Sabtu, 14 Mac 2015

matrikulasi

Sebenarnya sistem yg wujud di kolej matrikulasi Malaysia sgt berbeza dgn sistem STPM. Silibus yg hampir sama ttp soalan-soalan dlm peperiksaan sgt berbeza tahap kesukaran. Soalan STPM lg susah berbanding soalan peperiksaan program matrikulasi.

Walau bagaimanapun, apabila keputusan peperiksaan hendak dikeluarkan maka berlaku pelarasan markah utk menaikkan gred. Cuma di peringkat STPM lebih ramai pelajar yg lebih pandai drpd di peringkat matrikulasi jika hendak merujuk kpd kelas pelajar sedemikian.

Kesannya apabila pelajar-pelajar yg cemerlang drpd dua kumpulan pelajar ini masuk ke universiti, maka kelompok drpd STPM akan mendapat kejayaan yg lebih baik.

Kalau dilihat atas faktor cara belajar ketika di tingkatan enam dan matrikulasi, tidak jauh bezanya. Cuma membezakan kejayaan mereka di universiti berdasarkan perkara-perkara berikut, iaitu :

1. Bekas pelajar matrik masih mengekalkan cara belajar di kolej matrikulasi ketika belajar di universiti sedangkan pelajar-pelajar yg lain terutama bekas pelajar STPM, sudahpun mengubah gaya belajar yg menjurus kpd berdikari sendiri. Tidak lg mengharapkan guru/pensyarah memberi ilmu ttp mereka mencari sendiri.

2. Bekas pelajar matrikulasi  kalaupun ada membuat 'group study', ianya tidak kekal lama. 'Group study' juga tidak mantap dan tersusun. Berbanding bekas pelajar STPM, 'group study' yg mereka wujudkan sgt berkesan dan tersusun. Ada perjumapaan mingguan, harian dsbgnya.

3. Bekas pelajar matrikulasi jarang membuat temujanji utk bertemu dgn pensyarah. Kalau ada pun sekali spjg satu semester pengajian.
Sedangkan bekas pelajar STPM, mereka sering mempunyai jadual pertemuan dgn setiap pensyarah. Pertemuan dgn pensyarah agak konsisten.

4. Sikap bekas pelajar matrikulasi sendiri, yg selalunya akan 'enjoy' di tahun pertama pengajian menjatuhkan terus CGPA dan sukar utk bangun semula di tahun kedua dan tahun-tahun seterunya. Berbanding bekas pelajar STPM, di semseter pertama lg mereka sudah begitu fokus dlm kelas dan kuliah. Mereka lebih byk masa mentelaah pelajaran drpd 'enjoy' dgn kehidupan di universiti. Hasilnya, keputusan semester pertama lg sudah mencapai CGPA yg begitu tinggi. Dgn keputusan CGPA yg tinggi di semester satu dan dua, ia sudah cukup mengekalkan CGPA keseluruhan, walaupun berlaku kejatuhan CGPA yg agak teruk pd semester tiga dan keatas. Jd mereka sebenarnya boleh mula'enjoy' di semester tiga dan keatas. Atau di tahun kedua dan keatas.

Jika benar luahan-luahan pandangan drpd beberapa pensyarah IPTA tempatan berkenaan pencapaian bekas pelajar matrikulasi yg merudum di semester pertama dan kedua atau tahun pertama pengajian, sepatutnya pihak HEP universiti boleh mengadakan satu program khas utk mengelakkan situasi ini drpd terus berlaku.

Iaitu satu program yg mengumpulkan semua bekas pelajar matrikulasi yg mengambil setiap kursus yg ada di universiti berkenaan dilibatkan dlm program khas tersebut.

Satu program khas yg boleh dirancang yg di dalamnya terkandung modul-modul fizikal atau jasmani, intelektual atau minda, emosi atau psikologi dan rohani atau jiwa.

Program ini, boleh dijalankan secara berkala pd setiap cuti semester selama seminggu sehinggalah pelajar tersebut menamatkan pengajiannya di universiti. Apabila setiap kali program itu dijalankan, sekurang-kurangnya, matlamat,motivasi dan rohani(semangat) pelajar dpt 'dipulihkan.

Kalau mengikut mantan Pengarah Bahagian Matrikulasi yg kedua, Dr Zainal Abidin dahulu, sepatutnya para pelajar matrikulasi tidak lg diterapkan dgn budaya 'spoon feeding'. Mereka sepatutnya diberi kuliah tanpa perlu diberi nota pensyarah yg dianggap sbg 'buku teks'. Pelajar hanya perlu diberi nama buku dlm subjek yg dipelajari utk mendapatkan bahan nota drpdnya.

Begitu juga dgn kelas tutorial, pensyarah hanya bertindak sbg fasilator atau pembantu pengajaran. Para pelajar sendiri yg sepatutnya menjadi tutor atau penunjuk ajar secara bergilir di antara mereka. Para pelajar seharusnya membuat temujanji utk berjumpa dgn pensyarah di dlm memahami konten atau kandungan sukatan pelajaran.

Budaya spt ini, sepatutnya telah lama diterapkan di kolej-kolej matrikulasi. Ttp krn sifat 'tidak percaya' para pensyarah akan kemampuan pelajar-pelajar 'mencari' nota drpd buku-buku rujukan, menyebabkan mereka terus 'membekalkan' nota kuliah kpd para pelajar.

Kesan langsung drpd itu, para pelajar tidak mampun menjadi pelajar yg berdikari dlm mencari ilmu. Mereka terlalu bergantung dgn nota pensyarah, sehingga tidak mampu mengeluarkan hujah-hujah yg mampu menimbulkan cara berfikir yg kreatif di dlm memahami konten atau kandungan pelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan