya keluargamu saja yang menguruskannya.
  Dalam Kubur hanya kau sendirian.
Jangan anggap Aneh kenyataan ini.. ..
Sebab memang seperti ini lah kenyataan Hidup..
  Pada Hakikat nya :
"Tidak ada yang dapat memberikan kemanfaatan bagi mu kecuali Solatmu"
 Duduk setelah salam dari solat yang telah di wajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab Pada waktu itu Turun Rahmat Allah Azza wajalla.
 Jangan tergesa-gesa berdiri, Bacalah Istighfar,bertasbih lah, Baca ayat Al-kursi, dan jangan Lupa bahwa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan dzat yang maha Rahman Azza wa jalla.
فإذا فرغت فانصب والى ربك فارغب
  Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah swt hendaknya kamu berharap.
..LANGKAH MENUJU SYURGA..
Langkah ini membuat aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai.
.. Ada Lima perkara, kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkan nya.
1. Wajah yang cantik
2. duit berjuta-juta
3. sihat dan kuat
4. anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.
  Hal itu Mudah kita peroleh.. hanya perlukan waktu 15 minit saja.
Bagaimana caranya... ..
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم
من ترك صلاة الفجر فليس في وجهه نور
✔ 1. Nabi bersabda : Barangsiapa yang tinggalkan solat Subuh maka wajah nya tak akan ada cahaya
ومن ترك صلاة الظهر فليس في رزقه برگة
✔ 2. Barangsiapa yang Tinggalkan solat zohor nescaya Tak ada keberkatan dalam rezekinya.
ومن ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة
✔ 3. Barangsiapa yang tinggalkan solat asar nescaya  tak ada kekuatan dalam jasad nya.
ومن ترك صلاة المغرب فليس في أولاده ثمرة
✔ 4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yang boleh di petik dari anak-anak nya.
ومن ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة’’’’
✔ 5. Barangsiapa yang tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dalam tidur nya.
.. Tahu kenapa Kalimah La ilaha Illallah tidak sampai menggerakkan bibir jika di ucapkan
  Sebab ini adalah Rahmat Dari Allah ke atas orang islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.
  Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah La ilaha Illallah.
  Bila ini bermanfaat bagi mu , sila kongsikan dengan orang2 yang kita sayangi , berbahagi perkara yang bermanfaat adalah bahagian dari amal-amal soleh.
Sahabatmu dlm perkongsian...