Jumaat, 20 Mac 2015

wali

Sirah utk hari ini..
Utk iktibar diri sendiri..

Kisah zaman Sultan Murad ke-4 Empayar Abbasiyah Iraq.

Sultan Murad terasa pd satu mlm, perasaan tidak senang hati. Maka dia buat keputusan utk keluar dgn kawalan ketua pasukan pengawal round masyarakat bandar Baghdad.

Jadi mereka merayau sembunyi2 mcm org awam & sampai di kwsn tepi hjg kota, mereka terlihat seorg terbaring atas jalan raya.

Mereka pegi dekat & sedari yg org tu dah mati !!! Tetapi org tempatan yg lalu, buat tak peduli pun !!!

Sultan Murad pun berteriak..
"Hey apa nie..? Mengapa kamu semua tak pedulikan si mayat ni..? Mana keluarga atau rumahnya? "

Kemudian ada seorg menjawab. "Si mayat ni org ZANDIQ (fasiq, jahat), peminum arak & penzina yg pergi kpd pelacur !!"

Tegur Sultan Murad, "Bukan kah dia drpd Ummat Nabi Muhammed SAW? Sila tlg angkat jenazahnya kembali ke rumahnya !"

Bila sampai di rumah nya, isterinya mula menangis & org awam pun tinggalkan si mayat & balik.Tinggal lah Sultan Murad dgn teman ketua pengawalnya.

Si isteri semasa menangis, berdoa. "Ya Allah, kasihani lah Wali Allah. Sesungguhnya ana saksi dia drpd kaum SOLIHIN."

Sultan Murad pun tegur si isteri. "Macam mana awak blh panggil arwah sebagai Wali, tetapi org ramai kutuknya hingga tak sudi pedulikan mayatnya?"

Jawab si isteri. "Saya sudah sangka akn brlaku begitu. Si suami selalu kaluar waktu mlm pegi ke kedai bar & beli sebyk mungkin arak dan kemudian membawanya balik ke rumah. Kemudian dia menuang ke dlm tandas rumah kami! Dia berdoa. "Aku telah kurangkan bala arak yg ada utk org Islam."

Dan dia pergi kpd wanita pelacur & bayar duit suruh pelacur tutup pintu jgn ambil pelanggan lain mlm ni! Balik ke rmh, dia akan bersyukur, Alhamdulillah kpd Allah yg beri taufiq ringankan dosa si pelacur & pemuda org Islam mlm ni."

Tetapi malangnya, org awam nampak dia beli arak & masuk rumah pelacuran.Jadi mereka sangka dia buat jahat!

Kata isterinya, saya dah kata kpdnya. "Jikalau awak mati, tak akan ada sesiapa yg akan mandikan kamu & solatkan jenazah serta kebumikan kamu!"

Tetapi dia gelak & jawab balik.
"Jangan takut! Jenazah aku akan disolatkn oleh Sultan Negara Islam ni dgn ulama & wali-wali Allah!"

Maka menangislah Sultan Murad. Beliau berkata,
"Benarlah kata si arwah.
Aku ialah Sultan Murad!
Esok kami akan mandikan arwah & solat jenazah serta kebumikannya".

Jadi pada keesokan harinya, solat jenazah bersamanya si Sultan dgn ulama dan pembesar negara.Ramai org awam dtg dan uruskan pengebumiannya.

Maha Suci ALLAH !!!
Kita hukum org ikut yg kita nampak & dgr saja apa percakapan org lain.Jikalau kita tahu yg tersirat d dlm hati, nescaya kita akan lebih waspada kawal lidah kita..
Nescaya akan brtambah taqwa kpd ALLAH..

Ya Allah! kurniakan kami sangkaan baik terhadap setiap hamba Allah...
jgn buruk sangka dgn org lain.
anggaplah diri kita lagi hina dri org lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan