Selasa, 24 Mac 2015

hudud

PU Rahmat telah menjelaskan dan membetulkan kesilapan dan penghinaan yang ada di dalam kenyataan Aisyah melalui penerangan yang jelas dan penggunaan analogi yang mudah difahami dalam video berdurasi 5 minit 45 saat di laman Youtube semalam.

1) Tudung

Aisyah: “Eh sejak bila ini? Eh! Oh Kelantan.. Eh lupa pula mak…”

PU Rahmat: “Oh Kelantan! Cik Aisyah pemilik nama isteri Rasulullah SAW. Kita ini pakai tudung bukan setakat di bumi Kelantan. Sebab apa, ALLAH pemilik langit dan bumi serta seisinya. Bererti apa? Selagi saya dan cik Aisyah duduk di muka bumi ini, bergantung pada nikmat-nikmat ALLAH, kita kena patuh perintah ALLAH, OK”

2) Mimpi

Aisyah: “Finally mimpi Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan datang menjelma…”

PU Rahmat: “Aisyah, itu bukan mimpi. Itu cita-cita. Pemisah antara mimpi dan cita-cita adalah usaha. Hudud adalah cita-cita bagi setiap orang beriman. Saya orang beriman, Aisyah pun orang beriman.”

3) Kepala tajuk berita

Aisyah: “Banyak pindaan dia. Lepas itu boleh pula MB Kelantan panggil orang yang kritik hudud ini orang tak beriman.”

PU Rahmat: “Kritik hudud tidak beriman? Saya pun tidak setuju kenyataan ini sebab apa, kritik mengkritik menambah pembaikan. Sayidina Umar, Sayidina Abu Bakar…Rasulullah SAW dikritik. Cuma barangkali Aishah hanya baca kepala akhbar…kepala tajuk sahaja berkaitan dengan menteri besar gelar orang yang tidak beriman kritik hudud… Cuba tengok perincian ayat Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapan beliau di Dun Kelantan, menteri besar merujuk kepada pihak yang mendakwa undang-undang itu zalim dan tidak berperikemanusiaan itulah golongan yang tidak beriman.”

Bagi memberi lebih kefahaman, PU Rahmat telah menjelaskannya melalui sebuah analogi seperti ini:

“Macam ini Aishah, saya buat analogi. Saya ajak seseorang pergi sembahyang. ‘Eh jom pergi sembahyang’. Dia kata, ‘tak apa. Tak nak’. Di sini, orang itu berdosa sebab dia tak nak sembahyang. Cuma ada satu lagi situasi, saya ajak seseorang sembahyang dan dia kata ‘tak naklah sembahyang. Buat apa pergi sembahyang, muka letak di tanah, punggung di langit, benda sia-sia, habis masa.’

“Nampak perbezaan pertama dan yang kedua? Yang pertama tadi dia tolak tanpa menghina. Orang yang kedua, sudahlah menolak, dia hina, kutuk, caci syariat ALLAH. Di sini, orang kedua menambah dosa serta menunjukkan ciri-ciri orang yang tidak beriman,” jelas PU Rahmat.

4) Mangsa banjir

Aisyah: “Apa jadi dengan nasib mangsa banjir rakyat Kelantan? 3 bulan dah. Mereka masih tiada rumah.”

PU Rahmat: “Aisyah, hudud is hudud, banjir is banjir. Hudud ada jawatankuasanya sendiri. Banjir ada jawatankuasanya sendiri. Bukan bererti apabila kita buat hudud, banjir diketepikan. Sebab apa hudud ini pun bukan berlaku selepas banjir. Dah mula sejak 22 tahun yang lepas pada tahun 1993.”

5) Kes jenayah

Aisyah: “Bukan itu ajer tau. Penggunaan dadah, kes cerai makin tinggi, 3gp bersepah.”

PU Rahmat: “Dadah, rogol, rompak, samun, 3GP meningkat, ia membuktikan bahawa undang-undang yang sedia ada tidak mampu mendidik manusia menjadi baik. Kerana itu Aisyah, kita kena ubah dengan sistem ALLAH…hukuman ALLAH.”

6) Periuk nasi

Aisyah: “Bila dah sampai masanya tak tahulah kalau hudud itu boleh isi periuk nasi kita.”

PU Rahmat: “Aisyah, hudud ini bukan makanan, hudud ini satu hukuman bersifat pendidikan. Kalau Aisyah dah lapar, BR1M kan ada, PTPTN kan ada.”

7) Selera VS Iman

Aisyah: “Tepuk dada, tanya selera”

PU Rahmat: “Selain tepuk dada dan tanya selera, tepuk dada tanya iman. Buka al-Quran, buat kajian. Saya tidak ada masalah untuk kita saling kritik-mengkritik. Tapi cuba contohi mereka-mereka yang mengkritik pelaksana hudud supaya bertambah baik seperti Ustaz Fauwaz.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan