بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Sabtu, 14 Mac 2015
qiyamunnahar
Setiap perkara ada maratib dan prioritinya. Dalam beragama, kefarduan mesti diutama dan dipelihara dalam praktis, sementara perkara-perkara sunat/nawafil pula pelengkap dan pembaiki amalan fardu.
Orang yang melebihkan ibadah sunat/nawafil hingga cuai terhadap ibadah fardu ialah orang yang tertipu, sementara orang yang istiqamah dengan kefarduan walaupun kurang dalam ibadah sunat/nawafil, itu sudah cukup. Adapun jika ditambah perbuatan sunat/nawafil, itu terbaik.
Berusaha keras meninggalkan perbuatan haram dan mengukuhkan amalan fardu lebih utama berbanding memperbanyak amalan sunat tapi setiap hari melakukan perbuatan haram. Sebab itu, dalam hadis Nabi SAW disebut ttg seorang wanita yang banyak amalannya, tapi lidahnya menyakiti manusia lain, lalu ke neraka tempatnya.
Qiyamullail (mendirikan malam) itu sunat dan ia amat digalakkan, padanya ada kekuatan untuk kerohanian. Namun Qiyamunnahar (mendirikan siang) pula wajib dan suatu kemestian, padanya ada tanggungjawab untuk dilaksanakan.
Contoh Qiyamunnahar ialah menuntut ilmu, mencari nafkah, berbuat baik terhadap jiran, memperjuangkan keadilan/kebenaran, bekerja mencari rezeki, mengajar, menjaga keselamatan di sempadan negara, membantah kemungkaran/kezaliman, dakwah/pendidikan dan sebagainya yg tak terhitung.
Seseorang yang melakukan Qiyamullail hingga menyebabkan Qiyamunnahar terabai ialah contoh manusia tertipu. Istiqamah melakukan Qiyamunnahar dan berusaha memelihara Qiyamullail pula suatu kebaikan besar.
Bagaimana kita beragama?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan